Saturday, May 23, 2009
Demokrat bantah peruntukan dana tutup Gitmo
WASHINGTON 22 Mei - Seramai 48 suspek pengganas yang ditahan di KemGuantanamo kini bersedia untuk dilepaskan ke negara masing-masing,menurut Amerika Syarikat (AS) semalam.
Tetap tutup Guantanamo
WASHINGTON:Presiden Barack Obama berjanji tidak akan berganjak dengan keputusannyauntuk menutup penjara Teluk Guantanamo, yang disifatkan sebagai �beradadalam keadaan teruk.'
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tahanan Guantanamo pertama dibicara di AS
WASHINGTON21 Mei - Seorang suspek Al-Qaeda yang didakwa terlibat dalam pengebomankedutaan Amerika Syarikat (AS) di Afrika pada tahun 1998 akan menjaditahanan Teluk Guantanamo pertama dibicarakan di mahkamah awam AS.
Obama gagal dapat kelulusan Senat
WASHINGTON:Senat Amerika Syarikat kelmarin menolak permintaan Presiden BarackObama untuk mendapatkan peruntukan AS$80 juta (RM280 juta) yangdiperlukan bagi menutup penjara Amerika di Teluk Guantanamo.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Demokrat bantah peruntukan dana tutup Gitmo
WASHINGTON 20 Mei - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama untuk menutup kem penjara di Teluk Guantanamo pada Januari tahundepan sekali lagi menghadapi tamparan semalam, apabila anggota PartiDemokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta(RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tangguh tutup kem Gitmo
WASHINGTON18 Mei - Para pemimpin Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa Presiden Barack Obama menangguhkan penutupan kem penjara di Teluk Guantanamo, Cuba.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Senat AS beri syarat
WASHINGTON 14 Mei - Rang undang-undang baru tajaan anggota Demokrat diSenat Amerika Syarikat (AS) akan memperuntukkan AS$50 juta (RM180 juta)untuk menutup kem penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba, tetapi akanmenyekat pemindahan mana-mana tahanan ke AS.
Bush dicabar rasai waterboarding
WESTERLY, Rhode Island 22 Mei - Ahli dewan undangan Rhode Island dariParti Demokrat, Rod Driver, bersedia menderma AS$100 (RM350) kepadabadan amal bagi setiap saat bekas Presiden George W. Bush dapatbertahan sekiranya menjalani teknik penderaan waterboarding.
Australia : Orang tinggi cenderung dapat gaji lebih
CANBERRA22 Mei - Pihak berkuasa Australia mengisytiharkan bencana alam hari inidan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan mencurah- curahsejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir serta mengorbankanseorang lelaki selain menenggelami sebahagian besar pantai timur negaraitu.

Richard Branson nafi seksisme
SYDNEY 22 Mei - Jutawan Britain dan Pengerusi Virgin Group, RichardBranson hari ini membalas kritikan Australia yang mengutuknya keranamenggunakan wanita muda berpakaian menjolok mata untuk menjualproduknya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Orang tinggi cenderung dapat gaji lebih
MELBOURNE 17 Mei - Golongan yang mempunyai tubuh badan yang tinggimenerima gaji yang lebih besar berbanding dengan rakan lain yangrendah, sementara mereka yang obes tidak bermakna menerima upah yangrendah, menurut kajian terbaru di Australia.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kostum Superman dilelong di Australia
MELBOURNE13 Mei – Pakaian kos tum Superman yang pernah dipakai pelakon mendiangChristopher Re eve akan dilelong di Australia akhir bulan ini, katafirma lelongan Bon hams dan Goodman hari ini.
INDONESIA : Gunung Anak Krakatau dijangka meledak
SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya popularitilaman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umatIslam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan danmelakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ulama bincang kawal akhlak pelayar internet
SURABAYA:Kira-kira 700 ulama di Indonesia yang mengadakan persidangan di bandarraya ini mencari jalan memperkenalkan peraturan online dalam usahamengawal akhlak pelayar internet, sambil berkata laman rangkaian sosialseperti Facebook yang semakin popular boleh menggalakkan hubungan seksharam.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Gunung Anak Krakatau dijangka meledak
JAKARTA:Kegiatan mendaki dan trek dilarang di kawasan sekitar Gunung AnakKrakatau selepas peningkatan aktiviti seismik dikesan.
PBB lahirkan kebimbangan terhadap Israel
ISLAMABAD:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengemukakan rayuanuntuk mendapatkan dana sebanyak AS$543 juta (RM1.95 bilion), bagimembantu lebih dua juta pelarian yang 'amat menderita' selepas terpaksameninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran di Lembah Swat.
------------------------------------------------------------------------------------
PBB lahirkan kebimbangan terhadap Israel
NEW YORK 14 Mei - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) hari ini mengkaji semula laporan yang menyalahkan Israel yangmenyerang bangunan badan dunia ini semasa perang di Gaza, namun iatidak lebih daripada luahan rasa bimbang mengenai penemuannya.
------------------------------------------------------------------------------------
Israel serah peta bom
BEIRUT13 Mei - Israel telah menyerahkan kepada pasukan pengaman PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) peta lokasi di mana bom-bom berangkaidigugurkan semasa perang dengan gerila Hizbullah di Lebanon pada 2006,kata Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL).
SINGAPURA : Wanita Melayu diuji
SINGAPURA:Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatkan orang ramaisupaya jangan mengambil produk kesihatan tradisional berjenama 'AirIkan Haruan' kerana ia disahkan mengandungi dexamethasone, sejenis ubatyang boleh memudaratkan kesihatan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sarjana Islam Singapura perangi ekstremis
SINGAPURA:Sekumpulan sarjana Islam Singapura mengendalikan program memerangiekstremis dalam usaha melindungi negara mereka daripada ancamankeganasan dan membantu umat Islam kebal daripada ideologi radikal.
-------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Melayu diuji
SINGAPURA:Wanita Melayu menghadapi lebih banyak cabaran sejajar denganpeningkatan usia kerana mereka mempunyai simpanan yang sedikit atau adayang tidak mempunyai simpanan langsung.
Penyiasat cari punca kemalangan

bangkai pesawat C-130 di Magetan, Jawa
Timur, semalam.
Hercules C-130 direhatkan jika ada masalah
MAGETAN: Penyiasat menyelongkar di sebalik bangkai pesawat tentera Indonesia yang hangus semalam untuk mengenal pasti punca kemalangan yang mengorbankan 100 orang. Menteri pertahanan berkata semua pesawat Hercules C-130 akan direhatkan jika masalah mekanikal disahkan sebagai punca nahas.
Ia adalah kemalangan ketiga membabitkan sebuah pesawat tentera dalam tempoh dua bulan dan diikuti aduan bahawa tentera udara mempunyai kesukaran untuk menyelenggara pesawatnya yang berusia dan tidak mampu mengekalkan khidmat juruterbang berpengalaman.
Pesawat malang yang hampir berusia tiga dekad itu, menjunam ke tanah Rabu lalu, meranapkan beberapa rumah dan kemudian tergelincir ke dalam sawah padi, di mana ia terbakar.
Namun jurucakap tentera Sagom Tamboen menegaskan ia berada dalam keadaan baik, melepasi kedua-dua pemeriksaan penyelenggaraan dan penerbangan awal minggu ini. Ketika insiden berlaku cuaca dilaporkan cerah dan kali terakhir juruterbang berhubung dengan pengawal trafik udara, mereka tidak memberi petunjuk berdepan masalah.
"Kami masih menyiasat," kata Tamboen, ketika pasukan itu memotong badan keluli pesawat yang remuk.
Terdapat 112 orang di dalam C-130 yang membawa anggota tentera dan keluarga mereka dari ibu kota Jakarta ke wilayah paling timur Indonesia, Papua, yang menghadapi pemberontakan sejak sedekad lalu.
Ia membuat beberapa hentian sepanjang jalan dan cuba mendarat di sebuah pangkalan tentera udara di wilayah Jawa Timur apabila terhempas. - AP
Puak Taliban terkepung
![]() PELARIAN dari Swat menanti bantuan roti di kem pelarian Jalozai di Peshawar, kelmarin. |
Ratusan ribu penduduk lari
KHWAZAKHELA: Tentera Pakistan sudah mengepung kedudukan militan Taliban di kawasan pergunungan, di samping bandar utama di Lembah Swat selepas sebulan melancar serangan yang mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri.
Bagi mengatasi keraguan mengenai perkembangan serangan operasi di kawasan barat daya itu, pihak tentera menerbangkan sebilangan wartawan pertubuhan berita asing ke Swat semalam.
Wartawan Associated Press yang turut menaiki helikopter bersama yang lain menyaksikan tiada kereta dan hanya beberapa orang saja kelihatan berlegar di bandar Mingora atau di jalan raya lain di lembah berkenaan, yang sebelum ini sebuah pusat pelancongan popular kira-kira 100 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.
Dari udara, tidak banyak kesan dapat dilihat bahawa lembah itu baru saja terbabit dalam pertempuran sengit dan serangan udara yang didakwa pihak tentera mengorbankan lebih 1,000 militan dan kira-kira 60 askar.
Tetapi seorang panglima kanan menyatakan pihak tentera sudah memerangkap militan berkenaan di Mingora dan Piochar, sebuah kawasan perkampungan di utara, iaitu kubu kuat pemimpin Taliban Swat, Maulana Fazlullah.
![]() |
SEORANG kanak-kanak yang cedera akibat letupan bom |
"Mereka dikawal ketat. Laluan untuk mereka melepaskan diri sudah terputus," kata Mejar Jeneral Sajad Ghani. "Hanya masa saja menentukan sebelum mereka (pemimpin Taliban) dihapuskan."
Pakistan melancarkan serangan bulan lalu bagi menghalang Taliban daripada terus mara dari Swat menuju ke Islamabad.
Pegawai menyatakan 1.9 juta orang sudah meninggalkan kawasan pertempuran itu. Lebih 160,000 tinggal di khemah yang tidak selesa kerana kepanasan di selatan zon peperangan. Yang lain dibantu oleh saudara mara.
PBB menyatakan rayuannya akan membantu menyediakan makanan, persekolahan dan penjagaan kesihatan kepada mereka yang meninggalkan kawasan Swat dan yang bertempur di kawasan sempadan lain tahun lalu.
"Jumlah mereka yang meninggalkan kampung halaman belum pernah berlaku sebelum ini dari segi saiz dan kepantasan dan mengakibatkan penderitaan luar biasa," kata Martin Mogwanja, pemangku penyelaras kemanusiaan PBB di Pakistan. "Kami mengharapkan bantuan daripada masyarakat antarabangsa." - AP
PBB rayu dana RM1.95b bantu pelarian 'amat derita'
ISLAMABAD: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengemukakan rayuan untuk mendapatkan dana sebanyak AS$543 juta (RM1.95 bilion), bagi membantu lebih dua juta pelarian yang 'amat menderita' selepas terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran di Lembah Swat.
PBB turut memberi amaran krisis kemanusiaan jangka panjang mungkin berlaku dan menggesa bantuan besar-besaran disumbangkan kepada hampir 1.7 juta penduduk yang menjadi pelarian dan 550,000 lagi yang terpaksa meninggalkan rumah berikutan pertempuran sebelumnya.
"Skala pelarian adalah luar biasa dari segi jumlah dan pertambahannya, sekali gus menyebabkan penderitaan yang dahsyat. Kami memerlukan dana AS$543 (RM1.95 bilion) termasuk AS$110 juta (RM396 juta) dari Amerika Syarikat untuk membiayai 165 projek PBB di kawasan pelarian," kata Martin Mogwanja, penyelaras tindakan bantuan kemanusiaan PBB.
Rayuan itu dikemukakan sehari selepas sekutu Pakistan menjanjikan bantuan bernilai AS$224 juta (RM806 juta) termasuk AS$110 juta (RM396 juta) dari Amerika apabila kerajaan memberi amaran militan boleh mengeksploitasi keadaan itu jika bantuan gagal diberikan.
Sementara itu ketua operasi bantuan kerajaan, Leftenan Jeneral Nadeem Ahmed berkata, kira-kira 200,000 penduduk awam masih terperangkap di lembah berkenaan dan pihak berkuasa mungkin terpaksa menggugurkan makanan dari udara.'
Nadeem bagaimanapun berkata tidak ramai orang awam masih tinggal di bandar Mingora dan kebanyakan mereka berada di bahagian utara bandar itu yang 'lebih tenang'.
Amerika yang melihat peranan Pakistan sebagai amat penting dalam usahanya menewaskan pejuang al-Qaeda dan membawa kestabilan di Afghanistan memuji tindakan negara itu memerangi militan Taliban.
Tentera berkata kira-kira 15,000 anggota pasukan keselamatan bertempur menghadapi antara 4,000 dan 5,000 militan di Swat. - Reuters
Polis percaya Thaksin di UAE
BANGKOK:Polis percaya bekas Perdana Menteri dalam buruan Thaksin Shinawatramasih tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kini sedang bekerjasamadengan Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisinya.
Tetap tutup Guantanamo
Obama anggap penjara cemar nama AS
WASHINGTON: Presiden Barack Obama berjanji tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk menutup penjara Teluk Guantanamo, yang disifatkan sebagai 'berada dalam keadaan teruk.'
Obama juga berkata tahanan al-Qaeda yang paling merbahaya mungkin akan ditahan buat selama-lamanya di penjara 'super max' Amerika Syarikat.
Beberapa jam selepas ucapan Obama, Senat Amerika meluluskan belanjawan tambahan sebanyak AS$91.3 bilion (RM319.55 bilion) bagi tahun ini sebagai perbelanjaan peperangan di Iraq dan Afghanistan sehingga 1 Oktober depan, tapi tanpa sumber kewangan bagi penutupan penjara di pangkalan Amerika di Cuba itu, selepas berdebat mengenainya selama beberapa hari.
Obama berkata beliau berhak mengarahkan penutupan penjara yang digunakan dalam peperangan terhadap pengganas itu menjelang 2010, atas alasan ia mencemarkan nama baik Amerika di luar negara.
"Dari semua segi, kos untuk mengekalkan penjara Guantanamo itu adalah jauh lebih besar berbanding penutupannya," kata Obama.
Obama juga menyelar bekas naib presiden Amerika, Dick Cheney, yang kini mengetuai kritikan Republikan terhadap dasar antikeganasannya.
Selain itu beliau menolak taktik yang digunakan oleh pentadbiran Bush selepas serangan 11 September, 2001 dan berkata ia adalah hasil daripada perasaan bimbang dan tidak berpandangan jauh.
Obama berkata pentadbirannya mungkin memindahkan sebahagian daripada tahanan al-Qaeda yang paling merbahaya di Teluk Guantanamo ke penjara Amerika. - AFP
Polis percaya Thaksin di UAE
BANGKOK: Polis percaya bekas Perdana Menteri dalam buruan Thaksin Shinawatra masih tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kini sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisinya.
Mejar Jeneral polis Visanu Prasartthongosot, komander jabatan hal ehwal luar polis berkata tiada bukti bahawa Thaksin sebenarnya meninggalkan UAE.
Bagaimanapun, tidak mustahil beliau berkunjung ke luar negara menggunakan nama lain, kata Visanu. Katanya polis Thailand sedang berhubung dengan polis di UAE.
Pihak berkuasa di sana membuat kesimpulan ahli politik yang melanggar undang-undang itu masih berada di Asia Barat. - Agensi
Macam-Macam: Askar terlupa sudah kahwin
BANDAR RAYA JEFFERSON: Seorang askar di bandar raya ini, terlepas hukuman atas kesalahan berpoligami, selepas mendakwa dia mengalami gangguan fikiran ketika berperang di Iraq sehingga terlupa dia sudah berkahwin.'
Rivera berkahwin lagi dengan wanita di Missouri tidak lama selepas kembali ke Amerika. Bagaimanapun isteri pertamanya terlihat berita mengenai perkahwinan beliau di televisyen dan membuat laporan polis.
"Saya amat tertekan dan dihantui ingatan perang di Iraq," katanya. - Agensi
Produk 'Air Ikan Haruan' dikesan jejas kesihatan
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil produk kesihatan tradisional berjenama 'Air Ikan Haruan' kerana ia disahkan mengandungi dexamethasone, sejenis ubat yang boleh memudaratkan kesihatan.
Nasihat itu dikeluarkan selepas kes seorang wanita berusia 60-an tahun mengalami masalah seperti lemah badan, lesu, sakit seluruh badan, hilang selera makan dan turun berat badan setelah berhenti minum produk itu.
Mangsa mengambil produk itu untuk melegakan sakit badan lebih setahun. Ia dibeli di luar negara.
Menurut HSA, gejala dialami wanita itu adalah kesan sampingan pengambilan dexamethasone, yang sering digunakan bagi merawat penyakit radang, seperti artritis.
"Penggunaan dexamethasone tanpa pengawasan dan secara berpanjangan biasanya dikaitkan dengan degupan jantung tidak tetap; kenaikan tekanan darah, kolesterol dan kadar gula dalam darah; haid tidak tetap; kerosakan otot dan tulang; sawan dan kecelaruan mental dan kemurungan," kata kenyataan HSA semalam.
'Air Ikan Haruan', dipakej dalam botol kecil, diedar oleh sebuah syarikat di Perak dan dijual di Malaysia pada harga RM12 (S$5). - Agensi
Menteri gesa Barat, Muslim bekerjasama
LONDON: Menteri Luar Britain, David Miliband berkata walaupun keganasan dan konflik pada masa lampau didapati 'menjejaskan' perhubungan di antara negara Barat dan Muslim, namun adalah wajar kini kedua-dua pihak berusaha secara bersama bagi menghadapi cabaran global.
Miliband mengakui bahawa campur tangan asing Britain, daripada penyebaran agama Kristian hingga ke serangan ke atas Iraq, mewujudkan ketidakpercayaan di kebanyakan negara, sehingga timbul 'perasaan kemarahan, ketidakpercayaan dan kekecewaan.'
Katanya, cabaran perubahan iklim, keganasan dan krisis kewangan memerlukan usaha secara bersama yang lahir daripada persefahaman lebih baik di kedua belah pihak, seperti konflik yang berlaku di Asia Barat.
Ketika berucap di Pusat Oxford bagi Pengajian Islam, Miliband berkata sejarah perhubungan di antara Eropah dan dunia Islam selama ini dicorakkan dengan 'penaklukan, konflik dan kolonialisme.'
Sejak serangan 11 September, 2001 terhadap Amerika Syarikat, perhubungan di antara negara Barat dan Muslim menjadi semakin kecil, katanya.
"Keganasan mengubah pandangan kita dan menjejaskan hubungan di antara satu sama lain." Tapi Miliband berkata keselamatan global tidak lagi boleh dijamin oleh kuasa besar dunia, atau sekumpulan negara kuasa besar.
"Ancaman perubahan iklim, keganasan, wabak penyakit dan krisis kewangan terlalu besar dan terlalu tersebar meluas...jadi kita memerlukan gabungan negara dan pergerakan politik dalam bentuk lebih luas," katanya.
Tambahnya: "Jika kita ingin membina semula perhubungan - bagi membentuk gabungan lebih meluas - kita perlu lebih menghormati pihak lain. Ini bermakna kita harus menolak cara lama dan bergerak melampaui pembahagian yang diwujudkan antara golongan sederhana dan ekstrim."
Sikap tidak percaya berkaitan konflik seperti di Iraq ini juga menutup usaha untuk menggunakan cara diplomasi dan penyampaian bantuan atas tujuan kemanusiaan. - AFP
Friday, May 22, 2009
GLOBAL : JUMAAT 22 MEI 2009
MAGETAN21 Mei - Tentera Indonesia hari ini menjelaskan bahawa pesawat HerculesC-130 yang terlibat dalam nahas yang meragut hampir 100 nyawa di sinisemalam berada dalam keadaan baik, malah melepasi satu ujianpenerbangan sehari sebelum kejadian itu.
WHO: Kes H1N1 terus meningkat
TOKYO21 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kesjangkitan influenza A (virus H1N1) di seluruh dunia kini telahmeningkat kepada 11,034 dengan 85 kematian.
Perbicaraan Suu Kyi kembali tertutup
YANGON21 Mei - Rejim tentera Myanmar mengarahkan perbicaraan kes tokohpembangkang, Aung San Suu Kyi kembali diadakan secara tertutup hariini, selepas membenarkan diplomat dan wartawan menghadiri perbicaraanitu semalam.
Peluru berpandu Iran lebih canggih
WASHINGTON21 Mei - Peluru berpandu yang dilancarkan dalam ujian terbaru oleh Iranadalah peluru berpandu pendorong pepejal dengan jarak yang paling jauhpernah dicatatkan, demikian menurut seorang pegawai kerajaan AmerikaSyarikat (AS).
Jutawan Mesir dihukum mati
KAHERAH21 Mei - Mahkamah di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasjutawan yang juga ahli Parlimen Mesir, Hisham Talaat Mustafa danseorang bekas anggota polis kerana membunuh diva pop Lebanon, SuzanneTamim pada tahun lepas.
Anti-China di Papua New Guinea
SYDNEY21 Mei - Dua pencuri ditembak mati ketika serangan ke atas kedai-kedaimilik pendatang dari China terus merebak di Papua New Guinea (PNG),menjadikan angka kematian dalam kekacauan anti-China di negara inimeningkat kepada empat orang.
40 terbunuh di Baghdad
BAGHDAD21 Mei - Lebih 40 orang maut dan 83 lagi cedera dalam satu letupan bomkereta di sebatang jalan di Baghdad yang penuh sesak dengan pendudukyang keluar untuk makan malam.
Tahanan Guantanamo pertama dibicara di AS
WASHINGTON21 Mei - Seorang suspek Al-Qaeda yang didakwa terlibat dalam pengebomankedutaan Amerika Syarikat (AS) di Afrika pada tahun 1998 akan menjaditahanan Teluk Guantanamo pertama dibicarakan di mahkamah awam AS.

Kris Allen juarai American Idol
LOSANGELES 21 Mei - Kelancaran vokal dan imej kacak yang ditonjolkan olehKris Allen membolehkannya menjuarai American Idol semalam, mengalahkanpesaingnya, Adam Lambert, yang sebelum ini disebut-sebut sebagaipemenang.
'Suara' Mickey Mouse meninggal dunia
LOSANGELES 21 Mei - Pelakon Wayne Allwine ( gambar ) yang meminjamkansuaranya untuk watak kartun Mickey Mouse selama lebih tiga dekadmeninggal dunia pada usia 62 tahun pada Isnin lalu.
Bank silap masuk RM22j ke akaun sepasang kekasih
WELLINGTON21 Mei – Polis mencari sepasang kekasih dari New Zealand yangmenghilangkan diri selepas sebuah bank melakukan kesilapan memasukkanNZ$10 juta (RM22 juta) ke dalam akaun mereka.
Pesawat nahas lulus ujian
MAGETAN:Tentera Indonesia berkata, pesawat Hercules C-130 yang terhempas danmembunuh 101 orang, termasuk dua di darat berada dalam keadaan baik danlulus ujian penerbangan sebelum ia terhempas di sebuah perkampungan danmeletup.
6 negara Arab yakin Obama mampu pulih imej Amerika
WASHINGTON:Satu tinjauan pendapat dibuat di enam negara Arab mendapati AmerikaSyarikat mempunyai peluang paling baik memulihkan imej yang tercalarteruk di bawah pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketikaPresiden Barack Obama bersiap sedia berdepan dengan dunia Arab danIslam dari Mesir.
Macam-macam: Lelaki ugut rakan kembalikan gigi palsu
NEWYORK: Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mengancam seorangrakan perniagaannya dengan pistol untuk memaksa mangsa menanggalkangigi palsu dan diserahkan kepadanya.
Obama gagal dapat kelulusan Senat
WASHINGTON:Senat Amerika Syarikat kelmarin menolak permintaan Presiden BarackObama untuk mendapatkan peruntukan AS$80 juta (RM280 juta) yangdiperlukan bagi menutup penjara Amerika di Teluk Guantanamo.
11,034 angka terbaru, 85 maut
GENEVA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes Influenza A diseluruh dunia kini sudah meningkat kepada 11,034 dan 85 kematian,dengan kes terbaru disahkan di Jepun, China, Taiwan dan Australia.
Israel giat usaha runtuh al-Aqsa
BAITULMAQDIS:Masjid al-Aqsa, rumah ibadat suci ketiga umat Islam berada dalam bahayabesar berikutan kerja penggalian berterusan yang dilakukan Israel dibawah Haram al-Sharif di Baitulmaqdis Timur.
Influenza A boleh ancam jemaah haji
HELSINKI:Pakar selesema melahirkan kebimbangan, perhimpunan lebih dua juta umatIslam untuk mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Makkah enam bulandaripada sekarang, mungkin diancam Influenza A dan boleh mengakibatkankrisis kesihatan dahsyat kepada jemaah.
Ulama bincang kawal akhlak pelayar internet
SURABAYA:Kira-kira 700 ulama di Indonesia yang mengadakan persidangan di bandarraya ini mencari jalan memperkenalkan peraturan online dalam usahamengawal akhlak pelayar internet, sambil berkata laman rangkaian sosialseperti Facebook yang semakin popular boleh menggalakkan hubungan seksharam.
Jutawan Mesir bunuh Susan Tamim dihukum mati
KAHERAH:Seorang jutawan dan ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai kaitandengan anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dijatuhi hukuman matisemalam selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan penyanyi popLubnan, Susan Tamim, dalam satu kes yang menggemparkan Asia Barat,Julai tahun lalu.
Halang wartawan di perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Kerajaan Myanmar semalam menghalang semula wartawan dan diplomatdaripada menghadiri perbicaraan Aung San Suu Kyi, sehari selepasmembenarkan mereka masuk ke bilik mahkamah buat pertama kali kelmarin.
Kris Allen juara American Idol
NEWYORK: Kris Allen hanya mampu menggelengkan kepala dengan perasaan tidakpercaya dan terkejut, apabila beliau dinobatkan sebagai juara AmericanIdol, mengalahkan peserta 'favourite' Adam Lambert semalam.
Cameron Diaz gunakan senyuman elak disaman
LOSANGELES: Aktres tinggi lampai, Cameron Diaz, menggunakan senjata palingmenarik yang ada padanya - senyuman - untuk mengelakkan daripadadisaman kerana memandu laju.
Elissa umum pertunangan tak lama lagi
BEIRUT:Khabar terbaru dari ibu negara Lubnan menyatakan penyanyi terkenalnyaElissa, kini dilamun cinta dengan seorang ahli perniagaan yang terkenaldi Asia Barat dan Eropah dan dijangka mengumumkan pertunangan merekatidak lama lagi.
Jutawan Mesir bunuh Susan Tamim dihukum mati
KAHERAH21 Mei - Mahkamah di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasjutawan yang juga ahli Parlimen Mesir, Hisham Talaat Mustafa danseorang bekas anggota polis kerana membunuh diva pop Lebanon, SuzanneTamim pada tahun lepas.
Jutawan Mesir bunuh Susan Tamim dihukum mati
KAHERAH:Seorang jutawan dan ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai kaitandengan anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dijatuhi hukuman matisemalam selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan penyanyi popLubnan, Susan Tamim, dalam satu kes yang menggemparkan Asia Barat,Julai tahun lalu.
Papua New Guinea : PNG perlu jamin keselamatan etnik Cina
SYDNEY21 Mei - Dua pencuri ditembak mati ketika serangan ke atas kedai-kedaimilik pendatang dari China terus merebak di Papua New Guinea (PNG),menjadikan angka kematian dalam kekacauan anti-China di negara inimeningkat kepada empat orang.
----------------------------------------------------------------------------------
PNG perlu jamin keselamatan etnik Cina
PORT MORESBY 19 Mei - Kedutaan China di Papua New Guinea (PNG) memintakerajaan republik ini menjamin keselamatan etnik Cina di negara ini,ekoran serangan penduduk tempatan ke atas kedai-kedai milik etniktersebut di Papua New Guinea.
----------------------------------------------------------------------------------
Sentimen anti-Cina
PORTMORESBY 18 Mei – Papua New Guinea telah menghantar pasukan polistambahan ke beberapa pekan di kawasan tanah tinggi bagi melindungiperniagaan milik etnik Cina, selepas gelombang kes samun kedai miliketnik itu meningkat sejak beberapa hari lalu.
IRAQ : Pilihan raya umum Iraq awal 2010
BAGHDAD21 Mei - Lebih 40 orang maut dan 83 lagi cedera dalam satu letupan bomkereta di sebatang jalan di Baghdad yang penuh sesak dengan pendudukyang keluar untuk makan malam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
KBR dapat kontrak besar AS di Iraq
WASHINGTON 20 Mei - Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) membayar bonusberjumlah puluhan juta dolar kepada kontraktor terbesarnya di Iraq, KBRInc., sekalipun selepas mendapati kerja-kerja elektrik yang dilakukanoleh firma tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua askar ASmati akibat terkena kejutan elektrik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pilihan raya umum Iraq awal 2010
BAGHDAD18 Mei - Iraq hari ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umumpada awal tahun depan yang dijangka menjadi ujian penting terhadapkerajaan Syiah pimpinan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Askar Amerika terpaksa curi air
BAGHDAD:Tekanan yang dialami tentera Amerika Syarikat di Iraq semakin memuncakberikutan kekurangan bekalan air minum di tengah cuaca terik yangmemaksa sebahagian mereka mencuri air di negara Teluk itu.
Obama larang siarkan gambar
WASHINGTON 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam menarikbalik keputusan membenarkan penyiaran gambar seksaan ke atas tahanan'perang terhadap keganasan', atas kebimbangan berlakunya serangan balasdendam terhadap askar AS di luar negara.
Obama larang sebar gambar penderaan
WASHINGTON:Presiden Barack Obama kelmarin menarik balik keputusannya untukmembenarkan penyiaran gambar penderaan terhadap tahanan perang, denganalasan ia boleh mengakibatkan tindakan balas ke atas tentera AmerikaSyarikat di luar negara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
AS siasat askar tembak rakan
BAGHDAD:Tentera Amerika Syarikat melancarkan siasatan mengenai sama ada iamenawarkan penjagaan kesihatan mental yang memadai kepada tenteranya,sehari selepas seorang anggota tentera berpangkat sarjan menembak matilima rakannya di sebuah klinik di pangkalan tentera Amerika di Iraq.
Kabinet Palestin dirombak
BAITULMAQDIS:Masjid al-Aqsa, rumah ibadat suci ketiga umat Islam berada dalam bahayabesar berikutan kerja penggalian berterusan yang dilakukan Israel dibawah Haram al-Sharif di Baitulmaqdis Timur.
-------------------------------------------------------------------------------------

Kabinet Palestin dirombak
RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekalilagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpahjawatan semalam.
-------------------------------------------------------------------------------------
Hamas skeptis terhadap Obama, Netanyahu
GAZACITY 19 Mei - Pergerakan Hamas yang memerintah Genting Gaza skeptisdengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),Barack Obama semasa pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu, semalam.
-------------------------------------------------------------------------------------
Ulama Islam berucap depan Paus
BAITULMAQDIS13 Mei - Seorang ulama yang berucap tanpa diundang di pentas padapertemuan dengan Paus Benedict XVI untuk mengutuk layanan buruk Israelke atas penduduk Palestin semalam, menegaskan bahawa beliau berbuatdemikian kerana dia mewakili Islam.
Paus Benedict sokong negara Palestin
BAITULAHAM,Tebing Barat 13 Mei - Paus Benedict XVI hari ini menyeru ke arahmewujudkan negara Palestin dan meminta golongan muda agar menolakgodaan 'keganasan' dalam rangka lawatan pertamanya ke Tebing Barat.
Vatican sokong negara Palestin
BAITULAHAM:Pope Benedict mengunjungi Tebing Barat semalam, menawarkan sokonganVatican kepada penubuhan negara Palestin yang bebas serta menaruhharapan sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza ditamatkan.
Jutawan Mesir bunuh Susan Tamim dihukum mati
![]() POLIS mengawal ketat Hisham Talaat Moustafa (dua dari kiri) yang dihukum mati kerana membunuh Suzan Tamim (gambar kecil). |
KAHERAH: Seorang jutawan dan ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai kaitan dengan anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dijatuhi hukuman mati semalam selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan penyanyi pop Lubnan, Susan Tamim, dalam satu kes yang menggemparkan Asia Barat, Julai tahun lalu.
Hisham Talaat Moustafa, anggota Parti Demokratik Kebangsaan yang memerintah Mesir, didakwa mengupah seorang bekas pegawai polis Mesir AS$2 juta (RM7 juta) untuk membunuh penyanyi itu ketika beliau berada di Dubai.
Bekas pegawai polis terbabit, Mohsen el-Sukkary turut dijatuhi hukuman mati di mahkamah sesyen yang bertukar kecoh, apabila anggota keluarganya bertempur dengan wartawan yang cuba mendapatkan reaksi tertuduh mengenai keputusan mahkamah.
Moustafa sudah berkahwin dan Susan yang berusia 30 tahun ketika beliau dibunuh, adalah pasangan kekasih sebelum hubungan mereka mula bermasalah.
Dua anak perempuan Moustafa menangis sebaik keputusan diumumkan manakala kakak jutawan itu pengsan.
"Keputusan ini kejam," kata Sameer el-Shistawi, salah seorang peguam Moustafa kepada wartawan di luar mahkamah di selatan Kaherah. Beliau berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan dan yakin keputusan itu akan berubah.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu.
Pembunuhan Susan dan imej tubuhnya terkapar dengan kesan kelar di leher yang dibocorkan media, menjadi berita utama akhbar tabloid, mendedahkan kisah seorang kekasih yang ditinggalkan dan kemudian membalas dendam dengan mengupah penjahat untuk membunuh penyanyi itu.
Media Asia Barat sebelum sudah meramalkan hakim akan menjatuhkan hukuman mati selepas 27 kali perbicaraan yang dibuka kepada umum. Mereka lebih teruja berikutan hubungan Moustafa dengan Gamal Mubarak, yang sering kali disebut-sebut sebut sebagai bakal pengganti bapanya. Moustafa adalah anggota jawatankuasa dasar parti itu. � AP
Pesawat nahas lulus ujian
![]() PASUKAN penyelamat mengesan bangkai pesawat Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur, kelmarin. |
Indonesia siasat jumlah sebenar penumpang dibawa Hercules C-130
MAGETAN: Tentera Indonesia berkata, pesawat Hercules C-130 yang terhempas dan membunuh 101 orang, termasuk dua di darat berada dalam keadaan baik dan lulus ujian penerbangan sebelum ia terhempas di sebuah perkampungan dan meletup.
Kejadian kelmarin yang berlaku ketika cuaca baik dan hanya sejurus selepas juruterbang bercakap dengan menara kawalan mendedahkan mengenai kelemahan dan masalah dihadapi tentera udara termasuk dakwaan kesukaran mendapatkan alat ganti bagi pesawat lama.
Pada masa sama pasukan penyelamat meneruskan kerja mencari mayat di bangkai pesawat malang itu dengan sekurang-kurangnya tiga lagi mangsa dipercayai masih terperangkap.
Pihak berkuasa juga sedang menyiasat untuk memastikan sama ada bilangan penumpang dibawa melebihi jumlah dilaporkan.
Mangsa terselamat berkata mereka mendengar sekurang-kurangnya dua letupan dan terhoyong-hayang dari kiri ke kanan ketika ia menjunam sebelum kehilangan sayap kerana melanggar pokok dan terhempas di atas sederet rumah.
Ia meluncur kira-kira 700 meter sebelum mendarat di sawah padi. Seramai 112 orang berada di dalam pesawat yang membawa askar dan keluarga mereka dari Jakarta ke wilayah Papua.
Pesawat itu berhenti di beberapa lapangan terbang dan dijadual mendarat di pangkalan udara wilayah Jawa Timur, apabila nahas berlaku.
Pegawai angkatan udara, Bambang Samoedra, berkata antara terbunuh termasuk 10 kanak-kanak dan dua penduduk desa di darat. Lima belas orang lagi cedera dan ramai di antara mereka melecur.
"Penduduk menjerit ketika pesawat itu jatuh. Kami tercampak di merata tempat, kemudian meletup begitu saja, apabila tersedar saya terbaring di atas tanah 20 meter dari bangkai pesawat itu. Saya tidak mampu berdiri dan terpaksa dibantu penduduk kampung," kata prebet Saputra kepada laman web berita online kepada Detik.com.
Saputra yang cedera di kepala dan tangan berkata, api menjulang tinggi dan ketika itu beliau hanya mampu berserah kepada Tuhan. � AP
MAGETAN 21 Mei - Tentera Indonesia hari ini menjelaskan bahawa pesawat Hercules C-130 yang terlibat dalam nahas yang meragut hampir 100 nyawa di sini semalam berada dalam keadaan baik, malah melepasi satu ujian penerbangan sehari sebelum kejadian itu.
Nahas yang berlaku semasa cuaca baik itu dan sejurus selepas juruterbang berhubung dengan pengawal lalu lintas udara, telah mengalihkan fokus terhadap tentera udara Indonesia yang dilanda pelbagai masalah, termasuk aduan ia mengalami kesulitan mendapatkan alat ganti untuk pesawat-pesawatnya yang usang.
Pegawai tentera udara, Bambang Samoedra berkata, sekurang-kurangnya 99 orang maut, termasuk 10 kanak-kanak dan dua penduduk kampung, manakala 15 yang lain cedera.
Bambang menegaskan bahawa sungguhpun sudah berusia hampir 30 tahun, pesawat pengangkut Hercules itu berada dalam keadaan baik dan melepasi pemeriksaan penyelenggaraan dan penerbangan pada awal minggu ini.
Juruterbang yang berhubung dengan menara kawalan lalu lintas tidak melaporkan menghadapi sebarang masalah, katanya.
"Kami masih menyiasat dan kami tidak mahu membuat spekulasi," kata Bambang apabila ditanya sama ada kesilapan juruterbang menjadi punca nahas itu.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah menjanjikan siasatan menyeluruh ke atas nahas itu untuk mengenal pasti punca kejadian. - AP
Halang wartawan di perbicaraan Suu Kyi
YANGON: Kerajaan Myanmar semalam menghalang semula wartawan dan diplomat daripada menghadiri perbicaraan Aung San Suu Kyi, sehari selepas membenarkan mereka masuk ke bilik mahkamah buat pertama kali kelmarin.
Pada ketika ini, masih belum diketahui sama ada pihak junta akan membuka semula perbicaraan berkenaan.
Pihak junta tentera di Myanmar terus menghadapi tekanan supaya menghentikan perbicaraan yang "tidak wajar" itu ke atas Suu Kyi, sementara pakar perundangan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan siasatan mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh rejim berkenaan.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan itu, 63, yang ditahan tanpa perbicaraan selama 13 tahun bagi tempoh 19 tahun lalu, dituduh melanggar syarat penahanan dalam rumah selepas seorang lelaki Amerika, John Yettaw, berenang ke rumahnya tanpa kebenaran rasmi. Yettaw dan dua pembantu Suu Kyi turut dibicarakan.
Selepas mengadakan perbicaraan selama dua hari pertama, tanpa dijangka pihak berkuasa Myanmar membukanya kepada 10 wartawan dan berbelas-belas diplomat.
Tiga diplomat dari Thailand, Singapura dan Russia juga dibenarkan menemuinya di penjara Insein tapi mereka enggan memberi sebarang maklumat berhubung pertemuan itu. – Reuters
Influenza A boleh ancam jemaah haji
HELSINKI: Pakar selesema melahirkan kebimbangan, perhimpunan lebih dua juta umat Islam untuk mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Makkah enam bulan daripada sekarang, mungkin diancam Influenza A dan boleh mengakibatkan krisis kesihatan dahsyat kepada jemaah.
Ketika mengadakan perbincangan pada satu persidangan perubatan di sini, pakar turut mempersoalkan implikasi yang akan wujud jika penyakit yang mudah berjangkit ini tidak dapat dikawal pada perhimpunan terbesar dunia itu.
Profesor di Pusat Perubatan Universiti Erasmus Rotterdam, Albert Osterhaus berkata dalam situasi lebih buruk, warga tua, jemaah yang lemah dan sakit akan lebih mudah dijangkiti penyakit itu, malah ia mungkin menyerang jemaah ketika dalam penerbangan pulang ke tanah air dan menyebabkan merebak lebih cepat. – AP
11,034 angka terbaru, 85 maut
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes Influenza A di seluruh dunia kini sudah meningkat kepada 11,034 dan 85 kematian, dengan kes terbaru disahkan di Jepun, China, Taiwan dan Australia.
WHO berkata sebahagian besar daripada 791 kes terbaru masih lagi dicatat di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Mexico mengesahkan tiga lagi kematian yang dikaitkan dengan selesema virus A itu, sementara Amerika Syarikat mengesahkan dua kes sejak jumlah yang dicatat kelmarin.
Sekurang-kurangnya 38 negara lain turut melaporkan kes sejak wabak berkenaan bermula bulan lalu.
Di Jepun, sebaik saja kes pertama disahkan di Tokyo, pegawai kesihatan di negara berkenaan memperluaskan langkah antiwabak. Harga ubat antiviral Tamiflu pula yang dijual secara online meningkat dengan mendadak, antara 7,000 yen hingga 12,000 yen (RM259 hingga RM448) bagi sekotak yang mengandungi 10 pil, yang selalunya diperoleh dengan preskripsi doktor pada harga 3,000 yen bagi 10 pil.
Dua pelajar sekolah tinggi Jepun, yang melawat ke New York bagi menghadiri persidangan model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menjadi mangsa terbaru yang disahkan. – AP
Obama gagal dapat kelulusan Senat
Peruntukan tutup penjara Guantanamo ditolak
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat kelmarin menolak permintaan Presiden Barack Obama untuk mendapatkan peruntukan AS$80 juta (RM280 juta) yang diperlukan bagi menutup penjara Amerika di Teluk Guantanamo.
Senat mengundi 90-6 bagi menolak jumlah yang diperlukan itu bagi penjara berkenaan daripada rang undang-undang peruntukan AS$91.3 bilion (RM319.5 bilion) bagi membiayai peperangan di Afghanistan dan Iraq. Ia juga menghalang pentadbiran Obama daripada menggunakan sebarang peruntukan bagi membawa balik tahanan yang ditahan di sana ke bumi Amerika sehingga 30 September depan.
Anggota Demokrat, yang menguasai Senat bagaimanapun memutuskan untuk menolak peruntukan itu selepas dikecam hebat oleh anggota Republikan.
Perkembangan berkenaan menyebabkan lebih sukar bagi Presiden menunaikan janjinya untuk menutup penjara di pangkalan tentera laut Amerika itu di Cuba menjelang Januari 2010.
Obama juga dikecam kumpulan hak asasi manusia apabila beliau memutuskan untuk menarik balik cadangannya untuk menamatkan tribunal ketenteraan bagi tahanan dan membenarkan penyiaran gambar penderaan di penjara berkenaan.
Ada seramai 240 suspek keganasan ditahan di Teluk Guantanamo dan sebilangan ahli Kongres menentang cadangan untuk membawa mereka ke penjara Amerika. Sesetengah anggota Republikan juga menggesa Obama supaya mengekalkan kemudahan di Guantanamo itu.
Anggota Senat Demokrat dan Republikan juga mahu Obama memperincikan cadangannya berhubung tahanan Guantanamo itu sebelum mereka membenarkan wang itu digunakan. Selain itu senator berkenaan juga berdepan permintaan kontroversi Obama untuk menawarkan sehingga AS$108 bilion (RM378 bilion) kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi membantu negara lain menghadapi krisis kewangan global. – Reuters
Israel giat usaha runtuh al-Aqsa
Yahudi terus gali bawah Haram al-Sharif
BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa, rumah ibadat suci ketiga umat Islam berada dalam bahaya besar berikutan kerja penggalian berterusan yang dilakukan Israel di bawah Haram al-Sharif di Baitulmaqdis Timur.
"Israel meneruskan kerja menggali dan mengorek betul-betul di bawah Haram al-Sharif menyebabkan kerosakan teruk kepada kestabilan tapak Masjid al-Aqsa," kata pemimpin Pergerakan Islam di wilayah itu, Sheikh Raed Salah.
Salah, yang mengawasi rapi kerja penggerudian Israel di Kota Lama Baitulmaqdis Timur selama lebih 25 tahun, berkata rejim Zionis itu langsung tidak mempedulikan bantahan negara Arab dan Islam berhubung bahaya yang dihadapi tanah suci Islam berikutan kerja itu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Israel dengan kerjasama kumpulan peneroka haram Yahudi berpengaruh, memulakan usaha menggali terowong di Kota Lama.
Ia menyifatkan terowong itu 'projek pelancong' yang tidak memberi ancaman kepada kawasan suci Islam.
Bagaimanapun, penduduk Palestin dan beberapa pertubuhan Israel termasuk Jawatankuasa Israel Menentang Pemusnahan Rumah, percaya matlamat utama penggalian terowong ialah untuk membuka laluan menyerang al-Aqsa dan kawasan suci Islam lain di kawasan itu.
Tahun lalu, seorang peguam Israel yang mewakili kumpulan antipenempatan, Ir Amin, mendedahkan peneroka yang dibantu kerajaan cuba mewujudkan 'fakta tidak boleh diubah' sebagai sebahagian usaha mengambil alih seluruh kawasan berkenaan.
"Tidak ragu-ragu lagi tapak al-Aqsa semakin lemah disebabkan terowong itu dan kerja penggalian lain. Anda tidak perlu menjadi arkitek hebat untuk menyedari perkara itu. Kami mengesan lubang dan retakan di seluruh kawasan," kata Salah.
Sebahagian halaman masjid suci itu runtuh tahun lalu disebabkan kerja penggalian di bawahnya. Runtuhan berlaku hampir dengan air pancut Qaitbay di bahagian barat masjid berkenaan.
Salah berkata, beliau amat pasti Israel sebenarnya mahu memusnahkan al-Aqsa.
"Mereka mahu melakukannya seolah-olah ia disebabkan masalah semula jadi, seperti gempa bumi. Bantahan lisan tidak menghentikan tindakan rejim Zionis itu daripada menghancurkan kawasan suci Islam terutama masjid al-Aqsa," katanya. – Agensi
6 negara Arab yakin Obama mampu pulih imej Amerika
WASHINGTON: Satu tinjauan pendapat dibuat di enam negara Arab mendapati Amerika Syarikat mempunyai peluang paling baik memulihkan imej yang tercalar teruk di bawah pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika Presiden Barack Obama bersiap sedia berdepan dengan dunia Arab dan Islam dari Mesir.
"Jelas ada luahan keterbukaan dan harapan serta orang ramai menanti apa yang akan dilakukan pentadbiran baru Amerika," kata ketua Tinjauan Pendapat Umum Arab 2009, Shibley Telhami.
Tinjauan berkenaan, yang disiarkan pertubuhan penyelidikan terkemuka, Brookings Institution dan badan tinjauan bebas, Zogby International, diadakan di enam negara Arab dan Islam.
Ia mendapati lebih separuh daripada responden di Mesir, Jordan, Lubnan, Maghribi, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berharap dan menanti dasar baru Amerika di bawah pemerintahan Obama.
"Majoritinya meluahkan harapan dalam dasar luar Amerika oleh pentadbiran Obama, dan apa yang dikatakan dan dilakukan presiden sejak tiga bulan lalu," katanya.
Cuma 14 peratus daripada responden meluahkan keraguan.
Bagi Obama sendiri, tinjauan mendapati 45 peratus responden menyukai presiden baru itu, berbanding 24 peratus yang berpandangan negatif mengenainya.
"Lebih ramai penduduk dunia Arab mempunyai pandangan positif mengenai Obama berbanding negatif," kata Telhami. – Agensi
Macam-macam: Lelaki ugut rakan kembalikan gigi palsu
NEW YORK: Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mengancam seorang rakan perniagaannya dengan pistol untuk memaksa mangsa menanggalkan gigi palsu dan diserahkan kepadanya.
Joseph Nativo, 47, juga didakwa meminta Gennario Sibbio, 40, menyerahkan wang tunai berjumlah AS$1,200 (RM4,200), dua telefon bimbit dan jaket.
Polis berkata, Nativo menuntut semula gigi palsu itu kerana dia membayarnya. Katanya, dia berbuat demikian selepas memecat Sibbio dan mahukan gigi palsu itu kembali. - Agensi
Ulama bincang kawal akhlak pelayar internet
Sidang cari jalan sekat berlaku zina
SURABAYA: Kira-kira 700 ulama di Indonesia yang mengadakan persidangan di bandar raya ini mencari jalan memperkenalkan peraturan online dalam usaha mengawal akhlak pelayar internet, sambil berkata laman rangkaian sosial seperti Facebook yang semakin popular boleh menggalakkan hubungan seks haram.
Jurucakap persidangan, Nabil Haroen, berkata kumpulan ulama itu sedang menimbang mewujudkan garis panduan melarang umat Islam daripada melayari internet untuk mencari teman dan melakukan perbuatan yang mereka percaya boleh menggalakkan hubungan luar nikah.
Facebook berkata Indonesia yang mempunyai 235 juta penduduk, mempunyai pengguna paling ramai dan jumlahnya meningkat 645 peratus tahun lalu kepada 830,000 orang, mengalahkan China dan India.
Dengan jumlah kurang 0.5 peratus penduduk Indonesia mempunyai kemudahan internet, industri ini mempunyai potensi berkembang pesat dalam tempoh terdekat.
"Ulama berpendapat adalah penting agar satu maklumat undang-undang mengenai rangkaian maya diwujudkan, berikutan persahabatan secara online boleh membawa kepada hubungan 'nafsu' yang dilarang oleh Islam," katanya.
Beliau berkata, walaupun umat Islam boleh terus menjadi pengguna laman web, panduan untuk melayarinya mengikut nilai Islam amat diperlukan.
Facebook tidak dapat dihubungi mengulas lanjut.
Sembilan puluh peratus penduduk Indonesia beragama Islam walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajarannya secara sederhana.
Maklumat oleh ulama tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi ia boleh disahkan Majlis Ulama yang baru-baru ini menguatkuasakan fatwa mengenai tabiat merokok dan yoga. – AP
Thursday, May 21, 2009
GLOBAL : KHAMIS 21 MEI 2009

Nahas udara: 98 maut di Jawa
JAKARTA20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendakmendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98orang terkorban.
Doktor guna gerudi selamatkan budak
MELBOURNE20 Mei – Seorang doktor di sebuah pekan kecil disanjung selepasmenggunakan gerudi elektrik untuk menggerudi tengkorak budak lelakiberusia 12 tahun bagi melegakan tekanan ke atas otaknya.

Sri Lanka cuti rai kemenangan
COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagimeraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yangdipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.
Kekayaan calon Presiden Indonesia didapati meningkat
JAKARTA 20 Mei - Semua calon Presiden pada pilihan raya RepublikIndonesia memiliki kekayaan yang meningkat dengan MegawatiSoekarnoputri mencatat peningkatan ketara.
Megawati-Prabowo isytihar pakatan di tempat pelupusan sampah
JAKARTA 20 Mei - Megawati Soekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subiantomemilih tapak pembuangan sampah di Bantar Gebang dekat sini, untukmembuat perisytiharan berganding pada pilihan raya Presiden IndonesiaJulai ini.
4 tokoh Iran layak tanding Presiden
TEHERAN 20 Mei - Badan pengawas Perlembagaan Iran hari ini meluluskanpencalonan empat tokoh utama, termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejaduntuk bertanding pada pilihan raya Presiden pada bulan depan.

Kabinet Palestin dirombak
RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekalilagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpahjawatan semalam.
10,000 kes H1N1 disahkan di seluruh dunia
GENEVA 20 Mei - Jumlah kes selesema babi yang disahkan di seluruh duniamelepasi 10,000 hari ini dan krisis tersebut semakin memburuk di Asiawalaupun usaha keras dijalankan di kebanyakan negara bagi membendungpenularan virus influenza A (H1N1).
Media dibenar buat liputan
YANGON 20 Mei – Junta tentera Myanmar hari ini membenarkan media asingdan tempatan membuat liputan tentang kes perbicaraan Aung San Suu Kyi(gambar) ketika tekanan antarabangsa memuncak mendesak juntamembebaskan ikon demokrasi itu.
Demokrat bantah peruntukan dana tutup Gitmo
WASHINGTON 20 Mei - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama untuk menutup kem penjara di Teluk Guantanamo pada Januari tahundepan sekali lagi menghadapi tamparan semalam, apabila anggota PartiDemokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta(RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.
Pakistan perbesar program senjata nuklear
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.
KBR dapat kontrak besar AS di Iraq
WASHINGTON 20 Mei - Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) membayar bonusberjumlah puluhan juta dolar kepada kontraktor terbesarnya di Iraq, KBRInc., sekalipun selepas mendapati kerja-kerja elektrik yang dilakukanoleh firma tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua askar ASmati akibat terkena kejutan elektrik.

Angelina Jolie hadiri perbicaraan jenayah
THE HAGUE 20 Mei - Pemenang Oscar, Angelina Jolie menghadiri kesperbicaraan pemimpin militia Congo, Thomas Lubanga yang menghadapituduhan melakukan jenayah perang di The Hague, semalam, yangmembuktikan keberanian anak-anak muda dalam menentang kezaliman.
Republikan cabar populariti Obama
WASHINGTON20 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC), MichaelSteele berikrar parti pembangkang Amerika Syarikat (AS) itu akanmencabar Presiden Barack Obama secara langsung dan lebih agresif, tanpamempedulikan populariti beliau.

Rumah Rubina pula diroboh
MUMBAI 20 Mei - Selepas rumah pelakon kanak-kanak filem SlumdogMillionaire, Azharuddin Mohammed Ismail dirobohkan pihak berkuasaMumbai pada minggu lalu, seorang lagi pelakon cilik filem tersebut,Rubina Ali, 9, turut menerima nasib yang sama hari ini.
98 maut nahas pesawat
JAKARTA:Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempaske atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankansekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.
Skru pesawat tentera tanggal
SURABAYA:Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagisemalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelumnahas.
Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu
ZAGREB:Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrarkepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipumereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.
Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari bolehmenyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidaknormal malah lumpuh, kata doktor.
Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.
Britney risau udara tercemar
LONDON:Penyanyi yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Britney Spearsdilaporkan membeli 15,000 tong oksigen bagi melindungi suaranya.
Inul timang cahaya mata
JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista selamatmelahirkan anak pertama beliau iaitu seorang bayi lelaki, di HospitalMedistra, Jakarta, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Bayi seberat 2.42kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi
YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemupemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliausemalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaandikendalikan.
Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus
JAKARTA:Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketuanegara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.
Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.
Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah
COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan HarimauTamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untukmenyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila merekaditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka
PAKISTAN : Musharraf sedia aktif berpolitik
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.
Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pakistan diancam pelarian
ISLAMABAD:Pakistan kini berdepan krisis pelarian paling buruk di dunia, hampirmenyamai krisis pelarian Rwanda, ketika pekerja bantuan bertungkuslumus memenuhi keperluan hampir dua juta penduduk yang meninggalkanrumah mereka berikutan pertempuran antara tentera kerajaan denganpejuang Taliban, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Musharraf sedia aktif berpolitik
WASHINGTON:Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak menolak kemungkinankembali semula berpolitik dan bersedia menyumbang tenaga sekiranyanegaranya terus dilanda 'masalah'.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Korban bom meningkat
PESHAWAR:Jumlah kematian akibat serangan bom kereta di bandar barat lautPakistan di sini meningkat kepada 12 orang selepas seorang remajalelaki maut malam semalam, kata seorang pegawai polis semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Amerika musnah sekolah agama
PESHAWAR:Seramai 12 orang terbunuh termasuk dua disyaki militan asing dalamserangan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap sebuah sekolah agamadi kubu kuat al-Qaeda di barat laut Pakistan, disusuli dengan satuletupan bom di tengah kota Peshawar menyebabkan 10 terbunuh dan 25 lagicedera, semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pakistan rayu bantuan dunia
PESHAWAR:Jet pejuang dan helikopter tempur Pakistan mengebom tempatpersembunyian Taliban di barat laut negara itu semalam ketika PresidenAsif Ali Zardari merayu bantuan antarabangsa untuk mengelakkan bencanakemanusiaan.
PERANCIS : Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.
Nahas udara: 98 maut di Jawa
borhan.samah@utusan.com.my
![]() |
| Para penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan penumpang yang cedera daripada bangkai pesawat pengangkut Hercules C-130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas semasa hendak mendarat di sebuah lapangan terbang dekat Magetan di Jawa Timur pagi semalam. – AFP |
JAKARTA 20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130 dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendak mendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban.
Pesawat yang dibuat pada 1980 itu kemudiannya merempuh deretan rumah berhampiran Lapangan Terbang Iswahyudi di Desa Geplak, Magetan kira-kira 520 kilometer dari sini pada pukul 6.25 pagi.
Ekoran rempuhan itu, pesawat berkenaan meletup dan terbakar sebelum tersadai di sawah padi dengan bahagian ekornya berada dalam kedudukan terbalik.
Pengarah Bahagian Penerangan Tentera Udara Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang akhbar di sini berkata, kerja-kerja mengeluarkan semua mangsa termasuk 98 yang terkorban telah selesai.
Menurut beliau, daripada 98 mangsa yang terkorban, 11 orang merupakan anak kapal pesawat dan beberapa orang lagi penduduk kampung.
“Sebanyak 15 orang terselamat dengan 10 daripada mereka dalam keadaan kritikal,” katanya.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini ke Lapangan Terbang Iswahyudi dan dijadual terbang ke empat destinasi lain iaitu Makassar, Kendari, Ambon dan Biak di Papua.
Agensi berita AFP melaporkan, kejadian itu turut mengorbankan tiga orang penghuni rumah di kampung berkenaan.
Tidak dapat dipastikan punca kejadian itu tetapi Soelistyo dipetik AFP sebagai berkata, beberapa saksi melihat sayap kanan pesawat berusia 30 tahun itu patah semasa masih berada di udara.
Mangsa terselamat, Serkat Susanto menceritakan kepada isterinya Suprapti, pesawat terbabit tiba-tiba menjunam menyebabkan penumpang terpelanting.
“Semua penumpang tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Suprapti dipetik oleh portal berita Okezone semasa ditemui di Hospital Dr. Soedono di Madiun.
Televisyen tempatan menyiarkan visual pesawat berkenaan terbakar yang menyukarkan operasi menyelamat dijalankan.
Nahas itu merupakan yang keempat dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini melibatkan pesawat tentera Indonesia.
Pada 11 Mei lalu, sebuah pesawat jenis yang sama tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Wamena, Papua sehingga menyebabkan sebuah tayarnya terpelanting kira-kira satu kilometer dan merempuh sebuah rumah.
Beberapa orang cedera ringan dalam kejadian itu dan tiada mangsa terkorban.
Pada 6 April 2009, pesawat Fokker milik angkatan tentera udara Indonesia terhempas di Lapangan Hussein Sastranegara di Bandung, mengorbankan 18 anggotanya.
Pesawat berkenaan merempuh hangar sebelum terhempas dan menyebabkan beberapa buah pesawat yang diletakkan di situ turut rosak.
Pada 7 Mac pula, helikopter milik tentera darat Indonesia mendarat cemas di Semarang Barat, Jawa Tengah kerana mengalami kerosakan tetapi kedua-dua penumpangnya hanya cedera ringan. – Utusan
Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah : 98 maut nahas pesawat
PASUKAN penyelamat Indonesia memeriksa pesawat pengangkut tentera Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur semalam. |
Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah
JAKARTA: Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempas ke atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.
Rakaman televisyen menunjukkan pesawat Hercules C-130 berusia lebih 30 tahun itu terjunam ke arah beberapa deretan rumah menyebabkan bangkainya berselerakan dan asap hitam tebal menjulang ke udara.
Rustam Pakaya, ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan memberitahu Reuters menerusi telefon, selain terkorban, 15 cedera termasuk beberapa orang di darat.
Komander pangkalan tentera udara Iswahyudi di Magetan berhampiran kawasan kemalangan, Bambang Samoedro, mengesahkan jumlah penumpang yang disahkan maut.
"Kami sudah mengenal pasti 105 identiti mangsa. Sepuluh daripada mereka cedera parah dan lima cedera ringan dan lain maut," kata Samoedro menerusi telefon.
Bercakap pada sidang media, jurucakap tentera nasional, Sagom Tamboen, berkata 11 krew dan 98 penumpang menaiki pesawat itu, termasuk 10 kanak-kanak.
Menurutnya, pesawat itu berada dalam keadaan baik dan terdapat kabus di lokasi sebelum nahas. Ia dalam penerbangan biasa dari Jakarta ke pangkalan tentera udara di Jawa Timur, menghantar kakitangan tentera dan keluarga mereka sebelum dijadualkan terbang ke Sulawesi dan Papua.
"Tentera udara akan membentuk pasukan bagi menyiasat punca kemalangan," kata seorang lagi jurucakap tentera udara, Bambang Soelistyo.
Rakaman televisyen dari tempat kejadian menunjukkan penduduk bertungkus lumus memadam kebakaran mencurah air menggunakan baldi.
"Ekor pesawat sepanjang Kira-kira 15 meter masih bersambung, namun bahagian badan sehingga hadapan pecah dan terbakar," kata Suwardi, ketua daerah kecil di Magetan di mana kemalangan berlaku pada kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan. - Reuters/Agensi
INDONESIA : Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah
ORANG ramai melihat pesawat milik tentera udara Indonesia yang terhempas di atas dua rumah di Jawa Timur, semalam. Gambar kecil ialah pesawat jenis sama seperti terhempas. |
Saksi nampak objek jatuh sebelum Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah
SURABAYA: Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagi semalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelum nahas.
Agus Yulianto, seorang saksi memberitahu laman web akhbar Kompas, pesawat itu jelas senget ketika di udara dan kelihatan beberapa objek jatuh dari pesawat sebelum terhempas.
"Ada beberapa barang jatuh seperti selak dan skru dari pesawat. Pesawat terus menjunam dan akhirnya terhempas ke atas dua rumah," kata Yulianto.
Pegawai berkata, pesawat itu terhempas kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan, kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari pangkalan tentera Iswahyudi.
"Terdahulu kami mendengar letupan. Namun, tidak lagi kerana pesawat masih terbakar," kata seorang lagi saksi Suwardi.
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa kejadian pesawat terhempas di Jawa Timur, semalam. |
Katanya tempat kemalangan sukar untuk didekati kerana berada dalam tapak sawah padi.
Lokasi kemalangan berhampiran sempadan daerah Madiun dan Magetan di Jawa Timur, kira-kira 150 kilometer barat daya bandar kedua terbesar Indonesia, Surabaya.
Pesawat terbabit jatuh menimpa dua rumah penduduk tempatan di Desa Geplak, Magetan selepas kali terakhir menghubungi menara kawalan pada jam 6.25 pagi waktu tempatan dari ketinggian kira-kira 10,000 meter untuk menghampiri pangkalan tentera Lanud Iswahjudi.
Difahamkan ketika kejadian cuaca berkabus nipis.
| PEGAWAI tentera melalui kediaman penduduk yang musnah akibat nahas pesawat Hercules C-130 milik tentera udara Indonesia, semalam. |
Komandan Pangkalan Udara Iswahjudi Magetan, Bambang Samudra, berkata, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta jam 5.30 pagi membawa 110 penumpang di dalamnya (98 penumpang dan 11 krew) dan tidak terlebih muatan kerana pesawat buatan Amerika Syarikat itu mampu membawa 120 orang atau 17 tan barang.
"Pesawat dalam penerbangan rutin dari Halim ke Iswahjudi, Makassar dan kemudian ke Papua," katanya.
Bekas Ketua Tentera Udara, Chappy Hakim memberitahu Reuters bahawa pesawat Hercules C-130 yang terhempas itu adalah buatan Amerika Syarikat dan dibina pada 1980-an.
Tentera udara negara itu sekian lama mengadu tidak mempunyai pembiayaan mencukupi dan kekurangan persenjataan berikutan larangan penjualan ke atasnya yang dikenakan Amerika Syarikat sebelum ini. - Reuters/Agensi
Sri Lanka cuti rai kemenangan
![]() |
| MAYAT ketua LTTE, Vellupillai Prabhakaran diusung sambil disaksikan oleh pasukan tentera kerajaan Sri Lanka yang menumpaskan kubu terakhir gerila pemberontak itu di lagun Nanthikadal, berdekatan bandar Mullaittivu di utara Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS |
COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagi meraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yang dipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.
Ratusan askar dikerah ke kawasan Muliyawaikal di mana mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran ditemui selepas pertempuran berakhir di dalam hutan kelmarin.
"Mereka menjalankan operasi pembersihan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Lakshman Hulugalle ketika lebih banyak mayat dihimpunkan untuk dikenal pasti.
Lapan pemberontak LTTE ditembak mati lebih 130 kilometer ke selatan dari lokasi pemberontak LTTE memberi tentangan terakhir di timur laut negara ini.
Mereka merupakan kumpulan pemberontak pertama yang dibunuh oleh tentera sejak kerajaan mengisytiharkan kemenangan ke atas LTTE, manakala polis meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh pulau ini bagi menangkis serangan balas dendam oleh pemberontak, yang masih bebas.
Lebih 400 mayat pemberontak termasuk beberapa militan wanita ditemui di medan pertempuran tempat Prabhakaran ditembak mati, kata pegawai tentera.
Anak sulungnya, Charles Anthony antara mereka yang turut terbunuh di kawasan itu, tetapi tentera belum ada maklumat mengenai isteri Prabhakaran, Madiwadani atau dua lagi anak mereka.
"Proses mengenal pasti mayat anggota LTTE sedang dijalankan dan kami mahu memastikan sama ada terdapat ahli keluarga atau sekutu rapat Prabhakaran yang lain turut terbunuh," kata seorang pegawai tentera. - AFP
Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah
COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untuk menyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila mereka ditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka.
Dalam e-mel, SMS dan panggilan telefon yang disampaikan di kalangan badan bukan kerajaan, kerajaan asing dan pegawai Sri Lanka di Colombo, dua pemimpin LTTE itu bertanya bagaimana mereka dapat menyerah diri.
Mereka diberitahu: "Dapatkan sehelai kain putih, angkat tangan dan berjalan ke arah lain dengan keadaan tidak memberi ancaman."
Bagaimanapun, cubaan menyerah diri oleh Balasingham Nadesan dan Seevaratnam Pulidevan, gagal kerana antara tengah malam 17 Mei lalu awal pagi keesokan hari, mereka ditembak mati.
Pegawai LTTE di luar negara mendakwa kedua-duanya dibunuh tentera kerajaan meskipun mereka membawa bendera putih.
Sementara, kerajaan Sri Lanka berkata mereka dibunuh oleh pemberontak LTTE, yang marah dengan tindakan mereka melarikan diri daripada zon perang.
Perbalahan mengenai pembunuhan Nadesan dan Pulidevan berlaku ketika Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse, memberitahu Parlimen negara itu sudah 'dibebaskan daripada pengganas.'
"Niat kami adalah untuk menyelamatkan penduduk Tamil daripada cengkaman kejam pemberontak. Kita kini mesti hidup bersama di negara bebas ini," katanya.
Ketika Rajapakse, televisyen menyiarkan imej mayat pemimpin pemberontak, Velupillai Prabhakaran, yang dibunuh tentera kerajaan pagi Isnin lalu. Mayatnya ditunjukkan berpakaian seragam dan terbaring di atas pengusung.
Sekeping kain biru menutupi kepalanya bagi melindungi kesan tembakan. - Agensi
Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi
YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemu pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliau semalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaan dikendalikan.
Selain diplomat terbabit, junta turut membenarkan beberapa media asing dan tempatan untuk membuat liputan perbicaraan ikon demokrasi berkenaan.
Suu Kyi yang ditahan tanpa perbicaraan selama lebih 13 tahun sejak 19 tahun lalu didakwa melanggar perintah tahanan kediaman dengan membenarkan seorang pelawat rakyat Amerika Syarikat tinggal di rumahnya tanpa kebenaran. Beliau boleh dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan. - AFP
Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus
JAKARTA: Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20 peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketua negara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.
Eko Tjiptadi dari Suruhanjaya Penghapus Rasuah (KPK) berkata, peningkatan 20 peratus kekayaan Presiden diketahui selepas KPK menjalankan pemeriksaan kekayaannya di kediamannya di Cikeas, Bogor, Jawa Barat.
"Terdapat peningkatan 20 peratus daripada laporan kekayaan terakhirnya pada 2007. Ketika itu kekayaan Susilo direkodkan berjumlah Rp7.144 bilion (RM2.45 juta) ditambah AS$44,887 (RM158,933.87)," kata Eko.
Kali terakhir presiden melaporkan kekayaannya ialah pada 2 Julai 2007.
Pertambahan kekayaan Susilo adalah hasil simpanan pendapatannya sejak dua tahun lalu dan peningkatan dalam nilai jualan hartanah miliknya.
Kelmarin, pasukan KPK menjalankan pemeriksaan kekayaan rumah tiga calon presiden dan naib presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden 8 Julai ini.
KPK juga memeriksa kekayaan Megawati Soekarnoputri di kediamannya di Teuku Umar, Jakarta Pusat, kekayaan Jusuf Kalla di kediamannya di Diponegoro dan Prabowo Subianto di Citerup. Bogor.
Semalam, badan antirasuah juga memeriksa kekayaan Wiranto dan Boediono. - Agensi
Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, dan menggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.
Keintiman pasangan itu, yang direkodkan ketika satu temubual, menandakan kali pertama Presiden Perancis itu dan isterinya dirakamkan berkongsi saat romantik di kediaman rasmi mereka, Istana Elysee.
Bruni-Sarkozy, 41, mengusap tangan Sarkozy, 54, malah menepuk perlahan punggungnya, lapor akhbar The Telegraph.
Sarkozy cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti negarawan ketika duduk di tempat letak tangan kerusi dengan kakinya dihayunkan.
Selepas berciuman dan bertukar ucapan, Bruni-Sarkozy berbisik, 'Bon courage, chou chou', bermaksud 'Jadi berani, sayang.'
'Chou' ialah perkataan pendek bagi kubis dalam bahasa Perancis, tetapi apabila digunakan dua kali berturut-turut membawa maksud memberahikan manakala antara pasangan kekasih ia bermakna 'sayang.' - Agensi
Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu
ZAGREB: Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrar kepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipu mereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.
Josko Risa menang besar dalam pemilihan jawatan Datuk Bandar Prolozac selepas menggunakan slogan ‘Semua untuk saya - tiada apa-apa untuk anda’.
“Saya hanya memberitahu mereka apa yang benar. Bandar ini seperti perniagaan keluarga. Jika saya mendapat sesuatu mereka juga akan memperolehnya,” katanya. - Agensi
Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidak normal malah lumpuh, kata doktor.
Pengambilan minuman itu secara kerap boleh menyebabkan keadaan yang digelar 'hypokalaemia' iaitu penurunan paras potasium dalam darah membawa kepada lemah badan dan sembelit hingga lumpuh.
Penyelidik berkata, doktor keluarga perlu melihat masalah otot pada pesakit yang meminum banyak minuman ringan, selepas mendapati pesakit yang minum antara dua dan 10 liter sehari menunjukkan keadaan itu.
Penyelidik Universiti Ioannina memperincikan keadaan itu dalam International Journal of Clinical Practice . "Kita mengambil lebih banyak minuman ringan berbanding sebelum ini dan beberapa isu kesihatan sudah dikenal pasti termasuk masalah gigi, kerapuhan tulang dan perkembangan sindrom metabolik dan diabeters.
"Bukti semakin banyak menunjukkan pengambilan keterlaluan minuman ringan juga membawa kepada masalah hypokalaemia," kata Dr Moses Elisaf, yang mengetuai penyelidikan itu.
Semua pesakit sembuh sepenuhnya pada kadar segera selepas berhenti minum minuman ringan dan mengambil makanan tambahan potasium. - Agensi









