Thursday, May 21, 2009

Video Sarkozy, Bruni sensasi

Video Sarkozy, Bruni sensasi


PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, dan menggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Keintiman pasangan itu, yang direkodkan ketika satu temubual, menandakan kali pertama Presiden Perancis itu dan isterinya dirakamkan berkongsi saat romantik di kediaman rasmi mereka, Istana Elysee.

Bruni-Sarkozy, 41, mengusap tangan Sarkozy, 54, malah menepuk perlahan punggungnya, lapor akhbar The Telegraph.

Sarkozy cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti negarawan ketika duduk di tempat letak tangan kerusi dengan kakinya dihayunkan.

Selepas berciuman dan bertukar ucapan, Bruni-Sarkozy berbisik, 'Bon courage, chou chou', bermaksud 'Jadi berani, sayang.'

'Chou' ialah perkataan pendek bagi kubis dalam bahasa Perancis, tetapi apabila digunakan dua kali berturut-turut membawa maksud memberahikan manakala antara pasangan kekasih ia bermakna 'sayang.' - Agensi

No comments:

Post a Comment