Tuesday, May 12, 2009

GLOBAL : SELASA 12 MEI 2009

Amerika promosi pelan damai
LONDON 11 Mei - Amerika Syarikat (AS) mahu mempromosikan pelan damaiAsia Barat yang melibatkan 'penyelesaian konflik melibatkan 57 negara'dan menghendaki seluruh dunia Islam mengiktiraf Israel.

Image

China lapor kes pertama selesema babi
BEIJING11 Mei - Tanah Besar China hari ini melaporkan kes pertama selesemababi apabila seorang lelaki di wilayah Sichuan disahkan positifdijangkiti virus A (H1N1) selepas pulang dari Amerika Syarikat (AS).

700 militan Taliban terbunuh
ISLAMABAD11 Mei - Sekurang- kurangnya 700 anggota militan terbunuh dalam kempenbesar-besaran tentera Pakistan untuk menghancurkan kubu kuat Taliban dibarat laut negara ini.

Sri Lanka: Lebih 100 kanak-kanak terbunuh
COLOMBO11 Mei - Kanak-kanak merupakan jumlah tertinggi yang terkorban dikalangan penduduk awam Tamil akibat serangan tentera Sri Lanka di zonpeperangan di negara ini pada hujung minggu ini.

AS guna fosforus putih di Afghan
KABUL11 Mei - Pertubuhan hak asasi manusia Afghanistan akan menyiasatdakwaan bahan kimia fosforus putih digunakan dalam pertempuran antaratentera Amerika Syarikat (AS) dengan Taliban yang menyebabkanberpuluh-puluh penduduk terbunuh.

Ketua pembangkang berundur
TOKYO11 Mei - Ketua pembangkang Jepun, Ichiro Ozawa meletak jawatan hari iniuntuk memulihkan prospek parti pimpinannya menjelang pilihan raya umumakan datang, selepas satu skandal pengumpulan dana memusnahkanharapannya untuk menang.

Image

Kebakaran hutan berpunca peralatan elektrik
SANTABARBARA, California 11 Mei - Percikan api daripada peralatan berkuasaelektrik mungkin menjadi punca kebakaran hutan yang melanda sebuahbandar di California.

Pembinaan semula besar-besaran Sichuan selepas setahun gempa
BEIJING11 Mei - Usaha pembinaan semula besar-besaran di China selepas tragedigempa bumi menggegar wilayah Sichuan genap setahun hari ini, membantumengimbangi kesan bencana tersebut terhadap ekonomi negara ini danmembawa kemasukan pelaburan yang besar ke wilayah terbabit.

Image

Harta wanita terkaya Asia jadi rebutan
HONGKONG 11 Mei - Satu pertikaian undang-undang bagi merebut hartapeninggalan hartawan Hong Kong, Nina Wang bermula hari ini, melibatkanbekas kekasihnya yang juga pakar feng shui serta keluarga jutawan itu,yang kedua-duanya mengaku layak mewarisi kekayaan Wang.

Image

Misi terakhir kapal angkasa Atlantis
CAPECANAVERAL 11 Mei - Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) akanmelancarkan kapal angkasa Atlantis dalam misi terakhir penuh risikobagi menyelenggara teleskop angkasa Hubble.

Roxana dibebaskan
TEHERAN11 Mei - Wartawan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Iran, Roxana Saberi (gambar ) akan dibebaskan hari ini selepas sebuah mahkamah Iranmengurangkan hukuman penjara ke atasnya atas kesalahan mengintip.

AS tolak henti serangan
WASHINGTON11 Mei - Amerika Syarikat (AS) menolak gesaan Presiden Afghanistan,Hamid Karzai supaya dihentikan serangan udara AS yang bertujuan untukmenghancurkan kedudukan militan di negaranya.

Obama ditawar berucap di Universiti Al-Azhar
KAHERAH11 Mei - Ulama dan pemimpin tertinggi Sunnah, Sheikh Mohammed SayyedAl-Tantawi menawarkan pusat keilmuan terunggul Islam, UniversitiAl-Azhar di sini sebagai tempat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS)menyampaikan ucapan sulungnya kepada umat Islam ketika memulakanlawatannya ke dunia Islam bulan depan.

Penerbit muzik Jepun dipenjara
TOKYO11 Mei - Penerbit muzik Jepun, Tetsuya Komuro hari ini dijatuhi hukumanpenjara tiga tahun kerana menipu seorang pelabur dalam satu skimpenipuan hak cipta melibatkan wang berjumlah 500 juta yen (RM20.2juta).

Letupan di Peshawar, 10 maut
PESHAWAR11 Mei - Sepuluh orang maut, sementara tujuh yang lain cedera setelahseorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta yang sarat denganbahan letupan berhampiran satu tempat pemeriksaan keselamatan di baratlaut Pakistan, hari ini.

Kanggaru malang
MELBOURNE 11 Mei – Seekor kanggaru menderita selama seminggu dengansebatang anak panah menembusi kepalanya, sebelum haiwan malang ituditemui dan dikejarkan ke hospital untuk diberi rawatan.





Doktor syak penduduk Farah mangsa fosforus
KABUL:Sekumpulan doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kecederaan luarbiasa penduduk kampung Afghanistan yang melecur teruk akibatpertempuran askar Amerika Syarikat dan Taliban menyebabkan kumpulan hakasasi negara itu menyiasat kemungkinan penggunaan kimia fosforus putih.

H1N1: China cari 87 penumpang pesawat
BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan China mencari 87 daripada 150 orangyang menaiki pesawat sama dengan lelaki berusia 30 tahun yang disahkandijangkiti virus Infleenza A atau H1N1, lapor media, semalam.

Macam-Macam: Ular dalam tandas patuk kemaluan lelaki
TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

Obama lebih popular di negara Arab
WASHINGTON: Populariti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama jauhmelebihi negaranya sendiri di kalangan negara Arab, memberi isyaratbahawa beliau mampu meningkatkan hubungan antara kerajaan rantau AsiaBarat dengan Washington.

Osama sudah mati: Asif Ali
WASHINGTON: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari berkata beliau tidakyakin pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup.�Saya sudah bertanya kepada rakan saya di perkhidmatan perisikanAmerika dan mereka memberitahu tidak dengar lagi berita mengenai Osamasejak tujuh tahun lalu.

Pakistan terus sasar Taliban
ISLAMABAD:Operasi besar-besaran tentera Pakistan di wilayah barat lautmengorbankan sehingga 700 militan sejak empat hari lalu dan kempen ituakan diteruskan sehingga semua anggota Taliban tiada lagi di situ, katapegawai keselamatan, semalam.

Raja Abdullah beri amaran konflik baru bakal tercetus di Asia Barat
LONDON:Pemerintah Jordan, Raja Abdullah, memberi amaran kegagalan mencapaiperjanjian damai di Asia Barat akan membawa kepada konflik ketenteraanbaru di antara Israel dan dunia Arab dalam masa 18 bulan.

Dina dapat jolokan penari terakhir Mesir
KAHERAH:Penari gelek terkemuka Mesir, Dina, dinobatkan sebagai 'Penari TerakhirMesir' oleh majalah Amerika Syarikat, Newsweek, baru-baru ini apabilawajahnya menghiasi edisi penerbitan berkenaan