Tuesday, July 7, 2009

GLOBAL : SELASA 07 JULAI 2009


140 terbunuh di Xinjiang
BEIJING 6 Julai - China hari ini menuduh puak pemisah Islam Uighurmenggunakan senjata pisau dan kayu belantan ketika mengadakan rusuhandi wilayah bergolak di Xinjiang, menyebabkan sekurang- kurangnya 140orang terbunuh dan lebih 800 yang lain cedera.

Thaksin Shinawatra berada di Malaysia
BANGKOK 6 Julai - Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadipelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia, baru-baru initapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kataTimbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.


RM2.52 bilion ujian nuklear
SEOUL 6 Julai - Korea Utara telah membelanjakan kira-kira AS$700 juta(RM2.52 bilion) pada tahun ini untuk menjalankan ujian nuklear danpeluru berpandu, jumlah yang cukup untuk menyelesaikan masalahkekurangan makanan selama sekurang- kurangnya dua tahun di negara itu.


Bekas Presiden Honduras dihalang mendarat
TEGUCIGALPA 6 Julai - Pesawat yang dinaiki oleh bekas PresidenHonduras, Manuel Zelaya dihalang daripada mendarat di lapangan terbangutama negara ini semalam apabila pihak berkuasa menempatkan kenderaantentera dan askar di landasan terbang.

Keluarga Jacko minta tangguh lantik 2 penama
LOS ANGELES 6 Julai - Keluarga Michael Jackson mahu hakim menangguhkanpelantikan dua lelaki yang disebut dalam wasiat Raja Pop itu sebagaipentadbir sementara harta pusakanya bagi membolehkan mereka menyiasatsituasi dan individu berkaitan dengan beliau pada hari-hari terakhirhayatnya.

Menteri Luar didesak berundur
BANGKOK 6 Julai - Anggota pembangkang di Parlimen Thailand hari inimenuntut Menteri Luar, Kasit Piromya meletakkan jawatan selepas polismemfailkan dakwaan terhadapnya kerana didakwa terlibat dengandemonstrasi yang menyebabkan dua lapangan terbang utama di Bangkoklumpuh pada tahun lepas.

Taliban lancar serangan gerila
KANDAHAR 6 Julai - Pergerakan Taliban di Afghanistan hari inimengumumkan mereka telah melancarkan operasi gerila untuk menangkisserangan besar-besaran tentera marin Amerika Syarikat (AS) ke atas kubukuat mereka di wilayah Helmand.

Megawati tuntut senarai baru pengundi
JAKARTA 6 Julai - Pemimpin pembangkang utama Indonesia, MegawatiSukarnoputri menuntut satu senarai baru pemilih diadakan bagi pilihanraya Presiden (Pilpres) pada Rabu ini.

Cimpanzi terlepas, Zoo Chester dipindah
LONDON 6 Julai - Zoo Chester yang popular dengan tarikan hidupan liardi Britain, dipindahkan semalam selepas 30 ekor cimpanzi terlepas darikurungan.


Ice Ace, Transformers kongsi nombor 1
LOS ANGELES 6 Julai - Filem animasi Ice Age: Return of the Dinosaursmelompat di tangga teratas box office Amerika Utara pada minggu pertamaditayangkan di pawagam, namun terpaksa berkongsi kedudukan itu denganTransformers: Revenge of the Fallen , menurut anggaran yang dikeluarkansemalam berhubung pendapatan daripada kutipan tiket.

Aktor Bollywood nafi rogol pembantu rumah
MUMBAI 6 Julai - Kes pelakon Bollywood, Shiney Ahuja memasuki babakbaru apabila aktor itu menafikan melakukan hubungan seks dengankerelaan mangsa yang juga pembantu rumahnya.

Presiden Korea derma harta
SEOUL 6 Julai - Presiden Korea Selatan, Lee Myung- bak ( gambar ) akanmendermakan kira-kira 33.1 bilion won (RM92 juta), sebahagian besarkekayaan peribadinya untuk menubuhkan program biasiswa baru untukbelia.

Denise Richards nafi eksploit anak
WASHINGTON 6 Julai - Denise Richards menyelar dakwaan yang menuduh diamengeksploit anak-anaknya dengan membiarkan mereka muncul dalam programrealiti televisyen kelolaannya.

Jason Jackson kagumi Raja Pop
SYDNEY 6 Julai - Dia mungkin sedang berkabung atas kematian idolanya,Raja Pop, Michael Jackson, tetapi dalam masa yang sama, kematian RajaPop itu turut membawa keuntungan kepada perniagaan Jason Jackson.

Radcliffe, Emma nafi bercinta
LOS ANGELES 6 Julai - Bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe merasakan"sesuatu yang tidak masuk akal" mengenai idea dia menjadi kekasihkepada pelakon, Emma Watson.

Lelaki saman kasino kerana ketagih judi
SEOUL 6 Julai - Bekas ketua sebuah syarikat Korea Selatan yang mendakwadia kerugian sebanyak 30 bilion won (RM82.25 juta) dalam masa tigatahun akibat bertaruh, bertindak menyaman sebuah kasino keranamenyebabkan dia menjadi kaki judi.








140 maut rusuhan penduduk Muslim Uighur di Xinjiang
URUMQI:Sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh diwilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itudalam masa beberapa dekad.

'Wang politik' cemar kempen
JAKARTA:Walaupun setiap calon dalam pilihan raya presiden esok memberi jaminanuntuk memerangi rasuah, namun pada hakikatnya ia bukan lagi rahsia�wang politik� sudah menjadi sebahagian daripada taktik berkempen.

Tentera sekat lapangan terbang larang Zelaya kembali ke Honduras
TEGUCIGALPA: Presiden yang disingkir Manuel Zelaya dilarang mendarat di lapanganterbang utama Honduras kelmarin kerana landasan disekat kenderaantentera dan sekumpulan tentera, sesetengahnya bertembung dengan ribuanorang ramai di luar kawasan berkenaan.

Amerika, Russia pulih hubungan dingin
MOSCOW: Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Russia Dmitry Medvedevmengurangkan jurang perbezaan dan memulihkan hubungan dingin selamatujuh tahun antara kedua-dua negara, pada sidang puncak semalam denganmengisytiharkan keazaman mereka untuk terus mengurangkan penghasilansenjata nuklear dan memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara.

Melayu Singapura lebih berjaya ikut meritokrasi
SINGAPURA:Kemajuan yang dicapai masyarakat Melayu atas prinsip meritokrasi yangdidukung Singapura adalah 'memberangsangkan, cukup menggalakkan danlebih baik berbanding masyarakat minoriti di tempat lain', dakwaMenteri Undang-Undang, K Shanmugam.

Berlatih hadapi keganasan ala Mumbai
SINGAPURA: Pihak berkuasa di sini melancarkan latihan anti-pengganas terbesarsemalam dengan meniru serangan besar-besaran sama tahun lalu olehmilitan yang membunuh 166 orang di Mumbai, India, sebagai persediaanmenyekat keganasan seumpama itu.

20 maut, 300 remaja terperangkap dalam banjir di selatan China
BEIJING:Banjir besar di selatan China mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orangsementara jalan yang terhalang menyebabkan 300 remaja terkandas disebuah sekolah dengan bekalan makanan dan air terhad, lapor mediatempatan.

Iran janji segera balas jika diserang
TOKYO: Iran sedia melancarkan serangan besar-besaran jika diserang balasIsrael yang menuduh Teheran membangunkan senjata nuklear, kataPengerusi Suruhanjaya Dasar Luar Negara dan Keselamatan KebangsaanParlimen Iran, Alaeddin Boroujerdi.

'Kuasa urus harta Michael'
LOSANGELES: Peguam Michael Jackson dan keluarganya semalam hadir dimahkamah bagi menentukan siapa sepatutnya diberi kuasa menguruskanhartanya, selepas timbul wasiat yang ditanda tangani Jackson pada 2002.

Suami Sandra Bullock 'berjuang' sesuaikan diri
LOSANGELES: Pelakon Sandra Bullock berkata suami beliau Jesse James, 40,terpaksa 'berjuang' untuk menyesuaikan diri dengan kedudukannya sebagaibintang Hollywood, selepas mereka berkahwin.