Wednesday, July 8, 2009

GLOBAL : RABU 08 JULAI 2009


Selamat jalan Jackson
LOS ANGELES 7 Julai – Upacara pengebumian Michael Jackson dimulakandengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untukmemberi penghormatan terakhir kepada Jacko, sebelum mayatnya dibawa kearena sukan Staples Center, di sini untuk menghadiri satu upacarapenghormatan kepada Raja Pop itu.


Rusuhan masuk hari ketiga
URUMQI 7 Julai - Polis antirusuhan melepaskan tembakan gas pemedih matauntuk menyuraikan pertempuran antara kaum Han dan etnik Uighur dalamrusuhan di ibu kota ini hari ini, dua hari selepas sekurang-kurangnya156 orang terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera dalam keganasan kaumterburuk di wilayah Xinjiang sejak berdekad-dekad yang lalu.

Barat jangan campur tangan
TEHERAN7 Julai - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalammemberi amaran kepada pemimpin Barat agar tidak campur tangan dalamurusan negara ini ketika Paris menyatakan bahawa seorang ahli akademikwarga Perancis telah ditahan atas dakwaan pengintipan.

PBB kecam Korea Utara
NEWYORK 7 Julai - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB)semalam mengkritik tindakan Korea Utara melancarkan tujuh pelurubalistik ketika Amerika Syarikat (AS) menyambut Hari Kemerdekaan ke-233kelmarin, bagi menunjukkan kemampuan peluru berpandu terbesar yangdihasilkan oleh Pyongyang dalam masa tiga tahun.

Putin letak harapan kepada Obama
NOVOOGAREVO, Rusia 7 Julai - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata,negaranya meletakkan harapan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) bagimemulihkan semula hubungan antara dua negara tersebut ketika kedua-duapemimpin itu bertemu buat kali pertama hari ini.


Bom meletup, 7 maut
MANILA7 Julai – Tujuh orang terbunuh, manakala 40 yang lain cedera apabilabom buatan sendiri meledak berhampiran sebuah stesen minyak di kawasanbergolak, di selatan Filipina hari ini.

Hamas persenda tentera Israel
BAITULMAQDIS7 Julai - Stesen televisyen Hamas di Gaza menyiarkan cerita pendekkartun animasi yang mempersendakan tentera Israel.

AS nafi beri lampu hijau serang Iran
WASHINGTON7 Julai - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalammenafikan Washington memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerangIran atau sedang menimbangkan semula rancangan untuk menjalinkanhubungan diplomatik dengan republik Islam tersebut.

Bintang Bollywood pilih kerja belakang layar
MUMBAI7 Julai - Aktor terkenal Bollywood, Saif Ali Khan muncul buat pertamakalinya sebagai seorang penerbit mulai bulan ini, satu trend baru dikalangan bintang Bollywood untuk membabitkan diri lebih aktif dibelakang tabir.

'Media rampas kuasa' di Honduras
TEGUCIGALPA7 Julai - Golongan muda di Honduras yang menentang penggulinganPresiden Manuel Zelaya (gambar) menggunakan rakaman video amatur dangambar telefon mudah alih untuk menyalurkan imej ke laman web YouTubedalam tindakan yang mereka sifatkan sebagai 'rampasan kuasa media'.







Rusuhan di Xinjiang tenat
URUMQI: Polis antirusuhan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan penunjukperasaan Han dan Uighur yang bertempur di kawasan kependudukan Muslimdi Xinjiang, semalam, dua hari selepas kejadian rusuhan etnik yangmengakibatkan 156 orang maut dan lebih 1,000 orang cedera.

Laluan mudah bagi Susilo
JAKARTA: Indonesia memilih presiden barunya hari ini daripada tiga calon yangbertanding iaitu penyandangnya, Susilo Bambang Yudhoyono, bekaspresiden, Megawati Sukarnoputri dan naib presiden sekarang, JusufKalla.

7 askar AS maut di Afghanistan
KABUL: Tujuh askar Amerika terbunuh, ketika beribu-ribu anggota marin Amerikaterus melancarkan serangan besar-besaran terhadap Taliban di wilayahHelmand di selatan Afghanistan kelmarin.

Lebih 2 bilion saksi upacara peringati MJ
LOSANGELES: Lebih 2.5 bilion penduduk dunia dijangka menyaksikan siaranlangsung upacara memperingati Michael Jackson melalui televisyen dandengan mudah menenggelamkan pelbagai acara sukan penting peringkatantarabangsa, kata Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Sharon Stone gaduh dengan pramugari
LOSANGELES: Pelakon Basic Instinct, Sharon Stone, dilaporkan bergaduhdengan seorang pramugari pesawat penerbangan Delta yang sedang menujuke Salt Lake City dari Kalispell, Montana, semalam, menyebabkan beliauditahan polis sebaik tiba di lapangan terbang.

Paula Abdul masih sedia jadi juri American Idol
ATLANTA: Penyanyi Paula Abdul dilaporkan masih menerima tawaran untuk terusmenjadi juri bagi rancangan realiti televisyen American Idol danmenyatakan optimis bahawa beliau boleh berunding untuk kontrak baru.