Sunday, May 24, 2009

GLOBAL : AHAD 24 MEI 2009

Sah babi punca H1N1
WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AmerikaSyarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkanwabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahunlepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.


Obama: Perang hanya bila perlu
ANNAPOLIS,Maryland 23 Mei - Presiden Barack Obama berjanji kepada graduan kadetkanan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) semalam bahawabeliau hanya akan menghantar tentera 'ke medan perang sekiranyabenar-benar diperlukan'.

Manmohan angkat sumpah PM India
NEWDELHI 23 Mei - Perdana Menteri India, Manmohan Singh mengangkat sumpahbagi penggal kedua ke jawatan itu semalam, walaupun ketika rundingan diantara partinya dan sekutu pakatan utamanya gagal.


Bekas Presiden Korea Selatan bunuh diri
SEOUL24 Mei - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun ( gambar ) yangterbabit dalam skandal rasuah, meninggal dunia hari ini selepas terjundari lereng gunung di belakang kediamannya dekat kawasan selatanpedalaman, kata peguamnya.


Terminator kutip RM47j hari pertama
LOSANGELES 23 Mei - Melihatkan keadaan orang ramai yang bersesak dipanggung-panggung wayang di Utara Amerika pada hari pertama tayangansekuel filem Terminator , filem itu nampaknya tidak menghadapi masalahwalaupun tidak menampilkan aktor Arnold Schwarzenegger sebagai watakutama.

Regu Susilo pilihan terbaik
HANYAkejutan kecil apabila tempoh pencalonan untuk pertandingan jawatanPresiden dan Naib Presiden Pilihan Raya Presiden Republik Indonesiaditutup minggu lalu.





Bekas Presiden Korea bunuh diri
SEOUL:Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun, yang terseret dalam skandalrasuah, mengejutkan negaranya selepas dilaporkan mati kerana terjundari satu tempat tinggi di kawasan pergunungan belakang kediamanbeliau, semalam.

Macam-Macam: Bas kena serang disangka ada virus
BUENOSAIRES: Sekumpulan penduduk Argentina melontar kayu dan batu ke arahsebuah bas dari Chile selepas menyangka seorang penumpang lelakimenunjukkan tanda dijangkiti Influenza A (H1N1), semalam.

Sri Lanka bakar mayat Prabhakaran
COLOMBO:Pemimpin tertinggi tentera Sri Lanka, Sarath Fonseka dalam satutemubual mingguan yang akan disiarkan hari ini mendakwa pihaknya sudahmembakar mayat pemimpin gerila pergerakan Harimau Pembebasan TamilEelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran.

Wartawan AS kena penjara di Iran lega dapat pulang
WASHINGTON:Roxana Saberi, seorang wartawan Amerika Syarikat yang dipenjara selamaempat bulan di sebuah penjara di Iran disambut dengan sorakan danpelukan sekembalinya ke tanah air.

Wanita Kuwait buat kejutan
KUWAITmencatat sejarah apabila empat wanita julung-julung kali dipilihmenduduki kerusi parlimen negara itu, kejayaan hebat di negara Arabkonservatif yang sering di dominasi lelaki.

Kunyit bantu turunkan lemak
WASHINGTON:Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yangdibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkanberat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

12 remaja rompak dua kali sebulan RM5.5j
LONDON:Sekumpulan remaja lelaki, termasuk seorang yang baru berusia 15 tahun,mencuri hampir £1 juta (RM5.5 juta) dalam siri rompakan 'amatprofesional' ke atas van keselamatan. Mereka yang ditahan dandibicarakan dikenakan hukuman penjara, semalam.

'Jelita bukan kelebihan'
LOSANGELES: Pelakon Jessica Biel mengakui gaya dan penampilannya seringkali menghalang pengarah filem untuk menawarkan beliau berlakon didalam filem mereka kerana dia mungkin dilihat �terlalu jelita� untukmelakonkan watak tertentu.

Queen minati Adam Lambert
LOSANGELES: Kumpulan Queen yang sedang mencari bakat baru bagi menjadipenyanyi utamanya mengakui meminati pemenang tempat kedua program�American Idol�, Adam Lambert

Bekas Presiden Korea Selatan bunuh diri


Bekas Presiden Korea Selatan bunuh diri
SEOUL24 Mei - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun ( gambar ) yangterbabit dalam skandal rasuah, meninggal dunia hari ini selepas terjundari lereng gunung di belakang kediamannya dekat kawasan selatanpedalaman, kata peguamnya.


Bekas Presiden Korea bunuh diri
SEOUL:Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun, yang terseret dalam skandalrasuah, mengejutkan negaranya selepas dilaporkan mati kerana terjundari satu tempat tinggi di kawasan pergunungan belakang kediamanbeliau, semalam.

PILIHANRAYA INDIA : Manmohan angkat sumpah PM India

Manmohan angkat sumpah PM India
NEWDELHI 23 Mei - Perdana Menteri India, Manmohan Singh mengangkat sumpahbagi penggal kedua ke jawatan itu semalam, walaupun ketika rundingan diantara partinya dan sekutu pakatan utamanya gagal.

---------------------------------------------------------------------------------

Kongres bentuk barisan baru Kabinet India
NEWDELHI: Parti Kongres India mula menyusun barisan baru Kabinet semalamselepas diberi mandat besar dalam pilihan raya, sekali gus membolehkankerajaan meneruskan langkah pemulihan ekonomi.

---------------------------------------------------------------------------------

Parti Kongres mula pilih rakan parti kecil
NEW DELHI 17 Mei - Perikatan parti pemerintah India yang diketuai olehParti Kongres hari ini mula memilih sekumpulan kecil sekutu bagimemperkuat pakatan dan memberi tumpuan kepada menghidupkan semulaekonomi yang bergerak perlahan.

Rahul individu berpengaruh dalam arena politik India
NEWDELHI: Tumpuan politik India terarah kepada Rahul Gandhi, bintangkempen parti Kongres yang menang besar dalam pilihan raya India dalammasa hampir dua dekad dan disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri.

---------------------------------------------------------------------------------

Kongres menang pilihan raya India
NEWDELHI 16 Mei - Perdana Menteri Manmohan Singh mengisytiharkan PartiKongres pimpinannya memenangi pilihan raya India, selepas tamatpengiraan undi hari ini dan menyifatkannya rakyat telah memberi 'mandatbesar' kepada parti tersebut.

Parti Kongres bakal memerintah
NEWDELHI: Blok politik Parti Kongres akan kembali berkuasa di Indiaselepas mendahului kiraan undi semalam dalam pilihan raya umum yangberlangsung selama sebulan.

---------------------------------------------------------------------------------

Semua parti India tiada majoriti
NEW DELHI 14 Mei - Perikatan pemerintah India pimpinan Parti Kongresdan sekutu-sekutu utamanya giat melakukan percaturan hari ini untukmendapatkan sekutu baru bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing diParlimen selepas tinjauan mendapati kedua-dua pihak akan gagalmemperoleh majoriti.

Politik India terus bergolak
NEWDELHI: Parti politik India semalam bergelut untuk membentuk pakatanbaru, sehari selepas selesai pilihan raya umum yang berlangsung selamasebulan.

---------------------------------------------------------------------------------

Image

Pilihan raya India berakhir
CHENNAI13 Mei - Babak akhir pilihan raya umum di India bermula hari ini denganpetanda yang menunjukkan pakatan yang lemah akan muncul sebagaipemenang ketika negara ini berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Pembuangan undi India tamat
NEW DELHI: Berjuta-juta penduduk India mengundi pada fasa terakhirpilihan raya negara itu yang bermula sejak bulan lalu, di sebalikkegawatan ekonomi dan keadaan politik yang berpecah-belah.

LTTE : Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur

Sri Lanka bakar mayat Prabhakaran
COLOMBO: Pemimpin tertinggi tentera Sri Lanka, Sarath Fonseka dalam satutemubual mingguan yang akan disiarkan hari ini mendakwa pihaknya sudahmembakar mayat pemimpin gerila pergerakan Harimau Pembebasan TamilEelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran.

------------------------------------------------------------------------------------------

Image
Sri Lanka cuti rai kemenangan
COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagimeraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yangdipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah
COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan HarimauTamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untukmenyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila merekaditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka

------------------------------------------------------------------------------------------

LTTE nafi Prabhakaran terbunuh
COLOMBO 19 Mei - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hariini menafikan pemimpin mereka, Vellupillai Prabhakaran telah matidibunuh oleh tentera Sri Lanka.

Image
Rakaman video mayat Prabhakaran disiar
COLOMBO 19 Mei - Televisyen kerajaan Sri Lanka hari ini menyiarkangambar video merakamkan apa yang didakwa sebagai mayat pemimpinpemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), VellupillaiPrabhakaran.

LTTE dakwa Prabhakaran selamat
COLOMBO:Mati atau masih hidup? Saki baki anggota kumpulan Harimau Tamil Eelam(LLTE) semalam menafikan dakwaan kerajaan Sri Lanka bahawa pemimpinmereka Velupillai Prabhakaran dibunuh dalam serangan tentera kelmarin,manakala kerajaan pula berkata mereka sudah mengesahkan mayat itusebagai ketua pemberontak berkenaan.

Colombo usaha pujuk penduduk Tamil kembali
COLOMBO:Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse semalam mengumumkan ‘kekalahanmutlak’ pemberontak Harimau Tamil dan berikrar untuk meneruskan usahamencari ‘penyelesaian politik dalam negara’ bagi menamatkan konfliketnik sejak berdekad lalu.Berucap di Parlimen dengan sebahagian daripadanya di dalam bahasaTamil, Rajapakse berkata, kerajaan kini menguasai ‘setiap inci’ wilayahdi pulau itu dan berjaya menghapuskan ‘keganasan’ dengan menewaskantentera pemberontak kelmarin.

------------------------------------------------------------------------------------------

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur
COLOMBO:Tentera Sri Lanka mengumumkan kemenangan ke atas Harimau PembebasanTamil Eelam (LTTE) selepas berjaya membunuh keseluruhan kepemimpinantertinggi kumpulan pemisah itu, termasuk ketuanya, VellupillaiPrabhakaran

Prabhakaran ditembak ketika cuba tinggalkan zon perang
DARI MUKA 1Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.

Image
Ketua LTTE terbunuh
COLOMBO 18 Mei – Pemimpin tertinggi pemberontak Harimau PembebasanTamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati hari iniketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar kerajaan Sri Lanka.

Image
Askar kuasai penuh Sri Lanka
COLOMBO18 Mei – Tentera Sri Lanka hari ini meletakkan seluruh negara ini dalamkawalan kerajaan buat kali pertama sejak 1983, setelah menghancurkansisa-sisa tentangan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)dan membunuh pemimpin tertingginya, Vellupillai Prabhakaran.

Sri Lanka bebas ancaman LTTE
COLOMBO:Tentera Sri Lanka untuk kali pertama sejak 1983 menguasai keseluruhanwilayah negara kepulauan itu selepas menghapuskan saki baki pemberontakHarimau Tamil semalam.

Prabhakaran buat silap besar
COLOMBO:Velupillai Prabhakaran mengubah sebuah kumpulan kecil penentang yangtidak bersenjata lengkap kepada sebuah kumpulan penentang sofistikateddan kejam yang dikenali di seluruh dunia, tetapi kemudiannya membuatbeberapa kesilapan sehingga akhirnya menyebabkan ia tumpas kepadatentera Sri Lanka semalam.


------------------------------------------------------------------------------------------

Image
Sri Lanka umum kemenangan
COLOMBO17 Mei – Presiden Mahinda Rajapaksa mengumumkan kemenangan tenterakerajaan terhadap gerila pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE) dalam perang selama suku abad.

Harimau Tamil mengaku kalah
COLOMBO:Kumpulan pemisah Harimau Tamil (LTTE) yang dikepung tentera kerajaanmeletak senjata semalam selepas 37 tahun berjuang untuk mewujudkannegara bebas bagi bangsa mereka di utara Sri Lanka.

Tempat Prabhakaran bersembunyi dicari
COLOMBO:Tentera kerajaan menggeledah pantai dan lagun kecil di timur laut SriLanka semalam, memeriksa dengan rapi mayat dijumpai dan mencari tempatpersembunyian di dalam hutan.

------------------------------------------------------------------------------------------

Gerila Tamil terus serang askar kerajaan
COLOMBO:Gerila Tamil Sri Lanka dilaporkan mengambil sikap berdegil denganmeneruskan serangan terhadap tentera kerajaan dalam pertempuran yangmenyaksikan pemisah mula melancarkan gelombang serangan bunuh diri.

Isteri Obama paling seksi


Obama: Perang hanya bila perlu
ANNAPOLIS,Maryland 23 Mei - Presiden Barack Obama berjanji kepada graduan kadetkanan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) semalam bahawabeliau hanya akan menghantar tentera 'ke medan perang sekiranyabenar-benar diperlukan'.

-------------------------------------------------------------------------------------

6 negara Arab yakin Obama mampu pulih imej Amerika
WASHINGTON:Satu tinjauan pendapat dibuat di enam negara Arab mendapati AmerikaSyarikat mempunyai peluang paling baik memulihkan imej yang tercalarteruk di bawah pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketikaPresiden Barack Obama bersiap sedia berdepan dengan dunia Arab danIslam dari Mesir.

-------------------------------------------------------------------------------------

Republikan cabar populariti Obama
WASHINGTON20 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC), MichaelSteele berikrar parti pembangkang Amerika Syarikat (AS) itu akanmencabar Presiden Barack Obama secara langsung dan lebih agresif, tanpamempedulikan populariti beliau.

-------------------------------------------------------------------------------------

Hamas skeptis terhadap Obama, Netanyahu
GAZACITY 19 Mei - Pergerakan Hamas yang memerintah Genting Gaza skeptisdengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),Barack Obama semasa pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu, semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------

Isteri Obama paling seksi
WASHINGTON15 Mei - Buat kali pertama Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS)termasuk dalam senarai 100 'wanita paling seksi di dunia' yangdikeluarkan setiap tahun oleh majalah Maxim .

Obama kekalkan suruhanjaya tentera
WASHINGTON 15 Mei - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama hari ini mengumumkan AS akan mengekalkan suruhanjaya tentera yangditubuhkan pada zaman Bush bagi membicarakan suspek keganasan utama,tetapi dengan mengadakan perlindungan undang-undang yang lebih baikuntuk tahanan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Obama larang siarkan gambar
WASHINGTON 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam menarikbalik keputusan membenarkan penyiaran gambar seksaan ke atas tahanan'perang terhadap keganasan', atas kebimbangan berlakunya serangan balasdendam terhadap askar AS di luar negara.

Obama larang sebar gambar penderaan
WASHINGTON:Presiden Barack Obama kelmarin menarik balik keputusannya untukmembenarkan penyiaran gambar penderaan terhadap tahanan perang, denganalasan ia boleh mengakibatkan tindakan balas ke atas tentera AmerikaSyarikat di luar negara.

-------------------------------------------------------------------------------------

Obama anjur deklamasi puisi di White House
WASHINGTON13 Mei – Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Mi chelle Obama berkata,Rumah Putih merupakan tempat di mana orang ra mai patut berasa bebasuntuk bercakap apa yang difikirkan oleh mereka.

IRAN : Karroubo kritik Ahmadinejad

Wartawan AS kena penjara di Iran lega dapat pulang
WASHINGTON:Roxana Saberi, seorang wartawan Amerika Syarikat yang dipenjara selamaempat bulan di sebuah penjara di Iran disambut dengan sorakan danpelukan sekembalinya ke tanah air.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Peluru berpandu Iran lebih canggih
WASHINGTON21 Mei - Peluru berpandu yang dilancarkan dalam ujian terbaru oleh Iranadalah peluru berpandu pendorong pepejal dengan jarak yang paling jauhpernah dicatatkan, demikian menurut seorang pegawai kerajaan AmerikaSyarikat (AS).

-----------------------------------------------------------------------------------------

4 tokoh Iran layak tanding Presiden
TEHERAN 20 Mei - Badan pengawas Perlembagaan Iran hari ini meluluskanpencalonan empat tokoh utama, termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejaduntuk bertanding pada pilihan raya Presiden pada bulan depan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Karroubo kritik Ahmadinejad
TEHERAN 17 Mei - Calon bagi merebut jawatan Presiden Iran, MehdiKarroubi mengkritik tindakan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang menafikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Eropah atau Holocaust, kerana disifatkan hanya menguntungkan Israel.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Roxana Saberi berehat di Vienna
VIENNA:Roxana Saberi, wartawan Amerika yang dibebaskan selepas dipenjaraselama kira-kira empat bulan di Iran atas tuduhan mengintip,mengunjungi ibu negara Austria ini dengan ibu bapa dan kawannyasemalam.

Wanita menang empat kerusi Parlimen Kuwait

Wanita Kuwait buat kejutan
KUWAITmencatat sejarah apabila empat wanita julung-julung kali dipilihmenduduki kerusi parlimen negara itu, kejayaan hebat di negara Arabkonservatif yang sering di dominasi lelaki.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Image
Ahli Parlimen Wanita pertama Kuwait
KUWAITCITY 17 Mei – Empat wanita Kuwait berjaya menjadi kaum Hawa pertamadipilih menduduki Parlimen negara ini, satu kemenangan dalam negarateluk berfahaman konservatif yang mana sistem perundangannya banyakmemihak kepada lelaki sejak separuh abad yang lalu.

Wanita menang empat kerusi Parlimen Kuwait
BANDARAYAKUWAIT: Wanita memenangi empat kerusi Parlimen Kuwait dalam pilihanraya kelmarin, kemenangan julung kali dalam sejarah negara Teluk Arabdalam apa yang dianggap tamparan kepada parti yang sekian lamamendominasi dewan itu.

Speaker Britain letak jawatan

12 remaja rompak dua kali sebulan RM5.5j
LONDON:Sekumpulan remaja lelaki, termasuk seorang yang baru berusia 15 tahun,mencuri hampir £1 juta (RM5.5 juta) dalam siri rompakan 'amatprofesional' ke atas van keselamatan. Mereka yang ditahan dandibicarakan dikenakan hukuman penjara, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Britain seru Barat kerjasama dengan Islam
LONDON 22 Mei - Keganasan dan konflik pada masa lalu telah 'mengubahrupa bentuk' hubungan antara negara Islam dengan Barat namun kedua-duapihak perlu bekerjasama bagi menghadapi cabaran global.

Menteri gesa Barat, Muslim bekerjasama
LONDON:Menteri Luar Britain, David Miliband berkata walaupun keganasan dankonflik pada masa lampau didapati 'menjejaskan' perhubungan di antaranegara Barat dan Muslim, namun adalah wajar kini kedua-dua pihakberusaha secara bersama bagi menghadapi cabaran global.

--------------------------------------------------------------------------------

Speaker Britain letak jawatan
LONDON19 Mei - Speaker House of Commons Britain, Michael Martin mengumumkanpeletakan jawatannya hari ini selepas dikecam hebat kerana skandalmelibatkan tuntutan perbelanjaan anggota Parlimen.

--------------------------------------------------------------------------------

Ejen Britain menyamar 'Muslim 007'
LONDON:Ejen keselamatan Britain menghantar pegawai menyamar yang digelar'Muslim 007' untuk meyakinkan suspek al-Qaeda, Binyam Mohamed untukmenjadi pemberi maklumat jika mahu seksaan dihentikan.

--------------------------------------------------------------------------------

Menteri Muslim pertama Britain letak jawatan
LONDON:Menteri Muslim pertama di Britain, Shahid Malik akan meletakkan jawatansebelum hasil siasatan berhubung perbelanjaan ahli Parlimen diumumkan,kata pejabat Perdana Menteri, Gordon Brown semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Polis British makin prejudis pada Islam
LONDON 14 Mei - Rakyat Britain berketurunan Asia Selatan lebih kerapditahan dalam serbuan antikeganasan berbanding mana-mana kumpulan etnikyang lain di negara ini.

-------------------------------------------------------------------------------------

Putera Charles bidas pengkritik
LONDON13 Mei – Tiada kerusi kosong dalam auditorium Institut Ar kitek DirajaBritain ketika boikot ter hadap ucapan Putera Charles tidak mendapatsambutan ramai.

Macam-macam: Tasmanian Devil haiwan terancam

Macam-Macam: Bas kena serang disangka ada virus
BUENOSAIRES: Sekumpulan penduduk Argentina melontar kayu dan batu ke arahsebuah bas dari Chile selepas menyangka seorang penumpang lelakimenunjukkan tanda dijangkiti Influenza A (H1N1), semalam.

Kunyit bantu turunkan lemak
WASHINGTON:Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yangdibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkanberat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

---------------------------------------------------------------------------------

Tasmanian Devil haiwan terancam
CANBERRA 22 Mei - Haiwan marsupial, Tasmanian Devil yang digambarkansebagai watak Taz dalam kartun terkenal Looney Tunes, disenaraikansebagai spesies terancam di negara ini ekoran sejenis penyakit kanserberjangkit yang telah menghapuskan kebanyakan populasinya.

Blogger tertua meninggal dunia
MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinyasebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melaluiInternet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai danlaporan media.

Kanak-kanak menang bida traktor
WELLINGTON 22 Mei - Hanya dengan beberapa klik di laman web lelongTradeMe, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjayamemenangi bidaan membeli sebuah traktor pengorek pada harga AS$12,300(RM43,050).

Macam-Macam: Askar terlupa sudah kahwin
BANDARRAYA JEFFERSON: Seorang askar di bandar raya ini, terlepas hukuman ataskesalahan berpoligami, selepas mendakwa dia mengalami gangguan fikiranketika berperang di Iraq sehingga terlupa dia sudah berkahwin.'

---------------------------------------------------------------------------------

Bank silap masuk RM22j ke akaun sepasang kekasih
WELLINGTON21 Mei – Polis mencari sepasang kekasih dari New Zealand yangmenghilangkan diri selepas sebuah bank melakukan kesilapan memasukkanNZ$10 juta (RM22 juta) ke dalam akaun mereka.

Macam-macam: Lelaki ugut rakan kembalikan gigi palsu
NEWYORK: Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mengancam seorangrakan perniagaannya dengan pistol untuk memaksa mangsa menanggalkangigi palsu dan diserahkan kepadanya.

---------------------------------------------------------------------------------

Doktor guna gerudi selamatkan budak
MELBOURNE20 Mei – Seorang doktor di sebuah pekan kecil disanjung selepasmenggunakan gerudi elektrik untuk menggerudi tengkorak budak lelakiberusia 12 tahun bagi melegakan tekanan ke atas otaknya.

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu
ZAGREB:Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrarkepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipumereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.

Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari bolehmenyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidaknormal malah lumpuh, kata doktor.

---------------------------------------------------------------------------------

Macam-macam: Lelaki perdaya polis kerana lapar
BEIJING:Seorang lelaki cuba memperdayakan anggota polis membeli makananuntuknya dengan membuat laporan palsu dia dirompak.He Guohua menghubungi talian hotline polis dan melaporkan seorangpenunggang motosikal mencuri begnya yang mengandungi kad pengenalan,baju dan wang.

---------------------------------------------------------------------------------

Macam-macam: RM1.3 juta biaya Household Cavalry
ABUDHABI: Seorang hartawan Arab membelanjakan £250,000 (RM1.3 juta) untukmenerbangkan 30 anggota Household Cavalry dan kuda mereka ke ibu kotaEmiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membuat persembahan untuknya.

---------------------------------------------------------------------------------

Macam-Macam: Wanita berusia 103 tahun guna Twitter
LONDON:Ivy Bean, 103, menjadi wanita tertua di Britain menggunakan laman webTwitter selepas bosan dengan Facebook.Ivy yang tinggal di sebuah pusat jagaan orang tua di Bradford sudahmempunyai 4,800 'sahabat' di Facebook tetapi kini memilih Twitter yangdikatakannya lebih menceriakannya, lapor The Sun.

---------------------------------------------------------------------------------

Macam-Macam: Penerbangan khas cari jodoh
WELLINGTON:Air New Zealand menawarkan penerbangan khas mencari jodoh merentasibenua kepada mereka yang bujang dari Amerika Syarikat untuk mendapatkanpasangan di New Zealand.

---------------------------------------------------------------------------------

Kosmetik ancam hormon seks lelaki
LONDON:Bahan kimia dalam makanan, kosmetik dan produk pembersihbertanggungjawab 'mewanitakan' bayi lelaki yang belum lahir sertameningkatkan risiko barah dan ketidaksuburan pada lewat kehidupanmereka.

Macam-Macam: 'Duit terbang' penuhi lebuh raya
BERLIN:Seorang lelaki kehilangan 23,000 euro (RM109,913) apabila sampul suratberisi wang tunai yang diletakkan di tempat duduk penumpang keretanyaditiup angin ketika melakukan pandu uji di utara Jerman.

Bekas Presiden Korea bunuh diri

Bekas Presiden Korea bunuh diri


PENDUDUK Korea Selatan berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada Roh di satu jalan raya di Seoul, semalam.

Roh Moo-hyun disyaki terbabit rasuah tinggalkan nota mohon maaf

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun, yang terseret dalam skandal rasuah, mengejutkan negaranya selepas dilaporkan mati kerana terjun dari satu tempat tinggi di kawasan pergunungan belakang kediaman beliau, semalam.

Roh, 62, berjalan di kampung Bongha apabila beliau bertindak terjun di kawasan pergunungan berbatu berkenaan, kata peguam, Moon Jae-in.

Satu nota bunuh diri ditinggalkan Roh kepada keluarganya menerangkan hidupnya sebagai 'sukar' dan memohon maaf kerana 'menyusahkan ramai orang', kata televisyen.

Roh dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran bandar pelabuhan, Busan kira-kira jam 8.15 pagi dan dilaporkan mati kira-kira 9.30 pagi akibat kecederaan kepala, kata pihak berkuasa Hospital Universiti Kebangsaan Busan.

Peguam berkenaan mengesahkan bahawa Roh turut meninggalkan sekeping nota ringkas bunuh diri kepada keluarganya tetapi penyiasat belum melihat nota terbabit, kata seorang pegawai polis Busan.

Televisyen MBC pula memberitahu, Roh meminta supaya mayatnya dibakar. Presiden Lee Myung-bak berkata, berita terbabit benar-benar sukar dipercayai dan menyifatkan kematian Roh sebagai menyedihkan dan satu tragedi, kata jurucakap presiden, Lee Dong-kwan.
Roh Mooo-hyun

Kejadian bunuh diri pertama membabitkan pemimpin moden Korea Selatan itu mengejutkan seluruh negara. Kebanyakan penduduk berkumpul di hadapan monitor televisyen di stesen keretapi utama Seoul menonton siaran berita berkenaan.

"Saya kecewa. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kesukaran beliau," kata Park Kyung-hee, 46, yang ditemui di Seoul.

Roh, seorang bekas peguam hak asasi manusia yang berkhidmat sebagai presiden dari 2003 hingga 2008 berbangga dengan dirinya sebagai seorang ahli politik bersih di sebuah negara yang terkenal dengan rasuah.

Bagaimanapun, beliau dan keluarganya sejak beberapa minggu lalu dikaitkan dengan skandal rasuah.

Bulan lalu, pendakwa menyoal siasat Roh selama 13 jam mengenai dakwaan beliau menerima lebih AS$6 juta (RM21.6 juta) dalam bentuk rasuah daripada seorang ahli perniagaan Korea Selatan yang ditahan ketika perkhidmatan beliau yang disifatkan sebagai satu dakwaan yang amat memalukan beliau.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat. Saya meminta maaf kerana mengecewakan anda," kata Roh dalam keadaan penuh emosi pada 30 April lalu sebelum menjalani siasatan di hadapan pendakwa.

Roh, bagaimanapun, mendakwa bahawa isterinya menerima AS$1 juta (RM3.6) daripada Park Yeon-cha, ketua sebuah syarikat pengeluar kasut tempatan sambil menegaskan ia bukan rasuah.

Beliau juga menyedari bahawa Park turut memberi AS$5 juta (RM18 juta) lagi kepada seorang saudaranya tetapi berpendapat itu satu pelaburan. Pendakwa mengesyaki AS$6 juta yang diterima Roh adalah wang rasuah.

Beberapa bekas pembantu Roh dan sekutunya turut disiasat atas dakwaan disyaki menerima wang daripada Park. – AP

Macam-Macam: Bas kena serang disangka ada virus

Macam-Macam: Bas kena serang disangka ada virus


BUENOS AIRES: Sekumpulan penduduk Argentina melontar kayu dan batu ke arah sebuah bas dari Chile selepas menyangka seorang penumpang lelaki menunjukkan tanda dijangkiti Influenza A (H1N1), semalam.

Sekumpulan penduduk Godoy Cruz di wilayah Mendoza, mengepung bas terbabit di hospital selepas mendengar laporan radio mengenai penumpang berkenaan, kata pegawai kesihatan, Pedro Masman yang dipetik stesen televisyen Todo Noticias.

Pengarah hospital Mendoza, Maria Bresca kemudian memberitahu, lelaki berusia 29 tahun itu sudah diuji dan disahkan tidak dijangkiti. - AP

Sri Lanka bakar mayat Prabhakaran

Sri Lanka bakar mayat Prabhakaran


Abu pemimpin gerila LTTE dibuang ke laut

COLOMBO: Pemimpin tertinggi tentera Sri Lanka, Sarath Fonseka dalam satu temubual mingguan yang akan disiarkan hari ini mendakwa pihaknya sudah membakar mayat pemimpin gerila pergerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran.

Jeneral Fonseka memberitahu akhbar Sunday Rivira, pengecaman positif yang menunjukkan mayat itu sememangnya Prabhakaran dibuat Selasa lalu selepas pertempuran di daerah Mullaittivu sehari sebelumnya.

"Kami membakar mayat itu di tempat yang sama dan melontarkan abunya ke Lautan Hindi," kata Fonseka.

"Malah, sebelum Prabhakaran terbunuh, saya tahu kami akan memenangi peperangan itu tetapi saya benar-benar gembira selepas mendapat pengesahan kematian beliau."

Fonseka yang mengetuai tentera bagi menghapuskan LTTE selepas hampir empat dekad menghadapi perang berkata, seluruh kepemimpinan LTTE sudah terbunuh.

Bagaimanapun, mayat ketua perisikan pemberontak itu, Pottu Amman dan isteri Prabhakaran, Mathiwadini belum lagi dapat dikenal pasti.

Pihak tentera berkata, mereka mungkin antara 250 rekrut LTTE yang dihapuskan dalam fasa terakhir pertempuran apabila anggota gerila terbabit dikepung di kawasan sempit.

Kerajaan turut menunjukkan rakaman mayat Prabharakaran selepas halaman web pro pemisah mendakwa beliau masih hidup dan sihat.

Bekas timbalan Prabhakaran, Vinayagamoorthy Mura-litharan yang belot pada Mac 2004 dan seorang bekas jurucakap gerila dikenali sebagai Daya Master terbang ke timur laut Selasa lalu dan mengesahkan mayat bekas ketua mereka.

Isnin lalu, sumber tentera berkata, Prabhakaran ditembak mati bersama dua timbalan beliau ketika cuba melarikan diri dalam sebuah ambulans dan van lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula melawat kem pelarian etnik Tamil di utara Sri Lanka dan merayu kerajaan 'merawat luka' selepas mengisytiharkan kemenangan ke atas pemberontak.

Hampir 300,000 penduduk awam Tamil dipindahkan daripada tempat tinggal kerana pertempuran dan dihantar ke kem pelarian di utara Sri Lanka. – AFP

Wartawan AS kena penjara di Iran lega dapat pulang

Wartawan AS kena penjara di Iran lega dapat pulang


ROXANA Saberi gembira ketika tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles.

WASHINGTON: Roxana Saberi, seorang wartawan Amerika Syarikat yang dipenjara selama empat bulan di sebuah penjara di Iran disambut dengan sorakan dan pelukan sekembalinya ke tanah air.

Beliau memberitahu pemberita sebaik saja ketibaannya bahawa nyanyian lagu kebangsaan membantu beliau untuk terus bersemangat.

Wartawan berusia 32 tahun itu menyatakan demikian secara ringkas kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles bersama ibu bapa dan seorang rakan keluarganya.

Ditanya mengenai perasaan beliau, beliau berkata, "Amat baik. Saya harap saya boleh bertemu dengan semua yang menyokong saya ketika 100 hari dalam penjara," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih antaranya kepada Presiden Barack Obama; Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, ahli parlimen Dakota Utara, kumpulan hak a sasi manusia dan kerajaan Jepun. � AP

Wanita Kuwait buat kejutan

Wanita Kuwait buat kejutan

Susunan Nurul Hazren Masitom
nurulh@nstp.com.my


EMPAT ahli parlimen wanita Kuwait yang terpilih, dari kiri Massouma al-Mubarak, Aseel al-Awadhi, Rola Dashti dan Salwa al-Jassar.

Mula memenangi kerusi dalam parlimen untuk pertama kali

KUWAIT mencatat sejarah apabila empat wanita julung-julung kali dipilih menduduki kerusi parlimen negara itu, kejayaan hebat di negara Arab konservatif yang sering di dominasi lelaki.

Wanita diberi peluang mengundi dan bertanding jawatan parlimen pada 2005 namun gagal dalam pilihan raya sebelumnya untuk memenangi mana-mana kerusi di parlimen daripada 50 yang dipertandingkan.

“Keputusan pilihan raya kali ini amat mengejutkan ramai,” kata penganalisis politik Shamlan al-Eissa.

Kuwait, satu daripada beberapa negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi di Teluk, mengetuai rantau itu dengan memberi penduduknya hak berpolitik. Sesetengah pengkritik bagaimanapun berkata, kestabilan politik dan ekonomi negara itu terjejas akibat kerapnya pertelagahan di antara parlimen dipilih rakyat dan Kabinet yang masih dipilih dan diketuai oleh keluarga pemerintah.

Pilihan raya 16 Mei lalu adalah hasil pertelagahan sedemikian, yang menyebabkan pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, mengadakan pilihan raya selepas membubarkan parlimen dua bulan lalu bagi menamatkan pertikaian di antara parlimen dan kerajaan yang dipengaruhi hebat oleh keluarga pemerintah.

SEORANG wanita di pusat pengundian di Rumaithiya.

Tindakan itu membenarkan kerajaan dan al-Sabah meneruskan pakej rangsangan berjumlah AS$5 bilion (RM17.69 bilion) bagi mengurangkan kesan krisis kewangan global.

Parlimen baru itu perlu memberikan kelulusan retrospektif terhadap pakej rangsangan ekonomi berkenaan yang sudah pun dilaksanakan kerajaan.

Bagaimanapun ramai ahli parlimen yang baru dipilih berazam ketika kempen mereka untuk membantah rang undang-undang itu, yang mana MP pembangkang lantang Mussallam al-Barrak menggambarkannya sebagai jaminan bagi “jerung pelaburan.”

Kuwait yang mempunyai 1.1 juta rakyat dan kira-kira 2.35 juta penduduk asing ia bergantung kepada hasil minyak yang mewakili 10 peratus daripada simpanan minyak global.

Seorang daripada wanita yang dipilih Massouma al-Mubarak, juga adalah bekas menteri Kabinet wanita pertama negara itu pada 2005. Seorang lagi pemenang wanita adalah aktivis hak asasi wanita Rola Dashti, profesor pendidikan Salwa al-Jassar dan profesor falsafah Aseel al-Awadhi.

Mubarak, seorang profesor berpendidikan dari universiti Amerika Syarikat menghabiskan masa setahun sebagai Menteri Perancang sebelum dilantik Menteri Pengangkutan pada 2006 dan Menteri Kesihatan setahun kemudian. Beliau meletak jawatan pada 2007 akibat tekanan terutama daripada timbalan menteri parti Islam berhubung cara beliau menguruskan satu kebakaran hospital.

Dashti pula seorang pakar ekonomi berpendidikan Amerika adalah ketua aktivis hak asasi wanita berhubung pembaharuan demokratik dan ekonomi. Dashti adalah wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan Persatuan Ekonomi Kuwait. Beliau memiliki ijazah kedoktoran dalam Ekonomi Kependudukan dari Universiti John Hopkins dan disenaraikan antara 20 wanita terkenal Arab oleh akhbar Financial Times tahun lalu. Dashti juga adalah anggota majlis perancang agung Kuwait dan bekerja sebagai perunding Bank Dunia. Beliau bertanding dalam kedua-dua pilihan raya 2006 dan 2008 namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Awadhi yang dilahirkan pada 1969, adalah seorang profesor falsafah di Universiti Kuwait dan mendapat pendidikan dari Amerika Syarikat. Beliau bertanding dalam pilihan raya 2008, berganding dengan blok parlimen Pakatan Demokratik Nasional dan berada di kedudukan ke-11, tertinggal satu tempat di belakang 10 calon yang memenangi kerusi dalam kawasan parlimennya. Beliau juga bertanding sebagai calon bebas tahun ini.

Jassar, seorang profesor pendidikan di Universiti Kuwait. Mendapat pendidikan di Amerika Syarikat juga adalah seorang aktivis hak asasi wanita terkenal dan mempengerusikan Pusat Kuasa Wanita. Jassar juga bertanding namun gagal dalam pilihan raya 2008.

Enam belas wanita adalah antara 210 calon yang bertanding dalam pilihan raya lalu. Kira-kira 384,790 rakyat Kuwait, 54.3 peratus daripadanya wanita, layak mengundi.

“Ia membuktikan tiada apa yang mustahil. Ia adalah kejayaan untuk rakyat Kuwait dan semangat mereka untuk berubah.

“Saya memenangi kepercayaan tiga emir (apabila menjadi menteri dalam tiga kabinet). Kini saya memenangi kepercayaan rakyat Kuwait,” kata Mubarak kepada AFP, ketika beliau menyambut kejayaannya bersama ramai penyokongnya. Ketika ini, terdapat dua menteri wanita dalam kabinet seramai 16 anggota.

Mubarak berkata beliau akan memfokuskan untuk cuba mencapai kestabilan dalam Kuwait yang digegarkan dengan pergolakan politik sejak tiga tahun lalu.

“Saya juga akan bekerja untuk mencapai hak kebebasan dan sosial wanita selepas mereka mendapat hak berpolitik,” tambahnya.

Sebagai tambahan, wanita juga membentuk lebih 44 peratus daripada tenaga kerja di Kuwait, peratusan tertinggi di negara Teluk Arab.

Awadhi, yang memang diramalkan untuk menang namun tidak mendapat tempat tertinggi, berkata beliau akan memberi fokus kepada ekonomi, kesihatan, pendidikan dan perundangan yang menguatkuasakan hak sosial wanita.

Beratus penyokongnya menyerbu ibu pejabat pilihan raya Awadhi, khemah besar dengan pendingin hawa di pinggir bandar Kuwait.

Sukarelawan dan penyokong memeluknya dan menyanyi ketika televisyen negara mengumumkan keputusan pilihan raya menunjukkannya selesa di tempat kedua. Jassar, seorang profesor menggelar pilihan raya yang baru berlalu sebagai saat paling bersejarah.

“Kejayaan wanita adalah saat bersejarah kerana mereka memenangi kerusi parlimen menerusi pilihan raya dan bukan kuota,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan pilihan raya menunjukkan golongan fundamental Islam kehilangan kedudukan mereka. Mereka hanya memenangi 16 kerusi Sabtu lalu, menurun berbanding 24 kerusi yang dipegang dalam parlimen sebelum ini.

Tiada parti politik di Kuwait, pengeksport minyak keempat terbesar dunia, namun parlimen biasanya di dominasi parti Islam dan individu puak terkenal yang membantah usaha kerajaan untuk mengenalkan pembaharuan di negara kaya itu dan menuduhnya terbabit dalam rasuah.

Walaupun sistem politiknya lebih banyak menggambarkan demokrasi Barat berbanding mana-mana negara di rantau Teluk Arab, Kuwait jauh ketinggalan di belakang jirannya yang mengubah diri mereka kepada pusat komersial, kewangan dan pelancongan yang menarik pelabur asing.

Antara puncanya ialah Parlimen sering menolak cadangan projek besar di Kuwait.

Kunyit bantu turunkan lemak

Kunyit bantu turunkan lemak

Komponen 'curcumin' juga bantu kurangkan berat badan

WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.

Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.

“Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

“Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak,” kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.

Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.

Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.

Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.

Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.

“Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.

“Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu,” katanya. - Agensi

12 remaja rompak dua kali sebulan RM5.5j

12 remaja rompak dua kali sebulan RM5.5j

Hasil samun 'Terror Zone' lebih RM5.5 juta

LONDON: Sekumpulan remaja lelaki, termasuk seorang yang baru berusia 15 tahun, mencuri hampir £1 juta (RM5.5 juta) dalam siri rompakan 'amat profesional' ke atas van keselamatan. Mereka yang ditahan dan dibicarakan dikenakan hukuman penjara, semalam.

Dua belas remaja berkenaan, kebanyakannya tinggal bersama ibu bapa mereka, merompak van dua

kali sebulan ketika ia menghantar wang ke mesin tunai.

Mereka menumbuk dan menendang pekerja keselamatan ketika mencuri £817,000 (RM4.4 juta) dalam siri rompakan di seluruh London dan Surrey dalam masa tidak sampai setahun, melarikan diri dengan £110,000 (RM605,000) dalam satu rompakan.

Polis juga percaya kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'Terror Zone' itu bertanggungjawab di atas 19 rompakan yang dilakukan, memperoleh keuntungan lebih £1 juta (RM5.5 juta).

Menjatuhkan hukuman keseluruhan 40 tahun penjara ke atas kumpulan remaja itu, Hakim Shani Barne, berkata: "Anda semua bertanggungjawab di atas kecurian lebih £800,000 (RM4.4 juta). Ia amat luar biasa. Di sebalik keremajaan, rompakan ini dirancang rapi dan canggih melampaui usia anda dan mengatasi apa yang dilakukan penjenayah berpengalaman, pada pandangan saya dan jangan anggap ini sebagai pujian.

"Jika ia bukan jenayah, ini sesuatu yang mengagumkan dan dirancang rapi. Anda terlepas untuk jangka masa yang lama dan menyangka anda tidak akan dapat dikesan."

Kumpulan itu merancang rompakan dengan mengekori van keselamatan daripada depo di Surrey dan selatan London. Mereka kemudian menghumban peti besi daripada bangunan tinggi untuk memecahkannya.

Mereka membelanjakan hasil rompakan dengan membeli kereta mewah, televisyen plasma, pakaian berjenama dan peralatan elektronik, melanggan pelacur dan mengunjungi restoran mewah. Mereka ditahan pada Ogos 2008. – Agensi