Saturday, May 23, 2009

Penyiasat cari punca kemalangan

Penyiasat cari punca kemalangan


PENYIASAT tentera udara memeriksa
bangkai pesawat C-130 di Magetan, Jawa
Timur, semalam.

Hercules C-130 direhatkan jika ada masalah

MAGETAN: Penyiasat menyelongkar di sebalik bangkai pesawat tentera Indonesia yang hangus semalam untuk mengenal pasti punca kemalangan yang mengorbankan 100 orang. Menteri pertahanan berkata semua pesawat Hercules C-130 akan direhatkan jika masalah mekanikal disahkan sebagai punca nahas.

Ia adalah kemalangan ketiga membabitkan sebuah pesawat tentera dalam tempoh dua bulan dan diikuti aduan bahawa tentera udara mempunyai kesukaran untuk menyelenggara pesawatnya yang berusia dan tidak mampu mengekalkan khidmat juruterbang berpengalaman.

Pesawat malang yang hampir berusia tiga dekad itu, menjunam ke tanah Rabu lalu, meranapkan beberapa rumah dan kemudian tergelincir ke dalam sawah padi, di mana ia terbakar.

Namun jurucakap tentera Sagom Tamboen menegaskan ia berada dalam keadaan baik, melepasi kedua-dua pemeriksaan penyelenggaraan dan penerbangan awal minggu ini. Ketika insiden berlaku cuaca dilaporkan cerah dan kali terakhir juruterbang berhubung dengan pengawal trafik udara, mereka tidak memberi petunjuk berdepan masalah.

"Kami masih menyiasat," kata Tamboen, ketika pasukan itu memotong badan keluli pesawat yang remuk.

Terdapat 112 orang di dalam C-130 yang membawa anggota tentera dan keluarga mereka dari ibu kota Jakarta ke wilayah paling timur Indonesia, Papua, yang menghadapi pemberontakan sejak sedekad lalu.

Ia membuat beberapa hentian sepanjang jalan dan cuba mendarat di sebuah pangkalan tentera udara di wilayah Jawa Timur apabila terhempas. - AP

No comments:

Post a Comment