Wednesday, July 1, 2009

GLOBAL : RABU 01 JULAI 2009


Tentera AS mula berundur dari Iraq
BAGHDAD 30 Jun - Tentera Iraq secara rasmi mengambil alih kawalan keatas Baghdad dan bandar-bandar lain hari ini selepas tentera AmerikaSyarikat (AS) menyerahkan kawalan keselamatan di kawasan bandar, dalamsatu langkah ke arah menamatkan peranan tempur mereka di negaratersebut.

Sebuah lagi pesawat Airbus terhempas
MORONI30 Jun - Sebuah kapal terbang Airbus A310 Yemeni Air terhempas diKepulauan Comoros, Lautan Hindi hari ini dan dikhuatiri kesemua 153penumpang dan krew dalam pesawat Airbus terbunuh.


Tangki kereta api meletup
VIAREGGIO,Itali 30 Jun - Sekurang-kurangnya 16 maut dan 50 yang lain cederaapabila dua tangki kereta api yang dipenuhi muatan gas meletup selepastergelincir dari landasan di utara bandar Viareggio, di sini malamtadi.

Keluarga mahu adakan majlis peringati Jackson
LOSANGELES 30 Jun - Keluarga Raja Pop Michael Jackson telah berjumpadengan pemimpin hak sivil, Al Sharpton bagi berbincang untuk mengadakansatu majlis memperingati kematian penyanyi itu, sementara upacarapengkebumiannya akan dijalankan selepas siasatan ke atas puncakematiannya lengkap.

Keluarga dapat hak jaga anak
LOSANGELES 30 Jun - Keluarga Michael Jackson mendapat hak penjagaansementara ke atas tiga anak Raja Pop dalam pertikaian pertama mahkamahselepas kematian penghibur tersebut.

Janet tampil pada konsert Jackson
LOSANGELES 30 Jun - Penganjur konsert jelajah Michael Jackson di London,AEG Live, dilapor bakal menampilkan penyanyi Janet Jackson sertaahli-ahli kumpulan The Jackson 5 bagi menggantikan tempat Raja Pop ituberikutan kematian mengejut penghibur tersebut.

Cetak rompak video Jacko di China
BEIJING30 Jun - Lanun-lanun muzik di China mengambil kesempatan untuk mengautkeuntungan dengan mengeluarkan rakaman cetak rompak set cakera videodigital yang memperingati Michael Jackson, tidak sampai semingguselepas kematiannya, dengan 'Rekod Lengkap 50 tahun' Raja Pop itu larisdijual di kedai-kedai video di Beijing hari ini seperti goreng pisangpanas.

Penganjur akan kembalikan bayaran tiket konsert Jackson
LONDON30 Jun - Pihak yang menganjur konsert Michael Jackson di London, hariini mengumumkan akan memulangkan balik bayaran penuh harga tiket yangdibeli oleh peminat-peminat Jackson, berikutan kematian Raja Pop ituKhamis lepas.

Obama akan pertahan Israel
BAITULMAQDIS30 Jun - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telahmeyakinkan Israel bahawa ia akan terus mempertahankan negara Yahudi inidalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun berlakuperbalahan mengenai penempatan haram di Tebing Barat, kata Duta Israelke PBB, semalam.

Gempa sekali lagi landa Sichuan
BEIJING30 Jun - Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah Sichuandi barat daya China, awal hari ini, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Guru, remaja terbunuh di selatan Thai
NARATHIWAT,Thailand 30 Jun - Seorang guru beragama Islam bersama seorang remajaterbunuh, dipercayai dilakukan oleh pejuang pemisah Islam di wilayahselatan negara ini.

Gitmo tetap ditutup Januari
WASHINGTON30 Jun - White House berkata, Presiden Barack Obama tetap yakin beliauakan berjaya menutup kem tahanan di Teluk Guantanamo menjelang Januariini, meskipun ahli politik membangkitkan persoalan mengenai nasibtahanan-tahanan yang ada.

Israel pintas bot aktivis hak asasi manusia
NICOSIA30 Jun - Tentera laut Israel memintas sebuah bot aktivis hak asasimanusia yang membawa bantuan berlayar menuju ke Gaza, mengepung botberkenaan dan mengarahkan mereka supaya berpatah balik.







Rakyat Iraq rai tentera AS undur
BAGHDAD:Tentera Amerika Syarikat berundur dari semua bandar dan pekan di Iraqsemalam, sebagai permulaan untuk meninggalkan negara Arab itu menjelangakhir 2011 selepas enam tahun mencerobohnya.

Budak lima tahun selamat pesawat Yaman terhempas
MORONI:Seorang kanak-kanak berusia lima tahun diselamatkan dari Lautan Hindidi luar pesisir pulau Comoros selepas sebuah pesawat Airbus A310-300Yemenia dengan membawa 153 orang terhempas berhampiran kawasanberkenaan awal pagi semalam.

Pengebumian belum dirancang
LOSANGELES: Keluarga penyanyi, Michael Jackson belum membuat rancanganmengebumikan penghibur terkenal Amerika Syarikat itu sekalipun sudahempat hari berlalu sejak kematiannya kerana menunggu keputusan bedahsiasat kedua yang dijalankan pihak persendirian.

Kemenangan Ahmadinejad muktamad
TEHERAN: Iran mengekalkan kemenangan Presiden Mahmoud Ahma-dinejad dalam pilihanraya 12 Jun lalu di sebalik bantahan besar-besaran pembangkangberhubung apa yang dilabelkan ramai sebagai dicemari penipuan yangmencetuskan krisis politik terburuk sejak revolusi Islam 1979.

Orang tua dinasihat tunda Haji
JEDDAH:Arab Saudi menasihatkan golongan lanjut usia, uzur dan mereka yangtidak cukup kekuatan supaya menangguhkan rancangan menunaikan ibadatHaji tahun ini bagi membantu pihak berkuasa di sini menangani virusH1N1.

Kereta api meletup, 63 jadi mangsa
VIAREGGIO:Sebuah kereta api membawa gas tergelincir daripada landasan dan meletupmenyebabkan kebakaran yang membunuh sekurang-kurangnya 13 orang,kebanyakannya penduduk yang sedang tidur selain mencederakan 50 lagi,kata pegawai, di sini semalam.

Megawati gesa pilihan raya presiden telus
JAKARTA:Tokoh pembangkang utama, Megawati Sukarnoputri, menggesa pilihan rayapresiden yang bebas dan adil pada 8 Julai ini ketika mengadakan kempenterakhirnya di ibu kota Indonesia semalam.

Dilip Kumar kena malaria
MUMBAI: Aktor legenda Bollywood, Dilip Kumar, dikenali sebagai 'Raja Tragedi' - dirawat di hospital kerana menghidap malaria.

Katrina Kaif buat tuntutan melampau
MUMBAI: Imej bersih aktres Katrina Kaif yang semakin menjadi buruan pengarahkini tercalar selepas satu laporan mendedahkan tindakan bintangkelahiran Britain itu dianggap tamak selepas membuat tuntutan melampauketika melancarkan jenama rekaan terkemuka baru-baru ini.

Jakarta arah pelancong pakai topeng muka
JAKARTA: Indonesia menimbang untuk meminta semua pelancong yang tiba dari negaraterjejas akibat virus H1N1 untuk memakai topeng sekurang-kurangnya tigahari, kata Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supari, kelmarin.