Thursday, May 21, 2009

GLOBAL : KHAMIS 21 MEI 2009

Image
Nahas udara: 98 maut di Jawa
JAKARTA20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendakmendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98orang terkorban.

Doktor guna gerudi selamatkan budak
MELBOURNE20 Mei – Seorang doktor di sebuah pekan kecil disanjung selepasmenggunakan gerudi elektrik untuk menggerudi tengkorak budak lelakiberusia 12 tahun bagi melegakan tekanan ke atas otaknya.

Image
Sri Lanka cuti rai kemenangan
COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagimeraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yangdipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Kekayaan calon Presiden Indonesia didapati meningkat
JAKARTA 20 Mei - Semua calon Presiden pada pilihan raya RepublikIndonesia memiliki kekayaan yang meningkat dengan MegawatiSoekarnoputri mencatat peningkatan ketara.

Megawati-Prabowo isytihar pakatan di tempat pelupusan sampah
JAKARTA 20 Mei - Megawati Soekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subiantomemilih tapak pembuangan sampah di Bantar Gebang dekat sini, untukmembuat perisytiharan berganding pada pilihan raya Presiden IndonesiaJulai ini.

4 tokoh Iran layak tanding Presiden
TEHERAN 20 Mei - Badan pengawas Perlembagaan Iran hari ini meluluskanpencalonan empat tokoh utama, termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejaduntuk bertanding pada pilihan raya Presiden pada bulan depan.

Image
Kabinet Palestin dirombak
RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekalilagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpahjawatan semalam.

10,000 kes H1N1 disahkan di seluruh dunia
GENEVA 20 Mei - Jumlah kes selesema babi yang disahkan di seluruh duniamelepasi 10,000 hari ini dan krisis tersebut semakin memburuk di Asiawalaupun usaha keras dijalankan di kebanyakan negara bagi membendungpenularan virus influenza A (H1N1).

Media dibenar buat liputan
YANGON 20 Mei – Junta tentera Myanmar hari ini membenarkan media asingdan tempatan membuat liputan tentang kes perbicaraan Aung San Suu Kyi(gambar) ketika tekanan antarabangsa memuncak mendesak juntamembebaskan ikon demokrasi itu.

Demokrat bantah peruntukan dana tutup Gitmo
WASHINGTON 20 Mei - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama untuk menutup kem penjara di Teluk Guantanamo pada Januari tahundepan sekali lagi menghadapi tamparan semalam, apabila anggota PartiDemokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta(RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.

Pakistan perbesar program senjata nuklear
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.

KBR dapat kontrak besar AS di Iraq
WASHINGTON 20 Mei - Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) membayar bonusberjumlah puluhan juta dolar kepada kontraktor terbesarnya di Iraq, KBRInc., sekalipun selepas mendapati kerja-kerja elektrik yang dilakukanoleh firma tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua askar ASmati akibat terkena kejutan elektrik.

Image
Angelina Jolie hadiri perbicaraan jenayah
THE HAGUE 20 Mei - Pemenang Oscar, Angelina Jolie menghadiri kesperbicaraan pemimpin militia Congo, Thomas Lubanga yang menghadapituduhan melakukan jenayah perang di The Hague, semalam, yangmembuktikan keberanian anak-anak muda dalam menentang kezaliman.

Republikan cabar populariti Obama
WASHINGTON20 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC), MichaelSteele berikrar parti pembangkang Amerika Syarikat (AS) itu akanmencabar Presiden Barack Obama secara langsung dan lebih agresif, tanpamempedulikan populariti beliau.

Image
Rumah Rubina pula diroboh
MUMBAI 20 Mei - Selepas rumah pelakon kanak-kanak filem SlumdogMillionaire, Azharuddin Mohammed Ismail dirobohkan pihak berkuasaMumbai pada minggu lalu, seorang lagi pelakon cilik filem tersebut,Rubina Ali, 9, turut menerima nasib yang sama hari ini.





98 maut nahas pesawat
JAKARTA:Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempaske atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankansekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.

Skru pesawat tentera tanggal
SURABAYA:Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagisemalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelumnahas.

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu
ZAGREB:Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrarkepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipumereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.

Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari bolehmenyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidaknormal malah lumpuh, kata doktor.

Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Britney risau udara tercemar
LONDON:Penyanyi yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Britney Spearsdilaporkan membeli 15,000 tong oksigen bagi melindungi suaranya.

Inul timang cahaya mata
JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista selamatmelahirkan anak pertama beliau iaitu seorang bayi lelaki, di HospitalMedistra, Jakarta, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Bayi seberat 2.42kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi
YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemupemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliausemalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaandikendalikan.

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus
JAKARTA:Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketuanegara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.

Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah
COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan HarimauTamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untukmenyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila merekaditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka

PAKISTAN : Musharraf sedia aktif berpolitik

Pakistan perbesar program senjata nuklear
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.

Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pakistan diancam pelarian
ISLAMABAD:Pakistan kini berdepan krisis pelarian paling buruk di dunia, hampirmenyamai krisis pelarian Rwanda, ketika pekerja bantuan bertungkuslumus memenuhi keperluan hampir dua juta penduduk yang meninggalkanrumah mereka berikutan pertempuran antara tentera kerajaan denganpejuang Taliban, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Musharraf sedia aktif berpolitik
WASHINGTON:Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak menolak kemungkinankembali semula berpolitik dan bersedia menyumbang tenaga sekiranyanegaranya terus dilanda 'masalah'.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Korban bom meningkat
PESHAWAR:Jumlah kematian akibat serangan bom kereta di bandar barat lautPakistan di sini meningkat kepada 12 orang selepas seorang remajalelaki maut malam semalam, kata seorang pegawai polis semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Amerika musnah sekolah agama
PESHAWAR:Seramai 12 orang terbunuh termasuk dua disyaki militan asing dalamserangan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap sebuah sekolah agamadi kubu kuat al-Qaeda di barat laut Pakistan, disusuli dengan satuletupan bom di tengah kota Peshawar menyebabkan 10 terbunuh dan 25 lagicedera, semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pakistan rayu bantuan dunia
PESHAWAR:Jet pejuang dan helikopter tempur Pakistan mengebom tempatpersembunyian Taliban di barat laut negara itu semalam ketika PresidenAsif Ali Zardari merayu bantuan antarabangsa untuk mengelakkan bencanakemanusiaan.

PERANCIS : Video Sarkozy, Bruni sensasi

Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Nahas udara: 98 maut di Jawa

Nahas udara: 98 maut di Jawa


Para penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan penumpang yang cedera daripada bangkai pesawat pengangkut Hercules C-130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas semasa hendak mendarat di sebuah lapangan terbang dekat Magetan di Jawa Timur pagi semalam. – AFP


JAKARTA 20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130 dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendak mendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban.

Pesawat yang dibuat pada 1980 itu kemudiannya merempuh deretan rumah berhampiran Lapangan Terbang Iswahyudi di Desa Geplak, Magetan kira-kira 520 kilometer dari sini pada pukul 6.25 pagi.

Ekoran rempuhan itu, pesawat berkenaan meletup dan terbakar sebelum tersadai di sawah padi dengan bahagian ekornya berada dalam kedudukan terbalik.

Pengarah Bahagian Penerangan Tentera Udara Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang akhbar di sini berkata, kerja-kerja mengeluarkan semua mangsa termasuk 98 yang terkorban telah selesai.

Menurut beliau, daripada 98 mangsa yang terkorban, 11 orang merupakan anak kapal pesawat dan beberapa orang lagi penduduk kampung.

“Sebanyak 15 orang terselamat dengan 10 daripada mereka dalam keadaan kritikal,” katanya.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini ke Lapangan Terbang Iswahyudi dan dijadual terbang ke empat destinasi lain iaitu Makassar, Kendari, Ambon dan Biak di Papua.

Agensi berita AFP melaporkan, kejadian itu turut mengorbankan tiga orang penghuni rumah di kampung berkenaan.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian itu tetapi Soelistyo dipetik AFP sebagai berkata, beberapa saksi melihat sayap kanan pesawat berusia 30 tahun itu patah semasa masih berada di udara.

Mangsa terselamat, Serkat Susanto menceritakan kepada isterinya Suprapti, pesawat terbabit tiba-tiba menjunam menyebabkan penumpang terpelanting.

“Semua penumpang tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Suprapti dipetik oleh portal berita Okezone semasa ditemui di Hospital Dr. Soedono di Madiun.

Televisyen tempatan menyiarkan visual pesawat berkenaan terbakar yang menyukarkan operasi menyelamat dijalankan.

Nahas itu merupakan yang keempat dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini melibatkan pesawat tentera Indonesia.

Pada 11 Mei lalu, sebuah pesawat jenis yang sama tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Wamena, Papua sehingga menyebabkan sebuah tayarnya terpelanting kira-kira satu kilometer dan merempuh sebuah rumah.

Beberapa orang cedera ringan dalam kejadian itu dan tiada mangsa terkorban.

Pada 6 April 2009, pesawat Fokker milik angkatan tentera udara Indonesia terhempas di Lapangan Hussein Sastranegara di Bandung, mengorbankan 18 anggotanya.

Pesawat berkenaan merempuh hangar sebelum terhempas dan menyebabkan beberapa buah pesawat yang diletakkan di situ turut rosak.

Pada 7 Mac pula, helikopter milik tentera darat Indonesia mendarat cemas di Semarang Barat, Jawa Tengah kerana mengalami kerosakan tetapi kedua-dua penumpangnya hanya cedera ringan. – Utusan

Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah : 98 maut nahas pesawat

98 maut nahas pesawat


PASUKAN penyelamat Indonesia memeriksa pesawat pengangkut tentera Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur semalam.

Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah

JAKARTA: Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempas ke atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat Hercules C-130 berusia lebih 30 tahun itu terjunam ke arah beberapa deretan rumah menyebabkan bangkainya berselerakan dan asap hitam tebal menjulang ke udara.

Rustam Pakaya, ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan memberitahu Reuters menerusi telefon, selain terkorban, 15 cedera termasuk beberapa orang di darat.

Komander pangkalan tentera udara Iswahyudi di Magetan berhampiran kawasan kemalangan, Bambang Samoedro, mengesahkan jumlah penumpang yang disahkan maut.

"Kami sudah mengenal pasti 105 identiti mangsa. Sepuluh daripada mereka cedera parah dan lima cedera ringan dan lain maut," kata Samoedro menerusi telefon.

Bercakap pada sidang media, jurucakap tentera nasional, Sagom Tamboen, berkata 11 krew dan 98 penumpang menaiki pesawat itu, termasuk 10 kanak-kanak.

Menurutnya, pesawat itu berada dalam keadaan baik dan terdapat kabus di lokasi sebelum nahas. Ia dalam penerbangan biasa dari Jakarta ke pangkalan tentera udara di Jawa Timur, menghantar kakitangan tentera dan keluarga mereka sebelum dijadualkan terbang ke Sulawesi dan Papua.

"Tentera udara akan membentuk pasukan bagi menyiasat punca kemalangan," kata seorang lagi jurucakap tentera udara, Bambang Soelistyo.

Rakaman televisyen dari tempat kejadian menunjukkan penduduk bertungkus lumus memadam kebakaran mencurah air menggunakan baldi.

"Ekor pesawat sepanjang Kira-kira 15 meter masih bersambung, namun bahagian badan sehingga hadapan pecah dan terbakar," kata Suwardi, ketua daerah kecil di Magetan di mana kemalangan berlaku pada kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan. - Reuters/Agensi

INDONESIA : Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah

Skru pesawat tentera tanggal


ORANG ramai melihat pesawat milik tentera udara Indonesia yang terhempas di atas dua rumah di Jawa Timur, semalam. Gambar kecil ialah pesawat jenis sama seperti terhempas.

Saksi nampak objek jatuh sebelum Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah

SURABAYA: Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagi semalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelum nahas.

Agus Yulianto, seorang saksi memberitahu laman web akhbar Kompas, pesawat itu jelas senget ketika di udara dan kelihatan beberapa objek jatuh dari pesawat sebelum terhempas.

"Ada beberapa barang jatuh seperti selak dan skru dari pesawat. Pesawat terus menjunam dan akhirnya terhempas ke atas dua rumah," kata Yulianto.

Pegawai berkata, pesawat itu terhempas kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan, kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari pangkalan tentera Iswahyudi.

"Terdahulu kami mendengar letupan. Namun, tidak lagi kerana pesawat masih terbakar," kata seorang lagi saksi Suwardi.

ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa kejadian pesawat terhempas di Jawa Timur, semalam.

Katanya tempat kemalangan sukar untuk didekati kerana berada dalam tapak sawah padi.

Lokasi kemalangan berhampiran sempadan daerah Madiun dan Magetan di Jawa Timur, kira-kira 150 kilometer barat daya bandar kedua terbesar Indonesia, Surabaya.

Pesawat terbabit jatuh menimpa dua rumah penduduk tempatan di Desa Geplak, Magetan selepas kali terakhir menghubungi menara kawalan pada jam 6.25 pagi waktu tempatan dari ketinggian kira-kira 10,000 meter untuk menghampiri pangkalan tentera Lanud Iswahjudi.

Difahamkan ketika kejadian cuaca berkabus nipis.

PEGAWAI tentera melalui kediaman penduduk yang musnah akibat nahas pesawat Hercules C-130 milik tentera udara Indonesia, semalam.

Komandan Pangkalan Udara Iswahjudi Magetan, Bambang Samudra, berkata, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta jam 5.30 pagi membawa 110 penumpang di dalamnya (98 penumpang dan 11 krew) dan tidak terlebih muatan kerana pesawat buatan Amerika Syarikat itu mampu membawa 120 orang atau 17 tan barang.

"Pesawat dalam penerbangan rutin dari Halim ke Iswahjudi, Makassar dan kemudian ke Papua," katanya.

Bekas Ketua Tentera Udara, Chappy Hakim memberitahu Reuters bahawa pesawat Hercules C-130 yang terhempas itu adalah buatan Amerika Syarikat dan dibina pada 1980-an.

Tentera udara negara itu sekian lama mengadu tidak mempunyai pembiayaan mencukupi dan kekurangan persenjataan berikutan larangan penjualan ke atasnya yang dikenakan Amerika Syarikat sebelum ini. - Reuters/Agensi

Sri Lanka cuti rai kemenangan

Sri Lanka cuti rai kemenangan


MAYAT ketua LTTE, Vellupillai Prabhakaran diusung sambil disaksikan oleh pasukan tentera kerajaan Sri Lanka yang menumpaskan kubu terakhir gerila pemberontak itu di lagun Nanthikadal, berdekatan bandar Mullaittivu di utara Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS


COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagi meraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yang dipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Ratusan askar dikerah ke kawasan Muliyawaikal di mana mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran ditemui selepas pertempuran berakhir di dalam hutan kelmarin.

"Mereka menjalankan operasi pembersihan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Lakshman Hulugalle ketika lebih banyak mayat dihimpunkan untuk dikenal pasti.

Lapan pemberontak LTTE ditembak mati lebih 130 kilometer ke selatan dari lokasi pemberontak LTTE memberi tentangan terakhir di timur laut negara ini.

Mereka merupakan kumpulan pemberontak pertama yang dibunuh oleh tentera sejak kerajaan mengisytiharkan kemenangan ke atas LTTE, manakala polis meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh pulau ini bagi menangkis serangan balas dendam oleh pemberontak, yang masih bebas.

Lebih 400 mayat pemberontak termasuk beberapa militan wanita ditemui di medan pertempuran tempat Prabhakaran ditembak mati, kata pegawai tentera.

Anak sulungnya, Charles Anthony antara mereka yang turut terbunuh di kawasan itu, tetapi tentera belum ada maklumat mengenai isteri Prabhakaran, Madiwadani atau dua lagi anak mereka.

"Proses mengenal pasti mayat anggota LTTE sedang dijalankan dan kami mahu memastikan sama ada terdapat ahli keluarga atau sekutu rapat Prabhakaran yang lain turut terbunuh," kata seorang pegawai tentera. - AFP

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah


COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untuk menyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila mereka ditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka.

Dalam e-mel, SMS dan panggilan telefon yang disampaikan di kalangan badan bukan kerajaan, kerajaan asing dan pegawai Sri Lanka di Colombo, dua pemimpin LTTE itu bertanya bagaimana mereka dapat menyerah diri.

Mereka diberitahu: "Dapatkan sehelai kain putih, angkat tangan dan berjalan ke arah lain dengan keadaan tidak memberi ancaman."

Bagaimanapun, cubaan menyerah diri oleh Balasingham Nadesan dan Seevaratnam Pulidevan, gagal kerana antara tengah malam 17 Mei lalu awal pagi keesokan hari, mereka ditembak mati.

Pegawai LTTE di luar negara mendakwa kedua-duanya dibunuh tentera kerajaan meskipun mereka membawa bendera putih.

Sementara, kerajaan Sri Lanka berkata mereka dibunuh oleh pemberontak LTTE, yang marah dengan tindakan mereka melarikan diri daripada zon perang.

Perbalahan mengenai pembunuhan Nadesan dan Pulidevan berlaku ketika Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse, memberitahu Parlimen negara itu sudah 'dibebaskan daripada pengganas.'

"Niat kami adalah untuk menyelamatkan penduduk Tamil daripada cengkaman kejam pemberontak. Kita kini mesti hidup bersama di negara bebas ini," katanya.

Ketika Rajapakse, televisyen menyiarkan imej mayat pemimpin pemberontak, Velupillai Prabhakaran, yang dibunuh tentera kerajaan pagi Isnin lalu. Mayatnya ditunjukkan berpakaian seragam dan terbaring di atas pengusung.

Sekeping kain biru menutupi kepalanya bagi melindungi kesan tembakan. - Agensi

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi


YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemu pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliau semalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaan dikendalikan.

Selain diplomat terbabit, junta turut membenarkan beberapa media asing dan tempatan untuk membuat liputan perbicaraan ikon demokrasi berkenaan.

Suu Kyi yang ditahan tanpa perbicaraan selama lebih 13 tahun sejak 19 tahun lalu didakwa melanggar perintah tahanan kediaman dengan membenarkan seorang pelawat rakyat Amerika Syarikat tinggal di rumahnya tanpa kebenaran. Beliau boleh dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan. - AFP

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus


JAKARTA: Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20 peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketua negara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.

Eko Tjiptadi dari Suruhanjaya Penghapus Rasuah (KPK) berkata, peningkatan 20 peratus kekayaan Presiden diketahui selepas KPK menjalankan pemeriksaan kekayaannya di kediamannya di Cikeas, Bogor, Jawa Barat.

"Terdapat peningkatan 20 peratus daripada laporan kekayaan terakhirnya pada 2007. Ketika itu kekayaan Susilo direkodkan berjumlah Rp7.144 bilion (RM2.45 juta) ditambah AS$44,887 (RM158,933.87)," kata Eko.



Kali terakhir presiden melaporkan kekayaannya ialah pada 2 Julai 2007.

Pertambahan kekayaan Susilo adalah hasil simpanan pendapatannya sejak dua tahun lalu dan peningkatan dalam nilai jualan hartanah miliknya.

Kelmarin, pasukan KPK menjalankan pemeriksaan kekayaan rumah tiga calon presiden dan naib presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden 8 Julai ini.

KPK juga memeriksa kekayaan Megawati Soekarnoputri di kediamannya di Teuku Umar, Jakarta Pusat, kekayaan Jusuf Kalla di kediamannya di Diponegoro dan Prabowo Subianto di Citerup. Bogor.

Semalam, badan antirasuah juga memeriksa kekayaan Wiranto dan Boediono. - Agensi

Video Sarkozy, Bruni sensasi

Video Sarkozy, Bruni sensasi


PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, dan menggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Keintiman pasangan itu, yang direkodkan ketika satu temubual, menandakan kali pertama Presiden Perancis itu dan isterinya dirakamkan berkongsi saat romantik di kediaman rasmi mereka, Istana Elysee.

Bruni-Sarkozy, 41, mengusap tangan Sarkozy, 54, malah menepuk perlahan punggungnya, lapor akhbar The Telegraph.

Sarkozy cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti negarawan ketika duduk di tempat letak tangan kerusi dengan kakinya dihayunkan.

Selepas berciuman dan bertukar ucapan, Bruni-Sarkozy berbisik, 'Bon courage, chou chou', bermaksud 'Jadi berani, sayang.'

'Chou' ialah perkataan pendek bagi kubis dalam bahasa Perancis, tetapi apabila digunakan dua kali berturut-turut membawa maksud memberahikan manakala antara pasangan kekasih ia bermakna 'sayang.' - Agensi

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu


ZAGREB: Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrar kepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipu mereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.

Josko Risa menang besar dalam pemilihan jawatan Datuk Bandar Prolozac selepas menggunakan slogan ‘Semua untuk saya - tiada apa-apa untuk anda’.

“Saya hanya memberitahu mereka apa yang benar. Bandar ini seperti perniagaan keluarga. Jika saya mendapat sesuatu mereka juga akan memperolehnya,” katanya. - Agensi

Minuman ringan jejas kesihatan

Minuman ringan jejas kesihatan

ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidak normal malah lumpuh, kata doktor.

Pengambilan minuman itu secara kerap boleh menyebabkan keadaan yang digelar 'hypokalaemia' iaitu penurunan paras potasium dalam darah membawa kepada lemah badan dan sembelit hingga lumpuh.

Penyelidik berkata, doktor keluarga perlu melihat masalah otot pada pesakit yang meminum banyak minuman ringan, selepas mendapati pesakit yang minum antara dua dan 10 liter sehari menunjukkan keadaan itu.

Penyelidik Universiti Ioannina memperincikan keadaan itu dalam International Journal of Clinical Practice . "Kita mengambil lebih banyak minuman ringan berbanding sebelum ini dan beberapa isu kesihatan sudah dikenal pasti termasuk masalah gigi, kerapuhan tulang dan perkembangan sindrom metabolik dan diabeters.

"Bukti semakin banyak menunjukkan pengambilan keterlaluan minuman ringan juga membawa kepada masalah hypokalaemia," kata Dr Moses Elisaf, yang mengetuai penyelidikan itu.

Semua pesakit sembuh sepenuhnya pada kadar segera selepas berhenti minum minuman ringan dan mengambil makanan tambahan potasium. - Agensi

Mangsa konflik berdepan krisis makanan

Mangsa konflik berdepan krisis makanan


ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat daya Pakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangan kerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalan makanan terputus.

Apa juga sedikit makanan yang ada pun agak tinggi harganya, kata mereka. Situasi ini menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan di kawasan bermasalah itu di mana hospital juga ditutup dan bekalan elektrik tidak menentu.

Di Lembah Swat, yang pernah suatu ketika dulu destinasi pelancongan popular, penduduknya terpaksa berhempas pulas untuk hidup ketika pihak tentera berusaha untuk menghapuskan pejuang Islam, menyebabkan orang awam terperangkap dalam pertempuran itu.

"Keluarga kami mempunyai 10 orang, dan kami kini hanya mampu makan roti dengan air," kata Shaista, seorang suri rumah berusia 28 tahun dari bandar Bahrain di Swat.

"Terdapat kekurangan makanan yang teruk. Semua jalan raya ke bandar kami ditutup. Tiada sayur, tiada minyak masak – bayangkan bagaimana kami hendak hidup," katanya melalui telefon.

Abangnya berkata satu-satunya kedai di Bahrain sudah ditutup sejak dua minggu lalu, sementara penduduk lain - yang bercakap kepada AFP melalui telefon, berkata apa juga makanan yang ada, harganya semakin meningkat.

"Minggu lalu saya ke bandar Madyan yang berdekatan dan dapat membeli tepung dengan harga tiga kali ganda," kata penduduk Bahrain, Mohammad Sajid.

"Hampir di semua rumah, penghuninya lapar. Mereka tidur tanpa makanan pada waktu malam dan hanya bergantung hidup dengan air," katanya.

"Cuba bayangkan bagaimana keadaannya bagi kanak-kanak. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk kami, kalau tidak akan wujud satu lagi krisis kemanusiaan di bandar ini," kata Arif Khan.

"Sekurang-kurangnya mereka sepatutnya membuka jalan dan bekalan makanan kepada kami. Mereka boleh melakukannya melalui udara. Penduduk di sini mungkin terpaksa makan rumput kalau keadaan sudah teruk sangat." - AFP