Friday, May 22, 2009

11,034 angka terbaru, 85 maut

11,034 angka terbaru, 85 maut


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes Influenza A di seluruh dunia kini sudah meningkat kepada 11,034 dan 85 kematian, dengan kes terbaru disahkan di Jepun, China, Taiwan dan Australia.

WHO berkata sebahagian besar daripada 791 kes terbaru masih lagi dicatat di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Mexico mengesahkan tiga lagi kematian yang dikaitkan dengan selesema virus A itu, sementara Amerika Syarikat mengesahkan dua kes sejak jumlah yang dicatat kelmarin.

Sekurang-kurangnya 38 negara lain turut melaporkan kes sejak wabak berkenaan bermula bulan lalu.

Di Jepun, sebaik saja kes pertama disahkan di Tokyo, pegawai kesihatan di negara berkenaan memperluaskan langkah antiwabak. Harga ubat antiviral Tamiflu pula yang dijual secara online meningkat dengan mendadak, antara 7,000 yen hingga 12,000 yen (RM259 hingga RM448) bagi sekotak yang mengandungi 10 pil, yang selalunya diperoleh dengan preskripsi doktor pada harga 3,000 yen bagi 10 pil.

Dua pelajar sekolah tinggi Jepun, yang melawat ke New York bagi menghadiri persidangan model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menjadi mangsa terbaru yang disahkan. – AP

No comments:

Post a Comment