Tuesday, May 5, 2009

GLOBAL : SELASA 05 MEI 2009

Image
H1N1 boleh landa lebih dahsyat
HONG KONG 4 Mei - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Margaret Chan hari ini memberi amaran bahawa wabak A (H1N1) bolehmelanda dunia dengan lebih dahsyat, sekalipun penyakit itu sekarangdipercayai semakin reda.

Mexico dakwa dapat atasi H1N1
MEXICOCITY 4 Mei - Mexico mengumumkan bahawa negara itu telah berjayamembendung wabak virus A (H1N1) daripada merebak, yang setakat initelah meragut 22 nyawa dan menjangkiti 568 orang di negara ini.

AS diminta tangani H1N1
BANGKOK4 Mei - ASEAN meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) untukmenangani ancaman virus A H1N1 yang kini dikesan di 18 negara.

3 dikuarantin di Singapura
SINGAPURA4 Mei - Tiga orang terdiri daripada seorang rakyat asing dan duawarganegara Singapura dikuarantin hari ini pada hari pertama PerintahKuarantin Dalam Negeri dikuatkuasakan bagi mencegah penularan virus A(H1N1) di republik ini.

Susilo: Asia berhadapan masalah sosial
NUSADUA 4 Mei - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memberi amaranAsia berdepan dengan cabaran-cabaran politik, sosial dan alam sekitaryang berpunca daripada krisis kewangan dunia.

Sidang ASEAN diada semula Jun ini
BANGKOK4 Mei - Thailand meminta para pemimpin serantau hadir semula untukmenyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang akan diadakan di Phuket padabulan depan, selepas demonstrasi oleh penunjuk perasaan antikerajaanmemaksa sidang tersebut dibatalkan pada April lalu.

Image
Antasari disyaki bunuh ahli perniagaan
JAKARTA4 Mei - Polis Indonesia hari ini menamakan ketua suruhanjaya antirasuahnegara ini, Antasari Azhar sebagai suspek dalam pembunuhan seorang ahliperniagaan, selepas beliau disoal siasat di sebuah balai polis di ibunegara hari ini.

Filipina banjir, 20 terbunuh
MANILA4 Mei - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam kejadian banjir dantanah runtuh di timur Filipina hari ini akibat hujan lebat serta ributkencang.

Helikopter tentera terhempas, 18 terbunuh
CARACAS4 Mei - Seorang brigadier jeneral adalah antara 18 orang mangsa yangterbunuh apabila sebuah helikopter tentera terhempas di kawasansempadan Colombia semalam.

Jutawan menang pilihan raya Presiden Panama
PANAMACITY 4 Mei - Jutawan perniagaan, Ricardo Martinelli yang mahu mentadbirPanama sebagai sebuah badan korporat diisytiharkan sebagai Presidenbaru negara ini, semalam.

Perdana Menteri Nepal letak jawatan
KATHMANDU4 Mei - Perdana Menteri Nepal, Prachanda mengumumkan peletakanjawatannya hari ini selepas percubaan kerajaan Maois pimpinan beliauuntuk memecat ketua tentera dihalang oleh Presiden Ram Baran Yadav.

Khaled Meshaal ketuai politburo Hamas
DAMASCUS 4 Mei - Pemimpin tertinggi Hamas yang hidup dalam buangan, Khaled Meshaal dipilih semula mengetuai politburo Hamas.

Industri filem Hollywood lawan Bollywood
MUMBAI4 Mei - Syarikat perfileman terkenal Amerika Syarikat (AS), Studio 20thCentury Fox menuntut ganti rugi dan memfailkan perintah injunksiberhubung tayangan sebuah filem berbahasa Hindi, dalam satu pertikaianplagiarisme terbaru melibatkan antara Hollywood dan Bollywood.

Mogok lapar: Roxana dirawat di klinik penjara
KAHERAH4 Mei - Wartawan Amerika Syarikat (AS), Roxana Saberi ( gambar ) yangmelancarkan mogok lapar sejak dua minggu lalu kerana membantah hukumanpenjara ke atasnya di Iran, terpaksa diberi rawatan pada Jumaat lalu,selepas keadaannya lemah kerana enggan minum air.

Karzai daftar tanding jawatan Presiden
KABUL4 Mei - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini secara rasmimendaftarkan diri sebagai calon pada pilihan raya Presiden negara ini,yang dijadual diadakan pada 20 Ogos ini.

Gadis dibenar buang payu dara
MELBOURNE 4 Mei - Sebuah mahkamah Australia telah membenarkan seoranggadis berusia 17 tahun yang percaya dia adalah lelaki untuk menjalanipembedahan membuang payu dara.

Penduduk China digalak merokok
BEIJING4 Mei – Para pegawai di tengah China diarah menghisap kira-kira sukujuta kotak rokok keluaran tempatan setahun atau menghadapi risikodidenda.

Wabak menular di AS, Eropah
BANDARRAYA MEXICO: Wabak Influenza A (H1N1) menular lebih meluas di AmerikaSyarikat, Eropah dan Amerika Latin - dan di Kanada, kembali menyerangbabi, ketika kerajaan Mexico membayangkan akan membenarkan perniagaandan sekolah dibuka semula selepas ditutup sejak minggu lalu.

Macam-Macam: Senarai ingin bunuh sekat budak ke sekolah
NEVADA:Seorang budak lelaki berusia 10 tahun menerima perintah mahkamahmenyekat beliau ke sekolah dan mendekati seorang rakan perempuansekelasnya selama 15 hari selepas mempunyai senarai 'budak yang ingindibunuh' dan dibaling batu ke muka mereka.

China nafi sengaja kuarantin
BEIJING:China semalam menafikan ia sengaja mengenakan kuarantin terhadap rakyatMexico berikutan kebimbangan Influenza A (H1N1) sebaliknyamempertahankan bahawa pengasingan 70 rakyat negara Amerika Tengah itusebagai langkah kesihatan dan bukan diskriminasi.

Pegawai diarah hisap rokok
BEIJING:Pegawai sebuah daerah di China diarah merokok hampir suku juta pekrokok keluaran tempatan bagi mengembangkan ekonomi ketika krisiskewangan global.

Telefon bimbit tunjuk lokasi tandas
TOKYO:Kesukaran dan masalah untuk mencari tandas awam terdekat mungkin tidaklagi berlaku di Jepun selepas satu perisian telefon bimbit yang memberipanduan kepada pengguna mencari tandas paling hampir, dilancarkan.

Puteri Eugenie jadi sasaran perompak
LONDON:Sekumpulan pencuri dilaporkan cuba merompak cucu Ratu Elizabeth II,Puteri Eugenie, 19, bersama beberapa rakannya ketika mereka bercuti diKemboja tetapi cubaan itu digagalkan pengawal khas anak Sarah Fergusonyang sudah berpisah dengan Putera Andrew.

Pemberian pingat askar Britain dikaji semula
LONDON:Pemberian berpuluh-puluh pingat kepada anggota tentera Britain yangmemerangi Taliban di Afghanistan akan dinilai semula selepas wujuddakwaan laporan mengenai keberanian mereka ditokok tambah