Saturday, July 4, 2009

GLOBAL : SABTU 04 JULAI 2009


Bekas isteri mahu jaga anak
LOS ANGELES 3 Julai – Bekas isteri Michael Jackson semalam bersumpahuntuk merebut hak penjagaan kepada dua anaknya dengan ikon pop itu,seterusnya memulakan pertarungan mahkamah dengan keluarga mendiang.

Polis turut disiasat
LOS ANGELES 3 Julai - Siasatan berhubung kematian Michael Jacksonsemakin mendalam ketika timbul banyak persoalan mengenai ubat-ubatanyang diambilnya, doktor yang membekalkannya dan tindakan pihak polis.

Upacara peringatan Raja Pop
LOS ANGELES 3 Julai - Keluarga Michael Jackson semalam mengumumkanupacara peringatan umum terbuka bagi penyanyi legenda Pop di LosAngeles pada Selasa ini ketika sebuah video menunjukkan Raja Pop itubegitu bersemangat ketika melakukan latihan beberapa hari sebelumkematiannya.

Benarkah Michael akan dikebumi cara Islam?
LOS ANGELES 3 Julai - Apakah Michael Jackson beragama Islam atau masihkekal dengan pegangan keluarganya iaitu Jehovah's Witness?


Honduras adakan pilihan raya awal
TEGUCIGALPA 3 Julai - Para pemimpin rampasan kuasa di Honduras semalam,menyuarakan kemungkinan mengadakan pilihan raya awal untukmenyelesaikan krisis politik negara ini, beberapa jam sebelum ketuaPertubuhan Negara- Negara Amerika (OAS) dijadual tiba di sini.

Provokasi khusus terhadap Korea Selatan
SEOUL 3 Julai - Pelancaran peluru berpandu terbaru oleh Korea Utaradilihat seolah-olah bertujuan membangkitkan kemarahan Korea Selatanberbanding dunia, kata seorang pegawai hari ini ketika Washingtonmenegaskan bahawa sekatan yang dikenakan telah menjejaskan negaratersebut.


Air France berkecai di laut
PARIS 3 Julai - Pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantikpada bulan lepas bukan berkecai di udara tetapi musnah kerana terhempaske permukaan laut pada kelajuan yang tinggi.

Saddam mereka-reka miliki senjata WMD
BAGHDAD 3 Julai - Satu laporan wawancara antara seorang ejen BiroPenyiasatan Persekutuan (FBI) dengan Saddam Hussein ( gambar ) yangdidedahkan semalam, memberikan pelbagai butiran tentang bekas diktatoritu, sekali gus menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat Amerika Syarikat(AS) terhadap beliau dan Iraq sebelum ini.

Kakitangan Kedutaan Britain akan dibicara di Iran
TEHERAN 3 Julai - Seorang ulama yang berkuasa di Iran hari inimemutuskan beberapa kakitangan Kedutaan Britain akan dibicarakan atasdakwaan mencetuskan ketegangan selepas pilihan raya, langkah yangdijangka menjejaskan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Buffet derma RM4.41j kepada Yayasan Gates
SEATTLE 3 Julai - Hartawan Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett(gambar) menderma AS$1.25 juta (RM4.41 juta) dalam bentuk sahamBerkshire Hathaway Inc. kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Diplomat Jepun ketuai IAEA
VIENNA 3 Julai - Diplomat veteran Jepun, Yukiya Amano (gambar), 62,semalam dipilih untuk mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA),sekali gus memberi beliau peranan utama dalam menangani program nuklearIran yang telah mencetuskan kontroversi.

Corazon Aquino hidap kanser kolon
MANILA 3 Julai - Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino (gambar)menyerahkan nasibnya kepada Tuhan selepas dilaporkan enggan meneruskankemoterapi lanjutan atau apa-apa rawatan perubatan lain bagi mengubatipenyakit kanser kolon yang dihidapinya.

Kilang ubat nyamuk didapati biak nyamuk
COLOMBO 3 Julai - Pengurus kilang membuat ubat nyamuk di sinidijatuhkan hukuman kerja berat selama enam bulan dan denda 1,500 rupee(RM45.50) setelah pihak berkuasa menemui kawasan pembiakan nyamuk aedesdalam premis kilang berkenaan.






Upacara peringatan MJ Selasa
LOSANGELES: Persoalan bila dan di mana upacara memperingati MichaelJackson sudah terjawab, tetapi pihak berkuasa bandar raya ini masihmencari jalan untuk mengendalikan jumlah peminat yang 'terlalu ramai'menghadiri upacara itu.

Brunei catat kes kematian pertama virus selesema babi
BANDARSERI BEGAWAN: Brunei semalam melaporkan kematian pertama akibatjangkitan virus selesema babi atau H1N1 membabitkan seorang remajaperempuan berusia 12 tahun yang turut mengalami kegagalan fungsi hati.

Macam-macam: Lelaki khatan sendiri guna pengepit kuku
LONDON:Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkanrawatan kecemasan selepas mengkhatankan dirinya sendiri menggunakanpengepit kuku.

Kerajaan bersih bantu Susilo kekal jawatan
JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dijangka tidak akanmenghadapi masalah untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan rayapresiden minggu depan berikutan reputasi kerajaannya yang bersih.

Seoul dakwa pantau tentera Pyongyang
SEOUL:Korea Selatan mendakwa ia sedang memantau kawasan tentera Korea Utaraberikutan negara komunis itu dipercayai akan melancarkan lebih banyakujian peluru berpandu ketika spekulasi adanya pelancaran ujian peluruberpandu jarak jauh yang boleh mensasarkan Amerika Syarikat beberapahari lagi.

Ban gagal jumpa Suu Kyi
NAYPYITAW:Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon,berkata ketua junta Myanmar menolak permintaan awal beliau untukbertemu pemimpin pro demokrasi Aung San Suu Kyi, dalam misi yangdisifatkan paling sukar untuk membebaskan beliau.

Pekerja Nepal diarah pakai seluar tanpa poket elak rasuah
KATHMANDU:Kakitangan lapangan terbang antarabangsa Nepal akan diberikan seluarpanjang tanpa poket dalam usaha negara itu membasmi gejala rasuah.

Wartawan asing dituduh hina Raja Thailand
BANGKOK: Polis Thailand akan menyiasat aduan membabitkan Kelab Koresponden AsingThailand kerana didakwa menghina raja negara itu dengan mengedarkansalinan kenyataan oleh seorang ahli politik Thailand di premis kelabterbabit.

Nicole Kidman dakwa 'air ajaib' bantu mengandung
CANBERRA:Air di beberapa anak sungai di pedalaman Australia mendapat permintaantinggi selepas aktres Nicole Kidman mendakwa ia membantunya danbeberapa wanita lain hamil.

Syria izin 2 penyanyi Lubnan menyanyi
BEIRUT:Selepas mengenakan larangan selama dua tahun, Syria akhirnyamembenarkan penyanyi Lubnan, Elissa dan Haifa Wahbi untuk membuatpersembahan dan menyertai festival muzik negara itu tidak lama lagi