Saturday, May 23, 2009

Produk 'Air Ikan Haruan' dikesan jejas kesihatan

Produk 'Air Ikan Haruan' dikesan jejas kesihatan


SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil produk kesihatan tradisional berjenama 'Air Ikan Haruan' kerana ia disahkan mengandungi dexamethasone, sejenis ubat yang boleh memudaratkan kesihatan.

Nasihat itu dikeluarkan selepas kes seorang wanita berusia 60-an tahun mengalami masalah seperti lemah badan, lesu, sakit seluruh badan, hilang selera makan dan turun berat badan setelah berhenti minum produk itu.

Mangsa mengambil produk itu untuk melegakan sakit badan lebih setahun. Ia dibeli di luar negara.

Menurut HSA, gejala dialami wanita itu adalah kesan sampingan pengambilan dexamethasone, yang sering digunakan bagi merawat penyakit radang, seperti artritis.

"Penggunaan dexamethasone tanpa pengawasan dan secara berpanjangan biasanya dikaitkan dengan degupan jantung tidak tetap; kenaikan tekanan darah, kolesterol dan kadar gula dalam darah; haid tidak tetap; kerosakan otot dan tulang; sawan dan kecelaruan mental dan kemurungan," kata kenyataan HSA semalam.

'Air Ikan Haruan', dipakej dalam botol kecil, diedar oleh sebuah syarikat di Perak dan dijual di Malaysia pada harga RM12 (S$5). - Agensi

No comments:

Post a Comment