Saturday, May 23, 2009

Menteri gesa Barat, Muslim bekerjasama

Menteri gesa Barat, Muslim bekerjasama


LONDON: Menteri Luar Britain, David Miliband berkata walaupun keganasan dan konflik pada masa lampau didapati 'menjejaskan' perhubungan di antara negara Barat dan Muslim, namun adalah wajar kini kedua-dua pihak berusaha secara bersama bagi menghadapi cabaran global.

Miliband mengakui bahawa campur tangan asing Britain, daripada penyebaran agama Kristian hingga ke serangan ke atas Iraq, mewujudkan ketidakpercayaan di kebanyakan negara, sehingga timbul 'perasaan kemarahan, ketidakpercayaan dan kekecewaan.'

Katanya, cabaran perubahan iklim, keganasan dan krisis kewangan memerlukan usaha secara bersama yang lahir daripada persefahaman lebih baik di kedua belah pihak, seperti konflik yang berlaku di Asia Barat.



Ketika berucap di Pusat Oxford bagi Pengajian Islam, Miliband berkata sejarah perhubungan di antara Eropah dan dunia Islam selama ini dicorakkan dengan 'penaklukan, konflik dan kolonialisme.'

Sejak serangan 11 September, 2001 terhadap Amerika Syarikat, perhubungan di antara negara Barat dan Muslim menjadi semakin kecil, katanya.

"Keganasan mengubah pandangan kita dan menjejaskan hubungan di antara satu sama lain." Tapi Miliband berkata keselamatan global tidak lagi boleh dijamin oleh kuasa besar dunia, atau sekumpulan negara kuasa besar.

"Ancaman perubahan iklim, keganasan, wabak penyakit dan krisis kewangan terlalu besar dan terlalu tersebar meluas...jadi kita memerlukan gabungan negara dan pergerakan politik dalam bentuk lebih luas," katanya.

Tambahnya: "Jika kita ingin membina semula perhubungan - bagi membentuk gabungan lebih meluas - kita perlu lebih menghormati pihak lain. Ini bermakna kita harus menolak cara lama dan bergerak melampaui pembahagian yang diwujudkan antara golongan sederhana dan ekstrim."

Sikap tidak percaya berkaitan konflik seperti di Iraq ini juga menutup usaha untuk menggunakan cara diplomasi dan penyampaian bantuan atas tujuan kemanusiaan. - AFP

No comments:

Post a Comment