Friday, July 10, 2009

GLOBAL : JUMAAT 10 JULAI 2009


Tentera terus kawal Urumqi
URUMQI China 9 Julai - Pasukan keselamatan China hari ini terusmengetatkan kawalan keselamatan di wilayah bergolak Xinjiang selepasbeberapa hari berlakunya rusuhan etnik yang membunuh 156 orang.

Seoul beri amaran serangan siber kedua
SEOUL 9 Julai - Agensi perisikan Korea Selatan hari ini memberi amarankemungkinan berlaku gelombang kedua serangan siber selepas seranganpertama yang dipercayai dilakukan oleh Korea Utara ke atas laman-lamanweb tempatan dan Amerika Syarikat (AS).

Susilo raih 62 peratus undi
JAKARTA 9 Julai — Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) terusunggul dalam jumlah pungutan undi pada pilihan raya presiden Indonesiabagi penggal 2009-2014 dengan mendapat 61.7 peratus daripada hampir 19juta undi yang sudah dihitung.

42 maut serangan bom di Iraq
MOSUL 9 Julai - Dua serangan berani mati dan dua lagi serangan bommenyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh di Iraq hari ini sejakTentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari negara itu lebih seminggulalu.

Iran haramkan demonstrasi
TEHERAN 9 Julai - Pihak berkuasa Iran hari ini memberi amaran kerasterhadap sebarang demonstrasi bagi memperingati ulang tahun ke-10kebangkitan pelajar yang menggegarkan republik Islam pada tahun 1999,yang disambut hari ini.

Kos peringatan Raja Pop RM4.9j
LOS ANGELES 9 Julai - Bandar raya ini membelanjakan sebanyak AS$1.4juta (RM4.9 juta) bagi menyediakan kawalan keselamatan, lalu lintas danperkhidmatan lain semasa upacara penghormatan Michael Jackson diStaples Center pada Selasa lalu.

Brooke Shields kembali berlakon
LOSANGELES 9 Julai - Selepas 10 tahun berehat daripada filem arus perdana,Brooke Shields bakal kembali ke layar perak menerusi satu filem komedikeluarga ' Furry Vengeance .

Isteri PM British tulis blog kisah di sebalik sidang G8
LONDON 9 Julai - Isteri Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, Sarah,menceritakan pemandangan di sebalik tabir sidang kemuncak KumpulanLapan (G8) semalam dalam blog yang turut memuatkan 'makanan dan layananyang baik' dalam apa yang disifatkan beliau sebagai sidang kemuncakisteri-isteri.

New Delhi bandar raya paling mahal di India
NEW DELHI 9 Julai - New Delhi disenarai sebagai bandar raya palingmahal di India buat pegawai dagang asing yang bekerja di negara itu,menurut satu kaji selidik antarabangsa.







42 maut letupan di Iraq
MOSUL: Dua letupan bom bunuh diri di utara Iraq semalam menyebabkan 42 orangterkorban dalam serangan terburuk sejak pengunduran tentera AmerikaSyarikat (AS) daripada kawasan bandar di negara Arab itu dua minggulalu.

Rogol wanita berleluasa di Afghanistan
GENEVA:Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan kejadianrogol di Afghanistan semakin berleluasa, manakala keganasan terhadapwanita juga menunjukkan lonjakan selepas hampir lapan tahun kejatuhanTaliban di negara terbabit.

Korea Utara dikenal pasti suspek serangan siber
SEOUL:Korea Utara dikenal pasti oleh agensi perisikan utama Korea Selatansebagai suspek dalam serangan siber yang menyasarkan laman web kerajaandan dan bukan kerajaan di Amerika dan Korea Selatan, awal minggu ini.

Macam-macam: Lelaki berbogel jumpa doktor gigi
CONNECTICUT:Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa selepas beliau menghadiri temujanji dengan doktor gigi dalam keadaan bogel.

Pesaing Susilo ugut cabar keputusan
JAKARTA: Presiden Indonesia jelas hampir pasti memenangi penggal lima tahunkedua dengan kiraan awal peti undi meramalkan kejayaan cemerlangpilihan raya yang akan memberinya mandat paling besar untuk membawapembaharuan demokratik.

Dua lagi korban H1N1 di Thailand
BANGKOK:Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan dua lagi kematian akibatselesema babi menjadikan kematian keseluruhan di negara itu 13 orang.

Askar pengiring guru maut kena bom
PATTANI:Seorang anggota tentera terbunuh dan lima lagi cedera apabila sebutirbom didakwa pihak berkuasa dipasang pemisah di tepi jalan meletup dalamkeganasan terbaru di selatan Thailand.

Saintis temui ubat awet muda
LONDON:Sejenis ubat yang berasal dari Pulau Easter, di Lautan Pasifik selatandidapati mampu memperlahankan proses penuaan, sekali gus memanjangkanhayat.

Pelajar cipta alat kurangkan sakit bersalin
SINGAPURA:Rasa sakit sewaktu bersalin dan kesan sampingannya dapat dikurangkandengan lebih berkesan menerusi sistem penyaluran ubat penahan sakityang dihasilkan sekumpulan empat pelajar Politeknik Nanyang (NYP).

31.1 juta tonton peringati Raja Pop
LOSANGELES: Sebanyak 31.1 juta rakyat Amerika Syarikat menyaksikan upacaramemperingati Raja Pop Michael Jackson secara langsung di televisyen,angka lebih rendah berbanding pengebumian bekas Presiden Ronald Reagandan Puteri Diana di Britain.

Shilpa teruja bertemu Charles
LONDON:Aktres popular Bollywood, Shilpa Shetty bertemu dengan Putera Charlespetang Selasa lalu namun masih belum dapat melupakan pertemuan itu.

Avril Lavigne promosi fesyen budak
LOSANGELES: Setahun selepas melancarkan koleksi Abbey Dawn miliknya untukremaja di gedung Kohl, Avril Lavigne kini melanjutkan rangkaian untukfesyen pakaian bagi kanak-kanak lebih muda