Monday, May 4, 2009

GLOBAL : ISNIN 04 MEI 2009

Image
3 lagi kes H1N1 dikesan
MEXICO CITY 3 Mei – Tiga lagi kematian akibat virus influenza A (H1N1)dikesan di Mexico semalam, menjadikan jumlah mangsa korban di negaraini kini meningkat daripada 16 kepada 19 orang, dengan menyaksikanwabak tersebut tersebar merentasi benua Asia dan Eropah.

Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada
VANCOUVER3 Mei - Pegawai kesihatan Kanada semalam mendapati berlaku jangkitaninfluenza A (H1N1) pada ternakan babi di wilayah Alberta, namun iatidak menjadi ancaman kepada bekalan makanan.

50 rakyat Mexico diasing
BEIJING3 Mei - Kira-kira 50 orang rakyat Mexico ditahan untuk diasingkan diseluruh China hari ini, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarangsimptom jangkitan influenza A (H1N1) atau selesema babi.

FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat
WASHINGTON3 Mei - Para penuntut sebuah kolej Michigan terkejut apabila pelajarIslam di kampus berkenaan menghantar e-mel kepada agen Biro PenyiasatanPersekutuan (FBI) untuk bertukar-tukar maklumat dengan mesra.

Pakistan tubuh mahkamah rayuan Syariah
ISLAMABAD3 Mei - Pakistan semalam mengumumkan penubuhan mahkamah rayuan Syariahdi kawasan barat laut negara ini, sebagai sebahagian daripadaperjanjian damai bagi menamatkan pertempuran antara pasukan keselamatandengan pejuang Taliban.

Image
Sri Lanka kritik negara Barat
COLOMBO3 Mei – Sri Lanka hari ini mengkritik keras negara barat yang mendesakagar dilaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan serangan tentera keatas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sondhi dakwa pegawai tentera terlibat
BANGKOK3 Mei - Sondhi Limthongku, pengasas pergerakan penyokong raja yangmembantu menggulingkan bekas Perdana Menteri Thailand, ThaksinShinawatra, hari ini mengesyaki beberapa pegawai tentera terlibat dalamcuba membunuhnya pada bulan lalu.

WHO elak umum tahap wabak
GENEVA3 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelak daripadamengumumkan tahap wabak virus H1N1 di peringkat global hari ini,selepas berlaku kekecohan selama 10 hari sejak kemunculan jangkitaninfluenza A (H1N1) atau selesema babi di Mexico.

Zoo musnah 3 babi hutan
BAGHDAD 3 Mei - Tiga ekor babi hutan di Zoo Baghdad telah dibunuh kerana bimbang merebaknya wabak virus influenza A (H1N1).

Jurulatih NFL patah tulang
IRVING,Texas 3 Mei - Jurulatih khas pasukan Dallas Cowboys, Joe DeCamillispatah tulang belakang, sementara lebih 10 orang yang lain cederasemalam apabila bumbung fasiliti latihan NFL roboh akibat dibadairibut.

ADB sedia bantu negara Asia hadapi H1N1
NUSADUA 3 Mei - Bank Pembangunan Asia (ADB) bersedia menghulurkan bantuankepada negara rantau ini dalam menangani jangkitan influenza A (H1N1)atau selesema babi sekiranya ia merebak, langkah sama yang pernahdibuat semasa wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda pada2003.

Ayah mahu pelihara anak
NEWYORK 3 Mei - Ayah kepada kanak-kanak perempuan Afrika yang mahudijadikan anak angkat oleh bintang popular, Madonna tidak berhajatuntuk melepaskan anaknya, sebaliknya mahu membesarkan anaknya itusendiri, meskipun dia sendiri tidak pernah menemuinya.

Pekerja bagasi enggan punggah beg
PARIS3 Mei - Pekerja bagasi di Paris enggan memunggah beg daripada pesawatyang tiba dari Mexico dan Sepanyol kerana bimbang dijangkiti influenzaA (H1N1) atau selesema babi semalam, menyebabkan ratusan penumpangterkandas di lapangan terbang.

Antasari nafi terlibat kes bunuh
JAKARTA3 Mei - Ketua suruhanjaya pencegahan rasuah Indonesia, Antasari Azharhari ini menyatakan kesediaan untuk memberi kenyataan kepada polisselepas dinamakan sebagai suspek dalam satu siasatan kes pembunuhan danmengambil cuti sementara.

Selatan Australia larang guna beg plastik
MELBOURNE 3 Mei – Larangan penggunaan beg plastik akan berkuat kuasa di semua kedai di Selatan Australia mulai esok.

Pencuri tersangkut atas bumbung
SYDNEY 3 Mei - Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah kilang tigatingkat di sini terpaksa diselamatkan apabila dia tersangkut di atasbumbung bangunan kilang itu, hari ini.

Nuffnang Ads


Tiada kes baru H1N1 di Asia
HONGKONG: Asia melaporkan tiada kes baru Influenza A (H1N1) disahkansemalam, menunjukkan penyebaran virus mungkin semakin perlahan, namun350 orang masih dikuarantin di hotel pinggir Hong Kong sebagai langkahberjaga-jaga.

Menteri bantah cara warga Mexico dikuarantin
BEIJING:Pihak berkuasa China menahan lebih 50 warga Mexico di hotel dan kawasanlain kerana bimbang penyebaran virus Influenza A (H1N1), kata seorangpegawai di kedutaan Mexico di sini semalam dan menambah hanya seorangdaripada mereka mendapat tanda jangkitan selesema.

Macam-Macam: Polis selamat perompak atas bumbung kilang
SYDNEY:Seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung sebuah kilang yangcuba dirompaknya diselamatkan oleh polis selepas operasi selama tigajam.

Priyanka, Butler kian intim
MUMBAI:Hubungan sebenar bekas Ratu Dunia, Priyanka Chopra dan aktor kelahiranScotland, Gerard Butler, terus menimbulkan tanda tanya selepas laporanmenyebut pelakon berkenaan mengunjungi India semata-mata untuk bertemuaktres jelita itu.

Rihanna, bekas teman lelaki jalin semula hubungan
LOSANGELES: Penyanyi pop Rihanna yang mencetuskan kontroversi berikutaninsiden dipukul teman lelakinya, Chris Brown dilaporkan meninggalkanpenyanyi rap itu untuk menjalinkan semula hubungan dengan bekas temanlelakinya.

Kesatuan Eropah siasat perdagangan organ
RRIPE(Albania): Sebuah pertubuhan hak asasi manusia terkemuka Eropah akanmelancarkan satu siasatan terhadap dakwaan bahawa gerila etnik Albaniamungkin pernah menculik penduduk awam Serbia pada akhir perang Kosovo1998-99 lalu dan mengeluarkan organ dalaman mereka dan menjualnya dipasaran gelap.

11 maut ribut tropikal di Filipina
LEGAZPI:Ribut tropikal yang melanda kelmarin mengakibatkan berlaku lumpurruntuh yang menimpa kawasan pertanian di timur laut Filipina,menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan sembilan lain hilang.

Pengganas dibicara sebagai orang dewasa
MUMBAI:Satu-satunya lelaki bersenjata disyaki dalam serangan pengganas tahunlalu di sini akan dibicarakan sebagai orang dewasa, bermaksud diaberdepan hukuman mati, kata hakim bersidang.

Antasari nafi jadi suspek kes bunuh
JAKARTA:Ketua agensi antirasuah Indonesia, Antasari Azhar, berkata dia akanmemberikan kenyataan kepada polis hari ini selepas dinamakan sebagaisuspek dalam siasatan kes bunuh dan diarahkan bercuti sementara.

Susilo tidak ikhlas bergabung: Jusuf Kalla
MAKASAR:Pengerusi Parti Golkar, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa beliau pernahtiga kali berhubung dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelummengambil keputusan berpecah dengan Parti Demokratik dalam perlumbaanpresiden.