Friday, May 22, 2009

Pesawat nahas lulus ujian

Pesawat nahas lulus ujian


PASUKAN penyelamat mengesan bangkai pesawat Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur, kelmarin.

Indonesia siasat jumlah sebenar penumpang dibawa Hercules C-130

MAGETAN: Tentera Indonesia berkata, pesawat Hercules C-130 yang terhempas dan membunuh 101 orang, termasuk dua di darat berada dalam keadaan baik dan lulus ujian penerbangan sebelum ia terhempas di sebuah perkampungan dan meletup.

Kejadian kelmarin yang berlaku ketika cuaca baik dan hanya sejurus selepas juruterbang bercakap dengan menara kawalan mendedahkan mengenai kelemahan dan masalah dihadapi tentera udara termasuk dakwaan kesukaran mendapatkan alat ganti bagi pesawat lama.

Pada masa sama pasukan penyelamat meneruskan kerja mencari mayat di bangkai pesawat malang itu dengan sekurang-kurangnya tiga lagi mangsa dipercayai masih terperangkap.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat untuk memastikan sama ada bilangan penumpang dibawa melebihi jumlah dilaporkan.

Mangsa terselamat berkata mereka mendengar sekurang-kurangnya dua letupan dan terhoyong-hayang dari kiri ke kanan ketika ia menjunam sebelum kehilangan sayap kerana melanggar pokok dan terhempas di atas sederet rumah.

Ia meluncur kira-kira 700 meter sebelum mendarat di sawah padi. Seramai 112 orang berada di dalam pesawat yang membawa askar dan keluarga mereka dari Jakarta ke wilayah Papua.

Pesawat itu berhenti di beberapa lapangan terbang dan dijadual mendarat di pangkalan udara wilayah Jawa Timur, apabila nahas berlaku.

Pegawai angkatan udara, Bambang Samoedra, berkata antara terbunuh termasuk 10 kanak-kanak dan dua penduduk desa di darat. Lima belas orang lagi cedera dan ramai di antara mereka melecur.

"Penduduk menjerit ketika pesawat itu jatuh. Kami tercampak di merata tempat, kemudian meletup begitu saja, apabila tersedar saya terbaring di atas tanah 20 meter dari bangkai pesawat itu. Saya tidak mampu berdiri dan terpaksa dibantu penduduk kampung," kata prebet Saputra kepada laman web berita online kepada Detik.com.

Saputra yang cedera di kepala dan tangan berkata, api menjulang tinggi dan ketika itu beliau hanya mampu berserah kepada Tuhan. � AP



Hercules berada dalam keadaan baik

MAGETAN 21 Mei - Tentera Indonesia hari ini menjelaskan bahawa pesawat Hercules C-130 yang terlibat dalam nahas yang meragut hampir 100 nyawa di sini semalam berada dalam keadaan baik, malah melepasi satu ujian penerbangan sehari sebelum kejadian itu.

Nahas yang berlaku semasa cuaca baik itu dan sejurus selepas juruterbang berhubung dengan pengawal lalu lintas udara, telah mengalihkan fokus terhadap tentera udara Indonesia yang dilanda pelbagai masalah, termasuk aduan ia mengalami kesulitan mendapatkan alat ganti untuk pesawat-pesawatnya yang usang.

Pegawai tentera udara, Bambang Samoedra berkata, sekurang-kurangnya 99 orang maut, termasuk 10 kanak-kanak dan dua penduduk kampung, manakala 15 yang lain cedera.

Bambang menegaskan bahawa sungguhpun sudah berusia hampir 30 tahun, pesawat pengangkut Hercules itu berada dalam keadaan baik dan melepasi pemeriksaan penyelenggaraan dan penerbangan pada awal minggu ini.

Juruterbang yang berhubung dengan menara kawalan lalu lintas tidak melaporkan menghadapi sebarang masalah, katanya.

"Kami masih menyiasat dan kami tidak mahu membuat spekulasi," kata Bambang apabila ditanya sama ada kesilapan juruterbang menjadi punca nahas itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah menjanjikan siasatan menyeluruh ke atas nahas itu untuk mengenal pasti punca kejadian. - AP

No comments:

Post a Comment