Wednesday, May 6, 2009

GLOBAL : RABU 06 MEI 2009

Image
Langkah berjaga-jaga diambil
GENEVA 5 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesasemua negara supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga danmemantapkan pengawasan terhadap penyakit selesema babi atau virus H1N1,selepas kes jangkitan yang disahkan di seluruh dunia melepasi 1,000orang.

Pesawat sewa khas bawa pulang warga Mexico dari China
BEIJING 5 Mei - Pesawat penerbangan sewa khas Mexico tiba di beberapabandar China hari ini bagi membawa pulang kira-kira 70 rakyat Mexicoyang dikuarantin ekoran kebimbangan wabak selesema babi atau virusH1N1.

Empat rakyat AS dikuarantin
BEIJING 5 Mei - Sekurang-kurangnya empat rakyat Amerika Syarikat (AS)telah dan sedang dikuarantin di negara ini, di bawah langkah tegas yangdikenakan bagi mengawal penularan wabak selesema babi.

Republikan perhebat kecaman
WASHINGTON5 Mei - Para pemimpin Republikan memperhebatkan serangan ke atasPresiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan menyelar dasarantikeganasan beliau, setelah berminggu- minggu menjadikan dasarekonomi Presiden daripada Parti Demokrat itu sebagai sasaran.

Kerja penggalian dimulakan
PARIS5 Mei - Jentera pengorek berdekatan sebuah kampung di utara Perancishari ini memulakan kerja-kerja penggalian semula kubur kira-kira 400tentera Australia dan British yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua.

Korea Utara miliki unit peperangan siber
SEOUL5 Mei - Tentera Korea Utara telah menubuhkan unit peperangan siberuntuk menceroboh rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan KoreaSelatan bagi mengumpul maklumat sulit dan mengganggu perkhidmatan.

Ketua Eksekutif Hong Kong mohon maaf
HONGKONG 5 Mei - Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang hari ini memohonmaaf kepada pengunjung yang dikuarantin di hotel di bandar ini selamatujuh hari akibat kebimbangan wabak selesema babi sambil mempertahankankeputusan untuk mengasingkan mereka.

Dipecat keranamendengus bunyi babi
PRAGUE5 Mei - Seorang wartawan terkenal televisyen Czechoslovakia telahdipecat selepas mendengus seperti bunyi babi di dalam video yangdihantar pada blognya, merujuk kepada virus H1N1 yang telahmengorbankan 26 orang.

Image
Wanita British mungkin terlepas hukuman mati
HANOI5 Mei - Seorang wanita Britain yang dibicarakan di mahkamah Laos atasdakwaan memiliki dadah mungkin terlepas daripada hukuman mati keranadirinya hamil, kata jurucakap kerajaan Laos hari ini.

Injil bahasa Afghan dirampas
KABUL5 Mei - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sejumlah kitab Injildalam bahasa-bahasa Afghan yang dikirim kepada seorang askar AS disebuah pangkalan di Afghanistan telah dirampas dan dimusnahkan.

203,000 beli kereta termurah, Nano
MUMBAI,India 5 Mei - Lebih 203,000 orang telah membeli kereta termurah ultraNano di India melibatkan jualan bernilai 25 bilion rupee (RM 1,809bilion), kata Tata Motors.

Budak 13 tahun dibicarakan
PEORIA, Illinois 5 Mei - Seorang perompak muda berusia 13 tahun,mungkin akan menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya di penjarasetelah seorang hakim mahkamah juvenil mengarahkan kes remaja itudipindahkan ke mahkamah untuk membicarakan orang dewasa.





44 maut kenduri kahwin dibom
BILGE(Turki): Sekumpulan penyerang bertopeng bersenjatakan senapang dan bomtangan menyerbu majlis perkahwinan di sebuah kampung Kurdis di tenggaraTurki, membunuh 44 orang termasuk ramai wanita dan kanak-kanak.

Mexico umum sudah pulih
BANDARRAYA MEXICO: Mexico mengumumkan keadaan �kembali pulih� kelmarin danbersedia membuka semula perniagaan dan sekolah, walaupun virus selesemababi itu terus dilaporkan menjangkiti lebih ramai orang di seluruhdunia.

500,000 diramal jadi pelarian
MINGORA:Kira-kira 500,000 penduduk bakal lari dari wilayah barat laut Pakistanselepas pertempuran semakin sengit antara askar kerajaan dan militanTaliban selepas pergerakan itu mengisytiharkan perjanjian damainyadengan pihak berkuasa kini tamat.

Macam-Macam: Jual rumah ladang RM3.60
LEESBURG:Sebuah rumah ladang dua tingkat yang ditawarkan untuk dijual pada hargaAS$1 (RM3.60) menarik perhatian ramai pembeli sehingga sejauh Alaskadan Britain.

Rumah Putih sedih akhbar AS tenat
WASHINGTON:Rumah Putih melahirkan 'kebimbangan' dan 'kesedihan' kelmarin berhubungkeadaan industri akhbar di Amerika Syarikat yang semakin tenat, namunmenjelaskan kerajaan tidak akan membantu.

Georgia tuduh Russia rancang rampasan kuasa tentera
TBILISI:Georgia menuduh Russia menyokong rampasan kuasa tentera di negara itumanakala askar di sebuah pangkalan berhampiran Tbilisi, sudahmelancarkan pemberontakan, kata pegawai.

Mufti nasihat gadis jaga kesucian diri
RIYADH:Mufti Arab Saudi menasihati anak dara di negara itu supaya terusmempertahankan kesucian diri sejajar dengan ajaran Islam ketika merekamenghadapi cabaran besar meningkatnya desakan mengenai kehidupan secaraliberal supaya mengikut gaya hidup wanita Barat.

Celina kejutkan bapa pakai pakaian singkat
MUMBAI:Gara-gara memakai pakaian seragam sekolah singkat, pelakon seksiBollywood, Celina Jaitley, dihalang masuk kelab dan restoran milikbapanya di Bangkok.

Britain hantar 29.4 juta risalah selesema
LONDON:Kerajaan Britain mula menghantar risalah menasihatkan pendudukberjaga-jaga mengenai selesema babi dengan lima sekolah setakat iniditutup sebagai langkah keselamatan.

Prabhakaran semakin terdesak
COLOMBO:Malaysia dan India diminta supaya mengambil langkah berjaga-jaga danmengawasi kemungkinan pemimpin Harimau Tamil Sri Lanka, VelupillaiPrabhakaran cuba melarikan diri ke negara berkenaan.

Pasangan pengantin antara 44 terbunuh
Tentera mengawal Kampung Bilge (gambar kanan), di luar bandar Kurdis diMardin, tenggara Turki selepas kejadian yang meragut nyawa 44 penduduktermasuk 16 wanita dan enam kanak-kanak apabila sekumpulan lelakimenyerang majlis perkahwinan dengan melontarkan bom tangan danmelepaskan tembakan ke arah tetamu. Dalam majlis berkenaan, kedua-duapengantin dilaporkan turut terkorban berikutan serangan dikatakanberpunca daripada perbalahan keluarga pasangan pengantin yang menentangperkahwinan berkenaan. Sementara gambar atas, pasukan petugas perubatanmembawa mangsa wanita yang cedera dalam kejadian serangan itu.