Friday, May 22, 2009

Ulama bincang kawal akhlak pelayar internet

Ulama bincang kawal akhlak pelayar internet

Sidang cari jalan sekat berlaku zina

SURABAYA: Kira-kira 700 ulama di Indonesia yang mengadakan persidangan di bandar raya ini mencari jalan memperkenalkan peraturan online dalam usaha mengawal akhlak pelayar internet, sambil berkata laman rangkaian sosial seperti Facebook yang semakin popular boleh menggalakkan hubungan seks haram.

Jurucakap persidangan, Nabil Haroen, berkata kumpulan ulama itu sedang menimbang mewujudkan garis panduan melarang umat Islam daripada melayari internet untuk mencari teman dan melakukan perbuatan yang mereka percaya boleh menggalakkan hubungan luar nikah.

Facebook berkata Indonesia yang mempunyai 235 juta penduduk, mempunyai pengguna paling ramai dan jumlahnya meningkat 645 peratus tahun lalu kepada 830,000 orang, mengalahkan China dan India.

Dengan jumlah kurang 0.5 peratus penduduk Indonesia mempunyai kemudahan internet, industri ini mempunyai potensi berkembang pesat dalam tempoh terdekat.

"Ulama berpendapat adalah penting agar satu maklumat undang-undang mengenai rangkaian maya diwujudkan, berikutan persahabatan secara online boleh membawa kepada hubungan 'nafsu' yang dilarang oleh Islam," katanya.

Beliau berkata, walaupun umat Islam boleh terus menjadi pengguna laman web, panduan untuk melayarinya mengikut nilai Islam amat diperlukan.

Facebook tidak dapat dihubungi mengulas lanjut.

Sembilan puluh peratus penduduk Indonesia beragama Islam walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajarannya secara sederhana.

Maklumat oleh ulama tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi ia boleh disahkan Majlis Ulama yang baru-baru ini menguatkuasakan fatwa mengenai tabiat merokok dan yoga. – AP

No comments:

Post a Comment