Thursday, May 21, 2009

Sri Lanka cuti rai kemenangan

Sri Lanka cuti rai kemenangan


MAYAT ketua LTTE, Vellupillai Prabhakaran diusung sambil disaksikan oleh pasukan tentera kerajaan Sri Lanka yang menumpaskan kubu terakhir gerila pemberontak itu di lagun Nanthikadal, berdekatan bandar Mullaittivu di utara Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS


COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagi meraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yang dipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Ratusan askar dikerah ke kawasan Muliyawaikal di mana mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran ditemui selepas pertempuran berakhir di dalam hutan kelmarin.

"Mereka menjalankan operasi pembersihan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Lakshman Hulugalle ketika lebih banyak mayat dihimpunkan untuk dikenal pasti.

Lapan pemberontak LTTE ditembak mati lebih 130 kilometer ke selatan dari lokasi pemberontak LTTE memberi tentangan terakhir di timur laut negara ini.

Mereka merupakan kumpulan pemberontak pertama yang dibunuh oleh tentera sejak kerajaan mengisytiharkan kemenangan ke atas LTTE, manakala polis meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh pulau ini bagi menangkis serangan balas dendam oleh pemberontak, yang masih bebas.

Lebih 400 mayat pemberontak termasuk beberapa militan wanita ditemui di medan pertempuran tempat Prabhakaran ditembak mati, kata pegawai tentera.

Anak sulungnya, Charles Anthony antara mereka yang turut terbunuh di kawasan itu, tetapi tentera belum ada maklumat mengenai isteri Prabhakaran, Madiwadani atau dua lagi anak mereka.

"Proses mengenal pasti mayat anggota LTTE sedang dijalankan dan kami mahu memastikan sama ada terdapat ahli keluarga atau sekutu rapat Prabhakaran yang lain turut terbunuh," kata seorang pegawai tentera. - AFP

No comments:

Post a Comment