Saturday, July 11, 2009

GLOBAL : SABTU 11 JULAI 2009


Penduduk Uighur dilarang tunai solat Jumaat
URUMQI 10 Julai - Penduduk Islam di Urumqi tidak dibenarkan menunaikansolat Jumaat hari ini apabila pihak berkuasa China mengarahkan masjid-masjid di ibu kota Xinjiang ini ditutup.

Megawati: Berlaku penipuan
JAKARTA 10 Julai - Pasukan kempen pemimpin pembangkang Indonesia,Megawati Sukarnoputri ( gambar ) hari ini enggan mengaku kalah dalampilihan raya Presiden (Pilpres) yang diwar-war dimenangi PresidenSusilo Bambang Yudhoyono.

Susilo janji majukan ekonomi
JAKARTA 10 Julai - Susilo Bambang Yudhoyono yang bakal mempertahankanjawatan Presiden buat penggal kedua berjanji akan berusaha mengekalkanpertumbuhan ekonomi Indonesia sekitar 4.5 peratus.

Sidang kemuncak ASEAN, protes dilarang
BANGKOK 10 Julai - Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan larangansepenuhnya sebarang protes di pulau peranginan Phuket semasaberlangsungnya sidang kemuncak ASEAN yang dijangka turut dihadiriSetiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.


Obama, Gaddafi berjabat tangan
L’AQUILA 10 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama denganmesra berjabat tangan dengan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telahlama menjadi sasaran kecaman Washington.

Michael Jackson mati dibunuh?
LOSANGELES 10 Julai - Penyiasat yang menyiasat kematian Michael Jacksontelah memperoleh sepina untuk mendapatkan rekod perubatan daripadadoktor-doktor Raja Pop itu, sementara ketua jabatan polis Los Angelestidak menolak kemungkinan berlakunya pembunuhan.

Gempa di Yunnan, seorang maut
BEIJING10 Julai - Satu gempa bumi sederhana menggegarkan bahagian barat dayaChina semalam, menyebabkan seorang terbunuh, sekurang-kurangnya 324lagi cedera dan kira-kira 18,000 rumah musnah.

Krisis Honduras gagal
SANJOSE, Costa Rica 10 Julai - Harapan mencapai penyelesaian segera dalamkrisis politik di Honduras semakin malap apabila kedua-dua pihak,enggan bersemuka di Costa Rica dan tiada sebarang tanda mereka akanberganjak daripada pendirian masing- masing.

Paris Hilton disaman RM28.7 juta
MIAMI 10 Julai - Paris Hilton (gambar) membenci filem Pledge This! yangdibintanginya pada 2006 dan enggan hadir dalam promosi tayangan,walaupun kontrak yang dipersetujui memerlukan beliau berbuat demikian.


Istana indah Bill Gates
BILL Gates nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seantero duniamengetahui mengenai kekayaan pengasas Microsoft ini, namun tidak ramaimengetahui bagaimana beliau menjalani kehidupan sehariannya.

Pelancong Perancis paling teruk
PARIS 10 Julai - Kedekut, kasar dan gagal berbahasa asing meletakkanorang Perancis sebagai pelancong paling teruk di dunia, menurut satukajian ke atas industri hotel global yang dikeluarkan pada Khamislepas.








Seorang maut disondol lembu
PAMPLONA: Seorang lelaki maut ditanduk lembu ketika festival larian bersama lembujantan, semalam, satu acara yang paling popular di Sepanyol.

Megawati tidak mengaku kalah
JAKARTA: Jentera kempen pemimpin pembangkang Indonesia, Megawati Sukarnoputrisemalam enggan mengaku kalah dalam pilihan raya presiden kepadapenyandang jawatan yang juga pemimpin Parti Demokratik, Susilo BambangYudhoyono.

Penduduk elak cium kerana H1N1
BUENOS AIRES: Kebimbangan wabak selesema babi memaksa rakyat Argentinadaripada menghentikan amalan berkongsi minuman biasanya bersama rakanmereka dan kini diminta untuk berjauhan sesama mereka.

Mayat dibuang, kubur dijual semula
CHICAGO: Perompak dilaporkan menggali sekurang-kurangnya 300 kubur bersejarah diluar Chicago dengan membuang mayat di dalamnya sebelum menjual semulakubur terbabit untuk mendapatkan keuntungan.

Polis siasat ubat Michael Jackson
LOS ANGELES: Polis belum menolak kemungkinan pembunuhan sebagai faktorkematian Raja Pop, Michael Jackson, dengan penyiasat mengemukakansepina bagi mendapatkan rekod perubatan penyanyi itu daripadasekurang-kurangnya lima doktor peribadinya.

J-Lo punca kerjaya filem gagal: Affleck
LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Ben Affleck menyifatkan hubungan beliaudengan bekas teman wanitanya yang juga penyanyi dan aktres JenniferLopez sebagai punca kerjayanya dalam filem tidak mencapai kejayaan yangdiimpikannya.

Penggodam guna alamat 16 negara
SEOUL: Serangan siber yang melembapkan operasi laman web di Amerika Syarikatdan Korea Selatan menggunakan 86 alamat IP (Internet Protocol) di 16negara ketika agensi risikan Korea Selatan mengesyaki Korea Utaradalang kejadian itu.

Muslim Singapura ada identiti progresif
SINGAPURA: Penduduk Islam di republik ini berjaya membangunkan identiti MuslimSingapura yang mencerminkan masyarakat Islam yang progresif, yakin danjuga selesa dalam menyumbang kepada kejayaan Singapura sebagai sebuahmasyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

China sekat solat Jumaat di Urumqi
URUMQI: Masjid di bandar ini yang dilanda rusuhan diarahkan ditutup untuk solatJumaat akibat keganasan etnik yang mengorbankan sekurang-kurangnya 156orang, kata seorang pegawai sementara pihak berkuasa di sebuah bandarlain di barat China di Xinjiang, menghalau warga asing.