Friday, July 3, 2009

GLOBAL : JUMAAT 03 JULAI 2009

Lancar lagi peluru berpandu
SEOUL 2 Julai - Korea Utara hari ini menguji dua peluru berpandu jarakdekat yang menjadikan keadaan di rantau itu semakin tegang, selepasujian nuklear oleh Pyongyang dan ancamannya untuk meningkatkanpersenjataan nuklear sebagai tindak balas terhadap sekatan PertubuhanBangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Pengaruh Suharto masih segar
JAKARTA 2 Julai - Bekas-bekas jeneral yang mempunyai latar belakangkontroversi dan ingin merebut kuasa pada pilihan raya Presiden(Pilpres) minggu depan membuktikan pengaruh bekas Presiden Suhartomasih membayangi demokrasi di Indonesia.

Jualan 3 album Jackson meletup
LOS ANGELES 2 Julai - Jualan bagi tiga daripada album lagu MichaelJackson iaitu Number Ones, Essential Michael Jackson dan Thriller telah'meletup' di pasaran, kata firma Nielsen SoundScan.

Waspada virus komputer Michael Jackson
SINGAPURA 2 Julai – Firma keselamatan komputer, Sophos hari inimengeluarkan amaran mengenai sejenis virus Internet yang disebarkanmenerusi satu e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan fotorahsia Michael Jackson.

Jacko serah anak kepada ibu
LOSANGELES 2 Julai – Rancangan untuk menyemadikan mayat Michael Jackson diladang mewahnya di Neverland, semakin banyak diperkatakan, seterusnyamenyebabkan maklumat mengenai pengebumiannya masih belum jelas ketikasatu lagi persoalan terjawab bahawa: Wasiat bintang pop itu menamakanibunya sebagai penjaga kepada anak- anaknya dan Diana Ross sebagaipenama kedua.

Indonesia berjaya lancar roket
JAKARTA2 Julai – Pelancaran roket ke ruang angkasa dalam usaha menghantarsatelit ke orbit menjelang tahun 2014 dari tapak pelancaran di negaraini hari ini berjalan lancar.


AS gempur Taliban
CAMPDWYER Afghanistan 2 Julai - Beribu-ribu tentera marin Amerika Syarikat(AS) telah dikerahkan melalui darat dan udara untuk menggempur kawasanyang dikuasai Taliban di Afghanistan, yang merupakan satu ujianberisiko tinggi Presiden Barack Obama dalam rancangan perang baru yangdiperkenalkan oleh Presiden AS itu di Afghanistan.

California isytihar darurat fiskal
SANFRANCISCO 2 Julai – Gabenor California, Arnold Schwarzenegger secararasmi mengumumkan darurat fiskal di negeri terbesar Amerika Syarikat(AS) itu semalam dan meminta penggubal undang-undang menghadiri satusesi khas bagi meneliti defisit bajet yang dijangka mencecah AS$24bilion (RM84 bilion) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Hero The Streets of San Francisco meninggal
LOSANGELES 2 Julai – Pemenang anugerah Oscar, aktor Karl Malden (gambar)yang menempa nama melalui watak utamanya dalam siri televisyen TheStreets of San Francisco, meninggal dunia semalam pada usia 97 tahun.





Jackson dikebumi cara Islam
LOSANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, MichaelJackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itumengikut cara Islam.

Harta Jackson RM1.76b dalam tabung amanah
LOSANGELES: Penghibur terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson,meletakkan hartanahnya yang bernilai berjuta-juta dolar dalam tabungamanah untuk anak dan ibunya, menurut satu dokumen wasiat yangdifailkan di mahkamah, kelmarin.

Al-Qaeda sasar Perancis kerana burqa
PARIS: Pergerakan al-Qaeda kelmarin mengancam membalas dendam ke atas Perancisberhubung pendirian negara itu mengenai pemakaian burqa dan menggesaumat Islam turut mengambil tindakan sama.

Mangsa nahas selamat pulang
MORONI: Mangsa tunggal terselamat dalam nahas pesawat Yaman yang terhempasberhampiran Kepulauan Comoros di Lautan Hindi, dipertemu dengan bapanyadi Perancis, awal semalam.

Israel terus kerja bina penempatan
BAITULMAQDIS: Israel akan terus membina penempatan Yahudi di wilayah Palestin yangdirampas seperti dituntut Amerika Syarikat, kata pegawai kanannya,semalam.

Australia bongkar penipuan kad kredit
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia membongkar penipuan kad kredit antarabangsabernilai A$6 juta (RM16.93 juta) yang menggunakan maklumat peribadidicuri daripada pemilik sejauh Britain, Malaysia dan Sepanyol.

Britain catat rekod jenayah paling teruk
LONDON: Britain mencatatkan rekod jenayah ganas paling teruk berbanding negaralain dalam Kesatuan Eropah (EU), menurut satu laporan baru.

Jolie, Aniston raih gaji tertinggi
NEWYORK: Pelakon terkenal, Angelina Jolie menjadi selebriti berpendapatanpaling tinggi di Hollywood dengan mengaut AS$27 (RM97 juta) juta tahunlalu, mengatasi Jennifer Aniston, bekas isteri pasangan beliau BradPitt yang memperoleh AS$25 juta (RM90 juta), lapor Forbes.com, semalam.

Deraf sijil halal cetus perdebatan
JAKARTA: Deraf undang-undang yang mewajibkan semua produk mendapatkan sijilhalal sebelum dipasarkan di Indonesia mengundang perbahasan hangat danmenjadikan kerajaan cenderung bagi menentang keputusan badan tertinggiIslam negara itu.

AS gempur kubu Taliban
KABUL: Beribu-ribu tentera Marin Amerika Syarikat disertai beratus-ratustentera tempatan mara ke kampung yang dikuasai Taliban di selatanAfghanistan dengan kereta kebal dan helikopter semalam dalam operasibesar-besaran pertama menerusi strategi Presiden Barack Obama untukmenstabilkan negara itu