Thursday, May 21, 2009

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi


YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemu pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliau semalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaan dikendalikan.

Selain diplomat terbabit, junta turut membenarkan beberapa media asing dan tempatan untuk membuat liputan perbicaraan ikon demokrasi berkenaan.

Suu Kyi yang ditahan tanpa perbicaraan selama lebih 13 tahun sejak 19 tahun lalu didakwa melanggar perintah tahanan kediaman dengan membenarkan seorang pelawat rakyat Amerika Syarikat tinggal di rumahnya tanpa kebenaran. Beliau boleh dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan. - AFP

No comments:

Post a Comment