Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidak normal malah lumpuh, kata doktor.
Pengambilan minuman itu secara kerap boleh menyebabkan keadaan yang digelar 'hypokalaemia' iaitu penurunan paras potasium dalam darah membawa kepada lemah badan dan sembelit hingga lumpuh.
Penyelidik berkata, doktor keluarga perlu melihat masalah otot pada pesakit yang meminum banyak minuman ringan, selepas mendapati pesakit yang minum antara dua dan 10 liter sehari menunjukkan keadaan itu.
Penyelidik Universiti Ioannina memperincikan keadaan itu dalam International Journal of Clinical Practice . "Kita mengambil lebih banyak minuman ringan berbanding sebelum ini dan beberapa isu kesihatan sudah dikenal pasti termasuk masalah gigi, kerapuhan tulang dan perkembangan sindrom metabolik dan diabeters.
"Bukti semakin banyak menunjukkan pengambilan keterlaluan minuman ringan juga membawa kepada masalah hypokalaemia," kata Dr Moses Elisaf, yang mengetuai penyelidikan itu.
Semua pesakit sembuh sepenuhnya pada kadar segera selepas berhenti minum minuman ringan dan mengambil makanan tambahan potasium. - Agensi
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment