Thursday, May 7, 2009

GLOBAL : KHAMIS 07 MEI 2009

Image

Brunei tahan 200 askar UK
BANDAR SERI BEGAWAN 6 Mei - Kira-kira 200 askar Britain ditahan seharisemalam di Brunei setibanya dari Britain, ekoran kebimbangan merekadijangkiti virus selesema babi.

Wanita Texas korban pertama selesema babi di AS
WASHINGTON6 Mei - Seorang wanita yang menetap di Texas menjadi rakyat AmerikaSyarikat (AS) pertama yang maut akibat selesema babi.

Mexico beroperasi semula
MEXICOCITY 6 Mei - Pejabat dan restoran di seluruh Mexico telah dibuka semulahari ini selepas seminggu penghentian semua aktiviti umum yangdisifatkan pegawai sebagai berjaya membendung wabak influenza A(H1N1)atau selesema babi.

Pegawai polis digantung tugas
JAKARTA6 Mei - Seorang pegawai kanan polis Indonesia digantung tugas hari ini,selepas beliau ditangkap berhubung pembunuhan seorang eksekutifsyarikat dalam kes yang turut melibatkan ketua Komisi PembanterasanKorupsi (KPK), Antasari Azhar.

Protes bersambung lagi di Bangkok
BANGKOK6 Mei - Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di depanpejabat Perdana Menteri Thailand hari ini dalam demonstrasi pertamasejak perarakan mereka dicemari keganasan dan dihentikan oleh pihaktentera bulan lalu.

China tolak kritikan AS
BEIJING6 Mei - Pegawai-pegawai ketenteraan China menolak kritikan Washingtonbahawa kebangkitan kuasa ketenteraan republik komunis itu tertumpu padausaha bagi menyaingi Amerika Syarikat (AS).

Image

Wanita Ohio jalani pembedahan pemindahan wajah
WASHINGTON6 Mei - Seorang wanita Ohio yang menjadi wanita pertama AmerikaSyarikat (AS) menjalani pembedahan pemindahan muka, semalam mendedahkanhasil pembedahan tersebut yang berjaya memulihkan ciri-ciri pentingpada wajahnya, selepas cedera teruk akibat ditembak suaminya lima tahunlalu.

Image

Lelaki British menang jawatan terbaik
PULAUHAMILTON, Australia 6 Mei - Ketua-ketua pelancongan Australia hari inimemilih seorang pekerja badan amal dari Britain untuk mengisi jawatan'pekerjaan terbaik dunia', yang bertanggungjawab menjaga sebuah pulautropika setelah pencarian dilakukan di seluruh dunia.

Seludup burung dalam seluar
LOSANGELES 6 Mei- Seorang lelaki didakwa di mahkamah Los Angeles hari iniatas tuduhan cuba menyeludup masuk burung eksotik ke Amerika Syarikat(AS) dengan mengikat lebih sedozen ekor pada kedua-dua kakinya.

Hutan Amazon banjir, 19 terbunuh
SAOPAULO 6 Mei - Sekurang-kurangnya 19 orang maut, manakala lebih 186,000penduduk hilang tempat tinggal dan hubungan dengan sebuah lombong bijihbesi di hutan Amazon terputus akibat banjir dan tanah runtuh berikutanhujan lebat selama berbulan-bulan di utara Brazil.

PBB tuduh Israel berbohong
NEWYORK 6 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israelmenyebarkan kenyataan palsu mengenai serangannya ke atas sekolahkendalian badan dunia itu dan kemudahan lain di Genting Gaza semasamenyerang wilayah Palestin itu awal tahun ini.

Akibat lupa nama
SEOUL6 Mei – Seorang lelaki yang tidak dapat mengeluarkan wang simpanannyakerana dia sudah lupa nama sebenarnya, meninggal dunia dalamkemiskinan.

Nuffnang Ads


Virus H1N1 menular di Eropah
GENEVA:Virus influenza A (H1N1) terus tersebar di Eropah apabila makmalPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih banyak jangkitandi Britain, Sepanyol, Itali dan Jerman, kata agensi PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, semalam.

Lapan suspek kes bunuh pengantin
BILGE:Sebuah mahkamah mendakwa lapan suspek pembunuhan 44 orang dalamserangan ke atas majlis perkahwinan di kawasan majoriti etnik Kurdis ditenggara Turki, kata pegawai.

Macam-Macam: Lantai panas disangka gangguan hantu
ROME:Satu keluarga takut rumah yang mereka duduki mungkin berhantu selepaslantai kediaman itu menjadi terlalu panas secara misteri sehingga'mendidih.'

Penduduk lari dari Lembah Swat
PESHAWAR:Lebih 40,000 penduduk Pakistan lari daripada kawasan pertempuran sengitdi Lembah Swat, kata pegawai, semalam, ketika kebimbangan semakinmeningkat perjanjian damai akan musnah jika militan Taliban dan askarkerajaan berperang.

Serangan AS ragut 30 lagi nyawa
KABUL:Serangan udara terbaru Amerika Syarikat terhadap sasaran Taliban di duakampung sebelah barat Afghanistan, sekali lagi membawa tragedi apabila30 penduduk awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, katapegawai Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.

Penyokong Thaksin sambung protes
BANGKOK:Beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar pejabatPerdana Menteri Thailand, semalam dalam demonstrasi pertama sejakperhimpunan bulan lalu bertukar ganas dan terpaksa dihentikan tentera.

Berlusconi nafi jalin hubungan dengan remaja
ROME:Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, menyifatkan dakwaan isterinyadan media negara itu sebagai 'satu penipuan' bahawa beliau menjalinhubungan dengan gadis berusia 18 tahun dan menuntut isterinya mengakusalah jika mahu menyelamatkan rumah tangga mereka