Monday, May 25, 2009

GLOBAL : ISNIN 25 MEI 2009


LTTE sembunyi di kem pelarian
COLOMBO 24 Mei - Sri Lanka tidak membenarkan pekerja bantuan daripadaPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki kem-kem pelarian untukmembantu penduduk awam yang ditempatkan di situ, sehinggalahpemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang bersembunyi dikalangan pelarian itu ditangkap.


Isytihar gandingan di pusat pelupusan sampah
MegawatiSoekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subianto semalam mengadakan upacarabagi mengisytiharkan persetujuan mereka untuk berganding pada pilihanraya Presiden Indonesia Julai ini.

Sidang Hanoi bincang ekonomi
HANOI 24 Mei - Menteri-Menteri Luar dari Asia dan Eropah bersidang diVietnam esok untuk membincangkan krisis ekonomi dunia, tetapiperbicaraan kes pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi jugadijangka menarik perhatian mereka.


Penduduk Mongolia mengundi
ULANBATOR 24 Mei - Pusat-pusat pengundian dibuka di seluruh Mongolia hariini bagi membolehkan negara itu memilih Presiden baru, kurang setahunselepas dakwaan berlaku manipulasi undi pada pilihan raya Presiden yanglalu, sehingga mencetuskan rusuhan maut.

11 penonton terbunuh, 30 cedera dalam rempuhan
RABAT24 Mei - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalamkejadian rempuhan penonton di festival muzik antarabangsa di Maghribi,semalam.

Virus H1N1:Bayi 21 bulan dijangkiti
BEIJING24 Mei - Seorang bayi berusia 21 bulan disahkan sebagai kes selesemababi kelapan di China hari ini, sementara satu lagi kes disyakijangkitan virus A (H1N1) dilaporkan di timur negara ini.

18 askar AS dijangkiti selesema babi
KUWAIT24 Mei - Sebanyak 18 askar Amerika Syarikat (AS) yang dijangkitiselesema babi semasa ketibaan mereka di pangkalan tentera udara disini, disahkan pulih sepenuhnya dan telah meninggalkan pangkalantersebut.


Penghormatan terakhir
GIMHAE,Korea Selatan 24 Mei - Beribu-ribu rakyat negara ini memberikanpenghormatan terakhir kepada mendiang bekas Presiden Roh Moo-Hyun, yangmembunuh diri semalam selepas terjun dari lereng gunung di belakangkediamannya dekat kawasan selatan pedalaman.


Istana Buckingham sekali lagi diceroboh
LONDON24 Mei - Seorang pemandu diraja membenarkan dua wartawan yang menyamarmasuk ke Istana Buckingham setelah disogok dengan wang tunai dan salahseorang daripada wartawan berkenaan dibenarkan duduk di dalam keretaBentley milik Ratu Elizabeth II.


Hubungan pengangkutan di utara Australia masih terputus
SYDNEY24 Mei - Beribu-ribu penduduk di utara Australia masih terputushubungan walaupun keadaan banjir semakin pulih berikutan hujan lebatyang turun selama beberapa hari lalu.

Hizbullah bidas majalah Jerman
BEIRUT24 Mei – Pergerakan Hizbullah di Lebanon hari ini membidas sebuahmajalah Jerman berikutan laporannya yang mendakwa sebuah suruhanjayasiasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya Hizbullahmenjadi dalang di sebalik pembunuhan bekas Perdana Menteri, RafiqHariri pada 2005.

Nahas pesawat, 14 maut
SAOPAULO 24 Mei - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh termasuk empatkanak-kanak dalam nahas melibatkan pesawat peribadi di utara Brazil dinegeri Bahia.

Perisik asing tangkap pengganas
WASHINGTON24 Mei - Perkhidmatan perisikan asing yang bertindak bagi pihak AmerikaSyarikat (AS) kini menangkap, menyoal siasat dan menahan kebanyakansuspek pengganas yang ditemui di luar medan pertempuran di Iraq danAfghanistan.

Obama ngaku fikir masalah Gitmo
WASHINGTON24 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakui bahawabeliau sedang memikirkan langkah yang perlu diambil terhadap tahananTeluk Guantanamo yang dianggap terlalu berbahaya untuk dibebaskan danmenjadi salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh AS.


Cannes pertembungan pengarah terkenal
CANNES,Perancis 24 Mei - Debaran menanti keputusan, siapakah pengarah filemyang bakal memenangi anugerah tertinggi Palme d'Or pada Festival FilemCannes ke-62 di sini, hanya akan diketahui malam ini.





Askar Pakistan gempur Taliban di Mingora
ISLAMABAD:Tentera Pakistan berjaya menawan beberapa kawasan utama di Lembah Swatyang dikawal Taliban ketika berusaha merampas ibu kota wilayah di baratlaut Pakistan itu, kata pegawai semalam.

Kerajaan AS kehabisan wang: Obama
WASHINGTON: Perbelanjaan besar-besaran untuk menyelamatkan sistem kewanganmenyebabkan kerajaan Amerika Syarikat kehabisan wang dan menanggunghutang besar, kata Presiden Barack Obama, semalam.

Macam-macam: Lelaki tertembak kemaluan sendiri
SAARBRUECKEN:Seorang lelaki Jerman yang baru menyertai kumpulan jenayah tertembakkemaluan sendiri apabila terlupa memasang fungsi keselamatan padapistol yang dimasukkannya dalam poket seluar.

Peguam sedia pertahan Suu Kyi
YANGON: Peguam bela pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bersediauntuk memulakan hujah mempertahankan tokoh itu minggu ini selepaspemenang hadiah Nobel Keamanan itu mengaku tidak bersalah pada sesiperbicaraan sebelum ini.

Sri Lanka beri syarat PBB masuk kawasan LTTE
COLOMBO:Sri Lanka semalam berkata hanya akan membenarkan pekerja bantuan PBBmenemui penduduk awam yang berada di kem selepas semua pemisah yangbersembunyi di kalangan pelarian terbabit dibawa keluar.

Hizbullah nafi terbabit pembunuhan Hariri
BEIRUT: Pergerakan Hizbullah menafikan laporan majalah Jerman yang mengaitkania terbabit dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, RafikHariri, pada 2005.

Brooke Shields panik ada sel kanser kulit
LOSANGELES: Aktres terkenal Amerika Syarikat, Brooke Shields, memilikiraut wajah terkenal dan menawan. Namun bertahun terdedah kepada cahayamatahari memberi kesan buruk kepada Shields apabila menerimaperkhabaran kurang baik daripada doktornya baru-baru ini.

Lelaki berotot kurang risiko hidap barah
STOCKHOLMLelaki yang berotot hasil kekerapan berlatih mengangkat beratmengurangkan risiko untuk mati akibat barah sehingga 40 peratusberbanding lelaki yang tidak berbuat demikian, menurut satupenyelidikan baru.

Pemandu ratu langgar peraturan
LONDON:Seorang pemandu diraja membawa dua wartawan yang menyamar, memasukiIstana Buckhingham selepas disogok wang serta membenarkan merekamenaiki kereta Bentley milik Ratu Elizabeth II

Pemandu ratu langgar peraturan

Pemandu ratu langgar peraturan


FOTO menunjukkan pemandu diraja, Brian Sirjusingh, yang membawa masuk wartawan ke dalam Istana Buckhingham.

LONDON: Seorang pemandu diraja membawa dua wartawan yang menyamar, memasuki Istana Buckhingham selepas disogok wang serta membenarkan mereka menaiki kereta Bentley milik Ratu Elizabeth II.

Tabloid News of The World melaporkan, kejadian itu berlaku selepas dua wartawan mereka yang menyamar sebagai ahli perniagaan kaya Arab membayar pemandu terbabit £1,000 (RM5,555).

Mereka memasuki istana itu tanpa diperiksa pegawai polis di pondok keselamatan.

Seorang jurucakap Istana Buckingham berkata: “Sebarang perkara keselamatan dilihat serius dan kami akan menyiasat dakwaan itu.”

Polis Metropolitan London juga berkata, mereka bimbang mengenai laporan terbabit.

“Kami mengambil berat mengenai isu dibangkitkan laporan ini dan menghubungi pihak berkuasa istana mengenai aturan kakitangan keselamatan,” kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.

Ratu Elizabeth berada di Istana Buckingham ketika kejadian itu dilaporkan berlaku Jumaat lalu.

Selain kereta Bentley, yang digunakan bagi acara rasmi negara, pemandu terbabit, Brian Sirjusingh, turut menunjukkan kepada pemberita berkenaan kenderaan peribadi milik Ratu, sebuah Daimler 2005 V8.

Mereka turut dibawa melihat kereta Bentley milik Puteri Anne.

Kejadian berkenaan bukan pertama kali membabitkan hal keselamatan di Istana Buckingham dan istana diraja lain. - AFP


Istana Buckingham sekali lagi diceroboh


gambar fail merakamkan kereta jenazah sedang membawa keranda Ratu Elizabeth, bonda kepada Ratu Elizabeth II sedang melintas di hadapan Istana Buckingham ketika upacara pemakaman baginda di Westminster Abbey pada 9 April 2002. - AFP


LONDON 24 Mei - Seorang pemandu diraja membenarkan dua wartawan yang menyamar masuk ke Istana Buckingham setelah disogok dengan wang tunai dan salah seorang daripada wartawan berkenaan dibenarkan duduk di dalam kereta Bentley milik Ratu Elizabeth II.

Bagaimanapun, pemandu tersebut dilaporkan telah digantung kerja hari ini akibat tindakannya itu.

Akhbar tabloid The News of the World hari ini melaporkan, sistem keselamatan di istana itu diceroboh pada Jumaat lalu, selepas dua wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai ahli perniagaan kaya dari Asia Barat membayar sebanyak 1,000 pound Sterling (RM5,556) kepada pemandu tersebut.

Menurut laporan akhbar itu, dua wartawannya memasuki istana tersebut tanpa diperiksa walaupun mereka berjalan di hadapan pondok keselamatan yang menempatkan seorang pegawai polis lengkap berpakaian uniform.

Jurucakap Istana Buckingham berkata:''Setiap perkara melibatkan keselamatan akan dipandang serius dan kami akan memeriksa dakwaan ini.''

Polis Metropolitan London memaklumkan bahawa mereka juga bimbang dengan laporan tersebut.

''Kami sudah tentu risau tentang isu ini yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami juga berhubung dengan pegawai istana bagi mengetahui tentang pengurusan keselamatan kakitangan mereka,'' lapor Scotland Yard.

Menurut laporan akhbar tersebut, kejadian itu berlaku ketika Ratu Elizabeth II berada dalam istana.

Jelas laporan itu, selain Bentley yang sering digunakan untuk upacara rasmi negara, pemandu itu turut menunjukkan kereta peribadi Ratu, V8 Daimler 2005.

Dua wartawan itu turut melihat kereta Bentley hijau milik Puteri Anne.

Insiden itu bukanlah yang pertama berlaku di Istana Buckingham dan istana-istana lain yang menyaksikan sistem keselamatan yang longgar.

Pada 2003, seorang wartawan daripada akhbar harian Daily Mirror mendapat kerja sebagai budak pengiring di Istana Buckingham selepas menggunakan dokumen pengenalan palsu. - AFP

Penghormatan terakhir Roh Moo-hyun Bekas Presiden Korea Selatan

Penghormatan terakhir



seorang wanita Korea Selatan memegang potret woman Roh Moo-hyun di kuil Jogye Seoul, semalam. - AP


GIMHAE, Korea Selatan 24 Mei - Beribu-ribu rakyat negara ini memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang bekas Presiden Roh Moo-Hyun, yang membunuh diri semalam selepas terjun dari lereng gunung di belakang kediamannya dekat kawasan selatan pedalaman.

Mayat pemimpin itu ditempatkan sementara di kampung halamannya dekat Gimhae, sehari selepas beliau yang dikenali sebagai 'Mr. Clean' terjun dari lereng gunung dengan meninggalkan sekeping nota di atas komputernya.

Beribu-ribu rakyat yang kebanyakannya menangis, membanjiri altar di kampung halamannya. Mereka turut membawa bunga dan membakar setanggi.

Segelintir daripada mereka pengsan apabila mendekati kerandanya, ketika sami-sami Buddha membaca doa.

''Hidup dan mati adalah sebahagian daripada proses semula jadi. Jangan salahkannya, ia adalah satu ketentuan,'' menurut nota yang ditinggalkan Moo-Hyun.

Rakyat yang berkabung turut memenuhi jalan-jalan di sekeliling altar yang dibina sementara di luar Istana Deoksu di Seoul yang dikawal ketat, ketika negara itu sedang cuba menerima insiden tersebut, yang pertama seumpamanya dalam sejarah moden Korea.

Kerajaan dan keluarga bekas Presiden itu masih belum memberitahu bila upacara pengkebumian akan diadakan.

Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Perdana Menteri Jepun Taro Aso, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Moo-Hyun dan rakyat Korea Selatan.

Sesetengah individu yang berpandangan kritis terhadap beliau menyifatkan, Moo-Hyun perlu terus hidup dan berdepan keadilan sebagai bekas Presiden ketiga Korea Selatan yang dituduh atas dakwaan rasuah selepas meninggalkan pemerintahan.

Sementara itu, polis masih belum mengesahkan insiden itu sebagai membunuh diri.

Moo-hyun, 62, yang juga bekas peguam hak asasi kemanusiaan berkhidmat sebagai Presiden dari 2003 hingga 2008.

Beliau dan keluarganya, bagaimanapun baru-baru ini telah terjerat dalam satu skandal rasuah yang meluas. - AFP

Isytihar gandingan di pusat pelupusan sampah

Isytihar gandingan di pusat pelupusan sampah


MEGAWATI dan Prabowo bersalaman sempena pengisytiharan gandingan mereka di tapak pembuangan sampah Bantar Gebang, Jakarta, semalam. - AFP


Megawati Soekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subianto semalam mengadakan upacara bagi mengisytiharkan persetujuan mereka untuk berganding pada pilihan raya Presiden Indonesia Julai ini.

Kedua-dua pemimpin itu memilih tapak pembuangan sampah seluas 1.5 hektar di Bantar Gebang, Jakarta untuk mengadakan upacara itu. Majlis itu turut dihadiri kira-kira 50,000 penyokong mereka yang memakai baju merah.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah mengumumkan akan mengadakan upacara itu di tapak pelupusan sampah tersebut sejajar dengan janji mereka untuk melaksanakan dasar ekonomi rakyat, jika mereka terpilih untuk memerintah Indonesia.

Megawati yang merupakan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, manakala Prabowo, Ketua Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya masing-masing berganding untuk bertanding jawatan Presiden dan Naib Presiden Indonesia.

Peguam sedia pertahan Suu Kyi

Peguam sedia pertahan Suu Kyi


ANGGOTA Rangkaian Demokratik Burma (BDN) melakukan bantahan di depan kedutaan China di Bangkok bagi meminta pembebasan Suu Kyi, semalam.

Kes perbicaraan tokoh demokrasi Myanmar dijangka bermula minggu ini

YANGON: Peguam bela pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bersedia untuk memulakan hujah mempertahankan tokoh itu minggu ini selepas pemenang hadiah Nobel Keamanan itu mengaku tidak bersalah pada sesi perbicaraan sebelum ini.

Prosiding tribunal penjara memasuki minggu kedua hari ini untuk mendengar dakwaan membabitkan ikon demokrasi itu yang dituduh melanggar perintah tahanan kediaman selepas seorang rakyat Amerika Syarikat berenang merentasi tasik berhampiran rumah beliau dan bermalam dua hari.

Nyan Win, jurucakap Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) dan juga anggota pasukan perundangan beliau berkata, pendakwa dijangka memanggil saksi terakhir minggu depan. "Kami jangka kes pembelaan akan bermula minggu ini," kata Nyan Win.

"Pada masa ini, kami menyiapkan senarai saksi dan bersedia untuk apa yang diperlukan esok (Isnin)," katanya.

Beliau berkata, perbicaraan akan mengambil masa dua minggu sebelum keputusan dibuat. Perbicaraan dijalankan di penjara Insein, tempat Suu Kyi ditahan.

"Kami akan menang berdasarkan kepada undang-undang. Sama ada beliau dibebaskan atau tidak adalah perkara lain," kata Nyan Win.

Tempoh terbaru enam tahun tahanan kediaman Suu Kyi, 63, akan tamat Rabu ini dan rejim tentera belum memutuskan sama ada akan meneruskannya.

Beliau sehingga kini sudah menghabiskan kebanyakan masanya dalam tahanan kediaman sejak 19 tahun lalu dan pengkritik berkata, dakwaan terhadap beliau yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun adalah cubaan junta untuk menghalang beliau bertanding pilihan raya tahun depan.

"Saya tidak nampak bahawa pihak berkuasa akan melanjutkan tahanan (di kediaman beliau) sekali lagi. Mereka tidak boleh mene-ruskannya mengikut undang-undang," katanya sambil menambah bahawa di bawah undang-undang keselamatan Myanmar, seseorang hanya boleh ditahan selama lima tahun di kediaman.

Sementara itu, isu demokrasi di Myanmar, terutamanya perbicaraan Suu Kyi menarik perhatian ramai anggota mesyuarat Menteri Luar Asia-Eropah (Asem) ke sembilan di Hanoi, hari ini.

Isu Myanmar tidak termasuk di dalam agenda rasmi mesyuarat tetapi pegawai-pegawai kanan berkata bahawa sebahagian negara anggota dari Eropah akan membangkitkan perkara itu semasa sesi perkembangan rantau dan antarabangsa. � Agensi

Sri Lanka beri syarat PBB masuk kawasan LTTE

Sri Lanka beri syarat PBB masuk kawasan LTTE


COLOMBO: Sri Lanka semalam berkata hanya akan membenarkan pekerja bantuan PBB menemui penduduk awam yang berada di kem selepas semua pemisah yang bersembunyi di kalangan pelarian terbabit dibawa keluar.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam lawatan ke sebuah kem yang menempatkan 200,000 penduduk Tamil meminta kakitangannya dibenarkan untuk mencari mereka yang hilang tempat tinggal berikutan perang sejak berdekad itu yang berakhir seminggu lalu.

Ban yang melawat kemudahan Menik Farm kelmarin menyifatkan keadaan di sana sebagai terlalu sesak dan penduduk awam amat memerlukan makanan, air dan kemudahan asas.

Kerajaan sebaliknya hanya memberi maklum balas bahawa rayuan untuk membenarkan kemasukan agensi bantuan itu boleh dipertimbangkan sebaik saja keadaan semakin pulih.

Kenyataan Presiden Mahinda Rajapakse memberi amaran kemungkinan wujud kehadiran pemisah Harimau Tamil di kalangan pelarian terbabit yang memasuki kawasan kerajaan.

Kerajaan menyifatkan kem terbabit sebagai perkampungan kebajikan dan berkata, mereka akan menempatkan semula penduduk awam secepat mungkin tetapi aktivis Tamil berkata kem terbabit seperti menempatkan banduan yang dikelilingi kawat berduri. – AFP




LTTE sembunyi di kem pelarian



Pelarian Tamil di kem pelarian yang dipasang pagar duri melihat Ban Ki-moon yang sedang melawat kem berkenaan di Ladang Manik di pinggir bandar Vavuniya, utara Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS


COLOMBO 24 Mei - Sri Lanka tidak membenarkan pekerja bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki kem-kem pelarian untuk membantu penduduk awam yang ditempatkan di situ, sehinggalah pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang bersembunyi di kalangan pelarian itu ditangkap.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika mengunjungi sebuah kem yang menempatkan 200,000 penduduk awam Tamil telah menggesa agar kakitangan PBB dibenarkan memasuki kem pelarian.

Ki-moon yang melawat kem Menik Farm semalam menggambarkan keadaan sebagai sesak dan penduduk awam 'amat memerlukan makanan, air dan kemudahan kebersihan.'

Kerajaan Sri Lanka ketika menjawab permintaan Ki-moon itu supaya agensi bantuan PBB dibenarkan memasuki kem pelarian berkata: "Tidak ada halangan bagi agensi bantuan berkenaan (memasuki kem pelarian) apabila keadaan bertambah baik, terutamanya berhubung situasi keselamatan."

Presiden Mahinda Rajapakse dalam kenyataannya memberi amaran mengenai "kemungkinan pemberontak Harimau Tamil menyusup masuk dan bersembunyi di kalangan sejumlah besar penduduk awam yang datang ke kawasan perlindungan yang disediakan oleh kerajaan."

Kerajaan menggambarkan kem itu sebagai 'kampung kebajikan' dan merancang untuk menempatkan semula penduduk awam terlibat secepat mungkin.

Namun, aktivis Tamil menyifatkannya sebagai 'kem tahanan' yang dikelilingi dawai berduri.

Rajapakse memberitahu Ki-moon, beliau akan cuba menyelesaikan isu-isu etnik yang menjadi punca peperangan yang telah membunuh 80,000 hingga 100,000 penduduk di negara ini. - AFP

Sah babi punca H1N1

Virus H1N1:Bayi 21 bulan dijangkiti
BEIJING24 Mei - Seorang bayi berusia 21 bulan disahkan sebagai kes selesemababi kelapan di China hari ini, sementara satu lagi kes disyakijangkitan virus A (H1N1) dilaporkan di timur negara ini.

18 askar AS dijangkiti selesema babi
KUWAIT24 Mei - Sebanyak 18 askar Amerika Syarikat (AS) yang dijangkitiselesema babi semasa ketibaan mereka di pangkalan tentera udara disini, disahkan pulih sepenuhnya dan telah meninggalkan pangkalantersebut.

----------------------------------------------------------------------------------

Sah babi punca H1N1
WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AmerikaSyarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkanwabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahunlepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.

----------------------------------------------------------------------------------

134 lagi H1N1
GENEVA 22 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari melaporkanbahawa bilangan kes jangkitan influenza A (H1N1) atau selesema babi didunia kini meningkat sebanyak 134 menjadikan angka keseluruhan kepada11,168 kes termasuk 86 korban.

----------------------------------------------------------------------------------

WHO: Kes H1N1 terus meningkat
TOKYO21 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kesjangkitan influenza A (virus H1N1) di seluruh dunia kini telahmeningkat kepada 11,034 dengan 85 kematian.

11,034 angka terbaru, 85 maut
GENEVA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes Influenza A diseluruh dunia kini sudah meningkat kepada 11,034 dan 85 kematian,dengan kes terbaru disahkan di Jepun, China, Taiwan dan Australia.

Influenza A boleh ancam jemaah haji
HELSINKI:Pakar selesema melahirkan kebimbangan, perhimpunan lebih dua juta umatIslam untuk mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Makkah enam bulandaripada sekarang, mungkin diancam Influenza A dan boleh mengakibatkankrisis kesihatan dahsyat kepada jemaah.

----------------------------------------------------------------------------------

10,000 kes H1N1 disahkan di seluruh dunia
GENEVA 20 Mei - Jumlah kes selesema babi yang disahkan di seluruh duniamelepasi 10,000 hari ini dan krisis tersebut semakin memburuk di Asiawalaupun usaha keras dijalankan di kebanyakan negara bagi membendungpenularan virus influenza A (H1N1).

----------------------------------------------------------------------------------

Image
Pelajar 'bercuti' kunjungi karaoke
KOBE19 Mei - Beratus-ratus pelajar Jepun yang belajar di sekolah yangditutup minggu ini bagi mengelakkan merebaknya wabak selesema babimengunjungi pusat karaoke dengan rakan-rakan.

12 lagi mangsa Influenza A di Jepun
TOKYO:Jepun mengesahkan 12 lagi kes Influenza A malam kelmarin menjadikan 173orang keseluruhannya, manakala China mengesahkan kes keempat.

----------------------------------------------------------------------------------

Image
Jepun tutup 1,000 sekolah
KOBE18 Mei - Jepun telah menutup lebih 1,000 sekolah dan tadika hari iniketika penyakit selesema babi di negara ini mencecah 129 kes.

Pengetua sekolah maut
NEWYORK 18 Mei - Seorang pengetua sekolah di New York yang dijangkitipenyakit selesema babi, meninggal dunia semalam, sekali gus menjadikematian pertama akibat jangkitan virus influenza A (H1N1) di bandarini.

120 mangsa di Jepun
TOKYO:Jumlah mangsa Influenza A di Jepun meningkat semalam kepada 120 orangdan kerajaan bertindak menutup sekolah dan syarikat pula tidakmenggalakkan kakitangannya melakukan lawatan tidak diperlukan bagimembendung penyakit itu daripada merebak.

----------------------------------------------------------------------------------

32 lagi kes H1N1 di Jepun
KOBE, Jepun 17 Mei - Jepun hari ini menyatakan seramai 32 lagirakyatnya disahkan positif jangkitan influenza A (H1N1) atau selesemababi, menjadikan angka keseluruhan kes kepada 44 orang ketikakebimbangan mengenai wabak menyelubungi barat negara ini.

H1N1: Singapura tarik balik arahan kuarantin
SINGAPURA 17 Mei - Singapura menarik balik arahan kuarantin di rumahyang dikenakan terhadap mereka yang tiba dari Mexico baru-baru inidengan alasan penularan virus A H1N1 di Mexico dianggap redaberdasarkan jumlah kes baru yang disahkan.

----------------------------------------------------------------------------------

WHO: Laporan jangkitan H1N1 terus meningkat
GENEVA16 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabakselesema babi akan merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes yangdisahkan meningkat kepada lebih 1,000 kes.

----------------------------------------------------------------------------------

Perlu lebih masa sediakan vaksin
GENEVA15 Mei - Saintis memerlukan lebih banyak masa sebelum memutuskan samaada hendak mengeluarkan vaksin antivirus selesema babi secarabesar-besaran.

Tiga sekolah New York ditutup
NEW YORK 15 Mei - Pihak berkuasa New York semalam mengarahkan tiga buahsekolah yang memiliki 4,500 pelajar ditutup, berkuat kuasa hari ini,berikutan kebimbangan terhadap wabak selesema babi yang menyebabkanseorang kakitangan sekolah dimasukkan ke hospital.

----------------------------------------------------------------------------------

China cari pesakit H1N1
HONGKONG 14 Mei - China hari ini memperhebatkan operasi untuk mencarimereka yang ada berhubungan dengan dua pesakit yang telah disahkanmenghidap selesema babi di tanah besar negara ini.

Budak antara 70 dijangkiti virus H5N1 di Mesir
KAHERAH:Seorang budak lelaki Mesir berusia empat tahun dijangkiti virusselesema burung H5N1, menjadikan keseluruhannya 70 orang kinimenghidapi penyakit berkenaan di negara Arab paling ramai penduduk itu.

----------------------------------------------------------------------------------

WHO: Waspada H1N1 bermutasi
MEXICOCITY 13 Mei - Jangkitan virus H1N1 atau selesema babi masih merebak danagensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amarankepada negara-negara terlibat agar mengehadkan penggunaan ubatantivirus kepada pesakit berisiko tinggi.

2 kes baru di China, Hong Kong
BEIJING:China dan Hong Kong semalam masing-masing mengesahkan kes keduaselesema H1N1, selepas wabak itu yang mula tercetus di Mexico melandaAmerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Penduduk Mongolia mengundi

Penduduk Mongolia mengundi


seorang pengundi warga emas Mongolia mengundi di sebuah pusat pengundian di Bayanzurkh dalam daerah Ulan Bator, semalam. - AP


ULAN BATOR 24 Mei - Pusat-pusat pengundian dibuka di seluruh Mongolia hari ini bagi membolehkan negara itu memilih Presiden baru, kurang setahun selepas dakwaan berlaku manipulasi undi pada pilihan raya Presiden yang lalu, sehingga mencetuskan rusuhan maut.

Rakyat kebanyakannya warga emas yang berpakaian sutera tradisional, beratur di pusat-pusat pengundian di ibu negara Mongolia, di sini, seawal pukul 7 pagi waktu tempatan (7.15 pagi waktu Malaysia) untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya Presiden kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang jawatan, Presiden Nambaryn Enkhbayar daripada Parti Revolusi Rakyat Mongolia (MPRP) dan Tsakhiagiin Elbegdorj, bekas pemimpin pembangkang utama daripada Parti Demokrasi (DP).

Pilihan raya di Mongolia, salah sebuah negara demokrasi termuda di dunia, sering kali dikaitkan dengan penipuan dan rasuah.

Pada pilihan raya Presiden tahun lalu menyaksikan rusuhan berdarah di Ulan Bator yang mengakibatkan lima terbunuh.

Kekacauan itu mengejutkan rakyat Mongolia yang megah kerana negara mereka bangkit daripada fahaman komunisme sejak 19 tahun lalu selepas satu revolusi aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

''Saya harap tidak akan berlaku rusuhan kali ini,'' kata seorang pesara, Garda, 75, yang berhasrat mengundi Enkhbayar.

Enkhbayar melakukan tugas dengan baik dalam masa empat tahun lalu dan beliau memerlukan masa bagi melengkapkan apa yang telah dimulakan, ujarnya.

Pada pilihan raya kali ini, buat kali pertama rakyat Mongolia perlu menyertakan kad undian khas apabila memasuki bilik pengundian beserta dokumen pengenalan diri dalam usaha mencegah cubaan penipuan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Asia, sebanyak 27 kumpulan pemerhati dari Amerika Syarikat (AS) dan agensi-agensi antarabangsa meronda di sekitar bilik-bilik pengundian di Ulan Bator.

Pusat pengundian dijangka ditutup pada pukul 10 malam ini waktu tempatan (10.15 malam waktu Malaysia). - AFP

11 penonton terbunuh, 30 cedera dalam rempuhan

11 penonton terbunuh, 30 cedera dalam rempuhan

RABAT 24 Mei - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam kejadian rempuhan penonton di festival muzik antarabangsa di Maghribi, semalam.

Seramai 70,000 penonton berada di stadium Hay Nahda untuk menyaksikan persembahan penyanyi pujaan mereka, Abdelaziz Stati sempena konsert Mawazine apabila kejadian itu berlaku.

Festival itu bermula pada 15 Mei lalu dengan upacara pembukaan oleh penyanyi pop Australia, Kylie Minogue.

Menurut jurucakap polis, rempuhan berlaku apabila pagar dawai runtuh akibat dibebani oleh ramai penonton.

Lima wanita, empat lelaki dan dua kanak-kanak ditemui mati.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan membantu menarik keluar mereka yang terselamat dan menghantar mereka yang cedera ke hospital Rabat.

Sumber hospital Rabat berkata, kebanyakan mereka yang cedera telah dibenarkan keluar awal hari ini, tetapi tujuh lagi masih dirawat.

Festival Mawazine dilancarkan pada 2001 dan merupakan salah satu perhimpunan budaya penting di Maghribi.

Seramai 1,700 penghibur asing dan tempatan menyertai festival muzik 2009 ini yang berakhir malam tadi. - AFP

Hubungan pengangkutan di utara Australia masih terputus

Hubungan pengangkutan di utara Australia masih terputus


Lapangan terbang Lismore turut terjejas akibat baniir. Lapangan terbang itu kelihatan seperti pulau dikelilingi air berikutan banjir di South Lismore kelmarin. - REUTERS


SYDNEY 24 Mei - Beribu-ribu penduduk di utara Australia masih terputus hubungan walaupun keadaan banjir semakin pulih berikutan hujan lebat yang turun selama beberapa hari lalu.

Sungai Swollen yang mencatat paras memuncak semalam mula menunjukkan tanda penurunan bagi membolehkan operasi pembersihan.

Penduduk di pekan utara New South Wales (NSW), Grafton dan Kempsey telah pulang ke rumah masing, lapor Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES).

Namun, jurucakap SES, Greg Slater berkata, lebih 20,000 penduduk di beberapa kawasan penempatan kecil masih terputus hubungan akibat banjir tersebut, yang diisytiharkan sebagai kawasan paling teruk di NSW dan Queensland.

"Kami menumpukan usaha menyalurkan bantuan perubatan, ubat-ubatan, keperluan asas dan barangan makanan ke kawasan terjejas," kata Slater kepada Sky News.

Setakat ini, dua orang terkorban dalam banjir yang melanda satu pertiga tenggara Queensland .

Ketua Menteri NSW, Nathan Rees yang melawat kawasan bencana hari ini berkata, adalah sukar untuk memahami tahap banjir ini, walaupun dari udara.

Rees turut bertemu bekas pesuruhjaya Ken Maroney untuk membincangkan operasi pembersihan di utara NSW yang telah dilanda tiga banjir besar sejak Februari lalu.

"Ia akan menjadi usaha baik pulih berskala bebar di kawasan ini," jelas Rees.

Sementara itu, Datuk Bandar Lembah Clarence, Richie Williamson berkata, paras air di kebanyakan pekan utama berada pada paras memuncak sepanjang malam dan mula menurun ke paras normal.

Pada Februari lalu Queensland diisytihar sebagai kawasan bencana dengan lebih satu juta kilometer persegi di landa banjir dan 3,000 rumah rosak akibat banjir. - AFP

Nahas pesawat, 14 maut

Nahas pesawat, 14 maut

SAO PAULO 24 Mei - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh termasuk empat kanak-kanak dalam nahas melibatkan pesawat peribadi di utara Brazil di negeri Bahia.

Pesawat dua enjin tersebut berlepas dari Sao Paulo dan terhempas lewat kelmarin kira-kira 730 kilometer dari Salvador di negeri Bahia, berhampiran sebuah resort mewah.

Pesawat berkenan dimiliki oleh Roger Wright, pemilik firma perunding kewangan Arsenal Investimentos, menurut laporan media tempatan.

Menurut laporan laman web tempatan, ketika nahas berlaku, Wright, isteri serta anak-anaknya berada dalam pesawat tersebut.

Punca nahas belum diketahui, bagaimanapun kotak hitam pesawat telah ditemui dan sedang di analisis, kata jurucakap tentera udara.

Jurucakap Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Brazil berkata, pesawat King Air B350 itu telah diperiksa dan memenuhi semua syarat keselamatan.

Brazil mempunyai dua sejarah nahas pesawat besar pada 2006 dan 2007, meningkatkan kebimbangan berkenaan keselamatan perkhidmatan udara di negara terbesar Amerika Latin itu.

Pada Julai 2007, kesemua 187 penumpang dan penduduk awam yang berada di daratan terbunuh apabila pesawat penerbangan TAM, Airbus A 320 terbabas di landasan lapangan terbang Sao Paulo Congonhas.

Pada 2006 pula, penumpang jet syarikat penerbangan GOL terhempas di hutan Amazon selepas berlaku pelanggaran dengan sebuah pesawat peribadi kecil menyebabkan 154 orang terbunuh. - Reuters

Sidang Hanoi bincang ekonomi

Sidang Hanoi bincang ekonomi

HANOI 24 Mei - Menteri-Menteri Luar dari Asia dan Eropah bersidang di Vietnam esok untuk membincangkan krisis ekonomi dunia, tetapi perbicaraan kes pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi juga dijangka menarik perhatian mereka.

Wakil daripada 45 negara termasuk sekurang-kurangnya 30 menteri luar dijadual menghadiri mesyuarat dua hari di Hanoi melibatkan Kesatuan Eropah (EU), ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India dan Pakistan.

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) itu dijangka mencari penyelesaian terhadap kemelesetan ekonomi dan meningkatkan kerjasama ekonomi.

Menteri terlibat juga akan membincangkan isu perubahan iklim dan wabak penyakit seperti selesema babi.

Menteri-menteri berkenaan juga dijangka menyentuh tentang kontroversi berhubung tindakan Myanmar membicarakan Suu Kyi.

Junta tentera menuduh Suu Kyi melanggar syarat tahanan di rumah dengan membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) bermalam di rumahnya tanpa kebenaran.

Beliau boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dalam kes yang disambung perbicaraannya di Yangon esok.

Di Brussels pada minggu lepas, Menteri-Menteri Luar EU membincangkan cadangan supaya sekatan ditingkatkan ke atas junta Myanmar bagi memaksanya memulihkan demokrasi di negara itu, tetapi mereka gagal mempersetujui langkah baru.

Sebaliknya mereka menyatakan bahawa mereka akan menggesa negara yang menjalinkan hubungan erat dengan Myanmar seperti China, India dan Thailand supaya menggunakan pengaruh masing-masing ke atas junta.

EU dan negara-negara Asia jarang sependapat mengenai pendekatan yang patut digunakan terhadap junta Myanmar.

Pakar mengenai Vietnam di Akademi Pasukan Pertahanan Australia, Carl Thayer berkata, tidak ada konsensus di Eropah atau Asia mengenai cara untuk menangani isu Myanmar.

Sesetengah negara Asia semakin hilang sabar dengan Myanmar, manakala beberapa negara Eropah semakin kurang yakin sekatan akan membawa kesan, kata beliau. - AP

Obama ngaku fikir masalah Gitmo

Obama ngaku fikir masalah Gitmo

WASHINGTON 24 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakui bahawa beliau sedang memikirkan langkah yang perlu diambil terhadap tahanan Teluk Guantanamo yang dianggap terlalu berbahaya untuk dibebaskan dan menjadi salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh AS.

Obama dalam wawancara dengan televisyen C-Span semalam membayangkan bahawa Parti Demokrat dan Parti Republikan perlu bekerjasama untuk mendirikan struktur undang-undang dan institusi bagi membolehkan tahanan Guantanamo dibicarakan.

"Situasinya rumit dan bukan mudah untuk menyelesaikan isu ini," kata Obama.

Beliau mendakwa masalah itu berpunca daripada "keputusan salah" yang diambil oleh pentadbiran George W. Bush dalam tempoh sejurus selepas serangan 11 September, 2001 "kerana rakyat berasa takut."

"Saya fikir kita mengambil terlalu banyak jalan singkat dan membuat beberapa keputusan yang bercanggah dengan prinsip kita sebagai rakyat Amerika," kata Presiden itu.

Obama berpendapat, ramai tahanan di Guantanamo sepatutnya dibicarakan awal-awal lagi, tetapi pentadbiran Bush gagal membicarakan mereka.

"Dalam sesetengah kes, bukti terhadap mereka telah terjejas.

"Mereka mungkin terlalu berbahaya untuk kita bebaskan. Saya fikir mencari jalan untuk menyelesaikan kes mereka akan menjadi salah satu masalah terbesar yang kita hadapi," ujar Obama.

Beliau, bagaimanapun menaruh keyakinan bahawa tahanan Guantanamo boleh dibicarakan oleh Suruhanjaya Tentera AS atau di mahkamah sivil AS. - AFP

Askar Pakistan gempur Taliban di Mingora

Askar Pakistan gempur Taliban di Mingora


TENTERA Pakistan membawa wartawan meninjau kawasan gua di pergunungan Baine Baba Ziarat dekat Lembah Swat.

Tentera kerajaan mara, tawan kawasan sekitar Lembah Swat

ISLAMABAD: Tentera Pakistan berjaya menawan beberapa kawasan utama di Lembah Swat yang dikawal Taliban ketika berusaha merampas ibu kota wilayah di barat laut Pakistan itu, kata pegawai semalam.

Serangan darat ke atas Mingora, bandar raya dengan anggaran penduduk seramai 300,000, kebanyakannya melarikan diri, menandakan bermulanya fasa terpenting s erangan tentera terhadap Taliban di situ.

Pegawai berkata, tentera berjaya merampas beberapa persimpangan penting dan tiga dataran di Mingora, termasuk Dataran Hijau, lokasi ekstremis Islam dilaporkan menjalankan hukuman pancung lewat tahun lalu.

"Pasukan keselamatan terbabit membersihkan periuk api. Mereka juga melakukan operasi mencari di kawasan ditawan," kata seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali.

Seorang lagi pegawai tentera memberitahu, pertempuran masih berlaku di Mingora, yang menyaksikan militan sejak beberapa minggu lalu meronda dengan senjata dan pelancar roket.

"Pertempuran berterusan antara pasukan keselamatan dan militan di penempatan Nawa Kilay di Mingora dan di barat pinggir bandar Qambar," katanya.

Perintah berkurung masih berkuat kuasa di bandar raya itu dan tembakan dapat didengar, kata pegawai.

Mingora berada di bawah penguasaan Taliban sejak beberapa minggu dan sebagai hab pentadbiran dan perniagaan seluruh daerah itu, penawanan bandar raya itu penting bagi tentera untuk mengisytiharkan kemenangan di Swat.

Pakistan berkata, sekurang-kurangnya 15,000 anggota tentera dikerah berdepan dengan 4,000 militan bersenjata lengkap di Swat, menyaksikan lewat bulan lalu Islamabad mengarahkan serangan menghapuskan pejuang yang mara sehingga berada pada jarak 100 kilometer daripada ibu kota itu. � AFP

Kerajaan AS kehabisan wang: Obama

Kerajaan AS kehabisan wang: Obama


WASHINGTON: Perbelanjaan besar-besaran untuk menyelamatkan sistem kewangan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat kehabisan wang dan menanggung hutang besar, kata Presiden Barack Obama, semalam.

Ketika diwawancara C-SPAN, pengacaranya, Steve Scully bertanya kepada Obama mengenai kesan dasar membantu institusi kewangan Amerika yang menyebabkan kerajaan Amerika berhutang sehingga AS$11 trilion (RM39.6 trilion). "Bilakah kita akan kehabisan wang," tanya Scully.

Obama menjawab: "Kita tidak ada wang sekarang. Kita beroperasi dalam suasana defisit besar. Ini disebabkan krisis yang dilalui dan kegagalan membuat keputusan bijak mengenai program kesihatan rakyat sejak beberapa dekad lalu.

"Kita juga hadapi masalah jangka pendek iaitu berbelanja besar bagi menyelamatkan sistem kewangan kita, menangani masalah syarikat kenderaan, kemelesetan ekonomi besar yang menyerap pendapatan cukai.

"Masalah jangka panjang lebih besar lagi iaitu Medicaid dan Medicare. Jika kita tidak kurangkan inflasi jagaan kesihatan dalam jangka panjang, kita tidak dapat kawal defisit". – Agensi

Hizbullah nafi terbabit pembunuhan Hariri

Hizbullah nafi terbabit pembunuhan Hariri


BEIRUT: Pergerakan Hizbullah menafikan laporan majalah Jerman yang mengaitkan ia terbabit dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri, pada 2005.

Pergerakan itu menyifatkan laporan majalah mingguan Der Spiegel sebagai 'pembohongan' bertujuan memburukkan imejnya menjelang pilihan raya Parlimen pada 7 Jun ini.

Hizbullah dan sekutunya cuba menjatuhkan pihak pro-Barat yang menguasai kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataan semalam yang disiarkan televisyen Al-Manar, milik kumpulan itu, Hizbullah meminta tribunal antarabangsa Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil 'langkah tegas berikutan penerbitan pembohongan itu.'

Dalam laporannya kelmarin, Der Spiegel, menyatakan ia berasaskan sumber rapat dengan tribunal dan disahkan oleh dokumen dalaman.

Tetapi, Menteri Luar Lubnan, Fawzi Salloukh yang diminta mengulas turut menuduh Der Spiegel berbohong kerana penyiasat PBB tidak pernah menyoal sebarang anggota Hizbullah berhubung pembunuhan Hariri. – AP/Reuters




Hizbullah bidas majalah Jerman

BEIRUT 24 Mei – Pergerakan Hizbullah di Lebanon hari ini membidas sebuah majalah Jerman berikutan laporannya yang mendakwa sebuah suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya Hizbullah menjadi dalang di sebalik pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rafiq Hariri pada 2005.

Majalah Der Spiegel semalam melaporkan suruhanjaya PBB yang menyiasat pembunuhan Hariri menemui bukti baru yang menunjukkan pasukan khas Hizbullah ‘merancang dan melaksanakan’ serangan dengan meletupkan bom kereta yang membunuh Hariri dan 22 orang lain.

“Ini cerita rekaan semata-mata bertujuan mempengaruhi kempen pilihan raya dan mengalihkan perhatian daripada laporan mengenai pembongkaran rangkaian pengintip yang bekerja untuk Israel,” kata Hizbullah dalam kenyataannya.

Laporan Der Spiegel itu disiarkan dua minggu sebelum pilihan raya umum Lebanon pada 7 Jun ini apabila blok majoriti Parlimen yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) bakal ditentang oleh perikatan yang diketuai oleh Hizbullah dengan sokongan Syria dan Iran.

Hizbullah menyatakan bahawa dakwaan Der Spiegel menjejaskan kredibiliti Tribunal Khas bagi Lebanon, dan meminta mahkamah di The Hague bertindak mendedahkan dalang di sebalik ‘pembohongan’ tersebut. – AFP

Lelaki berotot kurang risiko hidap barah

Lelaki berotot kurang risiko hidap barah


STOCKHOLM: Lelaki yang berotot hasil kekerapan berlatih mengangkat berat mengurangkan risiko untuk mati akibat barah sehingga 40 peratus berbanding lelaki yang tidak berbuat demikian, menurut satu penyelidikan baru.

Kajian sekumpulan penyelidik antarabangsa menunjukkan kekuatan otot sama penting dengan kekal langsing dan makan secara sihat dalam usaha melindungi tubuh daripada tumor.

Saintis yang membuat kajian mencadangkan lelaki melakukan senaman angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menggerakkan otot di bahagian atas dan bawah tubuh.

Sejak beberapa tahun ini, pakar mencadangkan diet dan gaya hidup sihat termasuk kekerapan melakukan senaman aerobik seperti berjoging atau berbasikal untuk mengurangkan risiko penyakit.

Bagaimanapun, kajian terbaru yang disiarkan dalam jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention, menunjukkan membina kekuatan otot juga penting.

Sepasukan pakar, diketuai saintis dari Institut Karolinska di Sweden, mengesan gaya hidup 8,677 lelaki berusia antara 20 dan 82 tahun selama lebih dua dekad.

Setiap sukarelawan melakukan pemeriksaan perubatan kerap termasuk ujian kekuatan otot. Antara tahun 1980 dan 2003, penyelidik memantau berapa ramai menghidap barah dan meninggal dunia akibatnya.

Keputusan menunjukkan lelaki yang kerap senam mengangkat berat dan mempunyai kekuatan otot tertinggi mengurangkan risiko antara 30 dan 40 peratus untuk mati akibat barah. – Agensi

Macam-macam: Lelaki tertembak kemaluan sendiri

Macam-macam: Lelaki tertembak kemaluan sendiri


SAARBRUECKEN: Seorang lelaki Jerman yang baru menyertai kumpulan jenayah tertembak kemaluan sendiri apabila terlupa memasang fungsi keselamatan pada pistol yang dimasukkannya dalam poket seluar.

Lukas Neuhardt, 27, memasukkan pistol itu ke dalam poket kerana cuba menunjuk keberaniannya kepada ahli kumpulan lain.

Dia memberitahu paramedik seorang penyerang bertopeng menembak kemaluannya selepas gagal merompak.

Tetapi, polis menuduhnya berbohong dan menahannya selepas melihat tembakan itu tidak merosakkan seluarnya. - Agensi