![]() ROXANA Saberi gembira ketika tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles. |
WASHINGTON: Roxana Saberi, seorang wartawan Amerika Syarikat yang dipenjara selama empat bulan di sebuah penjara di Iran disambut dengan sorakan dan pelukan sekembalinya ke tanah air.
Beliau memberitahu pemberita sebaik saja ketibaannya bahawa nyanyian lagu kebangsaan membantu beliau untuk terus bersemangat.
Wartawan berusia 32 tahun itu menyatakan demikian secara ringkas kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles bersama ibu bapa dan seorang rakan keluarganya.
Beliau mengucapkan terima kasih antaranya kepada Presiden Barack Obama; Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, ahli parlimen Dakota Utara, kumpulan hak a sasi manusia dan kerajaan Jepun. � AP
No comments:
Post a Comment