Tuesday, May 19, 2009

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur



KEPULAN asap kelihatan di kawasan tempat persembunyian pemberontak LTTE, termasuk pemimpinnya, Prabhakaran (gambar kecil) yang digempur tentera Sri Lanka, semalam.

COLOMBO: Tentera Sri Lanka mengumumkan kemenangan ke atas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) selepas berjaya membunuh keseluruhan kepemimpinan tertinggi kumpulan pemisah itu, termasuk ketuanya, Vellupillai Prabhakaran.

Selain Prabhakaran, 54, anaknya, Charles Anthony, 24, dan orang kanannya, Pottu Amman (ketua risik) serta Soosai (ketua unit laut) turut dibunuh semalam ketika tentera Sri Lanka melancarkan operasi habis-habisan ke atas kawasan kecil di timur laut Sri Lanka yang masih dikuasai LTTE.

Pertempuran terakhir berkenaan yang berlaku di kawasan 300 meter persegi dengan saki baki pemberontak LTTE yang bersembunyi dalam lubang dan melindungi diri mereka dengan lingkaran periuk api dan jerangkap samar, menamatkan perang etnik yang tercetus sejak 1983 itu

Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.

"Kami sudah membebaskan keseluruhan negara ini dengan membebaskan kawasan utara daripada kawalan pengganas," katanya kepada stesen televisyen tempatan.

Prabhakaran ditembak mati oleh pasukan komando Sri Lanka ketika cuba melarikan diri dari zon perang awal semalam.

Seorang pegawai pertahanan berkata, mayat ketua pemberontak itu ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran sebelum waktu subuh, semalam.

Pegawai berkenaan berkata, van terbabit memecut laju ketika serangan dilakukan, tetapi ia terkena tembakan dan terbakar.

"Prabhakaran berada di dalam konvoi kecil sebuah van dan ambulans bersama beberapa pembantu yang cuba memandu keluar dari zon perang, tetapi ia berjaya diserang hendap komando. Beliau dibunuh bersama dua orang lagi di dalam kenderaan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian," katanya.

Berita kematian Prabhakaran disahkan ketika tentera mengumumkan perang yang menyaksikan 70,000 orang terkorban sejak 1983 itu sudah berakhir.

Kementerian Pertahanan berkata, kepemimpinan LTTE sudah musnah dan ini menandakan berakhirnya 'perjuangan' panjang kumpulan itu untuk membentuk sebuah negara etnik Tamil merdeka di utara Sri Lanka.

"Pengganas LTTE melakukan tindakan terakhir untuk membawa keluar pemimpin mereka awal pagi ini," kata satu kenyataan yang disiarkan laman web Kementerian Pertahanan, sambil menambah 'pemimpin kanan pemberontak cuba melarikan diri dengan dua kenderaan, tetapi berjaya digagalkan'.

Tentera juga mengesahkan dua pembantu Prabhakaran, Pottu Amman dan Soosai turut terbunuh dalam pertempuran.

Kementerian pertahanan berkata, tentera sudah menemui mayat Anthony, ketua sayap politik B Nadesan dan Ketua Setiausaha Keamanan LTTE S Pulideevan. Turut ditemui mati, Ketua Polis LTTE, Ilango; pemimpin bahagian timur, S Ramesh dan Timbalan Ketua Perisikan, Kapil Amman.

LTTE dalam satu kenyataan kelmarin sudah mengaku kalah dengan mengumumkan akan meletakkan senjata. - AFP


Prabhakaran ditembak ketika cuba tinggalkan zon perang

Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.

“Kami sudah menguasai keseluruhan negara ini dengan membebaskan kawasan utara daripada kawalan pengganas,” katanya kepada stesen televisyen tempatan.

Prabhakaran ditembak mati oleh pasukan komando Sri Lanka ketika cuba melarikan diri dari zon perang, awal semalam.

Seorang pegawai pertahanan berkata, mayat ketua pemberontak itu ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran sebelum waktu subuh, semalam.

Pegawai berkenaan berkata, van terbabit memecut laju ketika serangan dilakukan, tetapi ia terkena tembakan dan terbakar.

“Prabhakaran berada di dalam konvoi kecil sebuah van dan ambulans bersama beberapa pembantu yang cuba memandu keluar dari zon perang, tetapi ia berjaya diserang hendap komando. Beliau dibunuh bersama dua orang lagi di dalam kenderaan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian,” katanya.

Berita kematian Prabhakaran disahkan ketika tentera mengumumkan perang yang menyaksikan 70,000 orang terkorban sejak 1983 itu sudah berakhir.

Kementerian Pertahanan berkata, kepemimpinan LTTE sudah musnah dan ini menandakan berakhirnya ‘perjuangan’ panjang kumpulan itu untuk membentuk sebuah negara etnik Tamil merdeka di utara Sri Lanka.

“Pengganas LTTE melakukan tindakan terakhir untuk membawa keluar pemimpin mereka awal pagi ini,” kata satu kenyataan disiarkan laman web Kementerian Pertahanan, sambil menambah ‘pemimpin kanan pemberontak cuba melarikan diri dengan dua kenderaan. - AFP

No comments:

Post a Comment