Macam-Macam: Bas kena serang disangka ada virus
BUENOS AIRES: Sekumpulan penduduk Argentina melontar kayu dan batu ke arah sebuah bas dari Chile selepas menyangka seorang penumpang lelaki menunjukkan tanda dijangkiti Influenza A (H1N1), semalam.
Sekumpulan penduduk Godoy Cruz di wilayah Mendoza, mengepung bas terbabit di hospital selepas mendengar laporan radio mengenai penumpang berkenaan, kata pegawai kesihatan, Pedro Masman yang dipetik stesen televisyen Todo Noticias.
Pengarah hospital Mendoza, Maria Bresca kemudian memberitahu, lelaki berusia 29 tahun itu sudah diuji dan disahkan tidak dijangkiti. - AP
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment