Wednesday, May 20, 2009

Rakaman video mayat Prabhakaran disiar

Rakaman video mayat Prabhakaran disiar


petikan video merakamkan anggota keselamatan sri lanka mengangkat mayat yang mereka dakwa mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran, semalam. - REUTERS


COLOMBO 19 Mei - Televisyen kerajaan Sri Lanka hari ini menyiarkan gambar video merakamkan apa yang didakwa sebagai mayat pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Vellupillai Prabhakaran.

Beberapa jam sebelum itu, pemberontak Harimau mengeluarkan kenyataan menafikan Prabhakaran terbunuh dan mendakwa beliau masih hidup dan selamat.

Rakaman itu menunjukkan bahagian atas mayat seorang lelaki beruniform celorong-celoreng dengan luka di kepala dengan mata terbeliak.

Wajahnya masih utuh dan jelas mirip pemimpin pemberontak itu.

Sebahagian dahinya ditutup dengan kain biru dan kepala beralaskan kertas surat khabar yang berlumuran darah.

Imej berkenaan juga menunjukkan lencana Prabhakaran bertandakan '0.01' dan kad pengenalan LTTE milik beliau.

Rakaman itu disiarkan selepas Panglima Tentera Sri Lanka, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka mengumumkan beliau "berasa gembira kerana dapat mengesahkan pemimpin pengganas kejam, Prabhakaran telah dibunuh."

Menurut Fonseka, mayat berkenaan telah dikenal pasti awal hari ini sebagai mayat Prabhakaran.

Tentera semalam melaporkan Prabhakaran terbunuh bersama-sama dua orang kanannya ketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar. - AFP

No comments:

Post a Comment