Thursday, May 21, 2009

GLOBAL : KHAMIS 21 MEI 2009

Image
Nahas udara: 98 maut di Jawa
JAKARTA20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendakmendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98orang terkorban.

Doktor guna gerudi selamatkan budak
MELBOURNE20 Mei – Seorang doktor di sebuah pekan kecil disanjung selepasmenggunakan gerudi elektrik untuk menggerudi tengkorak budak lelakiberusia 12 tahun bagi melegakan tekanan ke atas otaknya.

Image
Sri Lanka cuti rai kemenangan
COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagimeraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yangdipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Kekayaan calon Presiden Indonesia didapati meningkat
JAKARTA 20 Mei - Semua calon Presiden pada pilihan raya RepublikIndonesia memiliki kekayaan yang meningkat dengan MegawatiSoekarnoputri mencatat peningkatan ketara.

Megawati-Prabowo isytihar pakatan di tempat pelupusan sampah
JAKARTA 20 Mei - Megawati Soekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subiantomemilih tapak pembuangan sampah di Bantar Gebang dekat sini, untukmembuat perisytiharan berganding pada pilihan raya Presiden IndonesiaJulai ini.

4 tokoh Iran layak tanding Presiden
TEHERAN 20 Mei - Badan pengawas Perlembagaan Iran hari ini meluluskanpencalonan empat tokoh utama, termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejaduntuk bertanding pada pilihan raya Presiden pada bulan depan.

Image
Kabinet Palestin dirombak
RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekalilagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpahjawatan semalam.

10,000 kes H1N1 disahkan di seluruh dunia
GENEVA 20 Mei - Jumlah kes selesema babi yang disahkan di seluruh duniamelepasi 10,000 hari ini dan krisis tersebut semakin memburuk di Asiawalaupun usaha keras dijalankan di kebanyakan negara bagi membendungpenularan virus influenza A (H1N1).

Media dibenar buat liputan
YANGON 20 Mei – Junta tentera Myanmar hari ini membenarkan media asingdan tempatan membuat liputan tentang kes perbicaraan Aung San Suu Kyi(gambar) ketika tekanan antarabangsa memuncak mendesak juntamembebaskan ikon demokrasi itu.

Demokrat bantah peruntukan dana tutup Gitmo
WASHINGTON 20 Mei - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama untuk menutup kem penjara di Teluk Guantanamo pada Januari tahundepan sekali lagi menghadapi tamparan semalam, apabila anggota PartiDemokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta(RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.

Pakistan perbesar program senjata nuklear
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.

KBR dapat kontrak besar AS di Iraq
WASHINGTON 20 Mei - Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) membayar bonusberjumlah puluhan juta dolar kepada kontraktor terbesarnya di Iraq, KBRInc., sekalipun selepas mendapati kerja-kerja elektrik yang dilakukanoleh firma tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua askar ASmati akibat terkena kejutan elektrik.

Image
Angelina Jolie hadiri perbicaraan jenayah
THE HAGUE 20 Mei - Pemenang Oscar, Angelina Jolie menghadiri kesperbicaraan pemimpin militia Congo, Thomas Lubanga yang menghadapituduhan melakukan jenayah perang di The Hague, semalam, yangmembuktikan keberanian anak-anak muda dalam menentang kezaliman.

Republikan cabar populariti Obama
WASHINGTON20 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC), MichaelSteele berikrar parti pembangkang Amerika Syarikat (AS) itu akanmencabar Presiden Barack Obama secara langsung dan lebih agresif, tanpamempedulikan populariti beliau.

Image
Rumah Rubina pula diroboh
MUMBAI 20 Mei - Selepas rumah pelakon kanak-kanak filem SlumdogMillionaire, Azharuddin Mohammed Ismail dirobohkan pihak berkuasaMumbai pada minggu lalu, seorang lagi pelakon cilik filem tersebut,Rubina Ali, 9, turut menerima nasib yang sama hari ini.





98 maut nahas pesawat
JAKARTA:Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempaske atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankansekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.

Skru pesawat tentera tanggal
SURABAYA:Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagisemalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelumnahas.

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu
ZAGREB:Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrarkepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipumereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.

Minuman ringan jejas kesihatan
ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari bolehmenyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidaknormal malah lumpuh, kata doktor.

Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Britney risau udara tercemar
LONDON:Penyanyi yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Britney Spearsdilaporkan membeli 15,000 tong oksigen bagi melindungi suaranya.

Inul timang cahaya mata
JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista selamatmelahirkan anak pertama beliau iaitu seorang bayi lelaki, di HospitalMedistra, Jakarta, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Bayi seberat 2.42kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi
YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemupemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliausemalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaandikendalikan.

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus
JAKARTA:Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketuanegara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.

Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah
COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan HarimauTamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untukmenyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila merekaditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka

PAKISTAN : Musharraf sedia aktif berpolitik

Pakistan perbesar program senjata nuklear
WASHINGTON 20 Mei - Gambar satelit yang disiarkan semalam menunjukkanPakistan telah membesarkan dua tapak penting bagi program nuklearnyasebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kekuatan senjata atomnya.

Mangsa konflik berdepan krisis makanan
ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat dayaPakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangankerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalanmakanan terputus.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pakistan diancam pelarian
ISLAMABAD:Pakistan kini berdepan krisis pelarian paling buruk di dunia, hampirmenyamai krisis pelarian Rwanda, ketika pekerja bantuan bertungkuslumus memenuhi keperluan hampir dua juta penduduk yang meninggalkanrumah mereka berikutan pertempuran antara tentera kerajaan denganpejuang Taliban, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Musharraf sedia aktif berpolitik
WASHINGTON:Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak menolak kemungkinankembali semula berpolitik dan bersedia menyumbang tenaga sekiranyanegaranya terus dilanda 'masalah'.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Korban bom meningkat
PESHAWAR:Jumlah kematian akibat serangan bom kereta di bandar barat lautPakistan di sini meningkat kepada 12 orang selepas seorang remajalelaki maut malam semalam, kata seorang pegawai polis semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Amerika musnah sekolah agama
PESHAWAR:Seramai 12 orang terbunuh termasuk dua disyaki militan asing dalamserangan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap sebuah sekolah agamadi kubu kuat al-Qaeda di barat laut Pakistan, disusuli dengan satuletupan bom di tengah kota Peshawar menyebabkan 10 terbunuh dan 25 lagicedera, semalam.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pakistan rayu bantuan dunia
PESHAWAR:Jet pejuang dan helikopter tempur Pakistan mengebom tempatpersembunyian Taliban di barat laut negara itu semalam ketika PresidenAsif Ali Zardari merayu bantuan antarabangsa untuk mengelakkan bencanakemanusiaan.

PERANCIS : Video Sarkozy, Bruni sensasi

Video Sarkozy, Bruni sensasi
PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, CarlaBruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, danmenggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Nahas udara: 98 maut di Jawa

Nahas udara: 98 maut di Jawa


Para penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan penumpang yang cedera daripada bangkai pesawat pengangkut Hercules C-130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas semasa hendak mendarat di sebuah lapangan terbang dekat Magetan di Jawa Timur pagi semalam. – AFP


JAKARTA 20 Mei - Sebuah pesawat usang tentera udara Indonesia Hercules C-130 dilaporkan patah sayap kanannya sebelum menjunam ke bumi semasa hendak mendarat di Magetan, Jawa Timur mengakibatkan sekurang-kurangnya 98 orang terkorban.

Pesawat yang dibuat pada 1980 itu kemudiannya merempuh deretan rumah berhampiran Lapangan Terbang Iswahyudi di Desa Geplak, Magetan kira-kira 520 kilometer dari sini pada pukul 6.25 pagi.

Ekoran rempuhan itu, pesawat berkenaan meletup dan terbakar sebelum tersadai di sawah padi dengan bahagian ekornya berada dalam kedudukan terbalik.

Pengarah Bahagian Penerangan Tentera Udara Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang akhbar di sini berkata, kerja-kerja mengeluarkan semua mangsa termasuk 98 yang terkorban telah selesai.

Menurut beliau, daripada 98 mangsa yang terkorban, 11 orang merupakan anak kapal pesawat dan beberapa orang lagi penduduk kampung.

“Sebanyak 15 orang terselamat dengan 10 daripada mereka dalam keadaan kritikal,” katanya.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini ke Lapangan Terbang Iswahyudi dan dijadual terbang ke empat destinasi lain iaitu Makassar, Kendari, Ambon dan Biak di Papua.

Agensi berita AFP melaporkan, kejadian itu turut mengorbankan tiga orang penghuni rumah di kampung berkenaan.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian itu tetapi Soelistyo dipetik AFP sebagai berkata, beberapa saksi melihat sayap kanan pesawat berusia 30 tahun itu patah semasa masih berada di udara.

Mangsa terselamat, Serkat Susanto menceritakan kepada isterinya Suprapti, pesawat terbabit tiba-tiba menjunam menyebabkan penumpang terpelanting.

“Semua penumpang tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Suprapti dipetik oleh portal berita Okezone semasa ditemui di Hospital Dr. Soedono di Madiun.

Televisyen tempatan menyiarkan visual pesawat berkenaan terbakar yang menyukarkan operasi menyelamat dijalankan.

Nahas itu merupakan yang keempat dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini melibatkan pesawat tentera Indonesia.

Pada 11 Mei lalu, sebuah pesawat jenis yang sama tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Wamena, Papua sehingga menyebabkan sebuah tayarnya terpelanting kira-kira satu kilometer dan merempuh sebuah rumah.

Beberapa orang cedera ringan dalam kejadian itu dan tiada mangsa terkorban.

Pada 6 April 2009, pesawat Fokker milik angkatan tentera udara Indonesia terhempas di Lapangan Hussein Sastranegara di Bandung, mengorbankan 18 anggotanya.

Pesawat berkenaan merempuh hangar sebelum terhempas dan menyebabkan beberapa buah pesawat yang diletakkan di situ turut rosak.

Pada 7 Mac pula, helikopter milik tentera darat Indonesia mendarat cemas di Semarang Barat, Jawa Tengah kerana mengalami kerosakan tetapi kedua-dua penumpangnya hanya cedera ringan. – Utusan

Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah : 98 maut nahas pesawat

98 maut nahas pesawat


PASUKAN penyelamat Indonesia memeriksa pesawat pengangkut tentera Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur semalam.

Hercules C-130 tentera udara Indonesia jatuh atas rumah

JAKARTA: Sebuah pesawat pengangkut tentera yang membawa 110 penumpang, terhempas ke atas beberapa rumah dan terbakar di Jawa Timur semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 98 orang, termasuk dua di darat.

Rakaman televisyen menunjukkan pesawat Hercules C-130 berusia lebih 30 tahun itu terjunam ke arah beberapa deretan rumah menyebabkan bangkainya berselerakan dan asap hitam tebal menjulang ke udara.

Rustam Pakaya, ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan memberitahu Reuters menerusi telefon, selain terkorban, 15 cedera termasuk beberapa orang di darat.

Komander pangkalan tentera udara Iswahyudi di Magetan berhampiran kawasan kemalangan, Bambang Samoedro, mengesahkan jumlah penumpang yang disahkan maut.

"Kami sudah mengenal pasti 105 identiti mangsa. Sepuluh daripada mereka cedera parah dan lima cedera ringan dan lain maut," kata Samoedro menerusi telefon.

Bercakap pada sidang media, jurucakap tentera nasional, Sagom Tamboen, berkata 11 krew dan 98 penumpang menaiki pesawat itu, termasuk 10 kanak-kanak.

Menurutnya, pesawat itu berada dalam keadaan baik dan terdapat kabus di lokasi sebelum nahas. Ia dalam penerbangan biasa dari Jakarta ke pangkalan tentera udara di Jawa Timur, menghantar kakitangan tentera dan keluarga mereka sebelum dijadualkan terbang ke Sulawesi dan Papua.

"Tentera udara akan membentuk pasukan bagi menyiasat punca kemalangan," kata seorang lagi jurucakap tentera udara, Bambang Soelistyo.

Rakaman televisyen dari tempat kejadian menunjukkan penduduk bertungkus lumus memadam kebakaran mencurah air menggunakan baldi.

"Ekor pesawat sepanjang Kira-kira 15 meter masih bersambung, namun bahagian badan sehingga hadapan pecah dan terbakar," kata Suwardi, ketua daerah kecil di Magetan di mana kemalangan berlaku pada kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan. - Reuters/Agensi

INDONESIA : Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah

Skru pesawat tentera tanggal


ORANG ramai melihat pesawat milik tentera udara Indonesia yang terhempas di atas dua rumah di Jawa Timur, semalam. Gambar kecil ialah pesawat jenis sama seperti terhempas.

Saksi nampak objek jatuh sebelum Hercules C-130 terhempas di atas dua rumah

SURABAYA: Pesawat tentera yang terhempas ke atas dua rumah di Jawa Timur pagi semalam mengorbankan 98 orang didakwa saksi tercabut skrunya sebelum nahas.

Agus Yulianto, seorang saksi memberitahu laman web akhbar Kompas, pesawat itu jelas senget ketika di udara dan kelihatan beberapa objek jatuh dari pesawat sebelum terhempas.

"Ada beberapa barang jatuh seperti selak dan skru dari pesawat. Pesawat terus menjunam dan akhirnya terhempas ke atas dua rumah," kata Yulianto.

Pegawai berkata, pesawat itu terhempas kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan, kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari pangkalan tentera Iswahyudi.

"Terdahulu kami mendengar letupan. Namun, tidak lagi kerana pesawat masih terbakar," kata seorang lagi saksi Suwardi.

ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa kejadian pesawat terhempas di Jawa Timur, semalam.

Katanya tempat kemalangan sukar untuk didekati kerana berada dalam tapak sawah padi.

Lokasi kemalangan berhampiran sempadan daerah Madiun dan Magetan di Jawa Timur, kira-kira 150 kilometer barat daya bandar kedua terbesar Indonesia, Surabaya.

Pesawat terbabit jatuh menimpa dua rumah penduduk tempatan di Desa Geplak, Magetan selepas kali terakhir menghubungi menara kawalan pada jam 6.25 pagi waktu tempatan dari ketinggian kira-kira 10,000 meter untuk menghampiri pangkalan tentera Lanud Iswahjudi.

Difahamkan ketika kejadian cuaca berkabus nipis.

PEGAWAI tentera melalui kediaman penduduk yang musnah akibat nahas pesawat Hercules C-130 milik tentera udara Indonesia, semalam.

Komandan Pangkalan Udara Iswahjudi Magetan, Bambang Samudra, berkata, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta jam 5.30 pagi membawa 110 penumpang di dalamnya (98 penumpang dan 11 krew) dan tidak terlebih muatan kerana pesawat buatan Amerika Syarikat itu mampu membawa 120 orang atau 17 tan barang.

"Pesawat dalam penerbangan rutin dari Halim ke Iswahjudi, Makassar dan kemudian ke Papua," katanya.

Bekas Ketua Tentera Udara, Chappy Hakim memberitahu Reuters bahawa pesawat Hercules C-130 yang terhempas itu adalah buatan Amerika Syarikat dan dibina pada 1980-an.

Tentera udara negara itu sekian lama mengadu tidak mempunyai pembiayaan mencukupi dan kekurangan persenjataan berikutan larangan penjualan ke atasnya yang dikenakan Amerika Syarikat sebelum ini. - Reuters/Agensi

Sri Lanka cuti rai kemenangan

Sri Lanka cuti rai kemenangan


MAYAT ketua LTTE, Vellupillai Prabhakaran diusung sambil disaksikan oleh pasukan tentera kerajaan Sri Lanka yang menumpaskan kubu terakhir gerila pemberontak itu di lagun Nanthikadal, berdekatan bandar Mullaittivu di utara Sri Lanka, kelmarin. - REUTERS


COLOMBO 20 Mei - Sri Lanka mengisytiharkan cuti umum hari ini bagi meraikan kemenangan ke atas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sementara tentera menembak mati lapan pemberontak yang dipercayai melarikan diri dalam pertempuran terakhir.

Ratusan askar dikerah ke kawasan Muliyawaikal di mana mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran ditemui selepas pertempuran berakhir di dalam hutan kelmarin.

"Mereka menjalankan operasi pembersihan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Lakshman Hulugalle ketika lebih banyak mayat dihimpunkan untuk dikenal pasti.

Lapan pemberontak LTTE ditembak mati lebih 130 kilometer ke selatan dari lokasi pemberontak LTTE memberi tentangan terakhir di timur laut negara ini.

Mereka merupakan kumpulan pemberontak pertama yang dibunuh oleh tentera sejak kerajaan mengisytiharkan kemenangan ke atas LTTE, manakala polis meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh pulau ini bagi menangkis serangan balas dendam oleh pemberontak, yang masih bebas.

Lebih 400 mayat pemberontak termasuk beberapa militan wanita ditemui di medan pertempuran tempat Prabhakaran ditembak mati, kata pegawai tentera.

Anak sulungnya, Charles Anthony antara mereka yang turut terbunuh di kawasan itu, tetapi tentera belum ada maklumat mengenai isteri Prabhakaran, Madiwadani atau dua lagi anak mereka.

"Proses mengenal pasti mayat anggota LTTE sedang dijalankan dan kami mahu memastikan sama ada terdapat ahli keluarga atau sekutu rapat Prabhakaran yang lain turut terbunuh," kata seorang pegawai tentera. - AFP

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah

Dua pemberontak dibunuh ketika mahu menyerah


COLOMBO: Usaha terdesak dua pemimpin kanan Barisan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) yang terperangkap dalam medan perang untuk menyelamatkan nyawa mereka membawa padah kelmarin apabila mereka ditembak mati ketika bersedia menyerah diri kepada tentera Sri Lanka.

Dalam e-mel, SMS dan panggilan telefon yang disampaikan di kalangan badan bukan kerajaan, kerajaan asing dan pegawai Sri Lanka di Colombo, dua pemimpin LTTE itu bertanya bagaimana mereka dapat menyerah diri.

Mereka diberitahu: "Dapatkan sehelai kain putih, angkat tangan dan berjalan ke arah lain dengan keadaan tidak memberi ancaman."

Bagaimanapun, cubaan menyerah diri oleh Balasingham Nadesan dan Seevaratnam Pulidevan, gagal kerana antara tengah malam 17 Mei lalu awal pagi keesokan hari, mereka ditembak mati.

Pegawai LTTE di luar negara mendakwa kedua-duanya dibunuh tentera kerajaan meskipun mereka membawa bendera putih.

Sementara, kerajaan Sri Lanka berkata mereka dibunuh oleh pemberontak LTTE, yang marah dengan tindakan mereka melarikan diri daripada zon perang.

Perbalahan mengenai pembunuhan Nadesan dan Pulidevan berlaku ketika Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse, memberitahu Parlimen negara itu sudah 'dibebaskan daripada pengganas.'

"Niat kami adalah untuk menyelamatkan penduduk Tamil daripada cengkaman kejam pemberontak. Kita kini mesti hidup bersama di negara bebas ini," katanya.

Ketika Rajapakse, televisyen menyiarkan imej mayat pemimpin pemberontak, Velupillai Prabhakaran, yang dibunuh tentera kerajaan pagi Isnin lalu. Mayatnya ditunjukkan berpakaian seragam dan terbaring di atas pengusung.

Sekeping kain biru menutupi kepalanya bagi melindungi kesan tembakan. - Agensi

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi


YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemu pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliau semalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaan dikendalikan.

Selain diplomat terbabit, junta turut membenarkan beberapa media asing dan tempatan untuk membuat liputan perbicaraan ikon demokrasi berkenaan.

Suu Kyi yang ditahan tanpa perbicaraan selama lebih 13 tahun sejak 19 tahun lalu didakwa melanggar perintah tahanan kediaman dengan membenarkan seorang pelawat rakyat Amerika Syarikat tinggal di rumahnya tanpa kebenaran. Beliau boleh dipenjara lima tahun jika sabit kesalahan. - AFP

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus

Kekayaan Susilo meningkat 20 peratus


JAKARTA: Kekayaan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meningkat 20 peratus ketika tempoh dua tahun terakhir penggalnya sebagai ketua negara, kata seorang pegawai badan antirasuah republik itu.

Eko Tjiptadi dari Suruhanjaya Penghapus Rasuah (KPK) berkata, peningkatan 20 peratus kekayaan Presiden diketahui selepas KPK menjalankan pemeriksaan kekayaannya di kediamannya di Cikeas, Bogor, Jawa Barat.

"Terdapat peningkatan 20 peratus daripada laporan kekayaan terakhirnya pada 2007. Ketika itu kekayaan Susilo direkodkan berjumlah Rp7.144 bilion (RM2.45 juta) ditambah AS$44,887 (RM158,933.87)," kata Eko.



Kali terakhir presiden melaporkan kekayaannya ialah pada 2 Julai 2007.

Pertambahan kekayaan Susilo adalah hasil simpanan pendapatannya sejak dua tahun lalu dan peningkatan dalam nilai jualan hartanah miliknya.

Kelmarin, pasukan KPK menjalankan pemeriksaan kekayaan rumah tiga calon presiden dan naib presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden 8 Julai ini.

KPK juga memeriksa kekayaan Megawati Soekarnoputri di kediamannya di Teuku Umar, Jakarta Pusat, kekayaan Jusuf Kalla di kediamannya di Diponegoro dan Prabowo Subianto di Citerup. Bogor.

Semalam, badan antirasuah juga memeriksa kekayaan Wiranto dan Boediono. - Agensi

Video Sarkozy, Bruni sensasi

Video Sarkozy, Bruni sensasi


PARIS: Rakaman video menunjukkan Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, memanjakan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy, dan menggelarnya 'kubis kecil' mencetuskan sensasi di seluruh Perancis.

Keintiman pasangan itu, yang direkodkan ketika satu temubual, menandakan kali pertama Presiden Perancis itu dan isterinya dirakamkan berkongsi saat romantik di kediaman rasmi mereka, Istana Elysee.

Bruni-Sarkozy, 41, mengusap tangan Sarkozy, 54, malah menepuk perlahan punggungnya, lapor akhbar The Telegraph.

Sarkozy cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti negarawan ketika duduk di tempat letak tangan kerusi dengan kakinya dihayunkan.

Selepas berciuman dan bertukar ucapan, Bruni-Sarkozy berbisik, 'Bon courage, chou chou', bermaksud 'Jadi berani, sayang.'

'Chou' ialah perkataan pendek bagi kubis dalam bahasa Perancis, tetapi apabila digunakan dua kali berturut-turut membawa maksud memberahikan manakala antara pasangan kekasih ia bermakna 'sayang.' - Agensi

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu

Macam-macam: Penduduk sokong Datuk Bandar sentiasa menipu


ZAGREB: Seorang ahli politik menang pemilihan datuk bandar selepas berikrar kepada penduduk dalam kempennya bahawa beliau akan sentiasa menipu mereka dalam apa juga kesempatan yang dimilikinya.

Josko Risa menang besar dalam pemilihan jawatan Datuk Bandar Prolozac selepas menggunakan slogan ‘Semua untuk saya - tiada apa-apa untuk anda’.

“Saya hanya memberitahu mereka apa yang benar. Bandar ini seperti perniagaan keluarga. Jika saya mendapat sesuatu mereka juga akan memperolehnya,” katanya. - Agensi

Minuman ringan jejas kesihatan

Minuman ringan jejas kesihatan

ATHENS: Amalan terlalu banyak minum minuman ringan setiap hari boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah otot, degupan jantung tidak normal malah lumpuh, kata doktor.

Pengambilan minuman itu secara kerap boleh menyebabkan keadaan yang digelar 'hypokalaemia' iaitu penurunan paras potasium dalam darah membawa kepada lemah badan dan sembelit hingga lumpuh.

Penyelidik berkata, doktor keluarga perlu melihat masalah otot pada pesakit yang meminum banyak minuman ringan, selepas mendapati pesakit yang minum antara dua dan 10 liter sehari menunjukkan keadaan itu.

Penyelidik Universiti Ioannina memperincikan keadaan itu dalam International Journal of Clinical Practice . "Kita mengambil lebih banyak minuman ringan berbanding sebelum ini dan beberapa isu kesihatan sudah dikenal pasti termasuk masalah gigi, kerapuhan tulang dan perkembangan sindrom metabolik dan diabeters.

"Bukti semakin banyak menunjukkan pengambilan keterlaluan minuman ringan juga membawa kepada masalah hypokalaemia," kata Dr Moses Elisaf, yang mengetuai penyelidikan itu.

Semua pesakit sembuh sepenuhnya pada kadar segera selepas berhenti minum minuman ringan dan mengambil makanan tambahan potasium. - Agensi

Mangsa konflik berdepan krisis makanan

Mangsa konflik berdepan krisis makanan


ISLAMABAD: Orang awam yang terperangkap dalam pertempuran di barat daya Pakistan terpaksa bergantung hidup pada roti dan air kerana serangan kerajaan terhadap Taliban menyebabkan hubungan jalan raya dan bekalan makanan terputus.

Apa juga sedikit makanan yang ada pun agak tinggi harganya, kata mereka. Situasi ini menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan kemanusiaan di kawasan bermasalah itu di mana hospital juga ditutup dan bekalan elektrik tidak menentu.

Di Lembah Swat, yang pernah suatu ketika dulu destinasi pelancongan popular, penduduknya terpaksa berhempas pulas untuk hidup ketika pihak tentera berusaha untuk menghapuskan pejuang Islam, menyebabkan orang awam terperangkap dalam pertempuran itu.

"Keluarga kami mempunyai 10 orang, dan kami kini hanya mampu makan roti dengan air," kata Shaista, seorang suri rumah berusia 28 tahun dari bandar Bahrain di Swat.

"Terdapat kekurangan makanan yang teruk. Semua jalan raya ke bandar kami ditutup. Tiada sayur, tiada minyak masak – bayangkan bagaimana kami hendak hidup," katanya melalui telefon.

Abangnya berkata satu-satunya kedai di Bahrain sudah ditutup sejak dua minggu lalu, sementara penduduk lain - yang bercakap kepada AFP melalui telefon, berkata apa juga makanan yang ada, harganya semakin meningkat.

"Minggu lalu saya ke bandar Madyan yang berdekatan dan dapat membeli tepung dengan harga tiga kali ganda," kata penduduk Bahrain, Mohammad Sajid.

"Hampir di semua rumah, penghuninya lapar. Mereka tidur tanpa makanan pada waktu malam dan hanya bergantung hidup dengan air," katanya.

"Cuba bayangkan bagaimana keadaannya bagi kanak-kanak. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk kami, kalau tidak akan wujud satu lagi krisis kemanusiaan di bandar ini," kata Arif Khan.

"Sekurang-kurangnya mereka sepatutnya membuka jalan dan bekalan makanan kepada kami. Mereka boleh melakukannya melalui udara. Penduduk di sini mungkin terpaksa makan rumput kalau keadaan sudah teruk sangat." - AFP

Wednesday, May 20, 2009

GLOBAL : RABU 20 MEI 2009

Image
ASEAN: Bebaskan Suu Kyi
BANGKOK 19 Mei - Thailand, selaku Pengerusi ASEAN dan jiran terdekatMyanmar hari ini memandang berat tindakan junta tentera Myanmarmengheret tokoh pembangkang negara tersebut Aung San Suu Kyi kemahkamah.

LTTE nafi Prabhakaran terbunuh
COLOMBO 19 Mei - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hariini menafikan pemimpin mereka, Vellupillai Prabhakaran telah matidibunuh oleh tentera Sri Lanka.

Image
Rakaman video mayat Prabhakaran disiar
COLOMBO 19 Mei - Televisyen kerajaan Sri Lanka hari ini menyiarkangambar video merakamkan apa yang didakwa sebagai mayat pemimpinpemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), VellupillaiPrabhakaran.

PNG perlu jamin keselamatan etnik Cina
PORT MORESBY 19 Mei - Kedutaan China di Papua New Guinea (PNG) memintakerajaan republik ini menjamin keselamatan etnik Cina di negara ini,ekoran serangan penduduk tempatan ke atas kedai-kedai milik etniktersebut di Papua New Guinea.

calon pilihan raya Presiden paling kaya
JAKARTA 19 Mei - Pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra)Prabowo Subianto merupakan calon yang paling kaya yang akan bertandingpada pilihan raya Presiden Republik Indonesia pada 8 Julai ini.

Tanah runtuh, 26 terkorban
MANILA19 Mei - Sekurang- kurangnya 26 terbunuh, sementara enam lagi masihhilang dalam kejadian tanah runtuh yang menenggelamkan berpuluh-puluhrumah setinggan di perkampungan lombong emas di selatan Filipina.

Hamas skeptis terhadap Obama, Netanyahu
GAZACITY 19 Mei - Pergerakan Hamas yang memerintah Genting Gaza skeptisdengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),Barack Obama semasa pertemuan sulungnya dengan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu, semalam.

Speaker Britain letak jawatan
LONDON19 Mei - Speaker House of Commons Britain, Michael Martin mengumumkanpeletakan jawatannya hari ini selepas dikecam hebat kerana skandalmelibatkan tuntutan perbelanjaan anggota Parlimen.

Image
Pelajar 'bercuti' kunjungi karaoke
KOBE19 Mei - Beratus-ratus pelajar Jepun yang belajar di sekolah yangditutup minggu ini bagi mengelakkan merebaknya wabak selesema babimengunjungi pusat karaoke dengan rakan-rakan.

Image
Televisyen ternipis di dunia
SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkanbahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair(LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.






LTTE dakwa Prabhakaran selamat
COLOMBO:Mati atau masih hidup? Saki baki anggota kumpulan Harimau Tamil Eelam(LLTE) semalam menafikan dakwaan kerajaan Sri Lanka bahawa pemimpinmereka Velupillai Prabhakaran dibunuh dalam serangan tentera kelmarin,manakala kerajaan pula berkata mereka sudah mengesahkan mayat itusebagai ketua pemberontak berkenaan.

Sekolah diserang, seorang guru maut
YALA: Suspek pejuang pemisah menembak dan membunuh seorang guru di selatan bergolak ketika sekolah dibuka, semalam.

Media dibenar siar perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Media Myanmar kawalan kerajaan semalam buat pertama kalinya melaporkanperbicaraan Aung San Suu Kyi, layanan yang sebelum ini jarang diberikankepada pemimpin prodemokrasi yang ditahan itu.

12 lagi mangsa Influenza A di Jepun
TOKYO:Jepun mengesahkan 12 lagi kes Influenza A malam kelmarin menjadikan 173orang keseluruhannya, manakala China mengesahkan kes keempat.

Pakistan diancam pelarian
ISLAMABAD:Pakistan kini berdepan krisis pelarian paling buruk di dunia, hampirmenyamai krisis pelarian Rwanda, ketika pekerja bantuan bertungkuslumus memenuhi keperluan hampir dua juta penduduk yang meninggalkanrumah mereka berikutan pertempuran antara tentera kerajaan denganpejuang Taliban, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)semalam.

Clinton gesa guna internet bebas wartawan di Korea Utara
WASHINGTON:Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menggesa pelajarwanita menggunakan internet sebagai kempen membebaskan dua wartawanAmerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara.

Colombo usaha pujuk penduduk Tamil kembali
COLOMBO:Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse semalam mengumumkan ‘kekalahanmutlak’ pemberontak Harimau Tamil dan berikrar untuk meneruskan usahamencari ‘penyelesaian politik dalam negara’ bagi menamatkan konfliketnik sejak berdekad lalu.Berucap di Parlimen dengan sebahagian daripadanya di dalam bahasaTamil, Rajapakse berkata, kerajaan kini menguasai ‘setiap inci’ wilayahdi pulau itu dan berjaya menghapuskan ‘keganasan’ dengan menewaskantentera pemberontak kelmarin.

FILIPINA : Tanah runtuh, 26 terkorban

Tanah runtuh, 26 terkorban
MANILA19 Mei - Sekurang- kurangnya 26 terbunuh, sementara enam lagi masihhilang dalam kejadian tanah runtuh yang menenggelamkan berpuluh-puluhrumah setinggan di perkampungan lombong emas di selatan Filipina.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Cubaan bunuh Gabenor Sulu gagal
MANILA13 Mei - Sebuah motosikal yang dipasangkan dengan bom meletupberhampiran konvoi gabenor sebuah pulau di selatan Filipina hari ini,menyebabkan seorang datuk bandar dan sekurang-kurangnya tiga pengawalperibadinya cedera.

THAILAND : Sekolah diserang, seorang guru maut

Sekolah diserang, seorang guru maut
YALA: Suspek pejuang pemisah menembak dan membunuh seorang guru di selatan bergolak ketika sekolah dibuka, semalam.

------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga ditahan kes penderaan seks budak lelaki
BANGKOK:Polis Thailand menahan dua lelaki Sweden dan seorang rakyat Britain dipantai peranginan Pattaya atas dakwaan melakukan penderaan seksualterhadap kanak-kanak lelaki bawah umur.

Clinton gesa guna internet bebas wartawan di Korea Utara

Clinton gesa guna internet bebas wartawan di Korea Utara
WASHINGTON:Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menggesa pelajarwanita menggunakan internet sebagai kempen membebaskan dua wartawanAmerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Korea Utara batalkan semua kontrak
SEOUL15 Mei - Korea Utara hari ini mengisytiharkan semua kontrak berhubungpengurusan sebuah kompleks perindustrian yang dijalankan bersama denganKorea Selatan sebagai 'batal dan tidak sah'.

LTTE dakwa Prabhakaran selamat

LTTE dakwa Prabhakaran selamat


IMEJ televisyen Sri Lanka semalam menunjukkan mayat yang disahkan sebagai Prabhakaran.

COLOMBO: Mati atau masih hidup? Saki baki anggota kumpulan Harimau Tamil Eelam (LLTE) semalam menafikan dakwaan kerajaan Sri Lanka bahawa pemimpin mereka Velupillai Prabhakaran dibunuh dalam serangan tentera kelmarin, manakala kerajaan pula berkata mereka sudah mengesahkan mayat itu sebagai ketua pemberontak berkenaan.

"Pemimpin kesayangan kami masih hidup dan dalam keadaan selamat. Beliau akan terus menjadi ketua dalam perjuangan maruah dan kebebasan rakyat Tamil," kata ketua hubungan antarabangsa Harimau, Selvarasa Pathmanathan dalam kenyataan disiarkan dalam laman web pro-pemberontak Tamilnet.

Pathmanathan bagaimanapun tidak memberi petunjuk kedudukan sebenar Prabhakaran, yang menjadi perancang utama perang selama 26 tahun yang meragut sekurang-kurangnya 70,000 nyawa.

Sementara itu, Panglima Tentera Sri Lanka, berkata mayat Prabhakaran sudah dijumpai dan disahkan pagi semalam.

"Berita baik yang diterima dari medan perang ialah mayat ketua pertubuhan pengganas yang memusnahkan negara ini selama 30 tahun, Prabhakaran, sudah ditemui oleh tentera pagi ini," kata Jeneral Sarath Fonseka ketika mengumumkannya menerusi radio semalam.

"Kami sudah mengenal pasti mayatnya."

Stesen televsyen swasta, Swarnawahini menunjukkan gambar mayat yang nampak seperti mayat pemimpin LTTE berkenaan, masih berseragam tentera hijau tua. Bahagian atas kepalanya ditutup dengan kain berwarna biru, kemungkinan untuk menutup kesan tembakan peluru di kepala.

Matanya terbuka dan memandang ke atas dan mukanya nampak bengkak.

Pengumuman Fonseka dilakukan beberapa jam selepas Presiden Mahinda Rajapakse menyampaikan ucapan kemenangan di Parlimen, dan mengisytiharkan negara berkenaan sudah 'dibebaskan' daripada keganasan selepas menumpaskan penentang Harimau Tamil di medan pertempuran.

Tentera kerajaan berkata kelmarin mereka menemui 300 mayat dalam kawasan 100 meter persegi tempat tentera Harimau terakhir diburu. Laman web pro-Harimau Tamil berkata tentera menjalankan 'pembunuhan besar-besaran'.

Wartawan tidak dibenarkan menghampiri zon konflik bagi menyaksikan kawasan pertempuran selepas itu. - Agensi






LTTE nafi Prabhakaran terbunuh

COLOMBO 19 Mei - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini menafikan pemimpin mereka, Vellupillai Prabhakaran telah mati dibunuh oleh tentera Sri Lanka.

Ketua perhubungan antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan dalam kenyataan yang disiarkan di laman web Tamilnet mendakwa, ketua pemberontak itu masih hidup dan dalam keadaan selamat.

"Pemimpin kita yang dikasihi masih hidup dan selamat. Dia akan terus memimpin perjuangan untuk mempertahankan maruah dan kebebasan kaum Tamil," kata Pathmanathan.

Tentera Sri Lanka semalam mengumumkan, Prabhakaran dan dua komander kanannya ditembak mati ketika mereka cuba melarikan diri daripada kepungan askar dengan menaiki sebuah ambulans.

Pathmanathan mendakwa kerajaan telah mengada-adakan laporan mengenai kematian Prabhakaran bertujuan untuk 'bermegah-megah' selepas mencapai kemenangan muktamad ke atas pemberontak LTTE.

"Kami menafikan laporan mengenai kematian beliau," katanya tanpa menyatakan di mana Prabhakaran berada sekarang.

Pathmanathan menuduh kerajaan dan tentera Sri Lanka melakukan 'jenayah terhadap kemanusiaan' dengan mendakwa para pemimpin kanan LTTE ditembak mati selepas dijemput untuk merundingkan syarat-syarat menyerah kalah. - AFP

Rakaman video mayat Prabhakaran disiar

Rakaman video mayat Prabhakaran disiar


petikan video merakamkan anggota keselamatan sri lanka mengangkat mayat yang mereka dakwa mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran, semalam. - REUTERS


COLOMBO 19 Mei - Televisyen kerajaan Sri Lanka hari ini menyiarkan gambar video merakamkan apa yang didakwa sebagai mayat pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Vellupillai Prabhakaran.

Beberapa jam sebelum itu, pemberontak Harimau mengeluarkan kenyataan menafikan Prabhakaran terbunuh dan mendakwa beliau masih hidup dan selamat.

Rakaman itu menunjukkan bahagian atas mayat seorang lelaki beruniform celorong-celoreng dengan luka di kepala dengan mata terbeliak.

Wajahnya masih utuh dan jelas mirip pemimpin pemberontak itu.

Sebahagian dahinya ditutup dengan kain biru dan kepala beralaskan kertas surat khabar yang berlumuran darah.

Imej berkenaan juga menunjukkan lencana Prabhakaran bertandakan '0.01' dan kad pengenalan LTTE milik beliau.

Rakaman itu disiarkan selepas Panglima Tentera Sri Lanka, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka mengumumkan beliau "berasa gembira kerana dapat mengesahkan pemimpin pengganas kejam, Prabhakaran telah dibunuh."

Menurut Fonseka, mayat berkenaan telah dikenal pasti awal hari ini sebagai mayat Prabhakaran.

Tentera semalam melaporkan Prabhakaran terbunuh bersama-sama dua orang kanannya ketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar. - AFP

Colombo usaha pujuk penduduk Tamil kembali

Colombo usaha pujuk penduduk Tamil kembali


COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse semalam mengumumkan ‘kekalahan mutlak’ pemberontak Harimau Tamil dan berikrar untuk meneruskan usaha mencari ‘penyelesaian politik dalam negara’ bagi menamatkan konflik etnik sejak berdekad lalu.

Berucap di Parlimen dengan sebahagian daripadanya di dalam bahasa Tamil, Rajapakse berkata, kerajaan kini menguasai ‘setiap inci’ wilayah di pulau itu dan berjaya menghapuskan ‘keganasan’ dengan menewaskan tentera pemberontak kelmarin.

“Pemerintahan kini berkuat kuasa di seluruh negara. Kami berjaya menewaskan pengganas sepenuhnya,” kata beliau yang menegaskan kekalahan tentera Harimau Tamil adalah kemenangan seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dilihat sebagai kekalahan penduduk minoriti Tamil.

Rajapakse berkata pentadbiran beliau percaya, konflik etnik di Sri Lanka memerlukan penyelesaian politik.

“Kami adalah kerajaan yang berjaya menewaskan keganasan ketika pihak lain memberitahu ia tidak mungkin dilakukan. Kita sudah menunjukkan boleh menyelesaikan masalah dan akan meneruskannya dengan menyelesaikan masalah politik dalam negara,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Rajapakse berkata Sri Lanka akan berusaha mendapatkan bantuan antarabangsa untuk membangunkan semula wilayah timur dan utara negara itu yang terjejas teruk akibat perang selain menjadi kubu kuat Harimau Tamil.

“Apa yang kami perlukan daripada masyarakat antarabangsa bukan nasihat tetapi bahan dan peralatan untuk membantu usaha pembangunan semula,” katanya.

Lebih 250,000 penduduk Tamil yang melarikan diri dari zon perang kini ditempatkan di kem dikendalikan kerajaan, walaupun masyarakat antarabangsa terus menggesa mereka dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing secepat mungkin. - AFP

Televisyen ternipis di dunia

Televisyen ternipis di dunia


Seorang promoter mempamerkan duit syiling bersebelahan dengan panel televisyen terbaru LCD keluaran LG Display yang merupakan panel televisyen paling nipis di dunia semasa pameran di Seoul, semalam. - AFP


SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.

Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.

Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.

"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.

Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.

Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.

LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP

Tuesday, May 19, 2009

GLOBAL : SELASA 19 MEI 2009

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur
COLOMBO:Tentera Sri Lanka mengumumkan kemenangan ke atas Harimau PembebasanTamil Eelam (LTTE) selepas berjaya membunuh keseluruhan kepemimpinantertinggi kumpulan pemisah itu, termasuk ketuanya, VellupillaiPrabhakaran

Prabhakaran ditembak ketika cuba tinggalkan zon perang
DARI MUKA 1Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.




Image
Ketua LTTE terbunuh
COLOMBO 18 Mei – Pemimpin tertinggi pemberontak Harimau PembebasanTamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati hari iniketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar kerajaan Sri Lanka.

Image
Askar kuasai penuh Sri Lanka
COLOMBO18 Mei – Tentera Sri Lanka hari ini meletakkan seluruh negara ini dalamkawalan kerajaan buat kali pertama sejak 1983, setelah menghancurkansisa-sisa tentangan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)dan membunuh pemimpin tertingginya, Vellupillai Prabhakaran.

Sentimen anti-Cina
PORTMORESBY 18 Mei – Papua New Guinea telah menghantar pasukan polistambahan ke beberapa pekan di kawasan tanah tinggi bagi melindungiperniagaan milik etnik Cina, selepas gelombang kes samun kedai miliketnik itu meningkat sejak beberapa hari lalu.

Image
Aung San Suu Kyi dibicarakan
YANGON18 Mei – Tokoh pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dibicarakan dengankawalan ketat di penjara Insein di sini hari ini, dan menghadapikemungkinan ditahan selama lima tahun lagi atas tuduhan melindungiseorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang memasuki rumahnya denganberenang merentasi tasik.

Isu Boediono gugat PAN
JAKARTA18 Mei – Sokongan Parti Amanat Nasional (PAN) kepada Parti Demokratpada Pilihan Raya Presiden Julai ini, kini berbelah bahagi, setelahPresiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono memilih bekas Gabenor BankIndonesia, Boediono sebagai calon Naib Presiden.

Pemberontak Darfur serah diri
THEHAGUE 18 Mei - Ketua pemberontak yang melakukan serangan ke ataspasukan pengaman dalam wilayah bergolak di Darfur menyerah diri kepadaMahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang,semalam.

Pilihan raya umum Iraq awal 2010
BAGHDAD18 Mei - Iraq hari ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umumpada awal tahun depan yang dijangka menjadi ujian penting terhadapkerajaan Syiah pimpinan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki.

Image
Kapal bawa sisa nuklear tiba di pelabuhan Jepun
OMAEZAKI18 Mei - Sebuah kapal yang mengangkut sisa nuklear yang dikitar semuladari Perancis tiba di pelabuhan di sini hari ini disambut dengan tunjukperasaan oleh aktivis anti-nuklear.

Tangguh tutup kem Gitmo
WASHINGTON18 Mei - Para pemimpin Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam menggesaPresiden Barack Obama menangguhkan penutupan kem penjara di TelukGuantanamo, Cuba.

Wanita pertama jadi Presiden Lithuania
VILNIUS,Lithuania 18 Mei - Ketua Belanjawan Kesatuan Eropah (EU), DaliaGrybauskaite ( gambar ), mencatat sejarah apabila muncul wanita pertamamenerajui negara Baltik, Lithuania setelah memenangi pilihan rayaPresiden negara tersebut.

Image
Jepun tutup 1,000 sekolah
KOBE18 Mei - Jepun telah menutup lebih 1,000 sekolah dan tadika hari iniketika penyakit selesema babi di negara ini mencecah 129 kes.

Pengetua sekolah maut
NEWYORK 18 Mei - Seorang pengetua sekolah di New York yang dijangkitipenyakit selesema babi, meninggal dunia semalam, sekali gus menjadikematian pertama akibat jangkitan virus influenza A (H1N1) di bandarini.

Mendarat di padang golf ambil anak
WAUKEGAN- Seorang juruterbang diletakkan di bawah pengawasan mahkamah selama 18bulan kerana melakukan pendaratan pesawat empat tempat duduk di sebuahpadang golf di Illinois.




Sri Lanka bebas ancaman LTTE
COLOMBO:Tentera Sri Lanka untuk kali pertama sejak 1983 menguasai keseluruhanwilayah negara kepulauan itu selepas menghapuskan saki baki pemberontakHarimau Tamil semalam.

Prabhakaran buat silap besar
COLOMBO:Velupillai Prabhakaran mengubah sebuah kumpulan kecil penentang yangtidak bersenjata lengkap kepada sebuah kumpulan penentang sofistikateddan kejam yang dikenali di seluruh dunia, tetapi kemudiannya membuatbeberapa kesilapan sehingga akhirnya menyebabkan ia tumpas kepadatentera Sri Lanka semalam.

Macam-macam: Lelaki perdaya polis kerana lapar
BEIJING:Seorang lelaki cuba memperdayakan anggota polis membeli makananuntuknya dengan membuat laporan palsu dia dirompak.He Guohua menghubungi talian hotline polis dan melaporkan seorangpenunggang motosikal mencuri begnya yang mengandungi kad pengenalan,baju dan wang.

Musharraf sedia aktif berpolitik
WASHINGTON:Bekas presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak menolak kemungkinankembali semula berpolitik dan bersedia menyumbang tenaga sekiranyanegaranya terus dilanda 'masalah'.

Myanmar larang empat duta saksi perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Pihak berkuasa Myanmar semalam menghalang duta empat negara KesatuanEropah daripada memasuki penjara untuk menyaksikan perbicaraan pemimpinpembangkang yang ditahan, Aung San Suu Kyi.

Kongres bentuk barisan baru Kabinet India
NEWDELHI: Parti Kongres India mula menyusun barisan baru Kabinet semalamselepas diberi mandat besar dalam pilihan raya, sekali gus membolehkankerajaan meneruskan langkah pemulihan ekonomi.

120 mangsa di Jepun
TOKYO:Jumlah mangsa Influenza A di Jepun meningkat semalam kepada 120 orangdan kerajaan bertindak menutup sekolah dan syarikat pula tidakmenggalakkan kakitangannya melakukan lawatan tidak diperlukan bagimembendung penyakit itu daripada merebak.

Jiran tak tahan Hilton anjur parti
LOSANGELES: Sikap Paris Hilton yang dilaporkan suka berparti dilaporkanmembuatkan jirannya terlalu marah hingga sanggup menawarkan sejumlahwang kepada tuan rumah aktres itu, semata-mata memastikan beliau diusirdari rumah yang baru disewanya itu.

Pameran alat kelamin dimusnah
BEIJING:Sebuah taman tema seks yang mempamerkan alat kelamin dan budaya seksualdimusnahkan sebelum ia sempat dibuka Oktober tahun ini.

Gunung Anak Krakatau dijangka meledak
JAKARTA:Kegiatan mendaki dan trek dilarang di kawasan sekitar Gunung AnakKrakatau selepas peningkatan aktiviti seismik dikesan.

Brooke Shields saman wartawan
LOSANGELES: Aktres Brooke Shields dilaporkan mengambil tindakanundang-undang terhadap seorang wartawan yang didakwa membawa keluaribunya dari sebuah rumah penjagaan untuk satu temu bual.

AS haramkan bersalaman, High Five

Mendarat di padang golf ambil anak
WAUKEGAN- Seorang juruterbang diletakkan di bawah pengawasan mahkamah selama 18bulan kerana melakukan pendaratan pesawat empat tempat duduk di sebuahpadang golf di Illinois.

----------------------------------------------------------------------------------------------

AS haramkan bersalaman, High Five
WASHINGTON17 Mei - Tradisi bersalaman ketika majlis penganugerahan diploma dankelakuan menepuk tangan high five ketika menyaksikan pertandingan sukandiharamkan di Amerika Syarikat (AS).

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kongres AS luluskan dana perang RM383 bilion
WASHINGTON15 Mei - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam dengan hampirsebulat suara meluluskan rang undang-undang peruntukan AS$96.7 bilion(RM348 bilion) bagi membiayai kos perang di Iraq dan Afghanistansehingga 1 Oktober ini, selain untuk membantu sekutu rapat, Pakistan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ratu Cantik California kekal
NEWYORK 13 Mei – Ratu cantik California, Carrie Prejean menge kalkangelarannya selepas timbul persoalan mengenai gambar separuh bogelnyayang dirakamkan ketika remaja dan pertalian dengan sebuah kumpulanantiperkahwinan gay, kata pemilik pertandingan ratu cantik berkenaan,Donald Trump sema lam.

Pemberontak Darfur serah diri

Pemberontak Darfur serah diri
THEHAGUE 18 Mei - Ketua pemberontak yang melakukan serangan ke ataspasukan pengaman dalam wilayah bergolak di Darfur menyerah diri kepadaMahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang,semalam.

Wanita pertama jadi Presiden Lithuania

Wanita pertama jadi Presiden Lithuania
VILNIUS,Lithuania 18 Mei - Ketua Belanjawan Kesatuan Eropah (EU), DaliaGrybauskaite ( gambar ), mencatat sejarah apabila muncul wanita pertamamenerajui negara Baltik, Lithuania setelah memenangi pilihan rayaPresiden negara tersebut.

JEPUN : Menteri salah guna pas letak jawatan

Image
Kapal bawa sisa nuklear tiba di pelabuhan Jepun
OMAEZAKI18 Mei - Sebuah kapal yang mengangkut sisa nuklear yang dikitar semuladari Perancis tiba di pelabuhan di sini hari ini disambut dengan tunjukperasaan oleh aktivis anti-nuklear.

--------------------------------------------------------------------------------------

Bekas PM gesa pilihan raya Jepun Julai ini
TOKYO:Jepun perlu mengadakan pilihan raya Julai ini dan parti bertandingharus berjanji untuk membuat lebih banyak perbelanjaan bagi kepentinganumum jika dipilih membentuk kerajaan untuk merangsang ekonomi yangterjejas, kata bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------------

Menteri salah guna pas letak jawatan
TOKYO:Seorang menteri rendah kerajaan meletak jawatan berikutan laporansebuah majalah menyatakan beliau menyalahgunakan pas kereta api percumayang diberi kepada Ahli Parlimen untuk satu perjalanan bertemu temanwanitanya.

CHINA: Pameran alat kelamin dimusnah

Pameran alat kelamin dimusnah
BEIJING:Sebuah taman tema seks yang mempamerkan alat kelamin dan budaya seksualdimusnahkan sebelum ia sempat dibuka Oktober tahun ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Peluru 42 tahun dikeluarkan dari kepala
BEIJING 15 Mei - Doktor di barat daya China berjaya mengeluarkansebutir peluru dari dalam kepala seorang wanita bagi menamatkanpenderitaan yang dialaminya sejak ditembak 42 tahun lalu.

Taman tema seks China cetus kontroversi
BEIJING:Sebuah taman tema seks di barat daya China yang mempamerkan ukiranmanusia bogel, alat kelamin gergasi dan bengkel teknik seksualmencetuskan bantahan negara itu.

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur

Prabhakaran dibunuh, Tamil Eelam berkubur



KEPULAN asap kelihatan di kawasan tempat persembunyian pemberontak LTTE, termasuk pemimpinnya, Prabhakaran (gambar kecil) yang digempur tentera Sri Lanka, semalam.

COLOMBO: Tentera Sri Lanka mengumumkan kemenangan ke atas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) selepas berjaya membunuh keseluruhan kepemimpinan tertinggi kumpulan pemisah itu, termasuk ketuanya, Vellupillai Prabhakaran.

Selain Prabhakaran, 54, anaknya, Charles Anthony, 24, dan orang kanannya, Pottu Amman (ketua risik) serta Soosai (ketua unit laut) turut dibunuh semalam ketika tentera Sri Lanka melancarkan operasi habis-habisan ke atas kawasan kecil di timur laut Sri Lanka yang masih dikuasai LTTE.

Pertempuran terakhir berkenaan yang berlaku di kawasan 300 meter persegi dengan saki baki pemberontak LTTE yang bersembunyi dalam lubang dan melindungi diri mereka dengan lingkaran periuk api dan jerangkap samar, menamatkan perang etnik yang tercetus sejak 1983 itu

Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.

"Kami sudah membebaskan keseluruhan negara ini dengan membebaskan kawasan utara daripada kawalan pengganas," katanya kepada stesen televisyen tempatan.

Prabhakaran ditembak mati oleh pasukan komando Sri Lanka ketika cuba melarikan diri dari zon perang awal semalam.

Seorang pegawai pertahanan berkata, mayat ketua pemberontak itu ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran sebelum waktu subuh, semalam.

Pegawai berkenaan berkata, van terbabit memecut laju ketika serangan dilakukan, tetapi ia terkena tembakan dan terbakar.

"Prabhakaran berada di dalam konvoi kecil sebuah van dan ambulans bersama beberapa pembantu yang cuba memandu keluar dari zon perang, tetapi ia berjaya diserang hendap komando. Beliau dibunuh bersama dua orang lagi di dalam kenderaan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian," katanya.

Berita kematian Prabhakaran disahkan ketika tentera mengumumkan perang yang menyaksikan 70,000 orang terkorban sejak 1983 itu sudah berakhir.

Kementerian Pertahanan berkata, kepemimpinan LTTE sudah musnah dan ini menandakan berakhirnya 'perjuangan' panjang kumpulan itu untuk membentuk sebuah negara etnik Tamil merdeka di utara Sri Lanka.

"Pengganas LTTE melakukan tindakan terakhir untuk membawa keluar pemimpin mereka awal pagi ini," kata satu kenyataan yang disiarkan laman web Kementerian Pertahanan, sambil menambah 'pemimpin kanan pemberontak cuba melarikan diri dengan dua kenderaan, tetapi berjaya digagalkan'.

Tentera juga mengesahkan dua pembantu Prabhakaran, Pottu Amman dan Soosai turut terbunuh dalam pertempuran.

Kementerian pertahanan berkata, tentera sudah menemui mayat Anthony, ketua sayap politik B Nadesan dan Ketua Setiausaha Keamanan LTTE S Pulideevan. Turut ditemui mati, Ketua Polis LTTE, Ilango; pemimpin bahagian timur, S Ramesh dan Timbalan Ketua Perisikan, Kapil Amman.

LTTE dalam satu kenyataan kelmarin sudah mengaku kalah dengan mengumumkan akan meletakkan senjata. - AFP


Prabhakaran ditembak ketika cuba tinggalkan zon perang

Panglima tentera Sri Lanka Lt-Jen Sarath Fonseka mengumumkan pasukannya sudah menguasai keseluruhan kawasan LTTE.

“Kami sudah menguasai keseluruhan negara ini dengan membebaskan kawasan utara daripada kawalan pengganas,” katanya kepada stesen televisyen tempatan.

Prabhakaran ditembak mati oleh pasukan komando Sri Lanka ketika cuba melarikan diri dari zon perang, awal semalam.

Seorang pegawai pertahanan berkata, mayat ketua pemberontak itu ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran sebelum waktu subuh, semalam.

Pegawai berkenaan berkata, van terbabit memecut laju ketika serangan dilakukan, tetapi ia terkena tembakan dan terbakar.

“Prabhakaran berada di dalam konvoi kecil sebuah van dan ambulans bersama beberapa pembantu yang cuba memandu keluar dari zon perang, tetapi ia berjaya diserang hendap komando. Beliau dibunuh bersama dua orang lagi di dalam kenderaan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian,” katanya.

Berita kematian Prabhakaran disahkan ketika tentera mengumumkan perang yang menyaksikan 70,000 orang terkorban sejak 1983 itu sudah berakhir.

Kementerian Pertahanan berkata, kepemimpinan LTTE sudah musnah dan ini menandakan berakhirnya ‘perjuangan’ panjang kumpulan itu untuk membentuk sebuah negara etnik Tamil merdeka di utara Sri Lanka.

“Pengganas LTTE melakukan tindakan terakhir untuk membawa keluar pemimpin mereka awal pagi ini,” kata satu kenyataan disiarkan laman web Kementerian Pertahanan, sambil menambah ‘pemimpin kanan pemberontak cuba melarikan diri dengan dua kenderaan. - AFP

Ketua LTTE terbunuh

Ketua LTTE terbunuh


TV Derana merakamkan mayat, Charles Anthony, anak lelaki pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran yang terbunuh dalam serangan tentera Sri Lanka, semalam. – REUTERS


COLOMBO 18 Mei – Pemimpin tertinggi pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati hari ini ketika cuba melarikan diri daripada kepungan askar kerajaan Sri Lanka.

Prabhakaran cuba meninggalkan kawasan yang dikepung dengan menaiki sebuah ambulans bersama-sama dua pembantu kanan sebelum subuh hari ini, tetapi kesemua mereka terbunuh apabila kenderaan itu diserang hendap, kata seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

“Dia terbunuh bersama-sama dua orang lain di dalam ambulans itu. Pengumuman rasmi akan dibuat kemudian,” katanya.

Dua orang kanan Prabhakaran yang turut terbunuh itu dikenal pasti sebagai ketua perisikan LTTE, Pottu Amman dan ketua tentera lautnya, Soosai.

Tentera Sri Lanka sebelum itu mengumumkan, mereka telah membunuh tiga pemimpin kanan LTTE dan menemui mayat anak lelaki Prabhakaran dalam operasi pembersihan berikutan kekalahan pemberontak tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, salah seorang pemimpin LTTE yang terbunuh itu ialah ketua sayap politiknya, B. Nadesan.

Sehari selepas mengumumkan mereka menghentikan pertempuran, saki baki gerila LTTE kini terperangkap di sebuah kawasan hutan kecil di timur laut Sri Lanka.

Jurucakap tentera, Brigadier Udaya Nanayakkara berkata, sebilangan pemberontak terus memberikan tentangan sewaktu askar menjalankan ‘operasi pembersihan’ di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan keselamatan turut menemui mayat anak lelaki Prabhakaran, Charles Anthony, 24, semasa operasi tersebut.

Selain Nadesan, pemimpin kanan lain LTTE yang terbunuh ialah ketua sekretariat perdamaian Harimau, S. Puleedevan; dan pemimpin mereka di wilayah timur, S. Ramesh, menurut Kementerian Pertahanan.

Nanayakkara berkata, nasib Prabhakaran tidak diketahui kerana “kami belum menemuinya, sama ada hidup atau mati, tetapi kami mengetahui apa yang perlu kami lakukan apabila kami menangkapnya.” – AFP

Askar kuasai penuh Sri Lanka

Askar kuasai penuh Sri Lanka


Pasukan artileri melancarkan meriam ke arah kubu pemberontak LTTE di sebuah lokasi yang tidak diketahui di semenanjung Jaffna, kira-kira 400 kilometer utara Colombo. Tentera Sri Lanka, semalam mengumumkan kejayaan mereka menewaskan pemberontak LTTE dan sekali gus mematahkan perjuangan LTTE selama 35 tahun untuk membentuk negara merdeka di Sri Lanka. – AFP


COLOMBO 18 Mei – Tentera Sri Lanka hari ini meletakkan seluruh negara ini dalam kawalan kerajaan buat kali pertama sejak 1983, setelah menghancurkan sisa-sisa tentangan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan membunuh pemimpin tertingginya, Vellupillai Prabhakaran.

Panglima tentera, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka berkata, askar kerajaan telah melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka oleh Presiden Mahinda Rajapaksa tiga tahun lalu dengan berjaya.

“Semua operasi tentera telah ditamatkan. Kami berjaya membebaskan seluruh negara ini dengan melepaskan bahagian utara negara ini daripada cengkaman pengganas.

“Kami telah menguasai sepenuhnya kawasan LTTE,” kata Fonseka di televisyen kerajaan.

Lebih 250 pemberontak LTTE terbunuh dalam pertempuran terakhir dengan tentera kerajaan itu, termasuk Prabhakaran.

Kenyataan beliau itu menandakan berakhirnya salah satu konflik paling lama dan paling berdarah di Asia, yang telah menyebabkan lebih 70,000 orang maut dalam pertempuran sengit, serangan pengebom berani mati, letupan bom dan pembunuhan politik. – AFP

Prabhakaran buat silap besar

Prabhakaran buat silap besar


COLOMBO: Velupillai Prabhakaran mengubah sebuah kumpulan kecil penentang yang tidak bersenjata lengkap kepada sebuah kumpulan penentang sofistikated dan kejam yang dikenali di seluruh dunia, tetapi kemudiannya membuat beberapa kesilapan sehingga akhirnya menyebabkan ia tumpas kepada tentera Sri Lanka semalam.

Sri Lanka mengumumkan sudah menghapuskan saki baki penentang berkenaan di kawasan peperangan di utara yang turut mengakibatkan pembunuhan Prabhakaran, 54, dan dua timbalannya.

Di kalangan pengikutnya, Prabhakaran dikatakan mempunyai hati cekal untuk mewujudkan sebuah negara berasingan bagi penduduk minoriti etnik Tamil di Sri Lanka.

Musuh melihatnya sebagai pemimpin kejam sebuah kumpulan bunuh diri yang berulang kali mensabotaj perjanjian damai dalam usahanya merampas kuasa.

Selama lebih suku abad bertempur dalam peperangan etnik, gerila Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) pimpinan Prabhakaran semakin berpengalaman melakukan pengeboman bunuh diri, di samping membunuh tokoh politik atasan serta bertempur dengan kerajaan Sri Lanka.

Ketika berada di puncak kuasanya, ketua penentang itu yang berbadan gempal dan bermisai lebat serta bersenjatakan pistol Browning memerintah sebagai diktator maya di sebuah negeri bayangan yang mempunyai ratusan ribu penduduk di utara Sri Lanka, dan turut mempunyai bendera, pasukan polis dan sistem mahkamahnya sendiri.

Gerilanya dilengkapi artileri berat, manakala pasukan tentera udaranya pernah mengebom lapangan terbang Colombo.

Ia juga mempunyai sebuah skuad penyerang bunuh diri. Tentera lautnya pula mempunyai kapal penyerang kecil, bot bunuh diri yang dilengkapi bahan letupan, kapal selam dan kapal penyeludupan besar yang berulang alik di Lautan Hindi.

Penentang berkenaan dilaporkan memperoleh pendapatan sehingga AS$300 juta (RM1.05 bilion) setahun daripada penyeludupan dadah dan senjata, rangkaian badan kebajikan palsu dan sumbangan pekerja Tamil di luar negara. - AP

Sri Lanka bebas ancaman LTTE

Sri Lanka bebas ancaman LTTE


TENTERA Sri Lanka bergambar di lokasi Prabhakaran
ditembak mati di timur laut negara itu, semalam.

Tentera bunuh pemimpin kumpulan pemisah, hapus saki baki pengganas

COLOMBO: Tentera Sri Lanka untuk kali pertama sejak 1983 menguasai keseluruhan wilayah negara kepulauan itu selepas menghapuskan saki baki pemberontak Harimau Tamil semalam.

Dalam pertempuran terakhir di bahagian utara negara itu, pasukan gerak khas tentera Sri Lanka berjaya membunuh pemimpin kumpulan pemisah, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Vellupillai Prabhakaran, anaknya Charles Anthony dan orang kanannya, Pottu Amman (ketua risik) serta Soosai (ketua unit laut).

Panglima Tentera kerajaan, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka, berkata pasukannya pagi semalam menamatkan tugas diberikan kepada mereka tiga tahun lalu oleh Presiden Mahinda Rajapaksa.

“Kami sudah membebaskan keseluruhan wilayah Sri Lanka selepas menghapuskan saki baki pengganas LTTE,” Fonseka memberitahu televisyen tempatan.

Di Colombo, penunjuk perasaan membaling batu ke arah Suruhanjaya Tinggi Britain dan membakar patung Menteri Luarnya, David Miliband.

Mereka turut mengecat perkataan “Ibu Pejabat LTTE” pada dinding suruhanjaya itu.

Miliband sebelum ini mengecam tindak-tanduk tentera Sri Lanka minggu terakhir perang itu dan bersimpati dengan penyokong pro-LTTE yang mengadakan tunjuk perasaan di luar parlimen Britain sejak beberapa minggu lalu.

Dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, tentera Sri Lanka berjaya menyangkal kecaman pengkritiknya yang tidak yakin LTTE boleh dikalahkan.

LTTE yang berjuang sejak 1970-an untuk menubuhkan negara bebas, pada kemuncak kejayaannya mendirikan kerajaan di kawasan majoriti Tamil di utara Sri Lanka dan menggelar kawasan itu Tamil Eelam (tanah air Tamil).

Kumpulan pemberontak itu mengutip cukai, menubuhkan mahkamah dan memilik pasukan tentera, walaupun kerajaan Sri Lanka membiayai perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di kawasan berkenaan.

Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran dan serangan membabitkan LTTE sejak tahun 1980-an. - Reuters

Monday, May 18, 2009

GLOBAL : ISNIN 18 MEI 2009

Image
Calon diperiksa kesihatan
JAKARTA 17 Mei - Calon presiden dan naib presiden yang akan bertandingpada Pilihan Raya Presiden Republik Indonesia pada 8 Julai, hari inimenjalani pemeriksaan kesihatan.

PKS terima alasan Susilo pilih Boediono
JAKARTA 17 Mei - Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS), TifatulSembiring semalam menyatakan bahawa parti pimpinan beliau memahamikeputusan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memilih Boedionosebagai Naib Presidennya.

Suu Kyi : Sikap diam ASEAN dikesali
BANGKOK 17 Mei - Sikap berdiam diri jiran-jiran Myanmar dalam ASEANmengenai tindakan junta tentera negara itu menyeret pemimpinpembangkang, Aung San Sui Kyi ke mahkamah disifatkan sebagai satu lagikelemahannya sebagai sebuah kuasa diplomatik di rantau ini.

32 lagi kes H1N1 di Jepun
KOBE, Jepun 17 Mei - Jepun hari ini menyatakan seramai 32 lagirakyatnya disahkan positif jangkitan influenza A (H1N1) atau selesemababi, menjadikan angka keseluruhan kes kepada 44 orang ketikakebimbangan mengenai wabak menyelubungi barat negara ini.

AS haramkan bersalaman, High Five
WASHINGTON17 Mei - Tradisi bersalaman ketika majlis penganugerahan diploma dankelakuan menepuk tangan high five ketika menyaksikan pertandingan sukandiharamkan di Amerika Syarikat (AS).

Image
Sri Lanka umum kemenangan
COLOMBO17 Mei – Presiden Mahinda Rajapaksa mengumumkan kemenangan tenterakerajaan terhadap gerila pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE) dalam perang selama suku abad.

Karroubo kritik Ahmadinejad
TEHERAN 17 Mei - Calon bagi merebut jawatan Presiden Iran, MehdiKarroubi mengkritik tindakan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yangmenafikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Eropahatau Holocaust, kerana disifatkan hanya menguntungkan Israel.

Parti Kongres mula pilih rakan parti kecil
NEW DELHI 17 Mei - Perikatan parti pemerintah India yang diketuai olehParti Kongres hari ini mula memilih sekumpulan kecil sekutu bagimemperkuat pakatan dan memberi tumpuan kepada menghidupkan semulaekonomi yang bergerak perlahan.

Serangan asid di Hong Kong
HONG KONG 17 Mei - Sekurang-kurangnya 30 orang cedera di sebuah pusatmembeli belah antara tersibuk di Hong Kong apabila dua botol berisiasid dilemparkan ke jalanan, kata jurucakap polis hari ini.

Image
Ahli Parlimen Wanita pertama Kuwait
KUWAITCITY 17 Mei – Empat wanita Kuwait berjaya menjadi kaum Hawa pertamadipilih menduduki Parlimen negara ini, satu kemenangan dalam negarateluk berfahaman konservatif yang mana sistem perundangannya banyakmemihak kepada lelaki sejak separuh abad yang lalu.

Mesir anjur Islamic Idol
KAHERAH17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingiseorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon danmerenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringialunan irama gendang.

8.9 juta tonton kisah Farrah Fawcett
LOS ANGELES 17 Mei - NBC menganggarkan 8.9 juta orang menontondokumentari bintang televisyen, Farrah Fawcett yang bertarung denganpenyakit kanser.

Orang tinggi cenderung dapat gaji lebih
MELBOURNE 17 Mei - Golongan yang mempunyai tubuh badan yang tinggimenerima gaji yang lebih besar berbanding dengan rakan lain yangrendah, sementara mereka yang obes tidak bermakna menerima upah yangrendah, menurut kajian terbaru di Australia.

H1N1: Singapura tarik balik arahan kuarantin
SINGAPURA 17 Mei - Singapura menarik balik arahan kuarantin di rumahyang dikenakan terhadap mereka yang tiba dari Mexico baru-baru inidengan alasan penularan virus A H1N1 di Mexico dianggap redaberdasarkan jumlah kes baru yang disahkan.






Harimau Tamil mengaku kalah
COLOMBO:Kumpulan pemisah Harimau Tamil (LTTE) yang dikepung tentera kerajaanmeletak senjata semalam selepas 37 tahun berjuang untuk mewujudkannegara bebas bagi bangsa mereka di utara Sri Lanka.

Tempat Prabhakaran bersembunyi dicari
COLOMBO:Tentera kerajaan menggeledah pantai dan lagun kecil di timur laut SriLanka semalam, memeriksa dengan rapi mayat dijumpai dan mencari tempatpersembunyian di dalam hutan.

Macam-macam: RM1.3 juta biaya Household Cavalry
ABUDHABI: Seorang hartawan Arab membelanjakan £250,000 (RM1.3 juta) untukmenerbangkan 30 anggota Household Cavalry dan kuda mereka ke ibu kotaEmiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membuat persembahan untuknya.

Rahul individu berpengaruh dalam arena politik India
NEWDELHI: Tumpuan politik India terarah kepada Rahul Gandhi, bintangkempen parti Kongres yang menang besar dalam pilihan raya India dalammasa hampir dua dekad dan disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri.

Wanita menang empat kerusi Parlimen Kuwait
BANDARAYAKUWAIT: Wanita memenangi empat kerusi Parlimen Kuwait dalam pilihanraya kelmarin, kemenangan julung kali dalam sejarah negara Teluk Arabdalam apa yang dianggap tamparan kepada parti yang sekian lamamendominasi dewan itu.

Korban bom meningkat
PESHAWAR:Jumlah kematian akibat serangan bom kereta di bandar barat lautPakistan di sini meningkat kepada 12 orang selepas seorang remajalelaki maut malam semalam, kata seorang pegawai polis semalam.

Sarjana Islam Singapura perangi ekstremis
SINGAPURA:Sekumpulan sarjana Islam Singapura mengendalikan program memerangiekstremis dalam usaha melindungi negara mereka daripada ancamankeganasan dan membantu umat Islam kebal daripada ideologi radikal.

Doktor peribadi Suu Kyi bebas
YANGON:Pemerintah tentera Myanmar membebaskan doktor peribadi pemimpinpembangkang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, yang akan dibicarakan hariini kerana didakwa melanggar syarat tahanan rumahnya, kata anggotakeluarga doktor itu.

Ejen Britain menyamar 'Muslim 007'
LONDON:Ejen keselamatan Britain menghantar pegawai menyamar yang digelar'Muslim 007' untuk meyakinkan suspek al-Qaeda, Binyam Mohamed untukmenjadi pemberi maklumat jika mahu seksaan dihentikan.

Mesir anjur Islamic Idol

Mesir anjur Islamic Idol
KAHERAH17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingiseorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon danmerenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringialunan irama gendang.

HONG KONG : Serangan asid di Hong Kong

Serangan asid di Hong Kong
HONG KONG 17 Mei - Sekurang-kurangnya 30 orang cedera di sebuah pusatmembeli belah antara tersibuk di Hong Kong apabila dua botol berisiasid dilemparkan ke jalanan, kata jurucakap polis hari ini.

--------------------------------------------------------------------------

Image
Jurugambar kejatuhan Saigon meninggal
HONGKONG 15 Mei - Hugh Van Es, 67, jurugambar Belanda yang mengambil gambarketika zaman kejatuhan Saigon 1975 dan menjadi sebuah gambar palingdiingati dalam perang Vietnam meninggal dunia hari ini.

--------------------------------------------------------------------------

Dipenjara edar gambar lucah Edison
HONGKONG 13 Mei – Seorang juruteknik komputer dijatuhkan hu kuman penjaraselama lapan sete ngah bulan hari ini kerana mencuri lebih 1,000 gambarberahi milik pe nyanyi Edison Chen dengan bebe rapa aktres terkenal.

Juruteknik curi foto seks dipenjara
HONGKONG: Seorang juruteknik komputer Hong Kong dihukum penjara lapan bulandua minggu selepas didapati bersalah mencuri lebih 1,000 gambar fotoseks penyanyi Edison Chen dengan beberapa artis wanita.

Sunday, May 17, 2009

GLOBAL : AHAD 17 MEI 2009

Image
Pertandingan tiga penjuru
JAKARTA 16 Mei - Pilihan Raya Presiden Republik Indonesia bakalmenyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandang, Susilo BambangYudhoyono akan ditentang oleh Jusuf Kalla dan Megawati Soekarnoputri.

WHO: Laporan jangkitan H1N1 terus meningkat
GENEVA16 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabakselesema babi akan merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes yangdisahkan meningkat kepada lebih 1,000 kes.

Kongres menang pilihan raya India
NEWDELHI 16 Mei - Perdana Menteri Manmohan Singh mengisytiharkan PartiKongres pimpinannya memenangi pilihan raya India, selepas tamatpengiraan undi hari ini dan menyifatkannya rakyat telah memberi 'mandatbesar' kepada parti tersebut.

Image
Hakim arah budak jalani ujian kanser
MINNEAPOLIS16 Mei – Sepasang suami isteri yang enggan membenarkan anak lelakimereka berusia 13 tahun menjalani rawatan kemoterapi berikutankepercayaan agama, diarahkan supaya membawa remaja berkenaan dinilaisemula bagi melihat sama ada dia masih boleh mendapat manfaat daripadarawatan kanser atau jika ia sudah terlewat.

Image
Misi ketiga berjalan di angkasa lepas
HOUSTON,Texas 16 Mei - Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) akan 'berjalan' diangkasa lepas bagi kali ketiga hari ini bagi meneruskan kerja-kerjapembaikan Teleskop Angkasa Lepas Hubble dan melengkapkan balai cerapberusia 19 tahun itu dengan satu kelengkapan baru yang penting.

Image
Vanessa Hudgens tinggalkan Gabriella
LOSANGELES 16 Mei - Aktres Vanessa Hudgens, meninggalkan filem popularHigh School Musica l untuk tampil dalam sebuah filem baru tentangbidang muzik di sebuah sekolah tinggi.

Siapa gandingan pilihan?
PEMILIHANPresiden Indonesia yang bakal berlangsung pada Julai nanti menyaksikanpersaingan gandingan mereka yang berlatar belakangkan ketenteraan danorang awam.

Presiden disaman trafik
ASUNCION16 Mei - Presiden Paraguay, Fernando Lugo tidak terkecuali daripadaperaturan jalan raya apabila disaman AS$104 (RM370.54) kerana memotongsecara berbahaya selain memiliki lesen yang sudah tamat tempoh.





SBY, Megawati, Jusuf bertarung
JAKARTA:Pilihan raya presiden 8 Julai ini pasti menjadi tumpuan selepasPresiden Susilo Bambang Yudhoyono mengisytiharkan bertanding semulajawatan dalam satu upacara di Dewan Konvensyen Sabuga di Bandung,kelmarin, sambil mengumumkan bekas gabenor Bank Indonesia Boedionosebagai calon gandingannya. Kedua-duanya akan bertanding atas tiketParti Demokrat dengan sokongan 21 parti kecil.

Amerika musnah sekolah agama
PESHAWAR:Seramai 12 orang terbunuh termasuk dua disyaki militan asing dalamserangan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap sebuah sekolah agamadi kubu kuat al-Qaeda di barat laut Pakistan, disusuli dengan satuletupan bom di tengah kota Peshawar menyebabkan 10 terbunuh dan 25 lagicedera, semalam.

Macam-Macam: Wanita berusia 103 tahun guna Twitter
LONDON:Ivy Bean, 103, menjadi wanita tertua di Britain menggunakan laman webTwitter selepas bosan dengan Facebook.Ivy yang tinggal di sebuah pusat jagaan orang tua di Bradford sudahmempunyai 4,800 'sahabat' di Facebook tetapi kini memilih Twitter yangdikatakannya lebih menceriakannya, lapor The Sun.

Wanita Melayu diuji
SINGAPURA:Wanita Melayu menghadapi lebih banyak cabaran sejajar denganpeningkatan usia kerana mereka mempunyai simpanan yang sedikit atau adayang tidak mempunyai simpanan langsung.

Parti Kongres bakal memerintah
NEWDELHI: Blok politik Parti Kongres akan kembali berkuasa di Indiaselepas mendahului kiraan undi semalam dalam pilihan raya umum yangberlangsung selama sebulan.