Monday, May 25, 2009

Nahas pesawat, 14 maut

Nahas pesawat, 14 maut

SAO PAULO 24 Mei - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh termasuk empat kanak-kanak dalam nahas melibatkan pesawat peribadi di utara Brazil di negeri Bahia.

Pesawat dua enjin tersebut berlepas dari Sao Paulo dan terhempas lewat kelmarin kira-kira 730 kilometer dari Salvador di negeri Bahia, berhampiran sebuah resort mewah.

Pesawat berkenan dimiliki oleh Roger Wright, pemilik firma perunding kewangan Arsenal Investimentos, menurut laporan media tempatan.

Menurut laporan laman web tempatan, ketika nahas berlaku, Wright, isteri serta anak-anaknya berada dalam pesawat tersebut.

Punca nahas belum diketahui, bagaimanapun kotak hitam pesawat telah ditemui dan sedang di analisis, kata jurucakap tentera udara.

Jurucakap Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Brazil berkata, pesawat King Air B350 itu telah diperiksa dan memenuhi semua syarat keselamatan.

Brazil mempunyai dua sejarah nahas pesawat besar pada 2006 dan 2007, meningkatkan kebimbangan berkenaan keselamatan perkhidmatan udara di negara terbesar Amerika Latin itu.

Pada Julai 2007, kesemua 187 penumpang dan penduduk awam yang berada di daratan terbunuh apabila pesawat penerbangan TAM, Airbus A 320 terbabas di landasan lapangan terbang Sao Paulo Congonhas.

Pada 2006 pula, penumpang jet syarikat penerbangan GOL terhempas di hutan Amazon selepas berlaku pelanggaran dengan sebuah pesawat peribadi kecil menyebabkan 154 orang terbunuh. - Reuters

No comments:

Post a Comment