Monday, May 25, 2009

Lelaki berotot kurang risiko hidap barah

Lelaki berotot kurang risiko hidap barah


STOCKHOLM: Lelaki yang berotot hasil kekerapan berlatih mengangkat berat mengurangkan risiko untuk mati akibat barah sehingga 40 peratus berbanding lelaki yang tidak berbuat demikian, menurut satu penyelidikan baru.

Kajian sekumpulan penyelidik antarabangsa menunjukkan kekuatan otot sama penting dengan kekal langsing dan makan secara sihat dalam usaha melindungi tubuh daripada tumor.

Saintis yang membuat kajian mencadangkan lelaki melakukan senaman angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menggerakkan otot di bahagian atas dan bawah tubuh.

Sejak beberapa tahun ini, pakar mencadangkan diet dan gaya hidup sihat termasuk kekerapan melakukan senaman aerobik seperti berjoging atau berbasikal untuk mengurangkan risiko penyakit.

Bagaimanapun, kajian terbaru yang disiarkan dalam jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention, menunjukkan membina kekuatan otot juga penting.

Sepasukan pakar, diketuai saintis dari Institut Karolinska di Sweden, mengesan gaya hidup 8,677 lelaki berusia antara 20 dan 82 tahun selama lebih dua dekad.

Setiap sukarelawan melakukan pemeriksaan perubatan kerap termasuk ujian kekuatan otot. Antara tahun 1980 dan 2003, penyelidik memantau berapa ramai menghidap barah dan meninggal dunia akibatnya.

Keputusan menunjukkan lelaki yang kerap senam mengangkat berat dan mempunyai kekuatan otot tertinggi mengurangkan risiko antara 30 dan 40 peratus untuk mati akibat barah. – Agensi

No comments:

Post a Comment