Monday, May 25, 2009

Isytihar gandingan di pusat pelupusan sampah

Isytihar gandingan di pusat pelupusan sampah


MEGAWATI dan Prabowo bersalaman sempena pengisytiharan gandingan mereka di tapak pembuangan sampah Bantar Gebang, Jakarta, semalam. - AFP


Megawati Soekarnoputri dan sekutunya Prabowo Subianto semalam mengadakan upacara bagi mengisytiharkan persetujuan mereka untuk berganding pada pilihan raya Presiden Indonesia Julai ini.

Kedua-dua pemimpin itu memilih tapak pembuangan sampah seluas 1.5 hektar di Bantar Gebang, Jakarta untuk mengadakan upacara itu. Majlis itu turut dihadiri kira-kira 50,000 penyokong mereka yang memakai baju merah.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah mengumumkan akan mengadakan upacara itu di tapak pelupusan sampah tersebut sejajar dengan janji mereka untuk melaksanakan dasar ekonomi rakyat, jika mereka terpilih untuk memerintah Indonesia.

Megawati yang merupakan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, manakala Prabowo, Ketua Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya masing-masing berganding untuk bertanding jawatan Presiden dan Naib Presiden Indonesia.

No comments:

Post a Comment