Monday, May 25, 2009

Hubungan pengangkutan di utara Australia masih terputus

Hubungan pengangkutan di utara Australia masih terputus


Lapangan terbang Lismore turut terjejas akibat baniir. Lapangan terbang itu kelihatan seperti pulau dikelilingi air berikutan banjir di South Lismore kelmarin. - REUTERS


SYDNEY 24 Mei - Beribu-ribu penduduk di utara Australia masih terputus hubungan walaupun keadaan banjir semakin pulih berikutan hujan lebat yang turun selama beberapa hari lalu.

Sungai Swollen yang mencatat paras memuncak semalam mula menunjukkan tanda penurunan bagi membolehkan operasi pembersihan.

Penduduk di pekan utara New South Wales (NSW), Grafton dan Kempsey telah pulang ke rumah masing, lapor Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES).

Namun, jurucakap SES, Greg Slater berkata, lebih 20,000 penduduk di beberapa kawasan penempatan kecil masih terputus hubungan akibat banjir tersebut, yang diisytiharkan sebagai kawasan paling teruk di NSW dan Queensland.

"Kami menumpukan usaha menyalurkan bantuan perubatan, ubat-ubatan, keperluan asas dan barangan makanan ke kawasan terjejas," kata Slater kepada Sky News.

Setakat ini, dua orang terkorban dalam banjir yang melanda satu pertiga tenggara Queensland .

Ketua Menteri NSW, Nathan Rees yang melawat kawasan bencana hari ini berkata, adalah sukar untuk memahami tahap banjir ini, walaupun dari udara.

Rees turut bertemu bekas pesuruhjaya Ken Maroney untuk membincangkan operasi pembersihan di utara NSW yang telah dilanda tiga banjir besar sejak Februari lalu.

"Ia akan menjadi usaha baik pulih berskala bebar di kawasan ini," jelas Rees.

Sementara itu, Datuk Bandar Lembah Clarence, Richie Williamson berkata, paras air di kebanyakan pekan utama berada pada paras memuncak sepanjang malam dan mula menurun ke paras normal.

Pada Februari lalu Queensland diisytihar sebagai kawasan bencana dengan lebih satu juta kilometer persegi di landa banjir dan 3,000 rumah rosak akibat banjir. - AFP

No comments:

Post a Comment