Monday, May 25, 2009

Pemandu ratu langgar peraturan

Pemandu ratu langgar peraturan


FOTO menunjukkan pemandu diraja, Brian Sirjusingh, yang membawa masuk wartawan ke dalam Istana Buckhingham.

LONDON: Seorang pemandu diraja membawa dua wartawan yang menyamar, memasuki Istana Buckhingham selepas disogok wang serta membenarkan mereka menaiki kereta Bentley milik Ratu Elizabeth II.

Tabloid News of The World melaporkan, kejadian itu berlaku selepas dua wartawan mereka yang menyamar sebagai ahli perniagaan kaya Arab membayar pemandu terbabit £1,000 (RM5,555).

Mereka memasuki istana itu tanpa diperiksa pegawai polis di pondok keselamatan.

Seorang jurucakap Istana Buckingham berkata: “Sebarang perkara keselamatan dilihat serius dan kami akan menyiasat dakwaan itu.”

Polis Metropolitan London juga berkata, mereka bimbang mengenai laporan terbabit.

“Kami mengambil berat mengenai isu dibangkitkan laporan ini dan menghubungi pihak berkuasa istana mengenai aturan kakitangan keselamatan,” kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.

Ratu Elizabeth berada di Istana Buckingham ketika kejadian itu dilaporkan berlaku Jumaat lalu.

Selain kereta Bentley, yang digunakan bagi acara rasmi negara, pemandu terbabit, Brian Sirjusingh, turut menunjukkan kepada pemberita berkenaan kenderaan peribadi milik Ratu, sebuah Daimler 2005 V8.

Mereka turut dibawa melihat kereta Bentley milik Puteri Anne.

Kejadian berkenaan bukan pertama kali membabitkan hal keselamatan di Istana Buckingham dan istana diraja lain. - AFP


Istana Buckingham sekali lagi diceroboh


gambar fail merakamkan kereta jenazah sedang membawa keranda Ratu Elizabeth, bonda kepada Ratu Elizabeth II sedang melintas di hadapan Istana Buckingham ketika upacara pemakaman baginda di Westminster Abbey pada 9 April 2002. - AFP


LONDON 24 Mei - Seorang pemandu diraja membenarkan dua wartawan yang menyamar masuk ke Istana Buckingham setelah disogok dengan wang tunai dan salah seorang daripada wartawan berkenaan dibenarkan duduk di dalam kereta Bentley milik Ratu Elizabeth II.

Bagaimanapun, pemandu tersebut dilaporkan telah digantung kerja hari ini akibat tindakannya itu.

Akhbar tabloid The News of the World hari ini melaporkan, sistem keselamatan di istana itu diceroboh pada Jumaat lalu, selepas dua wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai ahli perniagaan kaya dari Asia Barat membayar sebanyak 1,000 pound Sterling (RM5,556) kepada pemandu tersebut.

Menurut laporan akhbar itu, dua wartawannya memasuki istana tersebut tanpa diperiksa walaupun mereka berjalan di hadapan pondok keselamatan yang menempatkan seorang pegawai polis lengkap berpakaian uniform.

Jurucakap Istana Buckingham berkata:''Setiap perkara melibatkan keselamatan akan dipandang serius dan kami akan memeriksa dakwaan ini.''

Polis Metropolitan London memaklumkan bahawa mereka juga bimbang dengan laporan tersebut.

''Kami sudah tentu risau tentang isu ini yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami juga berhubung dengan pegawai istana bagi mengetahui tentang pengurusan keselamatan kakitangan mereka,'' lapor Scotland Yard.

Menurut laporan akhbar tersebut, kejadian itu berlaku ketika Ratu Elizabeth II berada dalam istana.

Jelas laporan itu, selain Bentley yang sering digunakan untuk upacara rasmi negara, pemandu itu turut menunjukkan kereta peribadi Ratu, V8 Daimler 2005.

Dua wartawan itu turut melihat kereta Bentley hijau milik Puteri Anne.

Insiden itu bukanlah yang pertama berlaku di Istana Buckingham dan istana-istana lain yang menyaksikan sistem keselamatan yang longgar.

Pada 2003, seorang wartawan daripada akhbar harian Daily Mirror mendapat kerja sebagai budak pengiring di Istana Buckingham selepas menggunakan dokumen pengenalan palsu. - AFP

No comments:

Post a Comment