Monday, May 25, 2009

Kerajaan AS kehabisan wang: Obama

Kerajaan AS kehabisan wang: Obama


WASHINGTON: Perbelanjaan besar-besaran untuk menyelamatkan sistem kewangan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat kehabisan wang dan menanggung hutang besar, kata Presiden Barack Obama, semalam.

Ketika diwawancara C-SPAN, pengacaranya, Steve Scully bertanya kepada Obama mengenai kesan dasar membantu institusi kewangan Amerika yang menyebabkan kerajaan Amerika berhutang sehingga AS$11 trilion (RM39.6 trilion). "Bilakah kita akan kehabisan wang," tanya Scully.

Obama menjawab: "Kita tidak ada wang sekarang. Kita beroperasi dalam suasana defisit besar. Ini disebabkan krisis yang dilalui dan kegagalan membuat keputusan bijak mengenai program kesihatan rakyat sejak beberapa dekad lalu.

"Kita juga hadapi masalah jangka pendek iaitu berbelanja besar bagi menyelamatkan sistem kewangan kita, menangani masalah syarikat kenderaan, kemelesetan ekonomi besar yang menyerap pendapatan cukai.

"Masalah jangka panjang lebih besar lagi iaitu Medicaid dan Medicare. Jika kita tidak kurangkan inflasi jagaan kesihatan dalam jangka panjang, kita tidak dapat kawal defisit". – Agensi

No comments:

Post a Comment