Hizbullah nafi terbabit pembunuhan Hariri
BEIRUT: Pergerakan Hizbullah menafikan laporan majalah Jerman yang mengaitkan ia terbabit dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri, pada 2005.
Pergerakan itu menyifatkan laporan majalah mingguan Der Spiegel sebagai 'pembohongan' bertujuan memburukkan imejnya menjelang pilihan raya Parlimen pada 7 Jun ini.
Hizbullah dan sekutunya cuba menjatuhkan pihak pro-Barat yang menguasai kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam kenyataan semalam yang disiarkan televisyen Al-Manar, milik kumpulan itu, Hizbullah meminta tribunal antarabangsa Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil 'langkah tegas berikutan penerbitan pembohongan itu.'
Dalam laporannya kelmarin, Der Spiegel, menyatakan ia berasaskan sumber rapat dengan tribunal dan disahkan oleh dokumen dalaman.
Tetapi, Menteri Luar Lubnan, Fawzi Salloukh yang diminta mengulas turut menuduh Der Spiegel berbohong kerana penyiasat PBB tidak pernah menyoal sebarang anggota Hizbullah berhubung pembunuhan Hariri. – AP/Reuters
Hizbullah bidas majalah Jerman
BEIRUT 24 Mei – Pergerakan Hizbullah di Lebanon hari ini membidas sebuah majalah Jerman berikutan laporannya yang mendakwa sebuah suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya Hizbullah menjadi dalang di sebalik pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rafiq Hariri pada 2005.
Majalah Der Spiegel semalam melaporkan suruhanjaya PBB yang menyiasat pembunuhan Hariri menemui bukti baru yang menunjukkan pasukan khas Hizbullah ‘merancang dan melaksanakan’ serangan dengan meletupkan bom kereta yang membunuh Hariri dan 22 orang lain.
“Ini cerita rekaan semata-mata bertujuan mempengaruhi kempen pilihan raya dan mengalihkan perhatian daripada laporan mengenai pembongkaran rangkaian pengintip yang bekerja untuk Israel,” kata Hizbullah dalam kenyataannya.
Laporan Der Spiegel itu disiarkan dua minggu sebelum pilihan raya umum Lebanon pada 7 Jun ini apabila blok majoriti Parlimen yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) bakal ditentang oleh perikatan yang diketuai oleh Hizbullah dengan sokongan Syria dan Iran.
Hizbullah menyatakan bahawa dakwaan Der Spiegel menjejaskan kredibiliti Tribunal Khas bagi Lebanon, dan meminta mahkamah di The Hague bertindak mendedahkan dalang di sebalik ‘pembohongan’ tersebut. – AFP
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment