Saturday, May 23, 2009

MYANMAR : ASEAN - Bebaskan Suu Kyi

Myanmar dakwa antijunta jadi dalang
YANGON22 Mei - Myanmar mendakwa kumpulan antijunta telah mengatur lawatanpelik seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) ke rumah Aung San Suu Kyi,lapor media negara pada hari kelima perbicaraannya.

----------------------------------------------------------------------------------

Perbicaraan Suu Kyi kembali tertutup
YANGON21 Mei - Rejim tentera Myanmar mengarahkan perbicaraan kes tokohpembangkang, Aung San Suu Kyi kembali diadakan secara tertutup hariini, selepas membenarkan diplomat dan wartawan menghadiri perbicaraanitu semalam.

Halang wartawan di perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Kerajaan Myanmar semalam menghalang semula wartawan dan diplomatdaripada menghadiri perbicaraan Aung San Suu Kyi, sehari selepasmembenarkan mereka masuk ke bilik mahkamah buat pertama kali kelmarin.

----------------------------------------------------------------------------------

Media dibenar buat liputan
YANGON 20 Mei – Junta tentera Myanmar hari ini membenarkan media asingdan tempatan membuat liputan tentang kes perbicaraan Aung San Suu Kyi(gambar) ketika tekanan antarabangsa memuncak mendesak juntamembebaskan ikon demokrasi itu.

Diplomat dibenar bertemu Suu Kyi
YANGON: Rejim tentera Myanmar membenarkan beberapa diplomat bertemupemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selepas sesi perbicaraan beliausemalam berikutan kritikan antarabangsa berhubung cara kes berkenaandikendalikan.

----------------------------------------------------------------------------------

Image
ASEAN: Bebaskan Suu Kyi
BANGKOK 19 Mei - Thailand, selaku Pengerusi ASEAN dan jiran terdekatMyanmar hari ini memandang berat tindakan junta tentera Myanmarmengheret tokoh pembangkang negara tersebut Aung San Suu Kyi kemahkamah.

Media dibenar siar perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Media Myanmar kawalan kerajaan semalam buat pertama kalinya melaporkanperbicaraan Aung San Suu Kyi, layanan yang sebelum ini jarang diberikankepada pemimpin prodemokrasi yang ditahan itu.

----------------------------------------------------------------------------------

Image
Aung San Suu Kyi dibicarakan
YANGON18 Mei – Tokoh pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dibicarakan dengankawalan ketat di penjara Insein di sini hari ini, dan menghadapikemungkinan ditahan selama lima tahun lagi atas tuduhan melindungiseorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang memasuki rumahnya denganberenang merentasi tasik.

Myanmar larang empat duta saksi perbicaraan Suu Kyi
YANGON:Pihak berkuasa Myanmar semalam menghalang duta empat negara KesatuanEropah daripada memasuki penjara untuk menyaksikan perbicaraan pemimpinpembangkang yang ditahan, Aung San Suu Kyi.

----------------------------------------------------------------------------------

Suu Kyi : Sikap diam ASEAN dikesali
BANGKOK 17 Mei - Sikap berdiam diri jiran-jiran Myanmar dalam ASEANmengenai tindakan junta tentera negara itu menyeret pemimpinpembangkang, Aung San Sui Kyi ke mahkamah disifatkan sebagai satu lagikelemahannya sebagai sebuah kuasa diplomatik di rantau ini.

Doktor peribadi Suu Kyi bebas
YANGON:Pemerintah tentera Myanmar membebaskan doktor peribadi pemimpinpembangkang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, yang akan dibicarakan hariini kerana didakwa melanggar syarat tahanan rumahnya, kata anggotakeluarga doktor itu.

----------------------------------------------------------------------------------

Gesa Suu Kyi bebaskan
YANGON15 Mei - Myanmar berdepan dengan tekanan antarabangsa hari ini yangmenuntut agar ikon prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dibebaskan selepasbeliau dikurung di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan minggudepan, atas dakwaan melanggar syarat tahanan rumah.

Suu Kyi tegas tak salah langgar perintah tahanan
YANGON:Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menegaskan beliau tidakbersalah melanggar perintah tahanan kediaman ketika gambaran semakinjelas muncul di sebalik tindakan seorang rakyat Amerika Syarikatberenang ke rumah pemenang anugerah Nobel itu yang memberi alasankepada junta tentera menahannya lebih lama.

----------------------------------------------------------------------------------

Image
Suu Kyi didakwa di mahkamah
YANGON 14 Mei - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi didakwahari ini atas tuduhan melanggar syarat-syarat penahanan di rumahselepas seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini berenang kepekarangan kediamannya yang terletak di tepi tasik.

Suu Kyi didakwa ingkar tahanan dalam rumah
YANGON:Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dibawa dengan pengiringbersenjata semalam ke pekarangan sebuah penjara di sini apabila beliaudidakwa berhubung pencerobohan kediamannya minggu lalu oleh seoranglelaki Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment