Saturday, May 23, 2009

GLOBAL : SABTU 23 MEI 2009

Image
Pengintip Israel dibongkar
BEIRUT 22 Mei - Wanita jelita, pelancongan ke luar negara dan melarikandiri melalui sempadan yang penuh dengan periuk api... Semua ini adalahaspek yang didakwa ada dalam rangkaian pengintipan Israel di Lebanondan sesuai untuk dijadikan novel perisikan.

Diisytihar kawasan bencana
CANBERRA22 Mei - Pihak berkuasa Australia mengisytiharkan bencana alam hari inidan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan mencurah- curahsejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir serta mengorbankanseorang lelaki selain menenggelami sebahagian besar pantai timur negaraitu.

Indonesia salah menyalah
JAKARTA 22 Mei - Kerajaan Indonesia mendapat kritikan hari ini keranamengurangkan bajet ketenteraannya yang dikatakan menjadi punca nahaspesawat pengangkut Hercules yang meragut 101 nyawa minggu ini.

Ulama Indonesia benarkan Facebook
SURABAYA 22 Mei - Ulama Indonesia yang membincangkan bahaya popularitilaman web rangkaian sosial Facebook, hari ini memutuskan bahawa umatIslam boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan danmelakukan kerja, tetapi bukan untuk bergosip atau bermain cinta.

50 tahanan Guantanamo sedia dilepaskan
WASHINGTON 22 Mei - Seramai 48 suspek pengganas yang ditahan di KemGuantanamo kini bersedia untuk dilepaskan ke negara masing-masing,menurut Amerika Syarikat (AS) semalam.

Myanmar dakwa antijunta jadi dalang
YANGON22 Mei - Myanmar mendakwa kumpulan antijunta telah mengatur lawatanpelik seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) ke rumah Aung San Suu Kyi,lapor media negara pada hari kelima perbicaraannya.

134 lagi H1N1
GENEVA 22 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari melaporkanbahawa bilangan kes jangkitan influenza A (H1N1) atau selesema babi didunia kini meningkat sebanyak 134 menjadikan angka keseluruhan kepada11,168 kes termasuk 86 korban.

Britain seru Barat kerjasama dengan Islam
LONDON 22 Mei - Keganasan dan konflik pada masa lalu telah 'mengubahrupa bentuk' hubungan antara negara Islam dengan Barat namun kedua-duapihak perlu bekerjasama bagi menghadapi cabaran global.

Bush dicabar rasai waterboarding
WESTERLY, Rhode Island 22 Mei - Ahli dewan undangan Rhode Island dariParti Demokrat, Rod Driver, bersedia menderma AS$100 (RM350) kepadabadan amal bagi setiap saat bekas Presiden George W. Bush dapatbertahan sekiranya menjalani teknik penderaan waterboarding.

Image
Richard Branson nafi seksisme
SYDNEY 22 Mei - Jutawan Britain dan Pengerusi Virgin Group, RichardBranson hari ini membalas kritikan Australia yang mengutuknya keranamenggunakan wanita muda berpakaian menjolok mata untuk menjualproduknya.

Tasmanian Devil haiwan terancam
CANBERRA 22 Mei - Haiwan marsupial, Tasmanian Devil yang digambarkansebagai watak Taz dalam kartun terkenal Looney Tunes, disenaraikansebagai spesies terancam di negara ini ekoran sejenis penyakit kanserberjangkit yang telah menghapuskan kebanyakan populasinya.

Blogger tertua meninggal dunia
MADRID 22 Mei - Seorang warga emas negara ini yang mengumumkan dirinyasebagai blogger tertua di dunia dan mendapat perhatian global melaluiInternet, meninggal dunia semalam pada umur 97 tahun, lapor pegawai danlaporan media.

Kanak-kanak menang bida traktor
WELLINGTON 22 Mei - Hanya dengan beberapa klik di laman web lelongTradeMe, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjayamemenangi bidaan membeli sebuah traktor pengorek pada harga AS$12,300(RM43,050).





Puak Taliban terkepung
KHWAZAKHELA:Tentera Pakistan sudah mengepung kedudukan militan Taliban di kawasanpergunungan, di samping bandar utama di Lembah Swat selepas sebulanmelancar serangan yang mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikandiri.

PBB rayu dana RM1.95b bantu pelarian 'amat derita'
ISLAMABAD:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengemukakan rayuanuntuk mendapatkan dana sebanyak AS$543 juta (RM1.95 bilion), bagimembantu lebih dua juta pelarian yang 'amat menderita' selepas terpaksameninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran di Lembah Swat.

Macam-Macam: Askar terlupa sudah kahwin
BANDARRAYA JEFFERSON: Seorang askar di bandar raya ini, terlepas hukuman ataskesalahan berpoligami, selepas mendakwa dia mengalami gangguan fikiranketika berperang di Iraq sehingga terlupa dia sudah berkahwin.'

Tetap tutup Guantanamo
WASHINGTON:Presiden Barack Obama berjanji tidak akan berganjak dengan keputusannyauntuk menutup penjara Teluk Guantanamo, yang disifatkan sebagai �beradadalam keadaan teruk.'

Penyiasat cari punca kemalangan
MAGETAN: Penyiasat menyelongkar di sebalik bangkai pesawat tenteraIndonesia yang hangus semalam untuk mengenal pasti punca kemalanganyang mengorbankan 100 orang. Menteri pertahanan berkata semua pesawatHercules C-130 akan direhatkan jika masalah mekanikal disahkan sebagaipunca nahas.

Polis percaya Thaksin di UAE
BANGKOK:Polis percaya bekas Perdana Menteri dalam buruan Thaksin Shinawatramasih tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kini sedang bekerjasamadengan Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisinya.

Lucy Gordon ditemui mati
PARIS:Bintang filem Britain, Lucy Gordon, 28, yang berlakon dalam filemSpider-Man 3, ditemui mati tergantung di pangsapurinya di bandar rayaini dan dipercayai membunuh diri, kata polis Perancis, semalam.

Produk 'Air Ikan Haruan' dikesan jejas kesihatan
SINGAPURA:Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) menasihatkan orang ramaisupaya jangan mengambil produk kesihatan tradisional berjenama 'AirIkan Haruan' kerana ia disahkan mengandungi dexamethasone, sejenis ubatyang boleh memudaratkan kesihatan.

Menteri gesa Barat, Muslim bekerjasama
LONDON:Menteri Luar Britain, David Miliband berkata walaupun keganasan dankonflik pada masa lampau didapati 'menjejaskan' perhubungan di antaranegara Barat dan Muslim, namun adalah wajar kini kedua-dua pihakberusaha secara bersama bagi menghadapi cabaran global.

No comments:

Post a Comment