Tuesday, June 30, 2009

GLOBAL : SELASA 30 JUN 2009

Doktor peribadi nafi beri Demerol
LOS ANGELES 29 Jun - Doktor peribadi kepada Raja Pop, Michael Jackson,Dr. Conrad Murray berkata dia dapat merasai denyutan nadi penyanyitersebut yang lemah, selain badannya yang masih panas ketika penyanyiitu terbaring di atas katil serta didapati tidak bernafas.


Penghormatan BET pada Raja Pop
LOS ANGELES 29 Jun - Janet Jackson dalam kemunculan pertamanya selepaskematian mengejut abangnya, Michael Jackson, memperingatinya sebagaiabang kesayangan sambil bersumpah untuk terus mengingatinya pada malamanugerah Black Entertainment Television (BET) di sini, kelmarin.

Ibu bapa berkuasa penuh dalam urusan Michael
LOS ANGELES 29 Jun - Bapa kepada Michael Jackson semalam mengumumkandengan nada tegas bahawa dia dan isterinya mempunyai kuasa tunggalterhadap hal ehwal berkaitan bintang pop tersebut.


Chapur akui kekasih Sanford
BUENOS AIRES 29 Jun - Seorang bekas wartawan Argentina yang mengakuimenjalin hubungan dengan Gabenor Carolina Selatan, Mark Sanfordberkata, e-mel antara mereka berdua yang disiarkan secara meluasdiambil daripada akaunnya tanpa kebenaran.

Tentera Honduras rampas kuasa
TEGUCIGALPA, Honduras 29 Jun - Pasukan tentera semalam, menggulingkanPresiden Honduras yang dipilih secara demokrasi dan Kongres yangmenentang Manuel Zelaya pantas menamakan penggantinya.

Parti sokong Thaksin menang pilihan raya
BANGKOK 29 Jun - Parti Phue Thai memperolehi kemenangan besar yangkedua minggu ini dengan memenangi pilihan raya kecil kawasan parlimenSi Sa Ket semalam, satu lagi tanda sokongan berterusan terhadap PerdanaMenteri Thailand yang ditumbangkan, Thaksin Shinawatra.


Tapak purba Afghanistan terancam
KABUL 29 Jun – Sebuah tapak arkeologi penting di utara Afghanistan yangpernah didiami oleh manusia sejak abad ke-6 sebelum Masihi kini diancamoleh pembinaan sebuah jalan, kata ahli-ahli arkeologi.


Putera Harry, Natalie Imbruglia intim
LONDON 29 Jun - Putera Harry dilaporkan menikmati makan malam yangmesra dengan penyanyi Australia, Natalie Imbruglia, selepas kedua-duamereka menghadiri konsert Hard Rock Calling di Hyde Park di sinisemalam.

Enam disyaki ahli JI ditahan
JAKARTA 29 Jun - Lima rakyat Singapura dan seorang rakyat Indonesiayang didapati mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiyah (JI) ditangkapdi sini hari ini.

Iran siasat kematian Neda Agha Soltani
TEHERAN29 Jun - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad meminta siasatan dijalankanke atas kematian Neda Agah-Soltan, wanita yang terbunuh pada 21 Junlalu, semasa satu tunjuk perasaan membantah kemenangannya di sini.







Ibu Jacko tuntut hak jaga 3 anak
LOS ANGELES: Keluarga Michael Jackson mahukan ibu mereka, Katherine, diberikan hak penjagaan tiga anak lelaki Raja Pop itu.

Ahmadinejad arah siasat punca Neda kena bunuh
TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengarahkan badan kehakiman menyiasatpunca kematian wanita muda Iran, Neda Agha-Soltan, yang menjadi ikonpembangkang selepas rakaman video detik kematiannya disebarkan melaluiinternet di seluruh dunia.

H1N1: Dua lagi maut di Australia
MELBOURNE: Dua lelaki Australia maut selepas dijangkiti selesema babi, kata pihakberkuasa kesihatan semalam sementara Thailand melaporkan kematianketiganya berkaitan jangkitan virus itu.

Katie Price kesal lukai hati suami
LONDON:Supermodel, ahli perniagaan dan personaliti televisyen, Katie Pricemenemui ibunya untuk mendapat sokongan moral selepas mengaku beliaukini berdepan ‘krisis paling besar dalam kehidupan peribadi saya’.

Kempen henti rokok sedia taja majlis perkahwinan
RIYADH:‘Henti merokok, kami akan membiayai perkahwinan anda’, demikian menurutslogan bertujuan menarik perhatian bakal pengantin muda supaya berhentimerokok, dengan menawarkan insentif istimewa.

3 mati kedai kopi dibom
COTABATO:Sebutir bom meletup di sebuah kedai kopi di selatan Filipina awal pagisemalam, mengorbankan tiga orang dan mencederakan 15 yang lain, katatentera dan saksi.

Monday, June 29, 2009

GLOBAL : ISNIN 29 JUN 2009


Tuntut autopsi kedua
LOS ANGELES 28 Jun - Ahli keluarga Michael Jackson mengarahkan autopsikali kedua dijalankan ke atas Raja Pop itu semalam, ekoran'persoalan-persoalan yang tidak terjawab' berhubung kematian penyanyiterkenal itu.

Doktor bukan suspek
LOS ANGELES 28 Jun - Pakar kardiologi yang berada di samping MichaelJackson ketika penyanyi itu pengsan 'bukan suspek dalam apa keadaansekali pun' atas kematian raja pop itu," kata jurucakap doktor ituselepas disoal siasat selama tiga jam oleh detektif.

Tiga anak Michael sihat - Joe Jackson
LOS ANGELES 28 Jun - Tiga orang anak Michael Jackson berada dalamkeadaan 'hebat' di kediaman keluarga di sini, kata bapa Raja Pop itu,Joe Jackson, semalam.

Arab turut meratapi Raja Pop
KAHERAH28 Jun - Seorang putera Bahrain meratapi pemergiannya secara terbuka,muda-mudi di Lebanon menghidupkan lilin sebagai tanda peringatan danpemuzik di Mesir menggelarnya sebagai satu inspirasi.


Mampukah Saira-Ismail hidup atas nama cinta?
Istilahkebahagiaan perkahwinan tidak pernah dikecapi pasangan muda Pakistan,Saira Jatoi , 22, dan suaminya, Ismail Soomro , 26. Meskipun telahberkahwin lebih dua tahun lalu serta dikurniakan seorang cahaya matalelaki, Hasnain, yang berusia lapan bulan, episod hidup mereka tidakseindah pasangan berkahwin yang lain.

Thaksin kesunyian di Dubai
BANGKOK28 Jun - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengakuidirinya 'benar- benar kesunyian' hidup dalam buangan dan menggesaberibu-ribu penyokongnya membantunya pulang ke tanah air 'untukberkhidmat kepada rakyat' dalam satu daripada tunjuk perasaan terbesardalam tempoh beberapa bulan ini.

Rakyat Albania keluar mengundi
TIRANA 28 Jun - Rakyat Albania keluar mengundi hari ini dalam pilihanraya parlimen yang dilihat penting untuk negara yang berhasratmenyertai Kesatuan Eropah (EU) itu, dengan tinjauan menunjukkan duapesaing utama berada di hadapan.

8 kakitangan Kedutaan Britain ditahan
TEHERAN 28 Jun - Iran telah menahan lapan kakitangan warga tempatan diKedutaan Britain, lapor media hari ini, dalam tindakan yang pasti akanmenegangkan lagi hubungannya dengan Barat berhubung kekecohan selepaspilihan raya di republik Islam itu.

Lee Teng-hui beri amaran China
TAIPEI 28 Jun - Bekas Presiden Taiwan, Lee Teng-hui memberi amaranbahawa hubungan ekonomi yang semakin baik dengan Beijing memberipeluang kepada China untuk menguasai negara kepulauan itu, laporLiberty Times.

Ganjaran RM2.2 juta buru Baitullah
PESHAWAR 28 Jun - Pakistan hari ini menawarkan ganjaran AS$615,000(RM2.2 juta) untuk maklumat sehingga tertangkapnya ketua pemimpinTaliban, Baitullah Mehsud sama ada hidup atau mati.


Transformers bakal filem terhangat 2009
LOSANGELES 28 Jun - Siri kedua Transformers kini berpeluang menjadi filempaling hangat tahun ini selepas mendapat kutipan tiket setinggi AS$126juta (RM445 juta), jauh lebih banyak berbanding jangkaan awal dalamtiga hari pertama tayangan di Amerika Utara, menurut kenyataanParamount Pictures semalam.







Keluarga bincang pengebumian Raja Pop
LOSANGELES: Keluarga Michael Jackson berhimpun semalam untuk membincangkanpengebumian Raja Pop itu, dengan spekulasi dalam internet menyatakan iamungkin diadakan secara Islam.

Doktor tak salah
LOSANGELES: Soal siasat kali kedua pihak polis dengan doktor peribadiMichael Jackson, Dr Conrad Murray yang berada bersama penyanyi ituketika dia tidak sedarkan diri, mengesahkan pakar kardioliologi itutidak melakukan sebarang jenayah, lapor akhbar Los Angeles Timessemalam.

WHO kekang H1N1 musim haji
JEDDAH: Delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berada di Arab Saudikelmarin untuk memeriksa langkah berjaga-jaga yang diambil pihakberkuasa kesihatan negara itu untuk mengelakkan penularan virus H1N1menjelang musim haji.

Pembangkang Iran tolak kiraan semula undi
TEHERAN: Pemimpin pembangkang Iran semalam menolak panel diwujudkan untukmengadakan pengiraan semula tidak menyeluruh pilihan raya presidenketika kebuntuan politik terus mencengkam republik itu.

RM2.1 juta maklumat hingga tangkap pemimpin Taliban
PESHAWAR: Pakistan semalam menawarkan ganjaran AS$615,000 (RM2.1 juta) bagimaklumat yang membawa kepada penangkapan hidup atau mati pemimpinTaliban, Baitullah Mehsud, yang kini bersembunyi di wilayah puak dibarat laut negara itu.

Thaksin dedah kesunyian hidup dalam buangan
BANGKOK:Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, mendedahkan dia'benar-benar kesunyian' hidup dalam buangan dan menggesa beribu-ribupenyokong membantunya kembali ke Thailand 'untuk berkhidmat kepadarakyat.'

Pereka fesyen perkenal jubah glamor
PARIS: Pereka fesyen mereka semula jubah tradisional Arab, abaya bagimenjadikan pakaian itu lebih glamor, ketika presiden Perancis NicolasSarkozy mengecam pakaian seperti burqa yang menutup kepala hingga kakipemakainya.

Jelitawan Britain mahu cipta nama di Bollywood
MUMBAI: Industri perfileman Bollywood kini dibanjiri jelitawan Britain yangberharap dapat mencipta karier lakonan di negara itu dengan sebahagiandaripada mereka berjaya bergandingan dengan pelakon utama Hindi.

Penyanyi Ayat-Ayat Cinta tuntut cerai
JAKARTA:Selepas sekian lama berusaha menyembunyikan keretakan rumah tangganya,penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta, Rossa akhirnya mengemukakan tuntutancerai daripada suaminya, anggota kumpulan Padi, Yoyo

Sunday, June 28, 2009

GLOBAL : AHAD 28 JUN 2009


Jacko berhutang atau semakin kaya
LOS ANGELES 27 Jun - Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutangberjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjanapendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasabeliau masih hidup.

Ujian neuropatologi cari punca kematian
LOSANGELES 27 Jun - Ujian neuropatologi dan pulmonari telah dijalankanbagi mengenal pasti punca kematian Raja Pop, Michael Jackson dankeputusannya hanya akan diketahui dalam masa antara empat hingga enamminggu lagi.

21 koleksi Jackson dilelong
LASVEGAS 27 Jun - Sebanyak 21 buah koleksi barangan kenangan Raja Pop,Michael Jackon telah dijual pada harga bernilai AS$205,000 (RM717,500)pada majlis lelong yang berlangsung di Las Vegas, sehari selepaskematiannya.

Jejaki pakar perubatan Jacko
LOSANGELES 27 Jun - Polis sedang menjejaki pakar perubatan peribadi RajaPop, Michael Jackson selepas laporan laman web selebriti TMZmelaporkan, Jackson telah disuntik dengan ubat penahan sakit sebelumkematiannya.

Terima hukuman keras
TEHERAN27 Jun - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesasupaya pemimpin yang menganjurkan protes di negara ini dihukum 'tanpabelas kasihan', malahan dijatuhi hukuman mati sekiranya mereka didapatimenentang sistem Islam.

AS, Jerman kutuk Iran
WASHINGTON27 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan CanselorJerman, Angela Merkel, mengalu-alukan tindakan penyokong pembangkangmengadakan tunjuk perasaan di Iran dan mengutuk keganasan yangdilakukan kerajaan republik Islam itu terhadap mereka.

Operasi cari mangsa dihenti
RECIFE,Brazil 27 Jun - Operasi mencari mayat dan serpihan pesawat Air Franceyang terhempas di Lautan Atlantik hampir sebulan lalu dihentikansemalam, namun pencarian kotak hitam pesawat berkenaan akan diteruskanberkemungkinan sehingga 2 Julai ini.

2 mangsa awal H1N1 Thai mati
BANGKOK27 Jun – Pegawai Kementerian Kesihatan Thailand mengesahkan dua orangyang merupakan kumpulan pertama dijangkiti selesema babi di negara initelah meninggal dunia.

Penyokong Thaksin demo
BANGKOK27 Jun - Kira-kira 12,000 penunjuk perasaan berbaju merah yang setiakepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, berkumpul semula diBangkok hari ini bagi mengadakan satu demonstrasi besar-besaran.

Rakyat mencari petunjuk
PUSINGANpertama debat calon presiden dan calon naib presiden Republik Indonesiatelah berlangsung. Tetapi semua tidak seperti yang diharapkan keranadebat yang dijangka panas, tetapi menjadi dingin, sedingin salju.

Di sebalik skandal Berlusconi
KAYA, berpengaruh dan kontroversi. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.








Doktor Michael Jackson disiasat
LOSANGELES: Bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson, gagal mengenalpasti punca kematian penyanyi kulit hitam popular itu di tengah laporandia mungkin disuntik dengan ubat penahan sakit sejurus sebelum tidaksedarkan diri.

William bawa kekasih temui Ratu
LONDON: Putera William dikatakan akan membawa teman wanitanya untuk menemuiRatu Elizabeth II di Balmoral, England, sekali gus mencetuskanspekulasi bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Pakar ceroboh komputer atasi serangan siber
LONDON: Pakar penceroboh komputer direkrut kerajaan untuk mempertahankanBritain daripada kumpulan penjenayah antarabangsa dan pengganas yangmerancang serangan siber ke atas negara itu.

Saad al-Hariri dilantik PM baru Lubnan
BEIRUT: Pemimpin kelompok majoriti di Parlimen Lubnan, Saad al-Hariri dilantiksecara rasmi sebagai Perdana Menteri baru negara itu semalam.

3 maut di selatan Thai
BANGKOK:Seorang anggota tentera, polis dan suspek pemisah maut dalampertempuran di selatan Thailand yang bergolak, kata pasukan keselamatansemalam

Saturday, June 27, 2009

GLOBAL : SABTU 27 JUN 2009


Kehilangan Raja Pop dunia
LOS ANGELES 26 Jun – Sehari selepas kematian mengejut Michael Jackson,spekulasi mula timbul tentang punca kematian Raja Pop, yang dikenalidengan gerak tarian ‘moonwalk’ itu.

Jacko peluk Islam
NEWYORK 26 Jun - Raja Pop, Michael Jackson yang meninggal dunia hari ini,dilaporkan telah memeluk Islam berdasarkan khabar angin yang dilaporkanoleh beberapa tabloid di negara Barat dan Amerika Syarikat.

Kematian gempar dunia
LOSANGELES 26 Jun - Kematian Michael Jackson bukan sahaja menggemparkanpeminatnya di seluruh dunia tetapi pemergian Raja Pop itu turutmendapat liputan meluas stesen-stesen penyiar di seluruh dunia

Mahu jadi bintang tertinggi
NEWYORK 26 Jun - Michael Jackson bukan saja mahu setakat menjadi artisyang terkenal. Seperti mana kumpulan Beatles, dia mahu menjadi bintangtertinggi. Dia mahu mengalahkan artis sepanjang zaman, Elvis Presley.

Sidang akhbar terakhir
LONDON26 Jun - Selepas bertahun-tahun mendiamkan diri, Michael Jacksonberjanji untuk kembali mengadakan konsert 50 siri di negara ini bermulabulan depan.Konsert itu yang dijadual berlangsung sehingga 2010diumumkan sendiri oleh Jacko ketika muncul secara ringkas di ibu kotaLondon pada satu sidang akhbar pada Mac lalu, tiga bulan sebelumkematian beliau.

1 juta dijangkiti selesema babi
ATLANTA26 Jun - Pegawai kesihatan menganggarkan satu juta rakyat AmerikaSyarikat (AS) kini dijangkiti penyakit baru selesema babi.Pegawai rasmipengawasan selesema dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC),Lyn Finelli memaklumkan mengenai anggaran tersebut pada mesyuaratpenasihat vaksin yang diadakan di Atlanta, semalam.

Tawaran Israel umpama penjara
DAMASCUS 26 Jun - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semalam menyifatkantawaran Israel untuk menubuhkan negara Palestin yang bebas tenterasebagai 'sebuah penjara besar' dan menegaskan bahawa hanya perjuangansenjata mampu mengembalikan hak rakyat Palestin.

Korea Selatan lancar perang siber
SEOUL 26 Jun - Tentera Korea Selatan merancang melancarkan perang sibersebagai persediaan menghadapi serangan ke atas komputernya oleh KoreaUtara dan lain-lain negara.

Pegawai khas baiki hubungan dengan Islam
WASHINGTON 26 Jun - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah melantikseorang pegawai bagi membantu strategi Presiden Barack Obama untukmemperbaiki hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia, namun masihbelum bersedia mendedahkan identitinya secara rasmi.

Doktor cuba selamatkan Neda
LONDON 26 Jun - Seorang doktor Iran mendakwa berusaha untukmenyelamatkan Neda Agha Soltan, wanita Iran yang mati akibat pendarahanteruk setelah terkena tembakan sesat semasa tunjuk perasaan di TeheranSabtu lepas.

Amerika, Iran perang mulut
WASHINGTON 26 Jun - White House semalam menuduh Presiden Iran, MahmoudAhamdinejad cuba memburuk-burukkan Amerika Syarikat (AS) yang didakwasebagai penyangak politik di Iran, selepas pilihan raya Presiden Iranpada 12 Jun lalu, yang mencetuskan perang mulut dengan Teheran.






Kematian Jacko gemparkan peminat
LOSANGELES: Peminat Michael Jackson di seluruh dunia menerima beritakematiannya dengan penuh kesedihan, namun ramai yang enggan percayaikon pop itu meninggal dunia secara mengejut awal pagi semalam.

'Raja Pop' tetap dikenang
DIRINYAakan terus dikenang sebagai penghibur memiliki bakat luar biasa. Diamelewati kehidupan yang tragis, diasak tekanan populariti ketika zamankecil namun akhir hidupnya dilingkari kontroversi gara-gara berkelakuananeh serta didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Doktor dedah pertanyaan detik kematian Neda
LONDON: Doktor yang berada di sisi Neda Agha-Soltan, wanita yang kematiannya dijalan raya di Teheran mengejutkan dunia, semalam membuka mulut buatpertama kali selepas melarikan diri dari Iran dan kembali denganselamatnya ke rumahnya di Britain.

11 terbunuh di pasar Baghdad
BAGHDAD:Sebuah motosikal meletup di sebuah pasar di sini semalam, mengakibatkan11 orang terkorban dan 25 cedera, hanya empat hari sebelum tenteraAmerika Syarikat berundur keluar dari bandar, pekan dan kampung diseluruh Iraq.

Farah Pandith dilantik wakil khas Obama dekati Muslim
WASHINGTON:Jabatan Negara Amerika Syarikat sudah melantik seorang pegawai, FarahPandith untuk melaksanakan strategi Presiden Barack Obama dalammendekati masyarakat Muslim di seluruh dunia - tapi tidakmengumumkannya.

Fawcett tak sempat kahwini Ryan O'Neal
LOSANGELES: Kematian bintang Charlie�s Angels, Farrah Fawcett, dibayangipemergian Raja Pop, Michael Jackson, yang turut meninggal dunia padahari sama.

Wanita bahagia umur 28 tahun
LONDON:Hasil penyelidikan mendapati wanita berasa paling yakin dan gembiradengan kehidupan cinta serta bentuk tubuh mereka pada usia 28 tahun.

Sarah Jessica Parker bawa pulang kembar
LOSANGELES: Pelakon Sex and the City, Sarah Jessica Parker bersamasuaminya Matthew Broderick, akhirnya membawa pulang bayi kembar yangdilahirkan melalui kaedah ibu tumpang dari Hospital East Ohio Regional,semalam.

Monday, June 22, 2009

GLOBAL : ISNIN 22 JUN 2009


Lebih 70 maut, 200 cedera
BAGHDAD 21 Jun - Sebuah bom yang diletakkan dalam sebuah trak meletupketika pengikut-pengikut Syiah meninggalkan sebuah masjid di utara Iraqsemalam, membunuh lebih 70 orang dan mencederakan hampir 200 yang laindalam kejadian serangan bom paling dahsyat pada tahun ini.

Mousavi sedia syahid
TEHERAN 21 Jun - Pemimpin pembangkang Iran, Mirhossein Mousavi sudah'bersedia untuk mati syahid' dalam mengetuai protes yang telahmenggegarkan Republik Islam ini dan mencetuskan amaran pertumpahandarah daripada pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.


Israel mahu luaskan lagi penempatan haram
BAITULMAQDIS 21 Jun - Israel merancang untuk memperuntukkan danasebanyak AS$250 juta (RM900 juta) dalam tempoh dua tahun akan datangbagi membina kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin di TebingBarat tanpa mempedulikan tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya aktivititersebut dihentikan.


Muzium Acropolis penuhi impian
ATHENS21 Jun - Sebuah Muzium Acropolis serba moden yang merupakan impianpenduduk Greece berdekad-dekad lamanya, dirasmikan dengan penuhgilang-gemilang di negara ini semalam dan diharap dapat membantumendapatkan semula warisan mereka dari Britain.

Aburizal pinjamkan pesawat kepada Jusuf Kalla
JAKARTA 21 Jun - Tokoh perniagaan yang juga Menteri KebajikanIndonesia, Aburizal Bakrie yang dilihat sebagai penyokong kuat PresidenSusilo Bambang Yudhoyono menghantar isyarat bertentangan semalam,dengan meminjamkan jet peribadinya kepada pencabar Susilo, Jusuf Kalla.

KPK Indonesia tahan Hengky
JAKARTA 21 Jun - Badan antirasuah Indonesia menangkap seorang ahliperniagaan yang telah menjadi buruan kerana peranannya dalam satu kesrasuah yang dikaitkan dengan beberapa pegawai atasan.

The Proposal filem terlaris
LOS ANGELES 21 Jun - Sandra Bullock meraih takhta pungutan filemterlaris pertama kali dalam tempoh 10 tahun di Amerika Utara menerusifilem komedi terbarunya, The Proposal, menurut data jualan awal yangditerbitkan semalam.

Rudd pula cabar Turnbull kemuka bukti
SYDNEY 21 Jun - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd ( gambar ) hariini mencabar pemimpin pembangkang, Malcolm Turnbull supaya meletakkanjawatan jika beliau gagal mengemukakan e-mel yang membuktikan Ruddtelah mengelabui Parlimen.

Imelda Marcos dakwa dirinya miskin
MANILA 21 Jun - Imelda Marcos yang juga isteri bekas Presiden Filipina,Ferdinand Marcos mendakwa dirinya hampir miskin walaupun berdepandengan dakwaan menyembunyikan berbilion dolar semasa pemerintahansuaminya dan memakai cincin permata 20 karat.






Mousavi sedia 'mati syahid'
TEHERAN:Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam ketegangan terbaru di ibunegara Iran, ketika pembangkang meneruskan tentangan mereka terhadapkeputusan pilihan raya negara itu 12 Jun lalu dengan calon kalah, MirHossein Mousavi menyatakan kesediaan 'mati syahid' dalam perjuangannyaberhubung keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Berlusconi, teman sosial lakukan seks: Model
ROME:Model berusia 23 tahun, Barbara Montereale, mendakwa seorang temansosial dikenalinya melakukan hubungan seks dengan Perdana MenteriItali, Silvio Berlusconi, manakala beliau sendiri dibayar untukmenghadiri parti di villa mewah pemimpin itu, November lalu.

Macam-Macam: Posmen takut selepas kena serang anak kucing
LONDON: Perkhidmatan pos Britain memberi amaran tidak akan menghantar suratkepada satu keluarga selepas seorang posmen 'diserang' anak kucingmereka hingga luka.

Wartawan NYT lari daripada Taliban
KABUL:Seorang wartawan New York Times (NYT) terkenal kerana sering melakukansiasatan di zon konflik, memanjat tembok dan berjaya melepaskan diridaripada penculik Taliban selepas lebih tujuh bulan ditawan diAfghanistan dan Pakistan, kata akhbar kelmarin

Sunday, June 21, 2009

GLOBAL : AHAD 21 JUN 2009

1 bilion kini kelaparan
ROM 20 Jun - Krisis kewangan global meningkatkan angka kelaparan duniamencecah rekod tertinggi kepada 1 bilion, sekali gus menjadi ancamankepada keamanan dan keselamatan dunia.

Obama ingatkan Iran
WASHINGTON20 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengingatkan Iranbahawa 'dunia sedang memerhatikan' tindak-tanduk negara itu dan AS akanmenyokong mana-mana pihak yang berusaha mencari 'perdamaian' yang adilselepas pilihan raya Iran, yang didakwa berlaku huru-hara.

Singapura mahu ambil tindakan ke atas kapal Korea Utara
SINGAPURA20 Jun - Singapura akan mengambil tindakan ke atas sebuah kapal KoreaUtara yang kini diawasi Amerika Syarikat (AS), sekiranya kapal tersebutmenuju ke pelabuhan republik itu bersama kargo yang didakwa mengandungisenjata.

PBB mula siasat pembunuhan Bhutto
PERTUBUHANBANGSA-BANGSA BERSATU 20 Jun - Sebuah Suruhanjaya PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat pembunuhan Bhutto akanmemulakan siasatan selama enam bulan mulai 1 Julai ini berhubungpembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto.

'Terminator'mendarat cemas
LOSANGELES 20 Jun - Sebuah pesawat yang membawa Gabenor California, ArnoldSchwarzenegger, terpaksa melakukan pendaratan cemas semalam selepasjuruterbangnya mengesan asap di bahagian kokpit pesawat berkenaan.

Model terkaya bakal timang cahaya mata
LOSANGELES 20 Jun - Supermodel Brazil, Gisele Bundchen bersama suaminyayang juga bintang bola sepak Amerika, Tom Brady, dilaporkan akanmenimang cahaya mata pertama mereka awal tahun depan.

Veteran perang, kini lelaki tertua di dunia
LONDON20 Jun - Veteran Perang Dunia I dari Britain, Henry Allingham kinimerupakan lelaki paling tua di dunia.Allingham kini berusia 113 tahun.

'Wanita Besi' berjaya jalani pembedahan
LONDON20 Jun - Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher berjayamenjalani pembedahan memasukkan pin ke dalam lengannya, semalam untukmenyambung tulangnya yang patah selepas terjatuh pada minggu lalu.

Survei senjata baru kempen
TELEVISYEN,radio, akhbar, Internet, kempen terbuka, papan tanda, kain rentang danbendera. Semua itu dikira kaedah lama dalam berkempen pada pilihan rayadi Indonesia.







Polis belasah penunjuk perasaan
TEHERAN: Polis membelasah penunjuk perasaan dan menembak gas pemedih mata danpancutan air kepada ribuan orang yang mengingkari arahan kerajaan ulamaIran dan mengadakan perhimpunan semalam.

Singapura awasi kapal Korea Utara
SINGAPURA:Republik ini akan bertindak ke atas sebuah kapal Korea Utara yangdikatakan sedang dipantau Amerika Syarikat, jika kapal itu menghala kepelabuhannya dengan kargo mengandungi senjata api, kata kerajaan itusemalam.

Lelaki lelong abu mayat bapa
LONDON:Seorang lelaki di Warwickshire bertindak melelong abu mayat ayahnya dieBay, sebagai membalas dendam kerana meninggalkannya ketika kecil.

Allingham lelaki tertua di dunia
LONDON:Seorang veteran Perang Dunia Pertama Britain, Henry Allingham kiniadalah lelaki paling tua dunia dalam Guiness World Records.

Lelaki tak mengaku bunuh isteri, tinggal anak di stesen
WELLINGTON:Seorang rakyat tempatan didapati bersalah semalam atas kes pembunuhanisterinya yang mencetuskan pemburuan antarabangsa selepas tertuduhmeninggalkan anaknya yang masih kecil di stesen kereta api danmelarikan diri ke Amerika Syarikat.

Perancis mungkin larang hijab
PARIS: Perancis mahu mengkaji trend yang pemakaian burqa (hijab) yang semakinberkembang di sini, dengan cadangan mungkin melarang pemakaianberasaskan Islam itu di khalayak ramai, kata jurucakap kerajaankelmarin.

Haifa menang anugerah lagu terbaik di Lubnan
BEKASmodel, pelakon dan penyanyi terkenal Lubnan, Haifa Wahbi membuatpersembahan pada majlis penyampaian anugerah ke-9 Murex d'Or, di Casinodu Liban, di pusat peranginan pesisir pantai Maameltein di utaraBeirut, semalam.

Aniston, Cooper belum rancang kahwin
LOSANGELES: Biarkan khabar angin bertiup! Beberapa minggu selepas JenniferAniston dan Bradley Cooper dilaporkan berpasangan dalam satu parti bagifilem lakonannya, Management, Khamis lalu mereka dilihat pula menikmatimakan lewat malam di sebuah restoran romantik, Itali II Cantinori diManhattan.

Jessica laku vandalisme
LOSANGELES: Pelakon Jessica Alba menyumbangkan sejumlah wang kepadapertubuhan amal di sini semalam sebagai tanda memohon maaf keranamenampal poster ikan jerung putih di sebuah bangunan di sini.

Gelaran Ratu Puerto Rico ditarik balik
SANJUAN: Penganjur pertandingan ratu cantik Miss Puerto Rico Petitemenarik balik gelaran juaranya kelmarin, menuduh wanita muda yangmemenanginya 'melakukan tindakan tidak boleh diterima' termasukmengugut dan menyerang kakitangan pertandingan itu.

Lelaki lontar bom ke ambulans bunuh pesakit
MORELIA: Lelaki bersenjata membaling bom tangan ke arah ambulans dan kemudianmembuka pintu untuk membunuh seorang pesakit di dalamnya, yangterselamat selepas terbabit dalam kejadian tembakan kartel dadahsebelumnya yang melingkari Mexico kelmarin.

Hampir dua kali ganda askar Amerika ketagih arak
WASHINGTON:Hampir dua kali ganda jumlah tentera Amerika Syarikat kini ketagihanalkohol atau terbabit dalam tabiat buruk seperti minum keterlaluanberbanding enam tahun lalu, menurut statistik tentera.

Kashmir ditutup akibat rusuhan
SRINAGAR: Lembah Kashmir ditutup selepas satu tunjuk perasaan besar-besaransemalam, membantah perbuatan merogol dan membunuh dua wanita Islam diwilayah bergolak di kaki gunung Himalaya itu.

Rejim Zionis terus biadab
BAITULMAQDIS:Rejim Zionis terus melakukan pelbagai tindakan kekejaman dan penghinaanke atas rakyat Palestin dan terbaru, akhbar harian negara itu Haaretzmendedahkan anggota pengawal sempadan Israel menghantar video onlinemenunjukkan mereka mengarahkan seorang pemuda menyanyi dan menampardirinya.

Gordon Brown akui kecewa kena kritik
LONDON: Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mengakui 'kecewa' dengan kritikanyang ditujukan kepadanya dan berkata beliau dengan mudahnya boleh'berjalan keluar daripada semua ini esok' jika mahu, dalam satu temuramah diterbitkan semalam.

India sekat pesawat AS bawa senjata
MUMBAI: Pengawal trafik udara mengarahkan sebuah pesawat kargo sewa khasAmerika Syarikat yang membawa senjata ke Afghanistan supaya mendarat dilapangan terbang di sini selepas ia melanggar peraturan ruang udaraIndia, kata pihak berkuasa semalam.

Enam korban letupan bom tepi jalan
HERAT:Sekurang-kurangnya enam orang daripada sebuah keluarga terbunuh,apabila sebutir bom tepi jalan meletup berhampiran kereta mereka dibarat Afghanistan semalam, dipercayai dilakukan militan Taliban.

Pesawat tentera Pakistan gempur kubu Taliban
WANA: Pesawat tentera Pakistan menggempur semula kubu militan di selatanWaziristan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 50 pemisah terbunuhdalam tempoh 24 jam lalu, kata pegawai keselamatan.

Saturday, June 20, 2009

GLOBAL : SABTU 20 JUN 2009

Ulama bantah larangan haji
RIYADH 19 Jun - Ulama berpengaruh di Arab Saudi, Sheik Abdul-Mohsenal-Obaikan, menentang sebarang larangan perjalanan bagi jemaah hajiekoran kebimbangan terhadap wabak selesema babi.

Image
Suu Kyi sambut ulang tahun ke-64
YANGON 19 Jun - Ikon prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyambutulang tahun kelahirannya yang ke-64 di penjara hari ini, ketika aktivismelancarkan bantahan melalui Internet dan merancang mengadakan bantahandi seluruh dunia bagi menggesa junta tentera membebaskan pemimpintersebut.

Air France bayar ganti rugi
PARIS 19 Jun - Syarikat penerbangan Perancis, Air France akan membayarganti rugi kepada ahli keluarga kepada 228 penumpang dan krew yangterkorban dalam nahas di Lautan Atlantik pada 1 Jun lalu.

Image
Juruterbang mati dalam penerbangan
NEWARK, Amerika Syarikat 19 Jun - Para penumpang dalam pesawatContinental Airlines Penerbangan 61 tidak mengetahui adanya insidendalam penerbangan itu sehinggalah mereka mendarat di sini dengandisambut oleh kereta bomba, kenderaan kecemasan dan puluhan wartawan.

Usir kanak-kanak, cetus debat di Dewan Australia
CANBERRA 19 Jun - Pengusiran seorang budak perempuan berusia dua tahunyang merupakan anak kepada seorang senator daripada Dewan Senatsemalam, mencetuskan perdebatan hari ini sama ada ibu bapa bolehmembawa anak mereka ke tempat kerja atau sebaliknya.

Pelayar Jepun disangka hilang, selamat
TOKYO 19 Jun - Seorang pelayar Jepun yang kudung sebelah tangannya,yang sebelum ini dikhuatiri telah diculik oleh lanun di Lautan Hndia,telah disahkan selamat dan berada di pulau peranginan Phuket.

Debat Presiden membosankan
JAKARTA 19 Jun - Banyak pihak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkanoleh tiga calon Presiden Republik Indonesia dalam acara Debat CalonPresiden yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen, di sini malamsemalam.

Image
Khamenei bela Ahmadinejad
TEHERAN 19 Jun - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei(gambar) hari ini mempertahankan Presiden Mahmoud Ahmadinejad sebagaipemenang yang sah pada pilihan raya Presiden negara ini, baru-baru iniwalaupun keputusan pengundian yang dipertikaikan itu telah mencetuskanprotes terbesar dalam sejarah republik Islam ini.

Rakyat Israel anggap Obama pro-Palestin
BAITULMAQDIS 19 Jun - Semakin ramai rakyat Israel yang melihat PresidenAmerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai pro-Palestin ketikaWashington mula meningkatkan tekanan ke atas Tel Aviv supayamenghentikan kegiatan pembesaran penempatan Yahudi.

Wanita kelar kerongkong bayi sendiri
JAKARTA19 Jun - Seorang wanita Indonesia telah bertindak memotong kerongkongbayinya yang baru dilahirkan bagi mengelakkan malu kerana mengandung diluar nikah.

Wanita bunuh bayi dipenjara 8 tahun
TOURS, Perancis 19 Jun - Seorang wanita Perancis yang mengaku membunuhtiga bayinya termasuk membakar mayat salah seorang daripada merekaserta menyorokkan dua mayat yang lain di dalam peti sejuk di rumahnya,dihukum penjara lapan tahun semalam.

Lelaki tertua di dunia, meninggal
TOKYO 19 Jun - Lelaki paling tua di dunia, Tomoji Tanabe (gambar)meninggal dunia di rumahnya di selatan Jepun hari ini pada usia 113tahun.

Tokoh pembangkang kecam operasi ketenteraan
WASHINGTON 19 Jun - Tokoh pembangkang Pakistan dan legenda kriket,Imran Khan (gambar) menyifatkan tindakan Pakistan melancarkan operasiketenteraan di barat laut negara itu hanya akan mengancam negaranyasendiri dan pada masa yang sama menggesa Amerika Syarikat (AS)menghentikan pembabitan di Afghanistan.





'Ahmadinejad tetap pemenang'
TEHERAN:Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa MahmoudAhmadinejad adalah pemenang dalam pilihan raya presiden 12 Jun lalu,sambil memberi amaran pihak yang menganjur bantahan jalanan akandipertanggungjawabkan ke atas kekecohan yang menyusul.

Inul saman peguam buat tuduhan palsu
JAKARTA:Diva dangdut Indonesia, Inul Daratista, mengemukakan saman jenayahterhadap seorang peguam kerana mengedarkan surat menuduh penyanyipopular itu menggunakan pusat karaoke dan kediamannya untukmenghasilkan bom bagi mengganggu pilihan raya Presiden tidak lama lagi.

Lelaki tertua di dunia meninggal
TOKYO:Manusia tertua di dunia, Tomoji Tanabe, meninggal dunia ketika tidur dirumahnya di selatan Jepun, semalam, kata pegawai bandar mengenai warganegaranya yang berusia 113 tahun.

Syarikat penerbangan Air France bayar pampasan
PARIS:Syarikat penerbangan Air France akan membayar pampasan kepada keluargamangsa nahas pesawat Penerbangan 447 yang terhempas di lautan Atlantik1 Jun lalu, menyebabkan semua 228 penumpang terbunuh.

H1N1 antara punca lelaki Australia maut
SYDNEY:Seorang warga Australia yang dijangkiti virus selesema babi (H1N1) matisemalam tetapi pegawai perubatan menjelaskan lelaki berusia 26 tahunitu maut berikutan penyakit lain.

Jenny McCarthy mohon maaf
LOSANGELES: Aktres Jenny McCarthy meminta maaf kepada sebuah majalahkecergasan Amerika Syarikat, selepas mengatakan ia mencantikkan imejgambarnya pada muka hadapan.

Wanita bunuh anak, simpan dalam peti sejuk
TOURS:Seorang wanita Perancis yang mencekik tiga anaknya dan menyimpan duadalam peti sejuk, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kelmarin,selepas perbicaraan menumpukan kepada masalah psikiatrinya.

Ibu nafi Lindsay Lohan curi barang kemas
LOSANGELES: Ibu Lindsay Lohan menafikan beliau mencuri batu permata dalamsatu penggambaran di London dan menggesa anaknya melupakan soalkehilangan barang kemas itu.

Dua sekolah, kolej kena bom di Pakistan
KHAR:Militan mengebom dua sekolah lelaki dan sebuah kolej di kawasan puak diBajaur di barat laut Pakistan semalam, kata pegawai, ketika operasiketenteraan memerangi Taliban dipertingkatkan di daerah berhampiran.

Polis dakwa militan tembak mati tiga lelaki Islam
YALA:Polis mendakwa pemisah menembak dan membunuh tiga lagi lelaki Islam diselatan Thailand ketika keganasan semakin memuncak di rantau selatan.

Suu Kyi rai hari lahir ke-64 dalam penjara
YANGON:Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkongsi makanan denganpengawal penjara ketika menyambut hari lahirnya yang ke-64 semalam,selepas pemerintah junta enggan membenarkan beliau menerima pelawat,kata anggota kanan parti pimpinannya.

Friday, May 29, 2009

GLOBAL : JUMAAT 29 MEI 2009

Image
Beku bina penempatan Yahudi
WASHINGTON 28 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar ) mahu Israel membekukan pembinaan semua kawasan penempatanYahudi tanpa sebarang pengecualian.

Seoul-Amerika berwaspada
SEOUL28 Mei - Rakyat Korea Selatan dan tentera Amerika Syarikat (AS)diletakkan dalam keadaan berwaspada pada tahap lebih tinggi hari ini,selepas Korea Utara mengumumkan ia akan membatalkan perjanjian gencatansenjata yang telah dikuatkuasakan di semenanjung Korea sejak lebih limadekad lalu.

Junta Myanmar marah
YANGON 28 Mei - Myanmar marah dan menolak 'tekanan serta campur tangan'pihak luar dalam kes perbicaraan Aung San Suu Kyi, sambil menafikanbahawa perbicaraan itu merupakan satu komplot politik untuk terusmengurung ikon pembangkang itu bagi mengelakkan beliau bertanding padapilihan raya di negara ini pada 2010.

11 lagi pemberontak LTTE terbunuh
COLOMBO 28 Mei - Seramai 11 pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE) terbunuh dalam satu pertempuran terbaru dengan tentera kerajaandi bahagian timur Sri Lanka.

Desak imej penderaan di Iraq didedah
LONDON 28 Mei - Gambar-gambar penderaan ke atas tahanan Iraq yang tidakmahu disiarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama adalahtermasuk imej yang memaparkan perbuatan rogol dan penderaan seksual.

Iraq: Kempen tahan 1,000 pegawai rasuah'
BAGHDAD 28 Mei – Iraq melancarkan satu kempen bagi menahan hampir 1,000pegawainya atas tuduhan rasuah, selepas Menteri Perdagangannya meletakjawatan berikutan dakwaan ahli keluarganya menerima wang sogokanbernilai berjuta-juta dolar hasil pembelian gula.

Image
4 penyokong Barcelona mati dirempuh kereta peminat MU
PORT HARCOURT, Nigeria 28 Mei - Empat orang terbunuh apabila sebuah basmini yang dipandu oleh seorang peminat Manchester United (MU) diNigeria merempuh sekumpulan penyokong Barcelona selepas MU tewas dalamperlawanan akhir Liga Juara-Juara malam tadi.

100 ditahan gara-gara kemenangan Barcelona
MADRID 28 Mei - Polis Sepanyol menahan lebih 100 orang ketikaberibu-ribu peminat bola sepak meraikan kejayaan pasukan Barcelonamenjuarai perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara malam tadi.

Image
Anak panda lahir di zoo Thailand
BANGKOK 28 Mei - Sepasukan pakar haiwan China tiba di Thailand hari iniuntuk memeriksa seekor anak panda yang kelahirannya semalammemeranjatkan pegawai zoo yang telah bertahun-tahun cuba membiakkanmamalia yang semakin pupus itu.

Pembayar cukai meninggal dapat bonus
CANBERRA 28 Mei - Australia membayar bonus tunai kepada waris 16,000rakyatnya yang telah meninggal dunia, sebagai sebahagian daripada pakejrangsangan bernilai berbilion dolar Australia bagi merangsang semulaekonomi di negara ini.

Ayah rogol anak perempuan lebih 20 tahun
BUENOSAIRES 28 Mei – Mahkamah mengesahkan ujian DNA membuktikan seoranglelaki Argentina berusia 67 tahun telah merogol tiga anak perempuannya,sehingga salah seorang daripada mereka melahirkan tujuh orang anaknyadan merosakkan akhlak dua lagi anak perempuannya.





Askar Korea Selatan, AS siap sedia
SEOUL:Korea Selatan dan Amerika Syarikat meletakkan tentera masing-masingdalam keadaan berjaga-jaga peringkat tertinggi semalam selepas KoreaUtara mengancam untuk menyerang jirannya, sementara Washingtonmenegaskan komitmennya untuk mempertahankan Seoul.

Ibu bapa Ketua LTTE diberi perlindungan
COLOMBO:Ibu bapa ketua pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)Velupillai Prabhakaran yang ditembak mati askar Sri Lanka, kinimendapat perlindungan pasukan keselamatan selepas melarikan diri darizon perang, kata jurucakap tentera, Udaya Nanayakkara semalam.

Banduan dirogol, dera seks di Iraq
LONDON:Gambar penderaan banduan Iraq yang tidak disiarkan atas permintaanPresiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut membabitkan imej kejadiansalah laku seks dan rogol, lapor akhbar Daily Telegraph Britainsemalam.

Ganjaran tangkap pemimpin
LAHORE:Kerajaan Pakistan semalam menawarkan ganjaran untuk penangkapan 21pemimpin Taliban di barat laut negara itu, selepas kumpulan militanterbabit mengakui bertanggungjawab ke atas serangan bom dan tembakanbertalu-talu yang meragut 30 nyawa di sini kelmarin.

Dua tokoh badan Islam AS kena penjara 65 tahun
DALLAS:Dua pemimpin tertinggi sebuah pertubuhan kebajikan Islam yang pernahdisifatkan terbesar di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 65tahun kerana didakwa menyokong pejuang Palestin.

Wartawan ucap penghargaan kepada Hillary
WASHINGTON:Wartawan Amerika Syarikat yang dibebaskan Iran, Roxana Saberimengucapkan penghargaan kepada Setiausaha Negara AS, Hillary Clintonsecara peribadi kerana mendesak Iran membebaskannya daripada penjaraTeheran di mana beliau ditahan atas tuduhan mengintip.

Budak perempuan berkelakuan seperti anjing
MOSCOW:Seorang budak perempuan lima tahun di Russia didapati berkelakuanseperti anjing dan menyalak serta menjilat makanan, ketika dia ditemuipegawai perlindungan kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Salman kecewa Katrina belum sedia kahwin
MUMBAI:Impian Salman Khan untuk mengahwini kekasihnya, pelakon Katrina Kaif(kanan), selepas lebih lima tahun menjalin hubungan hampir pasti tidakkesampaian apabila aktres berdarah campuran British itu tidak bersediamendirikan rumah tangga buat masa ini.

Obama mahu Israel henti penempatan di Tebing Barat
WASHINGTON:Pentadbiran Amerika Syarikat meningkatkan tekanan ke atas Israel supayamembekukan pembinaan penempatan di Tebing Barat beberapa jam sebelumPresiden Barack Obama bertemu dengan Presiden Mahmoud Abbas, sebagaisebahagian desakannya menghidupkan semula rundingan damai.

Thursday, May 28, 2009

GLOBAL : KHAMIS 28 MEI 2009

Pyongyang anggap perang
SEOUL 27 Mei – Korea Utara hari ini menyifatkan keputusan Korea Selatanuntuk menyertai Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) diketuaiAmerika Syarikat (AS), sama seperti tindakan mengisytiharkan perang.

Image
Bangunan polis di Lahore diletupkan, 30 terbunuh
LAHORE27 Mei – Sekurang-kurangnya 30 terbunuh, manakala lebih 100 lagi cederadalam kejadian letupan kenderaan oleh lelaki bersenjata di sini hariini, menjadikannya serangan terburuk di Lembah Swat pada tahun ini.

Image
Jilbab isteri bantu populariti
JAKARTA27 Mei – Presiden Parti Golkar, Jusuf Kalla yang akan bertandingjawatan Presiden Indonesia dikatakan telah meningkatkan popularitinyadisebabkan tarikan isterinya yang memakai tudung kepala atau jilbab.

Image
California sah larang kahwin sejenis
SAN FRANCISCO 27 Mei - Mahkamah Agung California mengesahkan laranganperkahwinan sesama jantina atau gay di negeri tersebut, namunmenyatakan bahawa 18,000 perkahwinan sesama jantina yang dilangsungkansebelum larangan itu sebagai sah.

Image
Angkor Wat dibuka malam
PHNOM PENH 27 Mei - Kemboja sedang menimbangkan untuk membuka AngkorWat, yang menjadi destinasi pelancongan popular di Kemboja, pada waktumalam bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke negaramiskin ini.

ASEM kutuk ujian nuklear
HANOI 27 Mei - Menteri-Menteri Luar Asia dan Eropah mengutuk ujiannuklear Korea Utara semalam dan mengesa Myanmar supaya membebaskanorang tahanan serta memberi Aung San Suu Kyi peluang untukmempertahankan diri dalam satu perbicaraan kontroversi.

Suu Kyi salahkan junta Myanmar
YANGON 27 Mei - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyalahkankegagalan kawalan keselamatan oleh junta tentera menyebabkan berlakuinsiden seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berjaya berenang kerumahnya, demikian menurut kenyataan yang difailkan semasaperbicaraannya.

Protes besar di Georgia
TBILISI 27 Mei - Beribu-ribu penunjuk perasaan anti kerajaan menyekatstesen kereta api dan melumpuhkan lalu lintas di jalan raya utama diwilayah Kaspian yang kaya dengan tenaga dan Barat.

10 datuk bandar di Mexico ditahan lindung sindiket dadah
MEXICO CITY 27 Mei - Tentera menahan 10 datuk bandar dan 18 pegawailain, semalam kerana melindungi sindiket paling ganas di Mexico dalamoperasi antirasuah yang julung kalinya dilancarkan di Michoacan disini.

Sketsa komedi Obama mudah ditembak dibidas
MONTREAL 27 Mei - Sebuah majlis industri penyiaran di Kanada menyelarsebuah radio berbahasa Perancis di Kanada kerana menyiarkan sketsakomedi yang menyatakan bahawa Barack Obama mudah menjadi sasaranpembunuhan kerana sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat(AS), beliau akan jelas kelihatan di White House.

Munro menang Hadiah Man Booker
LONDON 27 Mei - Penulis cerpen Kanada, Alice Munro (gambar) dipilihmemenangi Hadiah Antarabangsa Man Booker pada tahun ini, sekali gusmelayakkan beliau menerima wang tunai berjumlah 60,000 pound Sterling(RM336,400).

Pekerja zoo dibunuh harimau putih
WELLINGTON 27 Mei - Seorang pekerja zoo terbunuh apabila diserang olehseekor harimau putih di sebuah taman hidupan liar di New Zealand hariini yang turut disaksikan para pengunjung.

50 wanita ditipu RM21.5j
TAIPEI 27 Mei - Seorang lelaki Taiwan ditahan kerana disyaki menipulebih T$200 juta (RM21.5 juta) daripada 50 orang wanita dalam satu kespenipuan paling besar seumpamanya di negara ini.

Selatan Thai bergolak lagi
YALA27 Mei - Kumpulan pejuang pemisah disyaki terlibat dalam beberapa siriletupan dan kebakaran di selatan Thailand awal hari ini.

Anak Tyson meninggal dunia
PHOENIX27 Mei - Anak perempuan bekas juara tinju heavyweight dunia, MikeTyson, meninggal dunia di hospital semalam, sehari selepas lehernyaterbelit tali di sebuah mesin senaman di rumahnya di sini, lapor polis.

Rumah semurah AS$1 (RM3.50)
FAKULTI Ekologi Manusia, University of Wisconsin-Madison, AmerikaSyarikat menawarkan sebuah rumah dengan harga hanya AS$1 (RM3.50)dengan syarat - rumah itu mesti dipindahkan setelah ia dibelipemiliknya.

Image
Pisang sebagai senjata
IHAK berkuasa di Carolina Utara berkata, pemilik kedai dan pelangganberjaya menghalang seorang remaja yang cuba merompak kedai berkenaan.

Kanak-kanak 12 tahun menjadi tukang rasa gula-gula
RIBUAN kanak-kanak di seluruh dunia pasti berasa iri hati dengankeistimewaan yang bakal dimiliki seorang kanak-kanak warga Britainberusia 12 tahun apabila dia terpilih untuk mengisi kekosongan jawatanpaling manis di negara itu iaitu sebagai tukang rasa bagi syarikatgula-gula Swizzels Matlow.

Kesalahan tidak memegang rel eskalator?
SEORANGwanita Kanada berkata, beliau digari dan ditahan kerana mengingkariarahan polis supaya memegang rel eskalator di Montreal Metro.






Letupan ketiga paling dahsyat
LAHORE:Sekurang-kurangnya 30 maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kejadianletupan paling dahsyat di Pakistan tahun ini apabila seorang pengebomkereta menyasarkan bangunan penempatan polis dan pejabat agensiperisikan di timur negara itu, semalam.

Korea Utara ancam mahu serang Korea Selatan
SEOUL:Korea Utara, yang berdepan sekatan antarabangsa kerana menjalankanujian nuklear, semalam mengancam untuk menyerang Korea Selatan selepasSeoul menyertai inisiatif diketuai Amerika Syarikat bagi memeriksakapal disyaki membawa peralatan senjata pemusnah.

Suu Kyi persalah kawalan junta
YANGON:Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, menyalahkan kegagalan kawalankeselamatan pemerintah junta apabila seorang lelaki Amerika Syarikatberenang ke rumahnya, menurut kenyataan diserahkan pada perbicaraantokoh pembangkang itu.

Mangsa taufan Aila meningkat
KOLKATA: Korban taufan Aila di timur India dan Bangladesh meningkat kepada 168 orang semalam.

AS tawar RM8.7j berkas 3 militan
WASHINGTON:Amerika Syarikat menawarkan sehingga AS$2.5 juta (RM8.75 juta) bagimaklumat yang boleh membawa kepada penangkapan tiga rakyat Filipinadisyaki anggota kumpulan militan, Abu Sayyaf.

Anak perempuan Tyson maut
PHOENIX:Anak perempuan bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson berusiaempat tahun meninggal dunia selepas ditemui dengan tali terbelit padalehernya dalam satu kemalangan di rumahnya, kata polis kelmarin.

Gambar artistik Bruni dilelong harga tinggi
ROME:Kita sudah melihat semuanya (dan lebih lagi) sebelumnya. Namun gambarghairah Carla Bruni dijangka mendapat tawaran harga tinggi apabila iadilelongkan di Berlin minggu depan.

Nancy selamat lahir anak pertama
BEIRUT:Penyanyi terkenal Lubnan, Nancy Ajram selamat melahirkan anak pertama,seorang bayi perempuan diberi nama Meela di sebuah hospital di sini.Kedua-dua ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat.

Penjaga zoo maut dibaham harimau putih
WELLINGTON:Seorang penjaga zoo semalam maut dibaham seekor harimau putih di tamanhidupan liar di New Zealand sambil dilihat oleh pelawat yang ketakutan.

Wanita mangsa Influenza A di Singapura
SINGAPURA:Kerajaan Singapura semalam mengesahkan kes jangkitan H1N1 pertama direpublik itu, seorang wanita tempatan 22 tahun yang sedang dikuarantindi hospital dan terbaru dalam hampir 13,000 kes di seluruh dunia.

GLOBAL : RABU 27 MEI 2009

Image
Korea Utara lancar peluru berpandu pula
SEOUL 26 Mei - Korea Utara terus membangkitkan kemarahan dunia, apabilanegara komunis itu hari ini bertindak melancarkan dua peluru berpandujarak dekat pula, sehari selepas menjalankan satu ujian nuklear bawahtanah.

Image
Perintah berkurung di Punjab
AMRITSAR26 Mei - Perintah berkurung dikenakan di pekan dan bandar di seluruhnegeri Punjab, utara India hari ini selepas berlaku rusuhan yangtercetus berikutan insiden seorang sami Sikh ditembak mati dalampergaduhan antara puak-puak Sikh yang bersengketa di Austria.

Sindiket kempen calon Presiden palsu
JAKARTA26 Mei – Pengusaha serta pegawai daripada 32 buah negara Asia danEropah dipercayai telah diperdaya oleh sindiket yang mendakwa berkempenuntuk seorang calon yang bertanding jawatan Presiden pada pilihan rayaPresiden Indonesia Julai ini.

PAN: Pemimpin ingkar tidak dikenakan tindakan
JAKARTA 26 Mei - Parti Amanat Nasional (PAN) tidak akan mengenakantindakan ke atas pemimpin yang tidak menyokong Presiden IndonesiaSusilo Bambang Yudhoyono dan Boediono pada pilihan raya Presidenrepublik ini kelak.

Image
Setem Audrey Hepburn 'merokok' dilelong
BERLIN 26 Mei - Seorang pengumpul setem, bakal mengaut keuntunganlumayan selepas menemui sekeping setem yang menunjukkan wajah aktresterkenal Britain, Audrey Hepburn menghisap rokok.

Apartmen Bellucci dirompak
PARIS26 Mei - Barang kemas dan barangan lain bernilai 80,000 euro(RM390,805) milik aktres Itali, Monica Bellucci telah dicuri dariapartmennya di Paris semalam, semasa menghadiri upacara penutupFestival Filem Cannes, dua hari lalu.

Gereja Scientology didakwa di Paris
PARIS26 Mei - Gereja Scientology dan enam pemimpinnya di Perancisdibicarakan hari ini atas tuduhan melakukan penipuan terancang yangboleh membawa kepada pengharaman pertubuhan itu di negara ini.

Image
Fesyen Islam
SEORANGmodel menggayakan pakaian ciptaan pereka terkenal Indonesia, SebastianGunawan yang diadunkan dengan kristal Swarovski pada Festival FesyenIslam di Jakarta, semalam. Festival fesyen tersebut mempamerkan ciptaanpereka terkenal dan juga yang baru meningkat dari Malaysia danIndonesia kepada audiens antarabangsa. Fesyen itu ditujukan kepada umatIslam yang mahu mengekalkan identiti Islam dengan ciptaan fesyenkontemporari yang mematuhi Syariah tetapi bergaya. - AFP

Suu Kyi nafi langgar syarat
YANGON26 Mei - Pemimpin pembangkang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi (gambar ) memberitahu mahkamah hari ini, beliau tidak melanggarsyarat-syarat perintah tahanan di rumah dalam insiden seorang lelakiAmerika Syarikat (AS) memasuki rumahnya selepas berenang merentasitasik dekat situ.

Penumpang kapal diarah 'berkurung'
SYDNEY26 Mei - Lebih 2,000 orang penumpang kapal peranginan Pacific Dawndiarah 'berkurung' selama seminggu selepas dua penumpang kanak-kanakdari Australia didapati positif dijangkiti selesema babi.

Hampir 13,000 dijangkiti H1N1
GENEVA26 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menyatakan hampir13,000 orang telah disahkan dijangkiti influenza A (H1N1) atau selesemababi namun bilangan negara yang dilaporkan mempunyai kes kekal pada 46buah.

Hospital terbakar, 8 terbunuh
ANKARA 26 Mei - Lapan pesakit unit rawatan rapi terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah hospital di barat Turki, awal hari ini.

PAD tubuh parti baru
BANGKOK26 Mei – Anggota pergerakan ‘Baju Kuning’ yang pada tahun lalumelumpuhkan operasi lapangan terbang di ibu negara Thailand ini,semalam menyatakan persetujuan untuk membentuk parti politik barutetapi tidak menolak kemungkinan untuk kembali menjalankan protes dijalan raya.

Agensi antirasuah berfungsi normal
JAKARTA 26 Mei - Agensi antirasuah Indonesia masih mampu berfungsiseperti biasa, meskipun ketuanya, Antasari Azhar (gambar) digantungtugas setelah diisytiharkan sebagai suspek dalam siasatan satu kesbunuh.

Polis Greece didakwa pijak al-Quran
ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telahmenyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkanal-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibunegara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islamdi sini.





Kubu puak Taliban dikepung
PESHAWAR:Pasukan keselamatan Pakistan semalam berkata, mereka hampir berjayamengepung kubu Taliban di barat laut negara itu, ketika kumpulan hakasasi memberi amaran bencana kemanusiaan besar-besaran dihadapipenduduk yang terperangkap dalam medan perang.

Ujian nuklear: Pyongyang ingkari kecaman dunia
SEOUL:Korea Utara terus mengingkari kecaman dunia dan PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan ujian nuklear terbarunya danujian pelancaran dua peluru berpandu jarak dekat di luar perairantimurnya semalam, selain menuduh Amerika Syarikat cuba berkomplotterhadap kerajaannya.

Macam-macam: 800 ekor ayam mati terkejut letupan mercun
BEIJING:Pemilik kedai motosikal yang merasmikan pembukaan perniagaannya diarahmembayar ganti rugi 16,000 yuan (RM8,231) kepada seorang penternak ayamselepas ternakannya mati akibat terkejut mendengar letupan mercun.

Suu Kyi nafi lindung warga AS
YANGON:Ikon prodemokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi menafikan beliau melanggarperaturan tahanan kediaman dengan memberi perlindungan sementara kepadaseorang penceroboh rakyat Amerika Syarikat (AS).

Lelaki humban isteri kena hukum mati
SINGAPURA:Lelaki yang menghumban isterinya dari tingkat 13 sebuah blok diStirling Road dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati semalam.

Tuesday, May 26, 2009

Korea Utara lancar ujian nuklear

Korea Utara lancar ujian nuklear



TAPAK ujian pelancaran misil Korea Utara yang dikesan satelit 2009 GeoEye-1 pada 5 April lalu. - Foto Reuters

Obama bimbang dan menggesa tindak balas masyarakat antarabangsa

PYONGYANG: Korea Utara berjaya mengadakan ujian letupan nuklear bawah tanah pagi semalam, menyebabkan gempa bumi buatan berukuran 4.7 pada skala Richter dan mengesahkan kedudukannya sebagai kuasa nuklear terbaru dunia.

Ia turut melaporkan menembak misil jarak dekat. Ujian itu dilihat sebagai provokasi besar tidak sampai dua bulan selepas negara itu melancarkan roket yang dipercayai ujian teknologi misil jarak jauhnya.

Ujian itu juga mendorong Presiden Barack Obama segera memberi amaran tindakan negara komunis itu 'amat membimbangkan kepada semua negara' dan menggesa tindak balas masyarakat antarabangsa.

"Korea Utara secara langsung dan tidak berhati-hati mencabar masyarakat antarabangsa. Tindak-tanduk negara itu meningkatkan ketegangan dan menggugat kestabilan di Asia Timur," katanya.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, turut mengutuk pengumuman Korea Utara itu. Jepun, yang terletak dalam jarak roket Pyongyang, turut mengambil tindakan sama.

"Jika Korea Utara melancarkan ujian nuklear, ia jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kami tidak akan bertolak ansur mengenainya," kata ketua jurucakap kerajaan, Takeo Kawamura, kepada wartawan di Tokyo.

Korea Utara, yang meradang dengan kritikan Majlis Keselamatan berhubung pelancaran roketnya pada 5 April lalu, memberi amaran bulan lalu ia akan memulakan semula program nuklearnya, mengadakan ujian atom dan melancarkan ujian misil jarak jauh.

Agensi Berita Pusat Korea semalam menyifatkan ujian itu sebagai usaha meningkatkan program nuklearnya untuk mempertahankan diri. Ia dibuat beberapa minggu selepas negara itu mengancam memulakan semula program atomnya.

Russia, yang berkongsi sempadan dengan Korea Utara, mengesahkan kemudahannya mengesan ujian nuklear timur laut negara itu, lapor agensi berita ITAR-Tass, memetik kenyataan pegawai Kementerian Pertahanan Russia yang tidak dinamakan.

Pakar gempa bumi dari Amerika, Korea Selatan dan Jepun melaporkan gempa bumi di wilayah timur laut, lokasi sama Korea Utara mengadakan ujian nuklear pada 2006.

Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter didaftarkan di timur laut Korea Utara pada jam 9.54 pagi waktu tempatan semalam, kata Tinjauan Geologikal Amerika. – Agensi

Tentera wanita Britain dibenar sertai perang

Tentera wanita dibenar sertai perang


LONDON: Tentera wanita Britain tidak lama lagi akan dapat bersemuka dengan musuh tenteranya jika satu larangan yang tidak membenarkan wanita berkhidmat di medan perang ditarik balik buat kali pertama.

Dalam memastikan undang-undang sama hak diperluaskan di Britain, pihak berkuasa tentera mempertimbangkan untuk membenarkan tentera wanita menyertai unit yang pada masa ini hanya dianggotai lelaki dalam misi berisiko termasuk berhadapan barisan musuh.

Menteri pasukan bersenjata, Bob Ainsworth berkata satu kajian baru akan diputuskan sama ada untuk menarik balik larangan yang sejak sekian lama dikenakan terhadap tentera wanita, tentera laut dan tentera udara daripada terbabit dalam unit peperangan.

Kajian berkenaan dibuat selepas satu penilaian hak persamaan jantina di kalangan masyarakat Britain termasuk langkah untuk mengurangkan jurang gaji antara lelaki dan wanita dan menggalakkan tindakan lebih tegas.

Kali terakhir Britain mengkaji peranan tentera wanita adalah pada 2002, apabila pihak berkuasa merumuskan bahawa wanita kurang mampu membawa peralatan berat, lebih terdedah kepada kecederaan dan mempunyai kadar kapasiti agresif yang rendah berbanding lelaki.

Malah mereka merumuskan bahawa unit membabitkan hanya lelaki itu lebih baik dan dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun Brigadier Richard Nugee berkata bahawa pengalaman perang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa andaian berkenaan perlu dikaji semula.

"Sebenarnya pada masa ini kami mempunyai pengalaman praktikal wanita di medan perang di Afghanistan dan Iraq dan kami ingin melihat sebenarnya kesan terhadap tentera kami," katanya kepada BBC.

"Ini adalah satu pandangan yang terbuka. Kita belum ada rumusan lagi."

Hanya Israel dan bekas negara Kesatuan Soviet yang mempunyai pasukan tentera wanita di medan perang dalam sejarah moden walaupun Israel tidak lagi menghantar wanita di barisan hadapan sejak 1948.

Amerika Syarikat sendiri tidak membenarkan wanita berkhidmat dalam unit infantri atau pasukan tentera khas. – AP

Macam-macam: Peluang besarkan buah dada, sedut lemak

Macam-macam: Peluang besarkan buah dada, sedut lemak


PRAGUE: Sebuah klinik yang kekurangan kakitangan di Prague ada cara tersendiri untuk menarik lebih ramai jururawat menyertai mereka dengan menawarkan peluang membesarkan buah dada, sedut lemak dan mengempiskan perut sebagai bonus.

Jururawat, doktor dan setiausaha yang bersetuju untuk bekerja dengan klinik swasta kecil itu selama tiga tahun boleh memilih rawatan pembedahan plastik percuma yang diinginkan mereka.

“Ia benar-benar berjaya,” kata Jiri Schweitzer, pengurus di klinik Iscare, dan menambah klinik sudah cukup kakitangan. - AFP

BRITAIN : Ahli Parlimen seleweng bakal disingkir - Cameron

Ahli Parlimen seleweng bakal disingkir: Cameron

Usaha terancang banteras salah guna kuasa di Britain

LONDON: Satu penyingkiran besar-besaran Ahli Parlimen veteran mungkin terjadi dalam pilihan raya nasional Britain akan datang berikutan kemarahan umum berhubung skandal tuntutan perbelanjaan, kata pemimpin pembangkang David Cameron, ketika kajian baru menganggarkan lebih 30 Ahli Parlimen mungkin terpaksa disingkirkan.

Cameron, yang mengarahkan sesetengah Ahli Parlimen dari Parti Konservatifnya meletak jawatan berhubung tuntutan perbelanjaan melampau, berkata kelmarin muka baru diperlukan untuk membina semula keyakinan dalam sistem politik Britain.

Konservatif jauh mendahului undian pendapat Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown dan dijangka secara meluas meraih kuasa dalam pilihan raya akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun 2010.

Cameron berkata, beliau akan membuka semula senarai calon yang sudah disediakan partinya sebelum pilihan raya akan datang, bagi membenarkan mereka yang sebelum ini tidak terbabit dalam politik menjadi calon.

"Mereka mungkin tidak ada kena mengena dengan parti sebelum ini. Namun saya menyatakan, jika anda percaya dengan perkhidmatan awam, jika anda berkongsi nilai kami, jika anda mahu membantu kami membersihkan politik, datang dan jadilah calon Konservatif," kata Cameron kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Colin Rallings, pengarah pusat data pilihan raya Universiti Plymouth, memberitahu akhbar The Sunday Times, analisis baru mencadangkan seramai 325 daripada 646 pembuat dasar Parlimen Britain boleh meletak jawatan atau disingkirkan oleh pengundi sebagai kesan skandal terbabit.

Beberapa individu termasuk pengacara televisyen Britain, Esther Rantzen, mencadangkan mereka bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai calon Bebas bagi membantah skandal itu.

Di Britain, pihak berkuasa parti tempatan memilih calon, selalunya memilih mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan daerah yang akan ditandingi mereka. Sesetengah pihak mencadangkan agar diperkenalkan sistem perhimpunan primary memilih calon seperti di Amerika Syarikat.

Akhbar The Daily Telegraph juga melaporkan kelmarin kira-kira 200 Ahli Parlimen melantik anggota keluarga sebagai kakitangan membenarkan mereka mengenakan bayaran perbelanjaan rutin isi rumah pelbagai kepada pembayar cukai.

Beberapa hari pendedahan memalukan mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen menggunakan wang awam untuk membersihkan parit, membaiki gelanggang tenis, membayar sangkar burung, menghiasi rumah kedua dengan mewah atau menuntut sejumlah besar wang untuk pinjaman gadaian. Kebanyakan tuntutan itu sah di sisi undang-undang namun sesetengahnya seperti bayaran tuntutan gadaian bagi gadaian yang sudah dilangsaikan, mungkin mencetuskan dakwaan jenayah. – AP

Taliban tak serang Lembah Swat

Taliban tak serang Lembah Swat


Penunjuk perasaan melaung slogan membantah operasi tentera di Lembah Swat di Karachi, kelmarin.

ISLAMABAD: Militan Taliban tidak akan menyerang anggota tentera di bandar utama Lembah Swat untuk mengelak tercetusnya pertempuran yang mengakibatkan kematian penduduk awam dan kemusnahan, kata jurucakap pergerakan itu.

Pengumuman itu semalam dilihat tentera sebagai petanda militan 'berdepan kekalahan' tetapi jurucakap Taliban, Muslim Khan, menafikan ia desakan gencatan senjata dan berkata militan tidak akan berundur dari Mingora.

"Ini satu perang yang panjang dan kami akan menempuhinya dengan strategik. Kami akan terus berjuang sehingga sistem Islam dikuat kuasa," katanya lewat kelmarin daripada satu lokasi rahsia di Swat.

Pakistan memulakan serangan lewat bulan lalu terhadap militan di wilayah barat laut itu selepas mereka tidak mengendahkan syarat gencatan senjata. Sekutu Barat Pakistan, yang bimbang negara itu diancam Taliban, menyambut baik operasi itu.

Hampir 1.9 juta penduduk meninggalkan lembah berkenaan dan daerah sekitarnya tetapi sehingga 20,000 masih berada di Mingora, yang dimasuki tentera kelmarin selepas mengepungnya. Kebanyakan daripada 4,000 militan di lembah itu dipercayai berada di bandar berkenaan.

Seorang penduduk di luar bandar raya itu berkata, 3,000 orang masih terperangkap di kawasan penempatannya dan menderita.

"Kami tiada makanan, air dan ubat. Kami tidak ada doktor atau hospital untuk pergi," kata Liaqat Ali.

Khan berkata, pejuang tidak akan bertempur dengan anggota tentera di Mingora kerana 'melihat apabila tentera membalas serangan mereka selalu membunuh penduduk awam.'

"Serangan mereka selalu merosakkan harta awam. Kami tidak mahu itu berlaku," katanya.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Athar Abbas, semalam berkata militan menggunakan helah untuk melarikan diri.

Katanya, operasi di bandar raya itu akan diteruskan seperti dirancang. Komander berkata, mereka menyasarkan untuk menghapuskan Taliban di lembah itu dan Jumaat lalu menegaskan, sebarang bentuk gencatan senjata mungkin tidak akan dipersetujui. – AP