Monday, May 11, 2009

GLOBAL : ISNIN 11 MEI 2009

Image
Sah: Parti Demokrat menang
JAKARTA 10 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) malam tadisecara rasmi mengumumkan kemenangan Parti Demokrat pada Pilihan Rayayang berlangsung bulan lalu.

Image

Korban selesema babi meningkat kepada 50
SANJOSE 10 Mei – Angka kematian akibat selesema babi meningkat kepada 50orang dengan Costa Rica melaporkan kematian pertamanya, manakala Jepundan Norway menambah lagi senarai kes yang disahkan.

Suu Kyi tidak dibenar terima rawatan
YANGON10 Mei - Parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) menggesa juntatentera membenarkan pemimpin mereka, Aung San Suu Kyi menerima rawatanperubatan selepas beliau dilaporkan tidak boleh makan, mengalamitekanan darah rendah dan dehidrasi pada Jumaat lalu.

Image

Paip gas meletup di Rusia, 5 cedera
MOSCOW10 Mei – Lima cedera dalam satu kebakaran besar setelah satu saluranpaip gas meletup di barat daya ibu negara Rusia, di sini awal pagi ini.

Chavez: Venezuela ancam keluar OAS
CARACAS10 Mei – Presiden Hugo Chavez semalam memberi amaran Venezuela akanmeninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) yang berpangkalandi Amerika Syarikat, dan negara latin bagi membentuk negara baruserantau.

Image

Suami PM Bangladesh meninggal dunia
DHAKA10 Mei – Puluhan ribu rakyat Bangladesh menunaikan solat jenazah keatas suami kepada Perdana Menteri Sheikh Hasina yang meninggal duniasetelah lama jatuh sakit.

350 terbunuh dalam serangan tentera?
COLOMBO 10 Mei - Tentera Sri Lanka membunuh lebih 350 orang awam dalamsatu serangan meriam di kawasan terakhir yang dikuasai pemberontakHarimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ikhwanul Muslimin kritik Obama
KAHERAH 10 Mei - Pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalammenyifatkan rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obamasebagai 'tidak berguna' kecuali AS menunjukkan perubahan dramatik dalampolisinya terhadap negara Arab dan dunia Islam.

Cuba ketepi cubaan Obama
KINGSTON, Ontario 10 Mei - Presiden Parlimen Cuba, Ricardo Alarconmengenepikan cubaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untukmendekatkan diri dengan negaranya dengan menyatakan pendirian bahawapentadbiran baru AS itu hanyalah kesinambungan daripada tindakan yangmenyalahi undang-undang, tidak mempunyai alasan yang kuat dan merupakansatu polisi yang gagal.

Image

Aktivis etnik Uighur terbit buku
WASHINGTON10 Mei – Pada suatu hari semasa musim panas pada 1999 adalah ketikaRebiya Kadeer sedang dalam perjalanan bertemu dengan penyelidik kongresdari Amerika Syarikat (AS), yang telah datang ke bandar Urumqi untukmenyiasat penderitaan yang dialami oleh etnik minoriti Uighur di China.

Roxana: Penjara mungkin dikurang
TEHRAN10 Mei - Seorang peguam kepada wartawan Amerika Syarikat (AS), RoxanaSaberi optimis, mahkamah rayuan akan mengurangkan tempoh penjara lapantahun wartawan berkenaan atas dakwaan mengintip untuk AS.

Wanita Australia positif H1N1
MELBOURNE 10 Mei - Seorang wanita Australia diuji positif menghidap selesema babi, kes pertama yang disahkan di Australia.

Kes selesema babi di Kanada
TORONTO10 Mei - Kanada menjadi negara ketiga selepas Mexico dan AmerikaSyarikat (AS) yang menghadapi kes kematian akibat selesema babi apabilaseorang wanita disahkan maut akibat virus influenza A (H1N1).

Kebakaran hutan, penduduk dibenar pulang
SANTA BARBARA, California 10 Mei - Beribu-ribu penduduk yang diarahkanberpindah di California ketika kawasan itu diancam kebakaran hutan,hari ini dibenarkan pulang ke rumah selepas cuaca kembali reda.

Sri Lanka usir tiga wartawan
COLOMBO 10 Mei - Sri Lanka mengusir tiga wartawan stesen televisyenberita Channel 4 yang berpangkalan di London hari ini, sehari selepasmereka ditahan atas tuduhan menyiarkan laporan palsu tentang perangsaudara di pulau itu.

Protes harga coli besar di Facebook
SEBUAH pusat membeli belah di London terpaksa mengubah harga pakaiandalam apabila hampir 13,000 orang menandatangani protes terhadappolisinya mengenakan caj tambahan kepada pelanggan untuk coli bersaizbesar.





'Selesema penjajahan' lagi bahaya
SEORANGpenunjuk perasaan Palestin cuba melindungi muka daripada gas pemedihmata yang dilepaskan askar Israel terhadap mereka yang menyertaidemontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di perkampungan Bilin,Tebing Barat, Jumaat lalu.

53 korban Influenza A
SANJOSE: Angka korban selesema babi mencapai 53 orang selepas Costa Ricamelaporkan kematian pertama akibat influenza A (H1N1) di luar rantauAmerika Utara manakala Amerika Syarikat mengumumkan kes kematianketiga, kelmarin, sementara Mexico pula menangguhkan pembukaan sekolahrendah di sesetengah negeri.

Israel rancang kuasai Masjid al-Aqsa
BAITULMAQDIS:Kerajaan Israel ada rancangan sulit mewujudkan kawasan tadbir sendiridi sekeliling Kota Lama yang menempatkan tempat ibadat Yahudi, Islamdan Kristian sebagai cara terus menguasai Baitulmaqdis, sekali gusmenyekat hasrat pemimpin Palestin menjadikan kawasan timurnya sebagaiibu kota pada masa depan.

Prabhakaran ada kubu dalam laut
COLOMBO:Tentera Sri Lanka menemui kubu dalam laut yang digunakan pemimpinpemberontak Harimau Pembebasan Harimau Tamil (LTTE) untuk bersembunyi.

Parti Susilo sah menang besar
JAKARTA:Parti Demokratik pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono disahkanmeraih kemenangan terbesar dalam pilihan raya Parlimen Indonesia namunterpaksa bergabung dengan beberapa parti Islam selepas pertikaiandengan rakan gabungan utamanya, Golkar, untuk membentuk kerajaan.

Macam-Macam: Pencuri larikan rumah percutian
ATHENS:Hasrat seorang lelaki untuk bersantai di rumah percutiannya terbantutapabila mendapati perompak bukan saja melarikan barang berhargasebaliknya turut membawa bersama rumah itu.

Ketegangan meningkat di Swat
MINGORA:Beribu-ribu penduduk yang ketakutan, meninggalkan kawasan konflik diLembah Swat, kebanyakannya dengan berjalan kaki atau menaiki keldaisemalam. ketika pihak berkuasa menarik balik perintah berkurung danpertempuran antara tentera kerajaan dengan Taliban sedikit reda.

Isu tuntutan jejas imej PM Britain
LONDON:Penerbitan tuntutan perbelanjaan ahli Parlimen Britain menjejaskan imejkerajaan Perdana Menteri Gordon Brown yang terpaksa bekerja kerasmemulihkan kepercayaan rakyat kepadanya.

Lubnan tangkap tali barut Israel
BEIRUT:Pihak berkuasa Lubnan berjaya membongkar kegiatan kumpulan perisikrahsia Israel di negara itu bertujuan mengumpul data pejuang Hizbullah,selepas menahan seorang pegawai keselamatan yang bersara.

Sunday, May 10, 2009

GLOBAL : AHAD 10 MEI 2009

Kes pertama di Jepun
TOKYO 9 Mei - Seorang guru dan dua orang pelajar yang pulang dariAmerika Utara didapati positif influenza A (H1N1) dan merupakan kespertama virus itu di Jepun, sekali gus menjadi negara Asia ketigamempunyai kes tersebut.

Image
Caldera letak jawatan setelah dikecam hebat
WASHINGTON9 Mei – Ketua jabatan tentera di White House, Louis Caldera meletakkanjawatan semalam setelah dikecam hebat kerana tindakannya membenarkansebuah jet yang digunakan sebagai pesawat rasmi Presiden AmerikaSyarikat (AS), Barack Obama terbang rendah di ruang udara New York.

Lebih 30,000 diarah pindah
SANTABARBARA 9 Mei - Beribu-ribu anggota bomba di California hari ini terusberhempas-pulas untuk memadamkan kebakaran hutan yang telah merebaksehingga meliputi kawasan sekali ganda lebih luas.

Obama berucap di Mesir 4 Jun
WASHINGTON9 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menyampaikanucapannya kepada umat Islam di seluruh dunia di Mesir pada 4 Jun ini.

Dolly Parton terima PhD
KNOXVILLE9 Mei - Penyanyi terkenal muzik country, Dolly Parton mendapat gelaranbaru semalam apabila beliau dianugerahi ijazah kedoktoran kehormat olehsebuah universiti di negeri kelahirannya, Tennessee.

Wanita suntik vaksin palsu
BOGOTA9 Mei - Gara-gara bergaduh dengan kekasih, seorang wanita melepaskangeram dengan menyuntik 197 orang dengan vaksin selesema palsu di sebuahinstitut di Colombia sebelum dia ditangkap.

Tayangan perdana Wolverine di Mexico
NEW YORK 9 Mei - Bintang Wolverine, Hugh Jackman diberi lampu hijau untuk melawat Mexico bagi melancarkan filem tersebut.

Ramai orang awam maut di Swat
MINGORA:Doktor dan anggota perubatan bertungkus-lumus merawat sejumlah besarpenduduk awam Pakistan, ketika beribu-ribu askar disokong pesawat yangmenggugurkan bom, terus menggempur pejuang Taliban di Lembah Swat dibarat laut negara itu.

Jacob Zuma angkat sumpah Presiden Afrika Selatan
PRETORIA:Pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Jacob Zuma, mengangkat sumpahsebagai Presiden baru Afrika Selatan semalam di majlis dihadiriberibu-ribu penduduk yang berkumpul sejak awal pagi.

Macam-macam: Jumpa kepala ular dalam pinggan
NEWYORK: Seorang lelaki tidak menduga keputusannya untuk menukar menusampingan kentang goreng dengan brokoli ketika makan di sebuahrestoran, akhirnya menyebabkan dia hilang selera, apabila menemuikepala ular dalam pinggan itu.

Hubungan Israel, Amerika renggang
RAMALLAH:Pegawai kanan Israel meluahkan kebimbangan retakan hubungan semakinketara di antara rejim Zionis itu dan Amerika Syarikat membabitkanpenyelarasan mengenai keselamatan dan hal-ehwal negara sejak PresidenBarack Obama memasuki Rumah Putih dan terutama sejak pembentukankerajaan baru Israel.

Korban H1N1 di Kanada
OTTAWA:Virus H1N1 mengorbankan mangsa pertamanya di Kanada semalam, menjadikania negara ketiga melaporkan kematian akibat penyakit berkenaan selepasMexico dan Amerika, virus yang setakat ini menyebabkan 3,400 orangsakit di 28 negara.

Obama berucap di Mesir bulan depan
WASHINGTON:Presiden Amerika Barack Obama menyampaikan ucapan kepada dunia Islam diMesir bulan depan dalam usaha memperbaiki hubungan yang terjejas terukdi bawah pentadbiran presiden sebelum ini, George W Bush.

Perangai 'playboy' Berlusconi bawa padah
TUNTUTANcerai isteri Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, Veronica Lario,yang turut menuduhnya mempunyai hubungan dengan remaja menerusi media,menjadi perbicaraan umum rakyat negara itu bagaikan sebuah siri dramatelevisyen popular.

Suu Kyi dalam keadaan 'tak sihat'
YANGON:Pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi berada dalam keadaan'tidak sihat' berikutan beliau tidak boleh makan, manakala doktornyaditahan pihak berkuasa tentera, kata jurucakap beliau semalam.

Wanita suka dengar cerita gosip
LONDON:Satu tinjauan baru mendapati cara terbaik mendapatkan perhatian penuhwanita ialah dengan menyampaikan berita yang mengandungi skandal.

Beckham tidak berfoya-foya
MILAN:Bintang bola sepak England, David Beckham, menafikan pernah menikmatimakan malam dengan model jelita Hungary, Mariann Fogarasy, dalam satutemu bual bagi menafikan laporan majalah Perancis yang melaporkankhabar angin itu.

Beyonce mahu berehat
LOSANGELES: Penyanyi Beyonce Knowles berkata beliau sudah bersedia untukberehat daripada kerjayanya selama dua tahun bagi memberi tumpuankepada kehidupan peribadi.

Nama popular bagi 1,000 bayi Amerika
WASHINGTON:Beliau mungkin baru dua tahun menetap di Amerika Syarikat tetapi pemainbola sepak terkenal dunia, David Beckham, kini secara rasmi mencatatsejarah untuk diri sendiri apabila ramai ibu bapa di negara angkatnyaitu menamakan anak mereka sempena namanya.

Saturday, May 9, 2009

GLOBAL : SABTU 09 MEI 2009

Image

Pakistan bedil Lembah Swat
PESHAWAR 8 Mei - Jet-jet pejuang Pakistan mengebom kubu Taliban diLembah Swat hari ini dan kerajaan turut mengerahkan askar tambahan kesana dengan arahan untuk 'menghapuskan' puak pelampau bagi menguasaibahagian barat laut negara ini.

Image

Kebakaran hutan California terkawal
SANTA BARBARA, California 8 Mei - Seramai 2,300 anggota bombameneruskan operasi memadam kebakaran hutan yang melanda Californiasemalam.

Bersalah rogol gadis Iraq
PADUCAH, Amerika Syarikat (AS) 8 Mei - Barisan juri Persekutuan ASmendapati seorang bekas anggota tentera, Steven Dale Green bersalahkerana merogol seorang gadis Iraq sebelum membunuh mangsa dankeluarganya.

Filipina sekali lagi dilanda taufan
MANILA 8 Mei - Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan beribu-ribu lagidipindahkan selepas taufan kuat beserta hujan lebat melanda sebuahwilayah di utara Filipina yang masih belum pulih daripada ribut yangmembawa maut di timur negara ini minggu lalu.

Selesema babi: Asia tingkat simpanan ubat
BANGKOK 8 Mei - Negara-negara Asia akan meningkatkan simpananubat-ubatan bagi menangani selesema babi dan mencari jalan untukberkongsi bekalan sekiranya wabak itu tercetus, demikian menurut drafkenyataan untuk mesyuarat peringkat menteri yang dikeluarkan di sinihari ini.

Putin menyanyi dengan murid
MOSCOW 8 Mei - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang terkenaldengan ketegasannya, 'melupakan' sikap kerasnya itu buat seketika untukmenyanyi bersama-sama seorang murid perempuan yang terlupa lirik ketikamembuat persembahan sempena lawatan beliau ke sebuah sekolah tentera,di sini.

Britain: Buruh dikritik kerana tuntutan Brown
LONDON 8 Mei - Kerajaan Britain pimpinan Parti Buruh mengalami satulagi tamparan hebat terhadap kewibawaannya apabila sebuah akhbarmenyiarkan butir-butir tuntutan perbelanjaan yang dibuat oleh PerdanaMenteri, Gordon Brown dan beberapa menteri lain.

Budak temui beg hangus berisi wang
ALTON,England 8 Mei - Seorang budak pengutip sampah berumur 10 tahun dibandar wilayah New Hampshire telah menemui sebuah beg yang hangusterbakar berisi wang tunai berjumlah AS$8,000 (RM28,800).

Britain, Laos bincang pindah tahanan hamil
LONDON8 Mei - Britain dan Laos menandatangani satu perjanjian yang mungkinmembenarkan seorang wanita hamil yang dipenjara di Laos menjalanihukuman seterusnya di United Kingdom (UK).

Pelakon Kiefer Sutherland serah diri
NEW YORK 8 Mei - Pelakon Kiefer Sutherland menyerah diri di balai polissemalam dan kemudian ditahan atas dakwaan menyerang dengan menandukseorang lelaki dalam sebuah parti yang diadakan di New York City,baru-baru ini.

Image

Amuk bersenjata
WELLINGTON 8 Mei - Polis New Zealand melepaskan tembakan terhadapseorang lelaki bersenjata hari ini bagi membolehkan mereka mendapatkanmayat rakan sekerja yang terbunuh di luar rumah penjenayah terbabit.

PM Australia nafi naik berang
ANBERRA 8 Mei - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menafikan dakwaanyang menyatakan beliau hilang sabar terhadap pihak tentera negara inidi Afghanistan hanya kerana tidak dapat mencari pengering rambutsebelum satu sesi bergambar dengan barisan tentera.







Tentera Pakistan gempur Taliban
MINGORA:Pesawat tentera Pakistan mengebom kedudukan pejuang Taliban di lembahSwat, semalam, sehari selepas Perdana Menterinya, Yusuf Raza Gilanimengarahkan tentera menghapuskan pengganas Pakistan, sebagai memenuhikomitmen kepada Amerika Syarikat untuk memerangi puak ekstremis.

Mexico laksana peraturan tegas kekang H1N1
BANDARRAYA MEXICO: Pekerja pejabat di Mexico diarah duduk pada jarak 1.8meter antara satu sama lain dan panggung wayang pula mesti mengosongkankerusi di kedua-dua belah setiap pelanggan ketika peraturan tegas barudilaksanakan selepas penularan penyakit selesema babi mencapaikemuncak.

Lelaki tembak anggota polis
WELLINGTON:Tembakan bertalu-talu dilepaskan seorang lelaki yang bersembunyi didalam sebuah rumah di Napier, menggagalkan cubaan polis untuk mengambilmayat seorang anggota yang ditembak, sambil memberi amaran kepungandijangka berlarutan sehingga beberapa hari lagi.

14 rakyat Indonesia tunggu hukuman minta bantuan
RIYADH:Kerajaan Indonesia meningkatkan usaha menyelamatkan nyawa 14 rakyatnyayang kini menunggu hukuman mati di Arab Saudi selepas disabitkankesalahan terbabit dalam beberapa kes jenayah termasuk bunuh.

Bakal ibu alahan lahir zuriat pintar
OTTAWA:Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awalkehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memilikibayi dengan IQ tinggi.Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapaminggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak danpetah.

Dua bintang kecil Slumdog cemerlang
MUMBAI:Dua bintang kecil filem Slumdog Millionaire, Rubina Qureshi Ali danMohammed Azharuddin Shaikh Ismail, bukan hanya cemerlang dalam lakonantetapi turut mencatatkan markah memberangsangkan dalam peperiksaansekolah.

Fawcett kian tenat
LOSANGELES: Pelakon veteran Ryan O�Neal memberitahu majalah People,pasangannya Farrah Fawcett yang bergelut dengan kanser sejak tiga tahunlalu, kini hanya mampu menghabiskan sisa hidup terbaring di atas katil

Friday, May 8, 2009

GLOBAL : JUMAAT 08 MEI 2009

Image
Mexico masih waspada
MEXICO CITY 7 Mei - Kehidupan kembali mewarnai jalan-jalan raya diMexico semalam ketika pihak berkuasa mula menarik balik arahanpenutupan sejak seminggu lalu yang dikatakan telah berjaya membendungwabak jangkitan virus H1N1 atau selesema babi yang telah meragut 42nyawa.

Image

Kebakaran hutan musnahkan rumah agam di Santa Barbara
LOS ANGELES 7 Mei - Satu kebakaran tidak terkawal melanda Santa Barbarasemalam, memusnahkan kira-kira 20 buah rumah di kawasan kaki bukittengah California, memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah sertamencederakan tiga anggota bomba.

Senarai pengganas FBI 35% silap
WASHINGTON 7 Mei - Laporan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikatmendapati bahawa senarai 1.1 juta suspek pengganas mempunyai 35 peratuskadar kesilapan dan tiada kaedah untuk memadam atau mengemas kini rekoditu.

Ratu Moral Cantik Arab Saudi
RIYADH 7 Mei - Meskipun wajahnya berselindung di sebalik purdah hitamyang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahubetapa cantiknya rupa parasnya, namun Sukaina Al-Zayer harus merasabertuah kerana akan berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik.

Image

Remaja diingat jauhi 'sexting'
CANBERRA 7 Mei - Golongan remaja diperingatkan mengenai bahayamenghantar gambar bogel mereka sendiri menerusi telefon bimbit - yangdiistilahkan 'sexting', dan boleh merosakkan masa depan mereka.

Keputusan Pemilu Sabtu ini
JAKARTA7 Mei - Komisi Pemilihan Umum (KPU) akan mengumumkan keputusan pilihanraya umum legislatif dan wilayah (Pemilu) 2009 menjelang Sabtu ini,menurut seorang ahli KPU.

Rekod gulung cerut 43.38 meter
HAVANA 7 Mei - Seorang pembuat cerut Cuba memecah rekod duniakeempatnya, apabila menggulung sebatang cerut sepanjang 43.38 meter,dua kali ganda berbanding rekodnya sebelum ini.

Senat Hawaii luluskan Hari Islam
HONOLULU 7 Mei - Dewan Senat Hawaii semalam meluluskan satu rangundang-undang untuk menyambut 'Hari Islam', meskipun mendapat bantahanbeberapa ahli dewan yang menyifatkan mereka tidak mahu memberipenghormatan kepada agama yang dikaitkan dengan serangan 11 September2001.

Israel tidak mahu minta maaf
NEWYORK 7 Mei - Presiden Israel, Shimon Peres semalam menyifatkan siasatanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh Israel bertindakmembabi-buta ketika menyerang Gaza sebagai 'melampau' dan menyatakannegara Yahudi itu sekali-kali tidak akan meminta maaf keranamempertahankan penduduknya dari serangan roket Hamas.







Dua bilion boleh kena virus
GENEVA:Dua bilion orang di seluruh dunia boleh dijangkiti selesema babi jikajangkitan pada masa ini mencapai tahap yang lebih besar, kataPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Taliban mahu penduduk Afghanistan lawan mubaligh
KABUL:Pejuang Taliban di Afghanistan mengingatkan penduduk negara itu supayaberwaspada dengan cubaan memurtadkan mereka selepas televisyenmenunjukkan gambar askar Amerika Syarikat memegang kitab Injil yangditerjemah dalam bahasa tempatan.

Macam-Macam: Letak gambar Chuck Norris lindungi kedai
ZAGREB:Pemilik sebuah kedai roti di Split, Croatia, bertindak bijak meletakkangambar kadbod saiz sebenar pelakon aksi Hollywood, Chuck Norris, ditingkap kedainya untuk menghalang dipecah masuk pencuri.

Taliban mara, ancam stok nuklear
PARIS:Wakil khas Perancis ke Pakistan memberi gambaran negara itu akan musnahakibat tekanan militan Islam yang mungkin merampas senjata nuklearnegara berkenaan.

Tentera laut China, AS bergaduh lagi
BEIJING:China mempamerkan keupayaan tentera lautnya sekali lagi dalam kejadianterbaru membabitkan kapal negara itu dan Amerika Syarikat.

Lelaki Amerika ceroboh rumah Suu Kyi ditahan
YANGON:Myanmar menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat kerana berenangmerentasi tasik dan memasuki kediaman pemimpin pembangkang negara itu,Aung San Suu Kyi dan tinggal di pekarangan rumah berkenaan selama duahari, lapor akhbar Kyemon, semalam.

Menu halal KFC
LONDON:Rangkaian restoran makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken(KFC) bakal melancarkan menu halal saja di lapan daripada restorannyadi kota raya itu serta tidak menolak memperluaskannya ke kawasan laindi Britain.

Penyanyi tak mahu limosin
JAKARTA:Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang akan mengadakan konsertdi Esplanade Singapura esok menolak diberikan sebarang layananistimewa, termasuk kenderaan limosin ketika berada di negara itu.

200 bersaing Ratu Akhlak Arab Saudi
RIYADH:Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu CantikAkhlak kali kedua di Arab Saudi, yang menjadi antara contoh cubaannegara Islam konservatif itu menyesuaikan idea yang diperkenalkan Barat

Thursday, May 7, 2009

GLOBAL : KHAMIS 07 MEI 2009

Image

Brunei tahan 200 askar UK
BANDAR SERI BEGAWAN 6 Mei - Kira-kira 200 askar Britain ditahan seharisemalam di Brunei setibanya dari Britain, ekoran kebimbangan merekadijangkiti virus selesema babi.

Wanita Texas korban pertama selesema babi di AS
WASHINGTON6 Mei - Seorang wanita yang menetap di Texas menjadi rakyat AmerikaSyarikat (AS) pertama yang maut akibat selesema babi.

Mexico beroperasi semula
MEXICOCITY 6 Mei - Pejabat dan restoran di seluruh Mexico telah dibuka semulahari ini selepas seminggu penghentian semua aktiviti umum yangdisifatkan pegawai sebagai berjaya membendung wabak influenza A(H1N1)atau selesema babi.

Pegawai polis digantung tugas
JAKARTA6 Mei - Seorang pegawai kanan polis Indonesia digantung tugas hari ini,selepas beliau ditangkap berhubung pembunuhan seorang eksekutifsyarikat dalam kes yang turut melibatkan ketua Komisi PembanterasanKorupsi (KPK), Antasari Azhar.

Protes bersambung lagi di Bangkok
BANGKOK6 Mei - Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di depanpejabat Perdana Menteri Thailand hari ini dalam demonstrasi pertamasejak perarakan mereka dicemari keganasan dan dihentikan oleh pihaktentera bulan lalu.

China tolak kritikan AS
BEIJING6 Mei - Pegawai-pegawai ketenteraan China menolak kritikan Washingtonbahawa kebangkitan kuasa ketenteraan republik komunis itu tertumpu padausaha bagi menyaingi Amerika Syarikat (AS).

Image

Wanita Ohio jalani pembedahan pemindahan wajah
WASHINGTON6 Mei - Seorang wanita Ohio yang menjadi wanita pertama AmerikaSyarikat (AS) menjalani pembedahan pemindahan muka, semalam mendedahkanhasil pembedahan tersebut yang berjaya memulihkan ciri-ciri pentingpada wajahnya, selepas cedera teruk akibat ditembak suaminya lima tahunlalu.

Image

Lelaki British menang jawatan terbaik
PULAUHAMILTON, Australia 6 Mei - Ketua-ketua pelancongan Australia hari inimemilih seorang pekerja badan amal dari Britain untuk mengisi jawatan'pekerjaan terbaik dunia', yang bertanggungjawab menjaga sebuah pulautropika setelah pencarian dilakukan di seluruh dunia.

Seludup burung dalam seluar
LOSANGELES 6 Mei- Seorang lelaki didakwa di mahkamah Los Angeles hari iniatas tuduhan cuba menyeludup masuk burung eksotik ke Amerika Syarikat(AS) dengan mengikat lebih sedozen ekor pada kedua-dua kakinya.

Hutan Amazon banjir, 19 terbunuh
SAOPAULO 6 Mei - Sekurang-kurangnya 19 orang maut, manakala lebih 186,000penduduk hilang tempat tinggal dan hubungan dengan sebuah lombong bijihbesi di hutan Amazon terputus akibat banjir dan tanah runtuh berikutanhujan lebat selama berbulan-bulan di utara Brazil.

PBB tuduh Israel berbohong
NEWYORK 6 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israelmenyebarkan kenyataan palsu mengenai serangannya ke atas sekolahkendalian badan dunia itu dan kemudahan lain di Genting Gaza semasamenyerang wilayah Palestin itu awal tahun ini.

Akibat lupa nama
SEOUL6 Mei – Seorang lelaki yang tidak dapat mengeluarkan wang simpanannyakerana dia sudah lupa nama sebenarnya, meninggal dunia dalamkemiskinan.

Nuffnang Ads


Virus H1N1 menular di Eropah
GENEVA:Virus influenza A (H1N1) terus tersebar di Eropah apabila makmalPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih banyak jangkitandi Britain, Sepanyol, Itali dan Jerman, kata agensi PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, semalam.

Lapan suspek kes bunuh pengantin
BILGE:Sebuah mahkamah mendakwa lapan suspek pembunuhan 44 orang dalamserangan ke atas majlis perkahwinan di kawasan majoriti etnik Kurdis ditenggara Turki, kata pegawai.

Macam-Macam: Lantai panas disangka gangguan hantu
ROME:Satu keluarga takut rumah yang mereka duduki mungkin berhantu selepaslantai kediaman itu menjadi terlalu panas secara misteri sehingga'mendidih.'

Penduduk lari dari Lembah Swat
PESHAWAR:Lebih 40,000 penduduk Pakistan lari daripada kawasan pertempuran sengitdi Lembah Swat, kata pegawai, semalam, ketika kebimbangan semakinmeningkat perjanjian damai akan musnah jika militan Taliban dan askarkerajaan berperang.

Serangan AS ragut 30 lagi nyawa
KABUL:Serangan udara terbaru Amerika Syarikat terhadap sasaran Taliban di duakampung sebelah barat Afghanistan, sekali lagi membawa tragedi apabila30 penduduk awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, katapegawai Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.

Penyokong Thaksin sambung protes
BANGKOK:Beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar pejabatPerdana Menteri Thailand, semalam dalam demonstrasi pertama sejakperhimpunan bulan lalu bertukar ganas dan terpaksa dihentikan tentera.

Berlusconi nafi jalin hubungan dengan remaja
ROME:Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, menyifatkan dakwaan isterinyadan media negara itu sebagai 'satu penipuan' bahawa beliau menjalinhubungan dengan gadis berusia 18 tahun dan menuntut isterinya mengakusalah jika mahu menyelamatkan rumah tangga mereka

Wednesday, May 6, 2009

GLOBAL : RABU 06 MEI 2009

Image
Langkah berjaga-jaga diambil
GENEVA 5 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesasemua negara supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga danmemantapkan pengawasan terhadap penyakit selesema babi atau virus H1N1,selepas kes jangkitan yang disahkan di seluruh dunia melepasi 1,000orang.

Pesawat sewa khas bawa pulang warga Mexico dari China
BEIJING 5 Mei - Pesawat penerbangan sewa khas Mexico tiba di beberapabandar China hari ini bagi membawa pulang kira-kira 70 rakyat Mexicoyang dikuarantin ekoran kebimbangan wabak selesema babi atau virusH1N1.

Empat rakyat AS dikuarantin
BEIJING 5 Mei - Sekurang-kurangnya empat rakyat Amerika Syarikat (AS)telah dan sedang dikuarantin di negara ini, di bawah langkah tegas yangdikenakan bagi mengawal penularan wabak selesema babi.

Republikan perhebat kecaman
WASHINGTON5 Mei - Para pemimpin Republikan memperhebatkan serangan ke atasPresiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan menyelar dasarantikeganasan beliau, setelah berminggu- minggu menjadikan dasarekonomi Presiden daripada Parti Demokrat itu sebagai sasaran.

Kerja penggalian dimulakan
PARIS5 Mei - Jentera pengorek berdekatan sebuah kampung di utara Perancishari ini memulakan kerja-kerja penggalian semula kubur kira-kira 400tentera Australia dan British yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua.

Korea Utara miliki unit peperangan siber
SEOUL5 Mei - Tentera Korea Utara telah menubuhkan unit peperangan siberuntuk menceroboh rangkaian ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan KoreaSelatan bagi mengumpul maklumat sulit dan mengganggu perkhidmatan.

Ketua Eksekutif Hong Kong mohon maaf
HONGKONG 5 Mei - Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang hari ini memohonmaaf kepada pengunjung yang dikuarantin di hotel di bandar ini selamatujuh hari akibat kebimbangan wabak selesema babi sambil mempertahankankeputusan untuk mengasingkan mereka.

Dipecat keranamendengus bunyi babi
PRAGUE5 Mei - Seorang wartawan terkenal televisyen Czechoslovakia telahdipecat selepas mendengus seperti bunyi babi di dalam video yangdihantar pada blognya, merujuk kepada virus H1N1 yang telahmengorbankan 26 orang.

Image
Wanita British mungkin terlepas hukuman mati
HANOI5 Mei - Seorang wanita Britain yang dibicarakan di mahkamah Laos atasdakwaan memiliki dadah mungkin terlepas daripada hukuman mati keranadirinya hamil, kata jurucakap kerajaan Laos hari ini.

Injil bahasa Afghan dirampas
KABUL5 Mei - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sejumlah kitab Injildalam bahasa-bahasa Afghan yang dikirim kepada seorang askar AS disebuah pangkalan di Afghanistan telah dirampas dan dimusnahkan.

203,000 beli kereta termurah, Nano
MUMBAI,India 5 Mei - Lebih 203,000 orang telah membeli kereta termurah ultraNano di India melibatkan jualan bernilai 25 bilion rupee (RM 1,809bilion), kata Tata Motors.

Budak 13 tahun dibicarakan
PEORIA, Illinois 5 Mei - Seorang perompak muda berusia 13 tahun,mungkin akan menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya di penjarasetelah seorang hakim mahkamah juvenil mengarahkan kes remaja itudipindahkan ke mahkamah untuk membicarakan orang dewasa.





44 maut kenduri kahwin dibom
BILGE(Turki): Sekumpulan penyerang bertopeng bersenjatakan senapang dan bomtangan menyerbu majlis perkahwinan di sebuah kampung Kurdis di tenggaraTurki, membunuh 44 orang termasuk ramai wanita dan kanak-kanak.

Mexico umum sudah pulih
BANDARRAYA MEXICO: Mexico mengumumkan keadaan �kembali pulih� kelmarin danbersedia membuka semula perniagaan dan sekolah, walaupun virus selesemababi itu terus dilaporkan menjangkiti lebih ramai orang di seluruhdunia.

500,000 diramal jadi pelarian
MINGORA:Kira-kira 500,000 penduduk bakal lari dari wilayah barat laut Pakistanselepas pertempuran semakin sengit antara askar kerajaan dan militanTaliban selepas pergerakan itu mengisytiharkan perjanjian damainyadengan pihak berkuasa kini tamat.

Macam-Macam: Jual rumah ladang RM3.60
LEESBURG:Sebuah rumah ladang dua tingkat yang ditawarkan untuk dijual pada hargaAS$1 (RM3.60) menarik perhatian ramai pembeli sehingga sejauh Alaskadan Britain.

Rumah Putih sedih akhbar AS tenat
WASHINGTON:Rumah Putih melahirkan 'kebimbangan' dan 'kesedihan' kelmarin berhubungkeadaan industri akhbar di Amerika Syarikat yang semakin tenat, namunmenjelaskan kerajaan tidak akan membantu.

Georgia tuduh Russia rancang rampasan kuasa tentera
TBILISI:Georgia menuduh Russia menyokong rampasan kuasa tentera di negara itumanakala askar di sebuah pangkalan berhampiran Tbilisi, sudahmelancarkan pemberontakan, kata pegawai.

Mufti nasihat gadis jaga kesucian diri
RIYADH:Mufti Arab Saudi menasihati anak dara di negara itu supaya terusmempertahankan kesucian diri sejajar dengan ajaran Islam ketika merekamenghadapi cabaran besar meningkatnya desakan mengenai kehidupan secaraliberal supaya mengikut gaya hidup wanita Barat.

Celina kejutkan bapa pakai pakaian singkat
MUMBAI:Gara-gara memakai pakaian seragam sekolah singkat, pelakon seksiBollywood, Celina Jaitley, dihalang masuk kelab dan restoran milikbapanya di Bangkok.

Britain hantar 29.4 juta risalah selesema
LONDON:Kerajaan Britain mula menghantar risalah menasihatkan pendudukberjaga-jaga mengenai selesema babi dengan lima sekolah setakat iniditutup sebagai langkah keselamatan.

Prabhakaran semakin terdesak
COLOMBO:Malaysia dan India diminta supaya mengambil langkah berjaga-jaga danmengawasi kemungkinan pemimpin Harimau Tamil Sri Lanka, VelupillaiPrabhakaran cuba melarikan diri ke negara berkenaan.

Pasangan pengantin antara 44 terbunuh
Tentera mengawal Kampung Bilge (gambar kanan), di luar bandar Kurdis diMardin, tenggara Turki selepas kejadian yang meragut nyawa 44 penduduktermasuk 16 wanita dan enam kanak-kanak apabila sekumpulan lelakimenyerang majlis perkahwinan dengan melontarkan bom tangan danmelepaskan tembakan ke arah tetamu. Dalam majlis berkenaan, kedua-duapengantin dilaporkan turut terkorban berikutan serangan dikatakanberpunca daripada perbalahan keluarga pasangan pengantin yang menentangperkahwinan berkenaan. Sementara gambar atas, pasukan petugas perubatanmembawa mangsa wanita yang cedera dalam kejadian serangan itu.

Tuesday, May 5, 2009

GLOBAL : SELASA 05 MEI 2009

Image
H1N1 boleh landa lebih dahsyat
HONG KONG 4 Mei - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Margaret Chan hari ini memberi amaran bahawa wabak A (H1N1) bolehmelanda dunia dengan lebih dahsyat, sekalipun penyakit itu sekarangdipercayai semakin reda.

Mexico dakwa dapat atasi H1N1
MEXICOCITY 4 Mei - Mexico mengumumkan bahawa negara itu telah berjayamembendung wabak virus A (H1N1) daripada merebak, yang setakat initelah meragut 22 nyawa dan menjangkiti 568 orang di negara ini.

AS diminta tangani H1N1
BANGKOK4 Mei - ASEAN meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) untukmenangani ancaman virus A H1N1 yang kini dikesan di 18 negara.

3 dikuarantin di Singapura
SINGAPURA4 Mei - Tiga orang terdiri daripada seorang rakyat asing dan duawarganegara Singapura dikuarantin hari ini pada hari pertama PerintahKuarantin Dalam Negeri dikuatkuasakan bagi mencegah penularan virus A(H1N1) di republik ini.

Susilo: Asia berhadapan masalah sosial
NUSADUA 4 Mei - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memberi amaranAsia berdepan dengan cabaran-cabaran politik, sosial dan alam sekitaryang berpunca daripada krisis kewangan dunia.

Sidang ASEAN diada semula Jun ini
BANGKOK4 Mei - Thailand meminta para pemimpin serantau hadir semula untukmenyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang akan diadakan di Phuket padabulan depan, selepas demonstrasi oleh penunjuk perasaan antikerajaanmemaksa sidang tersebut dibatalkan pada April lalu.

Image
Antasari disyaki bunuh ahli perniagaan
JAKARTA4 Mei - Polis Indonesia hari ini menamakan ketua suruhanjaya antirasuahnegara ini, Antasari Azhar sebagai suspek dalam pembunuhan seorang ahliperniagaan, selepas beliau disoal siasat di sebuah balai polis di ibunegara hari ini.

Filipina banjir, 20 terbunuh
MANILA4 Mei - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam kejadian banjir dantanah runtuh di timur Filipina hari ini akibat hujan lebat serta ributkencang.

Helikopter tentera terhempas, 18 terbunuh
CARACAS4 Mei - Seorang brigadier jeneral adalah antara 18 orang mangsa yangterbunuh apabila sebuah helikopter tentera terhempas di kawasansempadan Colombia semalam.

Jutawan menang pilihan raya Presiden Panama
PANAMACITY 4 Mei - Jutawan perniagaan, Ricardo Martinelli yang mahu mentadbirPanama sebagai sebuah badan korporat diisytiharkan sebagai Presidenbaru negara ini, semalam.

Perdana Menteri Nepal letak jawatan
KATHMANDU4 Mei - Perdana Menteri Nepal, Prachanda mengumumkan peletakanjawatannya hari ini selepas percubaan kerajaan Maois pimpinan beliauuntuk memecat ketua tentera dihalang oleh Presiden Ram Baran Yadav.

Khaled Meshaal ketuai politburo Hamas
DAMASCUS 4 Mei - Pemimpin tertinggi Hamas yang hidup dalam buangan, Khaled Meshaal dipilih semula mengetuai politburo Hamas.

Industri filem Hollywood lawan Bollywood
MUMBAI4 Mei - Syarikat perfileman terkenal Amerika Syarikat (AS), Studio 20thCentury Fox menuntut ganti rugi dan memfailkan perintah injunksiberhubung tayangan sebuah filem berbahasa Hindi, dalam satu pertikaianplagiarisme terbaru melibatkan antara Hollywood dan Bollywood.

Mogok lapar: Roxana dirawat di klinik penjara
KAHERAH4 Mei - Wartawan Amerika Syarikat (AS), Roxana Saberi ( gambar ) yangmelancarkan mogok lapar sejak dua minggu lalu kerana membantah hukumanpenjara ke atasnya di Iran, terpaksa diberi rawatan pada Jumaat lalu,selepas keadaannya lemah kerana enggan minum air.

Karzai daftar tanding jawatan Presiden
KABUL4 Mei - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini secara rasmimendaftarkan diri sebagai calon pada pilihan raya Presiden negara ini,yang dijadual diadakan pada 20 Ogos ini.

Gadis dibenar buang payu dara
MELBOURNE 4 Mei - Sebuah mahkamah Australia telah membenarkan seoranggadis berusia 17 tahun yang percaya dia adalah lelaki untuk menjalanipembedahan membuang payu dara.

Penduduk China digalak merokok
BEIJING4 Mei – Para pegawai di tengah China diarah menghisap kira-kira sukujuta kotak rokok keluaran tempatan setahun atau menghadapi risikodidenda.

Wabak menular di AS, Eropah
BANDARRAYA MEXICO: Wabak Influenza A (H1N1) menular lebih meluas di AmerikaSyarikat, Eropah dan Amerika Latin - dan di Kanada, kembali menyerangbabi, ketika kerajaan Mexico membayangkan akan membenarkan perniagaandan sekolah dibuka semula selepas ditutup sejak minggu lalu.

Macam-Macam: Senarai ingin bunuh sekat budak ke sekolah
NEVADA:Seorang budak lelaki berusia 10 tahun menerima perintah mahkamahmenyekat beliau ke sekolah dan mendekati seorang rakan perempuansekelasnya selama 15 hari selepas mempunyai senarai 'budak yang ingindibunuh' dan dibaling batu ke muka mereka.

China nafi sengaja kuarantin
BEIJING:China semalam menafikan ia sengaja mengenakan kuarantin terhadap rakyatMexico berikutan kebimbangan Influenza A (H1N1) sebaliknyamempertahankan bahawa pengasingan 70 rakyat negara Amerika Tengah itusebagai langkah kesihatan dan bukan diskriminasi.

Pegawai diarah hisap rokok
BEIJING:Pegawai sebuah daerah di China diarah merokok hampir suku juta pekrokok keluaran tempatan bagi mengembangkan ekonomi ketika krisiskewangan global.

Telefon bimbit tunjuk lokasi tandas
TOKYO:Kesukaran dan masalah untuk mencari tandas awam terdekat mungkin tidaklagi berlaku di Jepun selepas satu perisian telefon bimbit yang memberipanduan kepada pengguna mencari tandas paling hampir, dilancarkan.

Puteri Eugenie jadi sasaran perompak
LONDON:Sekumpulan pencuri dilaporkan cuba merompak cucu Ratu Elizabeth II,Puteri Eugenie, 19, bersama beberapa rakannya ketika mereka bercuti diKemboja tetapi cubaan itu digagalkan pengawal khas anak Sarah Fergusonyang sudah berpisah dengan Putera Andrew.

Pemberian pingat askar Britain dikaji semula
LONDON:Pemberian berpuluh-puluh pingat kepada anggota tentera Britain yangmemerangi Taliban di Afghanistan akan dinilai semula selepas wujuddakwaan laporan mengenai keberanian mereka ditokok tambah

Monday, May 4, 2009

GLOBAL : ISNIN 04 MEI 2009

Image
3 lagi kes H1N1 dikesan
MEXICO CITY 3 Mei – Tiga lagi kematian akibat virus influenza A (H1N1)dikesan di Mexico semalam, menjadikan jumlah mangsa korban di negaraini kini meningkat daripada 16 kepada 19 orang, dengan menyaksikanwabak tersebut tersebar merentasi benua Asia dan Eropah.

Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada
VANCOUVER3 Mei - Pegawai kesihatan Kanada semalam mendapati berlaku jangkitaninfluenza A (H1N1) pada ternakan babi di wilayah Alberta, namun iatidak menjadi ancaman kepada bekalan makanan.

50 rakyat Mexico diasing
BEIJING3 Mei - Kira-kira 50 orang rakyat Mexico ditahan untuk diasingkan diseluruh China hari ini, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarangsimptom jangkitan influenza A (H1N1) atau selesema babi.

FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat
WASHINGTON3 Mei - Para penuntut sebuah kolej Michigan terkejut apabila pelajarIslam di kampus berkenaan menghantar e-mel kepada agen Biro PenyiasatanPersekutuan (FBI) untuk bertukar-tukar maklumat dengan mesra.

Pakistan tubuh mahkamah rayuan Syariah
ISLAMABAD3 Mei - Pakistan semalam mengumumkan penubuhan mahkamah rayuan Syariahdi kawasan barat laut negara ini, sebagai sebahagian daripadaperjanjian damai bagi menamatkan pertempuran antara pasukan keselamatandengan pejuang Taliban.

Image
Sri Lanka kritik negara Barat
COLOMBO3 Mei – Sri Lanka hari ini mengkritik keras negara barat yang mendesakagar dilaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan serangan tentera keatas pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sondhi dakwa pegawai tentera terlibat
BANGKOK3 Mei - Sondhi Limthongku, pengasas pergerakan penyokong raja yangmembantu menggulingkan bekas Perdana Menteri Thailand, ThaksinShinawatra, hari ini mengesyaki beberapa pegawai tentera terlibat dalamcuba membunuhnya pada bulan lalu.

WHO elak umum tahap wabak
GENEVA3 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelak daripadamengumumkan tahap wabak virus H1N1 di peringkat global hari ini,selepas berlaku kekecohan selama 10 hari sejak kemunculan jangkitaninfluenza A (H1N1) atau selesema babi di Mexico.

Zoo musnah 3 babi hutan
BAGHDAD 3 Mei - Tiga ekor babi hutan di Zoo Baghdad telah dibunuh kerana bimbang merebaknya wabak virus influenza A (H1N1).

Jurulatih NFL patah tulang
IRVING,Texas 3 Mei - Jurulatih khas pasukan Dallas Cowboys, Joe DeCamillispatah tulang belakang, sementara lebih 10 orang yang lain cederasemalam apabila bumbung fasiliti latihan NFL roboh akibat dibadairibut.

ADB sedia bantu negara Asia hadapi H1N1
NUSADUA 3 Mei - Bank Pembangunan Asia (ADB) bersedia menghulurkan bantuankepada negara rantau ini dalam menangani jangkitan influenza A (H1N1)atau selesema babi sekiranya ia merebak, langkah sama yang pernahdibuat semasa wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda pada2003.

Ayah mahu pelihara anak
NEWYORK 3 Mei - Ayah kepada kanak-kanak perempuan Afrika yang mahudijadikan anak angkat oleh bintang popular, Madonna tidak berhajatuntuk melepaskan anaknya, sebaliknya mahu membesarkan anaknya itusendiri, meskipun dia sendiri tidak pernah menemuinya.

Pekerja bagasi enggan punggah beg
PARIS3 Mei - Pekerja bagasi di Paris enggan memunggah beg daripada pesawatyang tiba dari Mexico dan Sepanyol kerana bimbang dijangkiti influenzaA (H1N1) atau selesema babi semalam, menyebabkan ratusan penumpangterkandas di lapangan terbang.

Antasari nafi terlibat kes bunuh
JAKARTA3 Mei - Ketua suruhanjaya pencegahan rasuah Indonesia, Antasari Azharhari ini menyatakan kesediaan untuk memberi kenyataan kepada polisselepas dinamakan sebagai suspek dalam satu siasatan kes pembunuhan danmengambil cuti sementara.

Selatan Australia larang guna beg plastik
MELBOURNE 3 Mei – Larangan penggunaan beg plastik akan berkuat kuasa di semua kedai di Selatan Australia mulai esok.

Pencuri tersangkut atas bumbung
SYDNEY 3 Mei - Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah kilang tigatingkat di sini terpaksa diselamatkan apabila dia tersangkut di atasbumbung bangunan kilang itu, hari ini.

Nuffnang Ads


Tiada kes baru H1N1 di Asia
HONGKONG: Asia melaporkan tiada kes baru Influenza A (H1N1) disahkansemalam, menunjukkan penyebaran virus mungkin semakin perlahan, namun350 orang masih dikuarantin di hotel pinggir Hong Kong sebagai langkahberjaga-jaga.

Menteri bantah cara warga Mexico dikuarantin
BEIJING:Pihak berkuasa China menahan lebih 50 warga Mexico di hotel dan kawasanlain kerana bimbang penyebaran virus Influenza A (H1N1), kata seorangpegawai di kedutaan Mexico di sini semalam dan menambah hanya seorangdaripada mereka mendapat tanda jangkitan selesema.

Macam-Macam: Polis selamat perompak atas bumbung kilang
SYDNEY:Seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung sebuah kilang yangcuba dirompaknya diselamatkan oleh polis selepas operasi selama tigajam.

Priyanka, Butler kian intim
MUMBAI:Hubungan sebenar bekas Ratu Dunia, Priyanka Chopra dan aktor kelahiranScotland, Gerard Butler, terus menimbulkan tanda tanya selepas laporanmenyebut pelakon berkenaan mengunjungi India semata-mata untuk bertemuaktres jelita itu.

Rihanna, bekas teman lelaki jalin semula hubungan
LOSANGELES: Penyanyi pop Rihanna yang mencetuskan kontroversi berikutaninsiden dipukul teman lelakinya, Chris Brown dilaporkan meninggalkanpenyanyi rap itu untuk menjalinkan semula hubungan dengan bekas temanlelakinya.

Kesatuan Eropah siasat perdagangan organ
RRIPE(Albania): Sebuah pertubuhan hak asasi manusia terkemuka Eropah akanmelancarkan satu siasatan terhadap dakwaan bahawa gerila etnik Albaniamungkin pernah menculik penduduk awam Serbia pada akhir perang Kosovo1998-99 lalu dan mengeluarkan organ dalaman mereka dan menjualnya dipasaran gelap.

11 maut ribut tropikal di Filipina
LEGAZPI:Ribut tropikal yang melanda kelmarin mengakibatkan berlaku lumpurruntuh yang menimpa kawasan pertanian di timur laut Filipina,menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan sembilan lain hilang.

Pengganas dibicara sebagai orang dewasa
MUMBAI:Satu-satunya lelaki bersenjata disyaki dalam serangan pengganas tahunlalu di sini akan dibicarakan sebagai orang dewasa, bermaksud diaberdepan hukuman mati, kata hakim bersidang.

Antasari nafi jadi suspek kes bunuh
JAKARTA:Ketua agensi antirasuah Indonesia, Antasari Azhar, berkata dia akanmemberikan kenyataan kepada polis hari ini selepas dinamakan sebagaisuspek dalam siasatan kes bunuh dan diarahkan bercuti sementara.

Susilo tidak ikhlas bergabung: Jusuf Kalla
MAKASAR:Pengerusi Parti Golkar, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa beliau pernahtiga kali berhubung dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelummengambil keputusan berpecah dengan Parti Demokratik dalam perlumbaanpresiden.

Sunday, May 3, 2009

GLOBAL : AHAD 03 MEI 2009

Penumpang bersama lelaki Mexico dicari
HONG KONG 2 Mei - Influenza A (H1N1) atau selesema babi terus mendapatperhatian global hari ini dengan Korea Selatan mengesahkan kespertamanya sementara Hong Kong dan China berusaha mengesan penumpangpenerbangan yang sama dengan seorang lelaki Mexico yang dijangkiti.

Seorang lagi maut mangsa H1N1 di Mexico
MEXICOCITY 2 Mei - Angka kematian rasmi akibat influenza A atau selesema babidi Mexico meningkat daripada 15 kepada 16 orang semalam, dengan kesjangkitan yang disahkan melonjak kepada 397 orang.

Merpati mati disahkan selesema burung
HONGKONG 2 Mei - Pihak berkuasa Hong Kong hari ini berkata, burung merpatiyang ditemui mati di bandar ini didapati positif virus H5N1.

Image
Jusuf Kalla tanding presiden, Wiranto naib presiden
JAKARTA2 Mei - Ketua Umum Parti Golkar, Jusuf Kalla dan Ketua Umum PartiHanura, Wiranto telah sepakat untuk bertanding jawatan presiden dannaib presiden pada Pilihan Raya Presiden Julai depan.

Image
Rusuhan terburuk pekerja
BERLIN2 Mei – Penunjuk perasaan berhaluan kiri melontar batu, botol danmercun ke arah polis antirusuhan di ibu negara Jerman ini petangsemalam, dalam keganasan sambutan Hari Pekerja terburuk sejak empattahun lalu.

Mesir teruskan operasi bunuh 250,000 babi
KAHERAH2 Mei - Mesir akan memulakan operasi kontroversi membunuh semua 250,000babi hari ini walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakantiada sebarang bukti menunjukkan haiwan itu sebagai punca jangkitanvirus influenza A (H1N1) atau selesema babi kepada manusia.

Doa iringi peringatan tragedi Nargis
YANGON2 Mei - Seluruh rakyat Myanmar bertafakur dan berdoa penuh kesayuanhari ini sebagai memperingati ulang tahun tragedi taufan Nargis yangmembadai keseluruhan kawasan perkampungan, memusnahkan sawah padisehingga menjadi kawasan yang tandus, serta membunuh kira-kira 140,000orang setahun lalu.

Disaman mabuk tunggang kuda
ARVADA,Colorado 2 Mei – Seorang lelaki yang memakai topi koboi dan menunggangkuda di pinggir bandar Denver telah disaman kerana ‘menunggang dalamkeadaan mabuk.’

Nuffnang Ads


Hong Kong kuarantin hotel
HONGKONG: Beratus-ratus pelancong dan kakitangan sebuah hotel di Hong Hongdikuarantin dalam bangunan penginapan itu selama tujuh hari mulaisemalam, selepas seorang tetamu Mexico disahkan positif selesema babiyang turut menjadi kes pertama yang dicatatkan di Asia.

Jumlah kematian H1N1 di Mexico menurun
BANDARAYAMEXICO: Mexico mengurangkan jumlah kematian akibat selesema babi kepada101 daripada sekurang-kurangnya 176 yang dilaporkan sebelum iniberikutan banyak sampel ujian menunjukkan ia negatif.

Macam-Macam: Penjenayah dibebas pilih masuk penjara
FLORIDA:Seorang lelaki yang mengaku membunuh dua orang memilih untukdipenjarakan, walaupun selepas hakim mengarahkan dia dibebaskan.

PBB desak Israel henti roboh rumah Palestin
TEBINGBARAT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israelmenghentikan tindakan merobohkan rumah penduduk Palestin diBaitulmaqdis Timur, yang mencerminkan kebimbangan antarabangsaberhubung dasar rejim Zionis di kota suci itu.

15 maut askar, pemberontak bertempur
ISLAMABAD:Sekumpulan pemberontak menyerang sebuah pos keselamatan Pakistanberhampiran sempadan Afghanistan semalam mencetuskan pertempuransenjata yang menyebabkan sekurang-kurangnya 13 penyerang dan dua askarterbunuh.

Lanun Somalia rampas kapal Greek, Ukraine
NAIROBI:Lanun Somalia merampas kapal Greek dan Ukraine semalam manakala kapalperang NATO berjaya menahan 19 lanun bersenjatakan bahan letupanselepas menghalang serangan ke atas sebuah kapal tangki Norway di TelukAden.

Songlap wang bank beli loteri
BANGKOK:Bekas pegawai bank yang ditahan dan didakwa kerana menggelapkankira-kira 400 juta baht (RM40.37 juta) daripada bank milik kerajaanmenggunakan sebahagian wang itu untuk membeli loteri bernilai lebih 30juta baht (RM3.03 juta) sekali gus, kata polis semalam.

Jusuf, Wiranto bergandingan
JAKARTA:Ketua parti Golkar Jusuf Kalla dan bekas ketua tentera Wirantomengisytiharkan gandingan mereka masing-masing sebagai calon presidendan naib presiden dalam pilihan raya Indonesia akan datang.

Singapura bangun sistem pulihara alam
SINGAPURA:Republik ini akan membantu membangunkan satu sistem gred bagi mengukurbagaimana bandar di seluruh dunia mengekalkan dan memulihara alamsekitar. Ia berdasarkan Indeks Kepelba-gaian Kehidupan Bandar (CBI),atau Indeks Singapura, yang digunakan di sini.

Arak, pelacuran berleluasa di Iraq
BAGHDAD:Penduduk ibu kota Iraq kembali mengeluh dan kesal dengan kemunculansemula alkohol dan pelacuran selepas hilang sejak enam tahun lalu malahkali ini peningkatannya lebih ketara.�Dosa kembali menjadi sebahagian hidup penduduk Baghdad sekali lagi,�kata anggota pergerakan yang memperjuangkan tradisi keluarga dan moral,Fadilla Muhammed.

Tubuh Rani menawan
MUMBAI:Selepas mendapat pengiktirafan bagi bakat lakonan cemerlang dan pernahmenduduki senarai teratas heroin kesayangan ramai, pelakon RaniMukherjee kini dianggap sebagai aktres Bollywood yang memiliki tubuhpaling menarik.

Paris reka pakaian kanak-kanak
LONDON:Pewaris hotel yang sudah memiliki jenama minyak wangi, perhiasan,kasut, pakaian haiwan dan wanita - dilihat tidak sabar untuk menambahcabang pasaran baru dan dalam proses mencari karakter sesuai untukmemasarkan produk baru.

Obama bimbang pengaruh Taliban
WASHINGTON:Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kini menghubungibekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, musuh utama Presiden AsifAli Zardari, dengan harapan mencari jalan mengukuhkan kerajaan negaraitu, lapor akhbar The New York Times lewat kelmarin.

Saturday, May 2, 2009

GLOBAL: SABTU 02 MEI 2009

Image
WHO dituduh lewat bertindak
MEXICO CITY 1 Mei - Ketua pakar epidemiologi Mexico, Dr. Miguel AngelLezana mendakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lambat bertindakterhadap satu wabak pneumonia luar biasa yang merebak menjadi wabakselesema babi, dan beliau mahu siasatan dijalankan mengenai kelengahanitu.

Amaran masih Fasa 5 - WHO
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat tidak ada sebabuntuk meningkatkan amaran berjaga-jaga terhadap wabak selesema babi ketahap tertinggi atau fasa enam kerana situasi wabak sekarang masihstabil.

331 kes setakat ini
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan setakat pukul0600 GMT (2 petang waktu Malaysia) hari ini, sebanyak 331 kes selesemababi disahkan di 11 negara, termasuk 10 kes kematian.

Amerika belanja RM877 juta beli ubat
WASHINGTON1 Mei - Amerika Syarikat (AS) bakal membeli tambahan 13 juta rawatanantiviral bagi mencegah wabak selesema babi dan berhasrat menghantar400,000 daripada rawatan itu ke Mexico, lapor pegawai semalam.

WHO tukar istilah 'selesema babi'
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan,pihaknya akan berhenti menggunakan istilah 'selesema babi' bagimengelakkan kekeliruan ekoran bahaya yang ditimbulkan haiwan berkenaan.

ASEAN bincang H1N1 di Bangkok 7 Mei ini
BANGKOK1 Mei - Thailand akan menganjurkan mesyuarat khas Menteri-menteriKesihatan ASEAN di ibu negara itu pada 7 dan 8 Mei bagi menangani isuselesema babi, ketika negara itu merancang mengedarkan 100,000 topengpenutup hidung kepada para pemandu teksi dan pelancong di ibu negaradan mengirim sebanyak 5,000 ke Mexico.

Antasari Azhar jadi suspek
JAKARTA1 Mei - Ketua suruhanjaya pencegahan rasuah Indonesia, Antasari Azhardinamakan sebagai suspek dan dalang dalam kes pembunuhan, sekali gusmenjejaskan usaha Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memerangi gejalarasuah menerusi agensi tersebut.

Kecoh undi PDIP 'pintas' Parti Demokrat
JAKARTA1 Mei - Suasana politik Indonesia menjadi riuh rendah apabila PartiDemokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono buat pertamakalinya diatasi oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dalampengiraan undi hasil pilihan raya umum 9 April.

Image
Megawati, Jusuf, Prabowo, Wiranto bergabung
JAKARTA 1 Mei - Beberapa parti politik Indonesia yang mewakili golonganelit perniagaan dan politik bersetuju membentuk satu pakatan bagimencabar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam pilihan raya PresidenJulai ini.

Chrysler diisytihar muflis
WASHINGTON1 Mei - Chrysler LLC memfailkan permohonan untuk diisytiharkan muflis,sementara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkanrancangan untuk menjelmakan semula pengeluar kereta bermasalah itusebagai sebuah syarikat lebih kukuh menerusi perkongsian dengan Fiatdari Itali.

Kubur digali semula
PARIS1 Mei - Pakar arkeologi akan mula menggali semula ratusan jasad tenteraBritish dan Australia dari kubur besar semasa Perang Dunia Pertama diutara Perancis pada Selasa ini, sebelum mengkebumikan mereka di pusaraperang yang baru.

Lelaki ditahan disyaki bunuh 30 wanita
LOSANGELES 1 Mei - Polis semalam berkata, pihaknya telah menahan seoranglelaki yang disyaki membunuh sehingga 30 wanita warga emas dalam duagelombang kejadian mencekik-merogol yang kes belum diselesaikan, yangpernah menggemparkan bandar raya ini dan komuniti lain sekitar tahun1970-an dan 1980-an.

Pekerja tunjuk perasaan di Kemboja
PHNOMPENH 1 Mei - Lebih 1,000 pekerja Kemboja memperingati hari pekerjaantarabangsa hari ini dengan berarak di ibu negara ini untuk menuntutkenaikan gaji dan syarat pekerjaan lebih baik selain mendesakdihentikan keganasan terhadap anggota kesatuan sekerja.

Cubaan bunuh jutawan India
NEWDELHI 1 Mei - Jutawan India, Anil Ambani terselamat daripada satucubaan sabotaj yang ingin membunuhnya minggu lalu, apabila enjinhelikopter yang bakal dinaikinya ketika itu ditemui berisi batukerikil, bahan yang boleh menyebabkannya terhempas.

Tayar kereta Peguam Negara kena curi
OAKLAND,California 1 Mei – Peguam Negara bagi California tidak terkecualidaripada menjadi mangsa apabila dua tayar kereta Toyota Camry berenjinhibrid yang diletak di depan rumahnya, telah dicuri.




WHO beri amaran wabak maut H1N1 belum tamat
BANDARAYAMEXICO: Pegawai perubatan atasan Mexico menyuarakan keyakinan penularanwabak selesema influenza A atau selsema babi sudah semakin perlahan dinegara itu, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amarantiada bukti wabak terburuk global itu sudah berakhir.

Menteri NZ kena selesema asingkan diri
WELLINGTON:Seorang menteri New Zealand mengasingkan dirinya sendiri semalamselepas menunjukkan tanda selesema, ketika pegawai kesihatan Australiamencadangkan penduduk supaya menyimpan bekalan makanan sebagaipersediaan jika pandemik selesema babi memaksa mereka tinggal di rumah.

Mangsa pertama UK tak pernah ke Mexico
LONDON:Britain disahkan mempunyai kes pertama Influenza A dihidapi seoranglelaki yang tidak ke Mexico, sementara Hong Kong pula mencatat kespertama membabitkan seorang pelawat yang tiba dari Mexico kelmarin.

Macam-Macam: Datuk Bandar minta disaman pandu laju
DETROIT:Kebanyakan pemandu kenderaan pasti merayu agar tidak disaman, jikamereka ditahan polis dan didakwa melakukan kesalahan lalu lintas.

Penyerang Ratu Beatrix mati
AMSTERDAM:Seorang lelaki Belanda yang cuba menyerang Ratu Beatrix dan keluarganyadengan memandu keretanya ke arah bas yang dinaiki keluarga diraja dalamsatu pertunjukan kelmarin, maut akibat kecederaan dialaminya semalam,kata pendakwa raya awam.

Polis, penunjuk perasaan bertempur
ISTANBUL:Polis antirusuhan Turki menembak air dan gas pemedih mata dalampertempuran dengan penunjuk perasaan Hari Pekerja di Istanbul semalam.

Topeng mulut H1N1 hasil kreatif baru
NEWYORK: Jika satu wabak besar atau pandemik selesema muncul sekali pun,ia tidak bermakna seseorang tidak boleh lagi bergaya kerana terpaksamemakai topeng mulut.

Budak Arab cerai suami 50 tahun
KAHERAH:Seorang budak perempuan Arab Saudi berusia lapan tahun menceraikansuaminya selepas bapanya memaksanya berkahwin dengan lelaki pertengahanumur itu tahun lalu sebagai pertukaran untuk mendapatkan bayaranAS$13,000 (RM46,316), kata peguamnya kelmarin.

PM Itali diselar hadir hari jadi gadis sunti
ROME:Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, sekali lagi menjadi tajukmuka depan akhbar negara itu apabila diselar isteri sendiri, VeronicaLario, kerana menghadiri majlis hari jadi gadis 18 tahun danmenghadiahkan rantai leher emas kepada gadis berkenaan.

Victoria takut tua
LONDON:Bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham, sudah mulamengamalkan rejim kecergasan dan kecantikan rapi dalam usahanya untuksentiasa kelihatan muda.

Rihanna dapat semula barang kemas
LOSANGELES: Penyanyi Rihanna baru-baru ini didakwa dipukul temanlelakinya, penyanyi Chris Browyn akan mendapat semula barang kemasbernilai AS$1.4 juta (RM5 juta) dipakainya ketika malam kejadian.

Friday, May 1, 2009

GLOBAL JUMAAT 01 MEI 2009

Mexico arah tutup operasi 5 hari
MEXICO CITY 30 April - Presiden Mexico, Felipe Calderon mengarahkanpejabat kerajaan dan perniagaan yang tidak begitu penting bagi ekonominegara ini ditutup selama lima hari mulai esok.

Wabak semakin serius di AS
WASHINGTON 30 April - Wabak selesema babi semakin merebak di AmerikaSyarikat (AS) dengan kes-kes baru disahkan di empat lagi negeri semalammanakala bilangan mangsa yang diketahui dijangkiti virus H1N1 itumeningkat kepada hampir 100 orang.

Image
Mesir arah hapuskan semua babi
KAHERAH30 April – Mesir hari ini mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000ekor babi di negara ini merupakan langkah kesihatan awam dan bukantindakan pencegahan wabak selesema babi.

Pelancong tinggalkan Mexico
MEXICOCITY 30 April - Rakyat asing bergegas meninggalkan Mexico hari iniberikutan kebimbangan lebih banyak penerbangan akan dibatalkan setelahwabak selesema babi menjejaskan industri pelancongan negara tersebutdan mencetuskan amaran pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).

Tolak dakwaan ancam negara
WASHINGTON30 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempertahankankeputusan beliau untuk mengharamkan penggunaan kaedah soal siasatberbentuk penyeksaan ke atas suspek pengganas terutama teknikwaterboarding atau melemaskan suspek.

Tentera British tamatkan operasi ketenteraan di Iraq
LONDON30 April - Perdana Menteri Britain, Gordon Brown hari ini mengumumkanpasukan tentera United Kingdom (UK) telah menamatkan operasi tempur diIraq.

Iran tidak takut ancaman AS
TEHERAN30 April - Iran tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalanpetrol sekalipun jika Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadapsyarikat yang membekalkan bahan api itu kepada Republik Islam ini.

Image
Kejadian tembak di Baku
BAKU30 April – Sekurang-kurangnya seorang lelaki dipercayai melepaskantembakan di sebuah institusi latihan minyak di sini hari ini, membunuh13 orang dan mencederakan 10 yang lain, lapor kerajaan.

Komander pemberontak Indonesia dipecat
JAKARTA30 April - Seorang komander batalion tentera Indonesia, yang pasukannyamemberontak menentang pegawai atasannya di wilayah bergolak Papua,telah dipecat, lapor jurucakap tentera hari ini.

Virus selesema babi komputer di Jepun
TOKYO30 April - Tiada kes selesema babi dilaporkan di Jepun setakat initetapi satu virus komputer yang sama namanya telah merebak di Internet,kata kerajaan hari ini.

Warga emas diserang tikus
SYDNEY30 April - Sekumpulan tikus mencederakan seorang warga emas lelakiberusia 89 tahun yang terlantar sakit di atas katil di sebuah rumahpenjagaan di Australia, menyebabkan telinganya tersiat-siat, sekali gusmendorong kerajaan melancarkan satu siasatan terhadap rumah tersebut.

Sri Lanka ikrar hapuskan LTTE
COLOMBO30 April - Kerajaan Sri Lanka hari ini memberitahu Britain danPerancis, pihaknya akan meneruskan serangan ketenteraan sehinggapemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap'hidup atau mati', lapor akhbar di sini hari ini.

Salah data punca nahas pesawat
SYDNEY30 April - Insiden bahagian ekor sebuah sebuah pesawat yang bergeserdengan landasan kapal terbang semasa berlepas dari sebuah lapanganterbang di sini bulan lalu, berlaku disebabkan kelalaian seseorang yangsalah memasukkan data berat pesawat berkenaan ke dalam programberkomputer.

Bintang Bollywood mengundi
MUMBAI30 April - Bintang- bintang Bollywood hari ini keluar beramai-ramaiuntuk mengundi pada pilihan raya umum India dan mengesa orang ramaisupaya melaksanakan hak demokrasi mereka agar suara-suara merekadidengar.

Dua beradik warga emas edar dadah
STROUDSBURG,Pennsylvania 30 April – Seorang pendakwa raya daerah Monroe di siniterkejut apabila dua tertuduh dalam kes mengedar dadah yangdikendalikannya terdiri daripada dua adik-beradik perempuan berusia 65tahun dan 70 tahun.




Rakyat Mexico dilarang keluar rumah lima hari
BANDARRAYA MEXICO: Presiden Mexico, Felipe Calderon, mendesak rakyat negaraitu tidak keluar rumah selama lima hari bermula hari ini berikutankeputusan kerajaan menutup perniagaan selama tempoh itu, selepasPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata wabak besar atau pandemikselesema babi tidak dapat dielakkan.

WHO henti gunakan nama selesema babi
GENEVA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan menggunakan nama“selesema babi” bagi mengelakkan kekeliruan mengenai bahaya yangberpunca daripada babi.

China nafi tuduhan punca penularan virus maut
BEIJING:China menyangkal tuduhan bahawa ia adalah sumber penularan virusselesema babi ke seluruh dunia dalam usahanya mempertahankanreputasinya selepas dikritik sebelum ini atas tindak tanduknyaberhubung wabak Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS).

Tentera Britain isytihar tamat operasi di Iraq
LONDON:Tentera Britain semalam secara rasmi menamatkan operasinya di Iraq,sebulan lebih awal, dengan penyerahan kuasa di bandar raya selatanBasra.

Macam-Macam: Rumah hangus ketika cuba bakar labah-labah
LONDON:Tindakan bodoh seorang lelaki yang cuba membunuh labah-labah denganpemetik api memakan diri apabila terpaksa diselamatkan bomba keranarumahnya terbakar.

34 maut di Karachi
KARACHI:Serangan senjata di bandar raya utama di selatan Pakistan mengorbankansekurang-kurangnya 34 orang, kata pegawai semalam, terus menggegarkannegara yang sudah pun tegang berikutan tindakan ketenteraan ke atasmilitan Taliban di daerah berhampiran ibu kotanya.

13 mati ditembak
BAKU:Sekurang-kurangnya seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan kearah institusi minyak berprestij Azerbaijan semalam, membunuh 13 orangdan mencederakan 10 lagi, kata kerajaan. [

Pemisah Tamil enggan mengaku kalah
COLOMBO:Pemberontak Harimau Tamil berkeras tidak akan menyerah kalah kepadaangkatan tentera Sri Lanka dan merayu masyarakat antarabangsa terusberusaha memastikan gencatan senjata dalam perang saudara negara itu.

Mangsa taufan Myanmar rayu bantuan bina rumah
BANGKOK:Kebanyakan mangsa taufan Myanmar tahun lalu tidak dapat membina semularumah mereka atau menanam semula padi di delta Irrawaddy tanpa bantuantambahan beratus juta dolar.

Michelle sebaris Angelina
LOSANGELES: Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama mencatatsejarah apabila termasuk dalam senarai tahunan 100 wanita paling cantikdi dunia keluaran majalah selebriti People, satu penghormatan yangdisifatkan jarang diberikan kepada isteri seorang tokoh politik.

Beyonce guna 'pelanduk dua serupa'
VIENNA:Penyanyi Beyonce dilaporkan menimbulkan kemarahan pihak pengurusansebuah muzium seni di Vienna apabila beliau menghantar seseorang yangseiras wajahnya menggantikan beliau dalam lawatan khas yang sudahdiatur.