Saturday, May 2, 2009

GLOBAL: SABTU 02 MEI 2009

Image
WHO dituduh lewat bertindak
MEXICO CITY 1 Mei - Ketua pakar epidemiologi Mexico, Dr. Miguel AngelLezana mendakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lambat bertindakterhadap satu wabak pneumonia luar biasa yang merebak menjadi wabakselesema babi, dan beliau mahu siasatan dijalankan mengenai kelengahanitu.

Amaran masih Fasa 5 - WHO
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat tidak ada sebabuntuk meningkatkan amaran berjaga-jaga terhadap wabak selesema babi ketahap tertinggi atau fasa enam kerana situasi wabak sekarang masihstabil.

331 kes setakat ini
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan setakat pukul0600 GMT (2 petang waktu Malaysia) hari ini, sebanyak 331 kes selesemababi disahkan di 11 negara, termasuk 10 kes kematian.

Amerika belanja RM877 juta beli ubat
WASHINGTON1 Mei - Amerika Syarikat (AS) bakal membeli tambahan 13 juta rawatanantiviral bagi mencegah wabak selesema babi dan berhasrat menghantar400,000 daripada rawatan itu ke Mexico, lapor pegawai semalam.

WHO tukar istilah 'selesema babi'
GENEVA1 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan,pihaknya akan berhenti menggunakan istilah 'selesema babi' bagimengelakkan kekeliruan ekoran bahaya yang ditimbulkan haiwan berkenaan.

ASEAN bincang H1N1 di Bangkok 7 Mei ini
BANGKOK1 Mei - Thailand akan menganjurkan mesyuarat khas Menteri-menteriKesihatan ASEAN di ibu negara itu pada 7 dan 8 Mei bagi menangani isuselesema babi, ketika negara itu merancang mengedarkan 100,000 topengpenutup hidung kepada para pemandu teksi dan pelancong di ibu negaradan mengirim sebanyak 5,000 ke Mexico.

Antasari Azhar jadi suspek
JAKARTA1 Mei - Ketua suruhanjaya pencegahan rasuah Indonesia, Antasari Azhardinamakan sebagai suspek dan dalang dalam kes pembunuhan, sekali gusmenjejaskan usaha Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memerangi gejalarasuah menerusi agensi tersebut.

Kecoh undi PDIP 'pintas' Parti Demokrat
JAKARTA1 Mei - Suasana politik Indonesia menjadi riuh rendah apabila PartiDemokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono buat pertamakalinya diatasi oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dalampengiraan undi hasil pilihan raya umum 9 April.

Image
Megawati, Jusuf, Prabowo, Wiranto bergabung
JAKARTA 1 Mei - Beberapa parti politik Indonesia yang mewakili golonganelit perniagaan dan politik bersetuju membentuk satu pakatan bagimencabar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam pilihan raya PresidenJulai ini.

Chrysler diisytihar muflis
WASHINGTON1 Mei - Chrysler LLC memfailkan permohonan untuk diisytiharkan muflis,sementara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengumumkanrancangan untuk menjelmakan semula pengeluar kereta bermasalah itusebagai sebuah syarikat lebih kukuh menerusi perkongsian dengan Fiatdari Itali.

Kubur digali semula
PARIS1 Mei - Pakar arkeologi akan mula menggali semula ratusan jasad tenteraBritish dan Australia dari kubur besar semasa Perang Dunia Pertama diutara Perancis pada Selasa ini, sebelum mengkebumikan mereka di pusaraperang yang baru.

Lelaki ditahan disyaki bunuh 30 wanita
LOSANGELES 1 Mei - Polis semalam berkata, pihaknya telah menahan seoranglelaki yang disyaki membunuh sehingga 30 wanita warga emas dalam duagelombang kejadian mencekik-merogol yang kes belum diselesaikan, yangpernah menggemparkan bandar raya ini dan komuniti lain sekitar tahun1970-an dan 1980-an.

Pekerja tunjuk perasaan di Kemboja
PHNOMPENH 1 Mei - Lebih 1,000 pekerja Kemboja memperingati hari pekerjaantarabangsa hari ini dengan berarak di ibu negara ini untuk menuntutkenaikan gaji dan syarat pekerjaan lebih baik selain mendesakdihentikan keganasan terhadap anggota kesatuan sekerja.

Cubaan bunuh jutawan India
NEWDELHI 1 Mei - Jutawan India, Anil Ambani terselamat daripada satucubaan sabotaj yang ingin membunuhnya minggu lalu, apabila enjinhelikopter yang bakal dinaikinya ketika itu ditemui berisi batukerikil, bahan yang boleh menyebabkannya terhempas.

Tayar kereta Peguam Negara kena curi
OAKLAND,California 1 Mei – Peguam Negara bagi California tidak terkecualidaripada menjadi mangsa apabila dua tayar kereta Toyota Camry berenjinhibrid yang diletak di depan rumahnya, telah dicuri.




WHO beri amaran wabak maut H1N1 belum tamat
BANDARAYAMEXICO: Pegawai perubatan atasan Mexico menyuarakan keyakinan penularanwabak selesema influenza A atau selsema babi sudah semakin perlahan dinegara itu, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amarantiada bukti wabak terburuk global itu sudah berakhir.

Menteri NZ kena selesema asingkan diri
WELLINGTON:Seorang menteri New Zealand mengasingkan dirinya sendiri semalamselepas menunjukkan tanda selesema, ketika pegawai kesihatan Australiamencadangkan penduduk supaya menyimpan bekalan makanan sebagaipersediaan jika pandemik selesema babi memaksa mereka tinggal di rumah.

Mangsa pertama UK tak pernah ke Mexico
LONDON:Britain disahkan mempunyai kes pertama Influenza A dihidapi seoranglelaki yang tidak ke Mexico, sementara Hong Kong pula mencatat kespertama membabitkan seorang pelawat yang tiba dari Mexico kelmarin.

Macam-Macam: Datuk Bandar minta disaman pandu laju
DETROIT:Kebanyakan pemandu kenderaan pasti merayu agar tidak disaman, jikamereka ditahan polis dan didakwa melakukan kesalahan lalu lintas.

Penyerang Ratu Beatrix mati
AMSTERDAM:Seorang lelaki Belanda yang cuba menyerang Ratu Beatrix dan keluarganyadengan memandu keretanya ke arah bas yang dinaiki keluarga diraja dalamsatu pertunjukan kelmarin, maut akibat kecederaan dialaminya semalam,kata pendakwa raya awam.

Polis, penunjuk perasaan bertempur
ISTANBUL:Polis antirusuhan Turki menembak air dan gas pemedih mata dalampertempuran dengan penunjuk perasaan Hari Pekerja di Istanbul semalam.

Topeng mulut H1N1 hasil kreatif baru
NEWYORK: Jika satu wabak besar atau pandemik selesema muncul sekali pun,ia tidak bermakna seseorang tidak boleh lagi bergaya kerana terpaksamemakai topeng mulut.

Budak Arab cerai suami 50 tahun
KAHERAH:Seorang budak perempuan Arab Saudi berusia lapan tahun menceraikansuaminya selepas bapanya memaksanya berkahwin dengan lelaki pertengahanumur itu tahun lalu sebagai pertukaran untuk mendapatkan bayaranAS$13,000 (RM46,316), kata peguamnya kelmarin.

PM Itali diselar hadir hari jadi gadis sunti
ROME:Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, sekali lagi menjadi tajukmuka depan akhbar negara itu apabila diselar isteri sendiri, VeronicaLario, kerana menghadiri majlis hari jadi gadis 18 tahun danmenghadiahkan rantai leher emas kepada gadis berkenaan.

Victoria takut tua
LONDON:Bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham, sudah mulamengamalkan rejim kecergasan dan kecantikan rapi dalam usahanya untuksentiasa kelihatan muda.

Rihanna dapat semula barang kemas
LOSANGELES: Penyanyi Rihanna baru-baru ini didakwa dipukul temanlelakinya, penyanyi Chris Browyn akan mendapat semula barang kemasbernilai AS$1.4 juta (RM5 juta) dipakainya ketika malam kejadian.

Friday, May 1, 2009

GLOBAL JUMAAT 01 MEI 2009

Mexico arah tutup operasi 5 hari
MEXICO CITY 30 April - Presiden Mexico, Felipe Calderon mengarahkanpejabat kerajaan dan perniagaan yang tidak begitu penting bagi ekonominegara ini ditutup selama lima hari mulai esok.

Wabak semakin serius di AS
WASHINGTON 30 April - Wabak selesema babi semakin merebak di AmerikaSyarikat (AS) dengan kes-kes baru disahkan di empat lagi negeri semalammanakala bilangan mangsa yang diketahui dijangkiti virus H1N1 itumeningkat kepada hampir 100 orang.

Image
Mesir arah hapuskan semua babi
KAHERAH30 April – Mesir hari ini mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000ekor babi di negara ini merupakan langkah kesihatan awam dan bukantindakan pencegahan wabak selesema babi.

Pelancong tinggalkan Mexico
MEXICOCITY 30 April - Rakyat asing bergegas meninggalkan Mexico hari iniberikutan kebimbangan lebih banyak penerbangan akan dibatalkan setelahwabak selesema babi menjejaskan industri pelancongan negara tersebutdan mencetuskan amaran pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).

Tolak dakwaan ancam negara
WASHINGTON30 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempertahankankeputusan beliau untuk mengharamkan penggunaan kaedah soal siasatberbentuk penyeksaan ke atas suspek pengganas terutama teknikwaterboarding atau melemaskan suspek.

Tentera British tamatkan operasi ketenteraan di Iraq
LONDON30 April - Perdana Menteri Britain, Gordon Brown hari ini mengumumkanpasukan tentera United Kingdom (UK) telah menamatkan operasi tempur diIraq.

Iran tidak takut ancaman AS
TEHERAN30 April - Iran tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalanpetrol sekalipun jika Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadapsyarikat yang membekalkan bahan api itu kepada Republik Islam ini.

Image
Kejadian tembak di Baku
BAKU30 April – Sekurang-kurangnya seorang lelaki dipercayai melepaskantembakan di sebuah institusi latihan minyak di sini hari ini, membunuh13 orang dan mencederakan 10 yang lain, lapor kerajaan.

Komander pemberontak Indonesia dipecat
JAKARTA30 April - Seorang komander batalion tentera Indonesia, yang pasukannyamemberontak menentang pegawai atasannya di wilayah bergolak Papua,telah dipecat, lapor jurucakap tentera hari ini.

Virus selesema babi komputer di Jepun
TOKYO30 April - Tiada kes selesema babi dilaporkan di Jepun setakat initetapi satu virus komputer yang sama namanya telah merebak di Internet,kata kerajaan hari ini.

Warga emas diserang tikus
SYDNEY30 April - Sekumpulan tikus mencederakan seorang warga emas lelakiberusia 89 tahun yang terlantar sakit di atas katil di sebuah rumahpenjagaan di Australia, menyebabkan telinganya tersiat-siat, sekali gusmendorong kerajaan melancarkan satu siasatan terhadap rumah tersebut.

Sri Lanka ikrar hapuskan LTTE
COLOMBO30 April - Kerajaan Sri Lanka hari ini memberitahu Britain danPerancis, pihaknya akan meneruskan serangan ketenteraan sehinggapemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap'hidup atau mati', lapor akhbar di sini hari ini.

Salah data punca nahas pesawat
SYDNEY30 April - Insiden bahagian ekor sebuah sebuah pesawat yang bergeserdengan landasan kapal terbang semasa berlepas dari sebuah lapanganterbang di sini bulan lalu, berlaku disebabkan kelalaian seseorang yangsalah memasukkan data berat pesawat berkenaan ke dalam programberkomputer.

Bintang Bollywood mengundi
MUMBAI30 April - Bintang- bintang Bollywood hari ini keluar beramai-ramaiuntuk mengundi pada pilihan raya umum India dan mengesa orang ramaisupaya melaksanakan hak demokrasi mereka agar suara-suara merekadidengar.

Dua beradik warga emas edar dadah
STROUDSBURG,Pennsylvania 30 April – Seorang pendakwa raya daerah Monroe di siniterkejut apabila dua tertuduh dalam kes mengedar dadah yangdikendalikannya terdiri daripada dua adik-beradik perempuan berusia 65tahun dan 70 tahun.




Rakyat Mexico dilarang keluar rumah lima hari
BANDARRAYA MEXICO: Presiden Mexico, Felipe Calderon, mendesak rakyat negaraitu tidak keluar rumah selama lima hari bermula hari ini berikutankeputusan kerajaan menutup perniagaan selama tempoh itu, selepasPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata wabak besar atau pandemikselesema babi tidak dapat dielakkan.

WHO henti gunakan nama selesema babi
GENEVA:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan menggunakan nama“selesema babi” bagi mengelakkan kekeliruan mengenai bahaya yangberpunca daripada babi.

China nafi tuduhan punca penularan virus maut
BEIJING:China menyangkal tuduhan bahawa ia adalah sumber penularan virusselesema babi ke seluruh dunia dalam usahanya mempertahankanreputasinya selepas dikritik sebelum ini atas tindak tanduknyaberhubung wabak Sistem Pernafasan Yang Teruk (SARS).

Tentera Britain isytihar tamat operasi di Iraq
LONDON:Tentera Britain semalam secara rasmi menamatkan operasinya di Iraq,sebulan lebih awal, dengan penyerahan kuasa di bandar raya selatanBasra.

Macam-Macam: Rumah hangus ketika cuba bakar labah-labah
LONDON:Tindakan bodoh seorang lelaki yang cuba membunuh labah-labah denganpemetik api memakan diri apabila terpaksa diselamatkan bomba keranarumahnya terbakar.

34 maut di Karachi
KARACHI:Serangan senjata di bandar raya utama di selatan Pakistan mengorbankansekurang-kurangnya 34 orang, kata pegawai semalam, terus menggegarkannegara yang sudah pun tegang berikutan tindakan ketenteraan ke atasmilitan Taliban di daerah berhampiran ibu kotanya.

13 mati ditembak
BAKU:Sekurang-kurangnya seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan kearah institusi minyak berprestij Azerbaijan semalam, membunuh 13 orangdan mencederakan 10 lagi, kata kerajaan. [

Pemisah Tamil enggan mengaku kalah
COLOMBO:Pemberontak Harimau Tamil berkeras tidak akan menyerah kalah kepadaangkatan tentera Sri Lanka dan merayu masyarakat antarabangsa terusberusaha memastikan gencatan senjata dalam perang saudara negara itu.

Mangsa taufan Myanmar rayu bantuan bina rumah
BANGKOK:Kebanyakan mangsa taufan Myanmar tahun lalu tidak dapat membina semularumah mereka atau menanam semula padi di delta Irrawaddy tanpa bantuantambahan beratus juta dolar.

Michelle sebaris Angelina
LOSANGELES: Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama mencatatsejarah apabila termasuk dalam senarai tahunan 100 wanita paling cantikdi dunia keluaran majalah selebriti People, satu penghormatan yangdisifatkan jarang diberikan kepada isteri seorang tokoh politik.

Beyonce guna 'pelanduk dua serupa'
VIENNA:Penyanyi Beyonce dilaporkan menimbulkan kemarahan pihak pengurusansebuah muzium seni di Vienna apabila beliau menghantar seseorang yangseiras wajahnya menggantikan beliau dalam lawatan khas yang sudahdiatur.